SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Julai 2008

JPA WAJAR KAJI SEMULA PERBEZAAN BAYARAN INSENTIF WILAYAH , COLA

Petikan dari Berita Harian
27/7/2008

SURAT jawapan bertajuk 'Elaun Pegawai Awam Bertukar Wilayah Sama' daripada Nik Noraini Nik Ya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang wajar diulas kerana ia boleh menimbulkan keraguan dan salah faham. Sebagai seorang kakitangan awam yang berasal dari Sarawak dan kini sedang berkhidmat di Kuala Lumpur, saya berpendapat kenyataan itu tidak relevan. Saya hairan bagaimana Bayaran Insentif Wilayah (BIW) boleh disamakan dengan elaun sara diri (Cola). Untuk pengetahuan umum, BIW dibayar kerajaan berdasarkan peratusan daripada gaji pokok seseorang pegawai. Ini bermakna, semakin tinggi tangga gaji seseorang pegawai, maka semakin tinggi jumlah BIW yang diterima.
Persoalan yang timbul daripada saya ialah bagaimana nasib pegawai awam yang memangku jawatan sokongan dan berasal dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung dan juga sebaliknya terutama mereka yang berkhidmat di bandar besar? Umum mengetahui bahawa rata-rata pegawai sokongan dari Gred 1-22 terutama gaji permulaan tidak sampai RM900. Berdasarkan perkiraan ini, jumlah BIW yang dibayar kepada pegawai berkenaan hanyalah sekitar RM206. Bagaimana, JPA boleh menyamakan BIW sebanyak RM206 dengan pembayaran Cola berjumlah RM300?
BIW seharusnya bayaran insentif kerana kesanggupan pegawai itu berkhidmat di luar wilayah asal dan bukan disamakan dengan Cola, apatah lagi kalau kami dari Sabah dan Sarawak yang umum mengetahui pendapatan seisi rumah yang jauh lebih kurang berbanding dengan di Semenanjung. Dengan kenaikan kos sara hidup sekarang, kami pun tidak ingin untuk ditempatkan di luar wilayah apatah lagi kami punyai keluarga di kampung yang harus kami berikan tumpuan. Dengan kaedah pembayaran BIW dan Cola yang dinyatakan JPA, saya berpendapat bekerja di luar wilayah asal hanya semakin membebankan pegawai awam. Saya ingin menyaran dan juga mendapatkan perhatian Cuepacs dan kerajaan di dalam isu ini. Kepada Cuepacs saya menyarankan agar nasib pekerja yang bekerja di luar wilayah seharusnya menjadi antara agenda utama. Saya juga menyarankan JPA menyelidiki isu ini yang saya percaya semakin mendapat perhatian daripada mereka yang senasib dengan saya.

IBANEZ MERANTAU,Kuala Lumpur.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan kenyataan dan keluhan Ibanez Merantau"..saya pun tidak faham akan penjelasan JPA akan isu ini.Budak tadika pun tau RM206 lebih kecil nilai dibanding dengan RM300.JPA pandai matematik kah??Syor agar Cuepacs memperhatikan isu ini untuk diperjuangkan.

"AGI IDUP AGI NGELABAN"

fairuz berkata...

saya sokong tu..tapi kita ni siapa lah banyak cakap pun ndak guna..sabar jela walaupun seribu tahun lagi..huhu

Tanpa Nama berkata...

kalau u orang pandai kira, BIW lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang sebab gaji pokok akan makin naik...guna otak sikit orang yang hanya fikir untung dalam tempoh masa pendek

Tanpa Nama berkata...

perlu juga ingat..makin tinggi gaji...peratusan pun menurun juga...bukan statik....bca lah pekeliling dulu

Tanpa Nama berkata...

Bayaran Insentif wilayah untuk penjawat kelahiran Sabah dan Sarawak dan juga bagi mereka yang bertukar wilayah adalah satu keistimewaan sejak penubuhan Malaysia. dan ianya tidak sama dengan kenapa COLA diberikan. Tanggunggan beban hidup juga dirasai oleh warga kerja penjawat awam di sabah dan sarawak. kalau di semenanjung malaysia kemudahan infrastruktur termasuk fasiliti sekolah yang rata-rata bertaraf 3 hingga 6 bintang ke atas malah banyak sekolah bistari di semenanjung banding dengan apa yang dinikmati oleh warga tempatan di sabah dan sarawak. jurang perberzaan ini tidak kah ianya melayakkan kami juga mendapat COLA disamping keistimewaan untuk terus mendapat BIW, kenapa nak mempertikaikan sejarah. kenapa warga sabah & sarawak di 'double standardkan'. kalau nanti dibangkitkan isu kenapa guna pasport masuk ke sarawak? itu adalah hak orang sarawak. begitu jugalah keadaannya bumiputra sabah dan sarawak termasuk orang melayu dari kedua negeri ini tidak dibenarkan memiliki atau membeli tanah rizab melayu di semenanjung kerana diiktiraf hanya sebagai bangsa lain. ....

Tanpa Nama berkata...

Sangat stuju dgn ibanes merantau..
Kalau ikut pekeliling,smakin tinggi gj,smkin kurg la peratus knaikan,mksudnya tiada makna kenaikan gj 2.. Tolong la pihak QPAC nlbuat penilaian smula,mohon bela nsib kami g tpaksa merantau utk mcari rjrki yg halal,bjauhan dgn ibubapa demi utk BERKHIDMAT DGN NEGARA..

Tanpa Nama berkata...

sya pjawat awam dr sabah yg bkerja d selangor slama 7 thn.. mmg byrn insentif wilayah saya mula2 sgt rendah bbanding COLA tp setelah bbrp thn, elaun byrn insentif sya lebih tinggi dr COLA rm 300.. so, sbnrnya, bg sya, lebih untung siapa yg dpt BIW drpd COLA sbb x semua org dpt COLA penuh rm300, hny kwsn A shj yg layak. kwsn B pla dpt RM250. so, sblm mengadu, siasat dlu mklmt bkaitan.

ZAMRI SAIMAN berkata...

tak nak komen melalut..cukup sahaja saya katakan kalau penjawat awam yg dpt biw dapat juga cola... x salahkan... sbb objektif kedua2 elaun diberi adalah berbeza..itulah yg dinamakan keistimewaan..ceh...haha..

TMK PLUG 2014 berkata...

Sepatutnya adalah kelebihan di situ... jika lebih rendah naikkan agar menampakkan kelebihan apabila diminta atau diarahkan untuk bekerja diluar kawasan terutamanya sabah dan sarawak... seangkan rakan2 di semenanjung juga mendapat kelebihan apabila diarahkan bertugas di sabah dan sarawak... justeru kajilah mana yang perlu dikaji dan ubahlah apa yang patut diubah agar tidak terdapat untung dan rugi ... biarlah untung tetap dapat sama -sama dengan yang lain.

Hallimi berkata...

betul ke kerajaan negeri yang bayar elaun wilayah? dan kerajaan malaysia yg bayr cola? klu mcm tu mana adil.

Hallimi berkata...

betul ke kerajaan negeri yang bayar elaun wilayah? dan kerajaan malaysia yg bayr cola? klu mcm tu mana adil.

Fiza zahri berkata...

Untung byk la nak dpt dua2...org semenanjung biw x dpt langsung jika x ke sabah atau sarawak.kamu org duduk sabah dan sarawaknpun dapat..dtg semenanjyng pun dpt biw...

Unknown berkata...

Kalau cola Naik sebab kawasan dh masok bandaraya , so Saya punya elaun wlyah mcm Mana erk?