SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Ogos 2022

CUEPACS harap ada khabar gembira 30 Ogos ini

 Berita Harian
15 Ogos 2022


SELAYANG: Kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam menjadi antara fokus yang mungkin boleh dijadikan keutamaan kerajaan buat masa ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, khabar gembira itu diharap dalam direalisasikan kerajaan dalam Majlis Perhimpunan Perdana Penjawat Awam pada 30 Ogos ini.

Menurutnya, cadangan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat pasca pandemik ini.

Beliau berkata, elaun tambahan berjumlah RM150 juga boleh ditambah dalam Imbuhan Tetap Penjawat Awam atau Elaun Perumahan.


"CUEPACS berharap ada pengumuman gembira akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam majlis perhimpunan hujung bulan ini.

"Tuntutan ini selari dengan kenaikan kos sara hidup dan ia dilihat relevan dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin menghimpit penjawat awam," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan dan Sambutan Kempen Jalur Gemilang Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini penjawat awam menerima gaji minimum RM1,200 selain beberapa elaun yang menjadikan jumlah RM1,900 sebulan.

Katanya, kenaikan gaji minimum kelak boleh meningkatkan taraf hidup dan kuasa beli dalam kalangan penjawat awam.

"Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2025.

"Perkara ini sudah disuarakan CUEPACS dalam pertemuan bersama Perdana Menteri sebelum ini dan diharap ia dapat direalisasikan," katanya.

12 Ogos 2022

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini

 Bernama
12 Ogos 2022


LAHAD DATU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam terutama melibatkan sistem saraan pada 30 Ogos ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

"Diharap ada khabar gembira daripada Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan penjawat awam hujung bulan ini.

"Pada luaran, orang melihat penjawat awam bahagia, namun hakikatnya tiada siapa yang mengetahui melainkan penjawat awam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Ceupacs Bersama Penjawat Awam di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, satu mesyuarat kongres Ceupacs telah diadakan di Kota Kinabalu pada Jun lepas dan segala input yang diperoleh berkaitan keperluan penjawat awam, sudah disampaikan kepada kerajaan.

Cuepacs menurutnya berjuang memastikan kebajikan penjawat awam terjamin sewaktu negara berhadapan pandemik Covid-19 dan akhirnya bersetuju memberi antaranya bantuan khas. - Bernama

04 Ogos 2022

Pegawai imigresen diherdik KPPA: CUEPACS desak campur tangan PM, KSN

Utusan Malaysia
4/8/2022


PORT DICKSON: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan campur tangan dalam insiden seorang penjawat awam berpangkat ketua pengarah yang didakwa menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai jabatan imigresen, semalam.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya kesal berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu yang dilihat boleh menjejaskan imej pegawai perkhidmatan awam.

 

“Ia amat malang jika seseorang pegawai tertinggi dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf orang kenamaan sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kerajaan dengan bijaksana dan memahami tugasan mereka di lapangan serta bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti yang didakwa.

“CUEPACS berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan kakitangan awam serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS, di sini hari ini. 

Semalam media melaporkan, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) terkilan dan kecewa dengan tingkah laku seorang pegawai kanan berjawatan ketua pengarah yang didakwa mereka menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai jabatan imigresen yang sedang bertugas di KLIA. 

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin berkata, insiden bermula apabila tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik orang kenamaan (VIP) KLIA dan pegawai kanan itu mahukan layanan orang kenamaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula menerusi kenyataan hari ini menegaskan, segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

JPA dalam kenyataan memaklumkan, ia susulan kenyataan yang sedang tular di media sosial berhubung tuduhan kononnya KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen di KLIA pagi semalam.

Sementara itu Adnan menambah, pihaknya dengan gabungan kesatuan lain turut akan melakukan siasatan sendiri berhubung kejadian berkenaan.

“Saya percaya ada kamera litar tertutup (CCTV) dan boleh melihat pihak yang mana benar atau apa kepincangan yang berlaku di antara dua pihak berkenaan. 

“Berlandaskan prinsip Keluarga Malaysia, perkhidmatan awam mesti bergerak berdasarkan nilai-nilai yang disemai dalam semangat keluarga malaysia seperti mana yang disarankan oleh kerajaan,” katanya. 

CUEPACS optimis ada berita gembira buat penjawat awam

Utusan Malaysia
4/8/2022

PORT DICKSON: Pertemuan di antara Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung tuntutan kenaikan gaji minimum RM1,800 dalam sektor kerajaan menghasilkan maklum balas positif.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat yang berkata, pihaknya optimis sesuatu yang positif mampu dicapai hasil pertemuan pada 1 Ogos lalu terutama berkenaan tuntutan menaikkan gaji bersamaan dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam serta kenaikan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

“Beliau (Ketua Setiausaha Negara) telah memberikan pandangan positif tentang tuntutan CUEPACS dan berjanji membawa cadangan dan tuntutan yang diminta kepada pihak kerajaan. 

“Tuntutan itu biarlah kerajaan yang umumkan nanti dan kami optimis kerajaan mampu tunaikan. Kami yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan yang terbaik, insya-Allah ada berita gembira untuk penjawat awam nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS, di sini hari ini. 

Adnan dalam pada itu menjelaskan, dalam pertemuan pihaknya dengan Perdana Menteri pada 13 Jun lalu, Ismail Sabri turut menyatakan komitmen bagi mengkaji tuntutan dan berjanji akan meluluskan tuntutan CUEPACS yang munasabah berdasarkan kedudukan kewangan negara. 

“Antara perkara yang ditekankan oleh CUEPACS adalah menaikkan gaji bersamaan dua KGT secara khas kepada semua penjawat awam serta kenaikan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan selain melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, adil serta saksama. 

“Perkara ini penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup. 

“Permintaan CUEPACS untuk menaikkan dua KGT tersebut juga adalah munasabah memandangkan tiada pembaharuan yang begitu ketara dilakukan oleh kerajaan untuk mengkajinya sejak pilihan raya umum yang lalu,” katanya, –

30 Julai 2022

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL- 28 SESI 2022-2025 BAGI KEGUNAAN CUEPACS NO SEBUTHARGA : BIL 5/2022

 Cuepacs
30 Ogos 2022


SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN
KERJA-KERJA BEKALAN MENCETAK BUKU LAPURAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS BIL- 28  SESI 2022-2025  BAGI KEGUNAAN CUEPACS



NO SEBUTHARGA : BIL 5/2022                                            Tarikh : 30 Ogos 2022

 

KEPADA :­­­

……………………………………………………

……………………………………………………

……………………………………………………

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS
Tingkat 1, Wisma CUEPACS
Jalan Gajah Off Jalan Yew, Pudu
55100 Kuala Lumpur.

 

1.    Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.    Tarikh tutup sebutharga hendaklah diserahkan pada : 12  September 2022 sebelum jam 12.00 tengahari di Peti Sebutharga yang diletakkan Ibu Pejabat, Tingkat 1 Wisma CUEPACS Kuala Lumpur.

 

3.    Semua penender hendaklah hadir dengan sendiri bersama contoh barangan yang hendak di bekalkan, membentangkan dan seterusnya meletakkan harga tawaran dalam borang tender. Sebutharga mestilah dimasukkan kedalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga No.5/2022

 

4.    Semua perbekalan barangan ini hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS Jalan Gajah, Off Jalan Yew Pudu atau suatu alamat yang akan ditentukan kelak oleh CUEPACS (Kuala Lumpur/Selangor).

 

5.    Penender yang Berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen.

 

6.    Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

7.    Sebutharga hendaklah sah selama  90 HARI selepas itu.

 

8.    Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di
     bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA PUKAL (RM)

1.

BUKU LAPURAN
Specification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 128 glossy art paper
- Full Color

2000 unit

 

2.

BUKU MINIT
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

3.

BUKU USUL-USUL
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

4

PENYATA AKAUN
Spesification
Cover
- 260 glossy  art paper
- full color printing front & back
- with perfect binding
- with UV lamination
Inside
- 80 gram simili paper
- with design

2000 unit

 

 

JUMLAH SEBUTHARGA

 

 

 Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia ….………….....................................……………………………………………………………………………………………………………...........................................................................

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 [Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan ( misalnya cukai dan belanja membungkus ) hendaklah ditunjukkan].

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 
 

Nama penuh pengurus                  : ……………………..........................………………….

Tandatangan dan cop pembekal  : ………………………………………...........................


Alamat                                           : ……………………………………………………….….

                                             .………………………………………………….………


No. Telefon                                   : …………………………………………………….…….

 

Tarikh                                            : ………………………..……………………….……

 


Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki

 Bernama
30 Julai 2022


KUALA TERENGGANU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat pada Isnin ini (1 Ogos).
Katanya, perbincangan itu dijangka antara lain akan menyentuh mengenai desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.

"Saya akan berbincang dengan presiden Cuepacs pada hari Isnin ini untuk melihat, mengkaji dan meneliti permohonan yang dibuat oleh Cuepacs," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1444H/2022M Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Pada majlis tersebut Mohd Zuki yang berasal dari Kampung Bukit Bayas di sini, menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan tersebut.
Adnan baru-baru ini berkata pihaknya merayu kepada kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam iaitu pelaksanaan kenaikan gaji minimum penjawat awam RM1,800; menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT); dan melaksanakan sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, adil serta saksama.
Katanya ia penting bagi meringankan beban penjawat awam terutama kumpulan pelaksana yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah semalam dilaporkan berkata pihaknya sudah melaksana beberapa penambahbaikan gaji penjawat awam sejak Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenal pada 2002, membabitkan penetapan gaji permulaan terendah, pelarasan gaji dan penambahbaikan jadual gaji.
-- BERNAMA

28 Julai 2022

CUEPACS akan piket jika gaji penjawat awam tak naik sebelum PRU

 Berita Harian
28 Julai 2022


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

"Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya seperti dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today.

Adnan berkata, perhimpunan itu juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Minggu lalu, CUEPACS menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Adnan berkata, cadangan lain termasuk:

• pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam;

• dua kenaikan setiap tahun;

• sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama;

• elaun pelbagai tugas;

• elaun batik dan pakaian kebangsaan;

• mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera;

• tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos; dan

• menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Beliau berkata, struktur gaji semasa penjawat awam sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.

23 Julai 2022

Waktu bekerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksana di Malaysia - Cuepacs

 Astrowani 
4 Julai 2022


KUALA LUMPUR: Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan.

Tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa kini.
"Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kebajikan warga penjawat awam perlu diberikan keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata kerajaan perlu memfokuskan kepada isu pekerjaan yang lebih penting dan yang sudah diumumkan tetapi masih pada peringkat kajian atau tidak dilaksanakan lagi walaupun sudah dikuatkuasakan

16 Julai 2022

Teliti beberapa perkara pelaksanaan penjimatan perbelanjaan perkhidmatan awam - Cuepacs

 Astrowani 

16 Julai 2022


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan meneliti beberapa perkara dalam melaksanakan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, terutama perkara yang boleh mengakibatkan 'gangguan' kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat yang menyifatkan langkah kerajaan mengeluarkan garis panduan penjimatan itu sebagai 'kepimpinan melalui teladan' berkata, antara perkara yang dimaksudkan termasuklah hal-hal yang melibatkan perjawatan.

Katanya terdapat banyak kekosongan perjawatan yang tidak diisi ketika ini dan jika ia diperketatkan, Cuepacs bimbang banyak jabatan akan terjejas, terutama sektor penting seperti kesihatan, keselamatan atau perkhidmatan langsung kepada rakyat.
"Adalah tidak wajar jika kerajaan memotong perbelanjaan sehingga mengakibatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam terjejas. Akhirnya perkhidmatan awam akan dihakimi oleh rakyat sebagai gagal kerana tidak mampu memberi perkhidmatan yang terbaik.
"Cuepacs tidak boleh bertolak ansur sekiranya penjimatan atau potongan perbelanjaan itu melibatkan perkara penting atau memberi kesan kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini susulan pengeluaran garis panduan penjimatan oleh kerajaan baru-baru ini.

11 Julai 2022

Don’t cause problems for pensioners, civil servants told

 FMT
11 July 2022


PETALING JAYA: Negligence among civil servants who finalise the accounts of those about to go on retirement is causing hardship to pensioners and resulting in financial losses to the government, says the public services department (JPA).

In a recent circular, director-general Mohd Shafiq Abdullah said the department is taking such negligence seriously as it could result in losses of public funds.

“We notice that the number of requests from government departments and agencies to deduct the pensions of retirees for outstanding debts is increasing. This should have been resolved before the employees leave the civil service.

“All heads of department must ensure that details of the civil servants’ financial liabilities must be finalised when the pension documents are sent to JPA for vetting and finalising so that the necessary deductions can be made.-ADVERTISEMENT-

Ads by 

“This is to avoid hardships caused to the pensioners who will have to endure deductions from their monthly payments later,” he said.

Shafiq said that as a result of this negligence, the amount of outstanding dues from retirees is growing and may end up in losses of public funds if left unchecked.

The pensions department, which processes and handles all documents linked to government retirees, is under the JPA.

Cuepacs secretary-general Abdul Rahman Nordin said this reminder was timely as the number of those receiving wrong pension amounts, salaries and allowances is quite high.

“If the basic calculations are wrong, then pensions are sometimes overpaid. We have been told by our members that pensioners are then required to pay back the excess amounts.

“In most cases, they have to be deducted from their pensions which causes much hardship to the already burdened pensioners,” he told FMT.

23 Jun 2022

Ketua jabatan diingatkan jaga integriti - Cuepacs

 Astrowani
23 Jun 2022


KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengingatkan ketua-ketua jabatan dalam perkhidmatan awam agar sentiasa menjaga integriti mereka sewaktu menjalankan tugas.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata pihaknya menerima aduan terdapat penjawat awam di Perlis diugut untuk ditukarkan atau diberi petunjuk prestasi utama (KPI) rendah selepas memberi teguran kepada ketua jabatan mereka.
"Justeru kami memohon ketua-ketua jabatan ini
agar dapat membetulkan kembali sistem perkhidmatan mereka memandangkan penjawat awam merupakan tunjang kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perlis Bersama Presiden Cuepacs yang berlangsung di Hotel Regency di sini hari ini.
Adnan berkata Cuepacs tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya terhadap ketua jabatan tersebut sekiranya masalah ini berterusan.
"Kalau berlaku lagi keadaan seperti ini, Cuepacs tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dan membuat laporan dengan lebih terperinci," katanya.

10 Jun 2022

Cuepacs calls for better pay to help civil servants cope

FMT
10 June 2022


KOTA KINABALU: Cuepacs has urged the government to implement three crucial measures to assist civil servants affected by the increase in the price of goods.

Cuepacs president Adnan Mat said the measures were implementing a RM1,800 minimum wage, two annual salary increments, and a new and more effective remuneration system.

“We are always grateful to the government for implementing several key measures to address the increase in the price of goods. However, at the moment, we are still unable to cope with our current financial position and salary,” he said.


“This is crucial as the government, along with the private sector, are the catalyst for the country’s development,” he told reporters after attending the civil servant’s assembly here today.

Adnan said the minimum wage would facilitate the government achieving the household income target of RM10,000 a month, which was one of the government’s targets in the 12th Malaysia Plan to make Malaysia a high-income nation by 2025.

On the proposed new remuneration system, Adnan said that the existing 20-year-old Malaysian remuneration system was viewed as being ineffective and inappropriate in the current situation.

“It is hoped that the government would consider our proposals for a new public sector remuneration system, which includes the minimum wage, annual increments, promotions as well as minimum Grade 19 to provide a more comfortable and fair income to assist civil servants,” he said.

The current civil service salary scheme was implemented in November 2002.