SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Mei 2009

200,000 KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI

Berita Harian
14/5/2009




PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini. Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut. Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga.
Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini. Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf. "Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta," katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. "Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan," katanya. Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain. Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara. Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda. "Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh. “Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya. Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan. "Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria,” katanya berseloroh. Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan. "Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat," katanya.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jawatan ape yang akan dinaikkan tu?bleh CUEPACS senaraikan x?..adakah pegawai penempatan (S.O NT17 )termasuk dlm senarai?

Tanpa Nama berkata...

NAIK GAJI?

BAGAIMANA PULA KEPADA KAKITANGAN KONTRAK????

KAMI SEDANG MENGHITUNG HARI KONTRAK AKAN TAMAT TIDAK LAMA LAGI.

TAK TAHU SAMBUNG LAGI ATAU TIDAK.

KERJA BANYAK SAMA SEPERTI PEGAWAI LANTIKAN TETAP TP LEBIH BANYAK.

KAMI DIARAH MCM2 KERANA "KONTRAK". KALAU TAK IKUT KAMI DIUGUT TIDAK AKAN DISAMBUNG KONTRAK.

AKU S41 KONTRAK KERAJAAN

mat berkata...

kami belajar terus sampai dapat diploma, degree atau master...jawatan masih kerani juga (N17). lulus pun dah lama. pangkat tak naik-naik..

kami harap ada apa-apa insentif daripada pihak kerajaan untuk orang seperti kami ni.

mungkin sesuai bagi elaun khas berdasarkan kelulusan kami itu ataupun bayar gaji setaraf dengan kelulusan biar pun jawatan yang sama, contoh, kerani tapi gaji berdasarkan taraf diploma.

mohon pertimbangan en Omar Osman dan PM Najib.

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK DAPAT GAJI DIPLOMA,MTK KEJE DIPLOMA...JGN MENYIBUK KAT JAWATAN SPM..RAMAI LG YANG MAHUKAN JAWATAN KO TU

Tanpa Nama berkata...

untuk kakitangan makmal sekolah,bila nak bg elaun kritikal...bekerja berdepan dengan risiko...depan asid tu.....

Tanpa Nama berkata...

Saya memang sedih dengan nasib kakitangan awam kontrak, PKS, sementara/sambilan kerana mereka hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja. Cuti bergaji pula ada yg tiada diberi. ada pula yang diberi 7 hari cuti dalam setahun. Cuti sakit pula rasanya kalau ambil akan dipotong gaji. Kerja dan tugas mereka memang banyak dan sama dengan anggota lantikan tetap. perkara 'diugut' untuk buat kerja yang banyak tanpa sebarang persoalan tu memang ada kebenarannya terutama lantikan PKS.Hanya kerana status tidak tetap maka dilayan seperti anak tiri/hamba apatah lagi ada yang merasa tenaga, kebolehan'diperah'sebaik mungkin dan bekerja sekeras mungkin seperti lantikan tetap tetapi tiada keistimewaan pun yg layak dinikmati oleh lantikan tetap seperti kemudahan membeli rumah,perkeso dan sebagainya. gred 17 dan ke atas yang dalam lantikan x tetap tentu merasa tekanan ini. Saya berkata sebegini bukanlah kerana x bersyukur krana ada pekerjaan tetapi amat terasa bagaikan tiada pihak yang membuka mata kepada penjawat yang tidak dilantik tetap ini. sebarang harapan pun tiada untuk penjawat yang tidak tetap ini dalam bajet setiap tahun. Hinakah kami kerana bukan lantikan tetap? Hanya mereka yang pernah menerima lantikan seperti kami yang mgkin memahami perasaan kami ataupun sudah lupa semua itu apabila telah mendapat lantikan tetap....

Tanpa Nama berkata...

dalam lantikan PKS tidak dikira sebagai kakitangan awam namun melakukan tugas yang sama dengan kakitangan awam....Malah tiada sebarang kemudahan sepeti perubatan, cuti dan sebagainya? bagaikan 1 'kekejaman' dalam perkhidmatan awam. Bagaikan menidakkan hak asasi sebagai seorang manusia yang bekerja. Bukankah itu mengandaikan PKS bukan manusia tapi robot? memang Sedih. lantikan2 yang tidak tetap ini lebih menguntungkan pihak kerajaan kerana tidak perlu membayar gaji pada hari tidak bekerja, memberi pinjaman untuk perumahan dan sebagainya namun para pekerja ini menjalankan tugas, menanggung beban sama seperti anggota lantikan tetap...Beranikah cuepacs menyuarakan hak manusia yang bekerja ini kepada kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

Jika seorang lantikan PKS, sementara/sambilan/kontrak dan sbagainya dilantik/diserap ke jawatan tetap maka perkhidmatan yang terdahulu tidak dikira. Ini juga menyedihkan. bayangkan jika sudah bekerja 10 tahun dlm lantikan sementara/sambilan kemudian diserap ke lantikan tetap namun rekod perkhidmatan terdahulu lupus begitu saja.. Bukankah itu bagaikan menidakkan pengalaman seseorang bekerja? adakah seorang lantikan x tetap itu hanya bermain2 dalam tugasnya selama 10 tahun itu sebelum dilantik tetap? apakah rasionalnya perkhidmatan sebelum lantikan tetap itu tidak diambil kira? bagai sama ertinya jika seseorang tiada sijil kelahiran sehingga berumur 10 tahun, maka umurnya dikira sebagai mulai 1 tahun selepas sijil lahir dikeluarkan...Beranikah cuepac menyuarakannya?

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya untuk lantikan tetap yang adil, telus dan tanpa menggunapakai lantikan tetap scara 'syor' oleh ketua jabatan untuk lantikan tetap, ada baiknya sistem KPI, peperiksaan khas diwujudkan untuk diikuti oleh semua PKS, sementara/kontrak/sambilan. Jika mereka lulus dengan baik dan cemerlang maka mereka boleh dberikan lantikan secara tetap. bukankah ianya nampak adil dan telus?

Tanpa Nama berkata...

da 2011 mcm takde je naik gaji nyer?

Tanpa Nama berkata...

berilah keistimewaan sikit dgn PA kesihatan di seluruh msia..asyik polis,askar dan cikgu ja yg naik gaji...bila PA kesihatan nak naik gaji?elaun perumahan msh kekal 180 sdgkan PA yg lain dah mencecah rm 350...adakah kami PA KESIHATAN TDK LAYAK?kami adalah aset ptg kerajaan di mana kami berurusan dgn perawatan kehidupan seharian jadi kami minta dr pihak kerajaan memberi kelebihan dari semua sudut..

Tanpa Nama berkata...

ttg isu KUP
kenapa jab kesihatan di anak tirikan????????????saya tdk puas hati dgn kenaikan pangkat dan kenaikan gaji jab kesihatan yg terpaksa menunggu 15 thn baru dpt KUP SDGKAN JAB PENDIDIKAN mendapat kenaikan pangkat hanya berkhidmat krg dr 10 thn..ini btl2 tdk adil dan pilih bulu...apakah alasan dari pihak kerajaan utk tdk memberi keistimewaan yg sama kpd PA KESIHATAN ...saya hrp pihak tuan dpt mempertimbangkan dan menkaji ttg isu pilih ksh ini....

Tanpa Nama berkata...

ttg isu KUP
kenapa jab kesihatan di anak tirikan????????????saya tdk puas hati dgn kenaikan pangkat dan kenaikan gaji jab kesihatan yg terpaksa menunggu 15 thn baru dpt KUP SDGKAN JAB PENDIDIKAN mendapat kenaikan pangkat hanya berkhidmat krg dr 10 thn..ini btl2 tdk adil dan pilih bulu...apakah alasan dari pihak kerajaan utk tdk memberi keistimewaan yg sama kpd PA KESIHATAN ...saya hrp pihak tuan dpt mempertimbangkan dan menkaji ttg isu pilih ksh ini....

Tanpa Nama berkata...

naikkanlah gaji semua gred, baru adil namanya.... apa susahnya. buat pembangunan sana sini blh! brg harga naik pun blh! so gaji naik pun mestilah blh!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendangan tentang KUP untuk kakitangan kesihatan dan pendidikan yang berbeza.Kalau boleh mohon dikaji...bincang...mohon...pertimbangkan agar kakitangan kesihatan juga dapat KUP dalam masa 10 tahun.
Kakitangan kesihatan selalu kena komplen kerana pesakit terpaksa menunggu lama untuk dapat rawatan.Kakitangan awam kesihatan yang menjadi tempat melepaskan kemarahan adalah barisan hadapan seperti pen peg perubatan,attendan kesihatan dan jururawat.Adilkah kalau kami dimaki kerana pesakit yang terlalu ramai,terpaksa menunggu lama.Sekiranya kami berdiam diri bila dimarah, dikatanya kami membatukan diri dan tidak responsif,bila kami memberi jawapan ,mereka lebih menunjukkan provokasi untuk menimbulkan suasana tegang agar senang kami di komplen.Kerusi roda selalu hilang kerana pesakit tidak endahpun untuk menghantar semula selepas pinjam kerana mempunyai pandangan"tak apa harta kerajaan".Mohon kami diberi elaun tekanan kerja dan selain hantar kakitangan kaunter kerajaan untuk soft skill, jangan lupa juga untuk mendidik masyarakat untuk lebih bertolak ansur, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.Ada keluarga pesakit yang panggil misi dan HA bila ibu bapa atau keluarga ingin buang air besar.Kami tahu itu kerja kami tapi tidakkah mereka merasa malu dengan kelakuan mereka sendiri.Kalau anda merasa jijik hanya dengan ibu bapa sendiri,kami berhadapan dengan pelbagai bahan kumuh dari pesakit yang kami hadapi setiap hari.Cuba bayangkan adakah masuk akal 4 atau 5 orang kakitangan wad yang menjaga sehingga 60 orang pesakit.Kalau yak cukup katil ,tambah canvass.Bagaimana kami tak kena komplen.Orang atas yang kononnya bahagian pengurusan untuk tunjukkan pengursan yang cekap akan sorokkan pesakit ke wad lain bila lawatan menteri.Tak percaya pergilah buat lawatan mengejut di wad perubatan HKL atau lihat sendiri barisan pesakit yang tak putus putus dikaunter kecemasan HKL.Jangan ingat kerja polis,tentera dan guru sahaja yang perlu diberi perhatian.