SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2008

PELAWAAN KEMUDAHAN PINJAMAN BOLEH UBAH SESI 2008/2009 UNTUK PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT DIPLOMA & IJAZAH PERTAMA

Petikan dari JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk Senarai Kelayakan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam. Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan. Sejak dari tarikh tersebut senarai kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan telah dikemaskini dan dipaparkan di laman web www.jpa.gov.my/ pengiktirafan kelayakan dan tidak lagi diterbitkan dalam bentuk buku. Senarai kelayakan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan yang dipengerusikan oleh Y. B Menteri Pengajian Tinggi. Dengan cara ini diharapkan akan memudahkan semua Pihak Berkuasa Melantik, membuat semakan senarai yang kemaskini.

untuk keterangan lanjut sila klik disini

1 ulasan:

san berkata...

Kemudahan pinjaman ini adalah baik untuk memudahkan kumpulan sokongan menyambung pelajaran.

Yang sedihnya adalah selepas bertahun-tahun tamat belajar, JAWATAN YANG DITUNGGU masih tidak nampak dan rasanya jauh panggang dari api. Pengisian dibuat di kalangan orang muda yang baru tamat belajar. Orang lama yang ada ijazah/diploma tak dipandang langsung. Duit pinjaman kena bayar...... tiada apa2 insentif diberikan. Tapi kalau keje bos punya bagi kita buat sbb katanya ada ijazah/diploma bagus bagi buat paperwork. Sedih............