SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Mei 2009

CUEPACS SETUJU KAKITANGAN SOKONGAN NAIK PANGKAT

Berita Harian
14/5/2009





PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu. "Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa 1 Julai ini. Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat. "Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu," katanya.

69 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rata -rata drp kami Pembantu Am (PAP)Pejabat mempunyai PMR dan SPM, adakah lapan skim yang dimasukkan selain drp PTR dan Jaga kami juga terlibat, jika terlibat alhamdullilah dan terima kasih kepda kerajaan. Jika skim kami tidak terlibat, tolonglah kami pun seperti mereka juga

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn skim S.O (penolong pegawai penempatan )(NT17),kami juga beri sumbangan yg begitu banyak pada pembangunan negara,ditambah pula dengan tanggungjawab dan bebanan yg begitu banyak,kami juga layak untuk menerima kenaikan gred ni..

Tanpa Nama berkata...

setelah sekian lama berjuang untuk menaikkan gred penolong pegawai tanah dari nt 17 ke nt 27,adakah berhasil?????penantian satu penyiksaan bagi kami....terlalu lama kami terguris apabila keluhan isi hati kami tidak dipeduli...

Tanpa Nama berkata...

hidup s.o.............tak naik gred tak mau pergi mesyuarat agung penolong pegawai tanah..menteri turun untuk dengar keluhan kami pun tak boleh buat apa.... buang masa je pegi perabis duit...jadi apa yang penting kawan-kawan KITAAAAAA BOIKOTTTTTTT

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn skim gaji bagi pekerja rendah awan.P.R.A..ada kah terlibat dengan skim baru ini.jika saya P.R.A tapi di tugas kan ke bahagian jaga ada kah skim baru ini dapat

Tanpa Nama berkata...

salam,

tumpang gembira, bagaimana pula dengan skim juruteknik komputer (FT17) gred kami tak boleh ke gred lebih tinggi macam gred N, tiada KPSL. Kena g sekolah semula.

FT17,FT22,FT26 dah abis..
gres N

N1-------N...

wassalam

elmyolen berkata...

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan kami sebagai PTR dinaiktaraf juga akhirnya. syukur Alhamdulillah.. Kepada semua kawan2 PTR, jalankanlah tugas yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya dan seikhlas hati. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.
Terima kasih sekali lagi.

Tanpa Nama berkata...

seronok jadi ptr dah selalu tiada diwaktu petang boleh naik pangkat lagi

Tanpa Nama berkata...

Ass..
Syukurlah kalau kita tahu untuk berterima kasih. Terjemahkan terima kasih itu melalui kerja kuat.

Tanpa Nama berkata...

Salam, tahniah pada semua PTR patut dinaik taraf, sebabnya macam operator sudah lama dinaik taraf, tapi ada syarat-syarat nak kena cukup 15 tahun, tetapi ini tidak terjadi pada operator, nampaknya kena tunggu 6 tahun lagi. Sekian, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

tak semua ptr begitu, ada ptr yg menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak curi tulang..

Tanpa Nama berkata...

macam mana plak dengan skim PPT..termasuk juga ke dlm lapan skim ...

Tanpa Nama berkata...

pegawai awam kontrak bila lagi nk diserap??????????????

kami masih menghitung hari menunggu saat untuk "dikuburkan" kerana kontrak hampir tamat.

kerja makin hari makin bertambah.

kalau tak ikot "titah", kontrak kami diugut tidak akan disambung!!!

itu sahaja modal untuk "membela" kami!!!

Tanpa Nama berkata...

mana dia pembelaan kepada kakitangan kontrak??????

yang ada cuma kenaikan dan kenaikan untuk lantikan tetap.

bajet boleh pulak untuk diberi kepada kenaikan demi kenaikan...

keistimewaan demi keistimewaan diberikan kepada guru.

tapi habuk pun tak ada untuk kakitangan kontrak!!!!!

satu sen pun tak ada!!!!!!!!!

yg ada hanya "kalau kamu tak ikot arahan ini, kontrak kamu akan ditamatkan atau tidak disambung..."

aduh, pedih!!!!!!!!!!!!!!!

rasa terhina!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

PTR patut dijumudkan terus. bagi PTR yang bertugas Sekolah-Sekolah Kekurangan murid terpaksa buat kerja PT(P/O). ini tidak adil.saya cadangkan PTR di jumudkan terus.

mat berkata...

saya rasa kerajaan patut semak balik segala skim perkhidmatan yang ditawarkan lama dulu. semua jawatan kalau boleh dinaikkan ke taraf 'kumpulan C'. tak sesuai sangat dah taraf 'kumpulan D' ni.

kos hidup dah meningkat. segala macam nak dibayar, tak sesuai dah zaman gaji permulaan 4,5 ratus dan mati skim 1200.

cuba renung renungkan...

Tanpa Nama berkata...

Bila skim S.O ( PENOLONG PEGAWAI TANAH NT17 ) nak naik plak...da terlalu lama kami berjuang utk dpt NT27...tolong la buka mata skit bagikumpulan kami ini yang byk bagi sumbangan pada pembangunan...skim skg mmg x berbaloi dengan bebanan kami..

Tanpa Nama berkata...

setelah sekian lama berjuang untuk menaikkan gred penolong pegawai tanah dari nt 17 ke nt 27 hampir 1 abad lamanya ,adakah berhasil?????penantian satu penyiksaan bagi kami....terlalu lama kami terguris apabila keluhan isi hati kami tidak dipeduli... kerja macam pegawai tapi pulangannya tidak setimpal dengan bebanan kerja dan tangungjawab terhadap kerjaya. Jika skim penghulu boleh dinaiktaraf kenapa tidak skim S.O, yang mana S.O adalah asas atau tunjang kepada pembangunan negeri mahupun negara.... renungkanlah....

Tanpa Nama berkata...

Perhatian Kepada Semua Penolong Pegawai tanah Semalaysia.

Pastikan yang anda akan HADIR ke Mesyuarat Agung Pada Julai Ini.

Marilah kita ramai-ramai berkumpul untuk menunjukkan yang kita S.O semua sepakat untuk dan kita tunjukkan pada seluruh negara yang kita ini wujud dan sentiasa serius dangan apa yang kita buat.

Kehadiran kita semua pasti akan membuka mata pihak lain dan insyaalah ianya pasti akan menjadi realiti dan jadikan pertemuan kita sebagai talian silaturrahim.

Tanpa Nama berkata...

MINTA KERAJAAN TIMBANG SKIM PENOLONG PEGAWAI TANAH NT 17 PD NT 27....
TANGGUNGJAWAB CAM PEGAWAI TP GAJI CAM KERANI....
RAMAI-RAMAI TURUN MESYUARAT AGUNG SO JULAI INI.....

Tanpa Nama berkata...

tolong lah kami penolong pegawai tanah kata SO ADALAH TULANG BELAKANG PEJABAT TANAH, KEJE DAN TANGGUNGJAWAB MACAM TARAF PEGAWAI ATASAN (PROFESIONAL) TETAPI GAJI MACAM TARAF KERANI BAWAHAN SAHAJA..... DI MANA KEADILAN TERHADAP SEMUA PENOLONG PEGAWAI TANAH.............

Archikara berkata...

ya!!!! marilah kita suma berkampung ke kelantan pada mesyurat agung nanti.

Kita Turun penuhkan kelantan darul naim....
lepas meeting kita shoping...untuk raya dah nak dekat tuu...

kalaulah dapat naik gred sebelum raya alangkah bahagia...syukur...

Tanpa Nama berkata...

///Bilakah kenaikan gred NT17 ke NT27 bagi skim Penolong Pegawai Tanah akan dilaksanakan? dengan khabar sebelum bulan 8??? Nama jawatan memang gempak PPT/SO tapi gred masih sama dengan kerani??? Bebanan kerja yang kami laksanakan amat berat tetapi gaji??? kami berharap agar pihak CUEPACS dan KERAJAAN mendengar keluhan kami. Semoga keluhan hati kami akan mendapat PERHATIAN. HIDUP PPT///

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ppt gred nt17 saja dapat. adakah sijil ukur tanah politeknik lebih mahal dari sijil-sijil politeknik lain, boleh bagi gaji akhir sama macam skim diploma. dimana keaadilan jpa untuk skim j17,ft17?

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah keadilan jpa bagi gred j17,ft17, kami juga layak dapat j27,ft27. Kerja j17,ft17 pun teruk jugak tapi gaji bagi spm je hampehh....

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan bagi kenaikan tak adil kenapa skim teknikal lain macam j17,ft17 diketepikan bagi perubahan skim pada kali ini. adalah kami j17 dan ft17 anak tiri perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua j17, ft17 ayuh bangkit, kita telah dianaktirikan oleh jpa. NT17 dah naik NT27, kita jangan berdiam diri lagi. kita juga perlu bertindak..kepada j17,ft17 anda jangan jadi bodohh...

Tanpa Nama berkata...

kepada cuepacs, tolonglah bantu kami gred j17,FT17, kami pun sama jugak kelayakan macam Penolong pegawai tanah tapi kenapa mereka saja yang dilihat dalam jpa. mungkin j17 dan ft17 tidak penting dalam perkhidmatan awam.adakah s.o saja yang buat kerja?

Tanpa Nama berkata...

dulu masa interview beria2 sanggup lakukan apa saja.. bila da kerja mulala nak minta naik gajila.. cuma kita tgk apakah kerja kita setimpal dgn gaji kita.. cuba bandingkan dengan pekerja swasta.. sepatutnya kita bersyukur dengan pengumuman kerajaan ttg kenaikan gaji.. kalau semua nak minta naik pangkat peningla kerajaan nak melayan.. ttg S.O dinaikkan ke gred NT27 sepatutnya tak payah semua naik.. biar kekal ke NT17..untuk yang layak sahaja dipertimbangkan.. nanti susah pulak tiada jawatan NT17.. untuk skim lain semua ada gred 17.. nanti da naik NT27 da berkira pulak kerja.. gred 27 tak layak buat kerja gred 17.. sewaktu gred NT17 pun ada yang berkira kerja.. nanti N17 pulak minta naik gred.. J17 pun minta nak naik.. kan poning.. padahal kualiti kerja tak seberapa.. renung2kan..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada JPA,kini kami S.O telah dinaikkan gred setaraf dengan kerja dan bebanan yang kami terima..rata2 S.O juga kini mempunyai kelulusan diploma dan degree,kami berusaha untuk memperbaiki taraf hidup dan setelah berjuang berpuluh tahun lamanya kini membuahkan hasil.

Tanpa Nama berkata...

j17 n ft17 kena meeting exco ke,kena lawat tapak dgn CM ke?tanggungjawab kami sbg S.O bkn diatas paper je tapi berpanjangan dan kami memikul tanggungjawab itu seumur hidup,cuba tengok skop keje

Tanpa Nama berkata...

NT17 tak payah naik..naik pun wat apa kalau sikap pekerja di pejabat tanah macam hampas... memang hampas pun tak pernah ada kerja yang cepat mesti lembap dan tak bertanggungjawab.. lepas tu kerja main tolak2..

Tanpa Nama berkata...

so jangan pertikai pasai kerja, setiap bidang ada kerja dan kepakaran masing-masing. kalau kena meeting ngan exco ka?, mb ka? itu kan kerja. kalau beban dan tanggungjawab kena pikul sampai bila-bila, adakah skim J17 dan FT17 tidak memikul tanggungjawab, kalau bangunan runtuh, org cari juga gred J untuk dipersalahkan. kalau seluruh rangkaian dan data lumpuh akibat serangan virus org cari skim F pula. Kenapa meeting ngan exco dan MB tu layak dapat gaji tinggi ka?

Tanpa Nama berkata...

kepada JPA tolong lihat kenaikan yang diberikan kepada gred NT17 kepada NT27 seolah-olah kerajaan tidak lagi memberikan taraf gaji mengikut kelayakan. Sijil politeknik ukur tanah diberi gred NT27 manakala sijil-sijil lain dari politeknik diberi gred 17 aje..camne..kepada semua pengarah politeknik stanby la nak bukak banyak kelas untuk Sijil Ukur Tanah nanti. kepada yang baru nak masuk politeknik jangan la ambik kursus lain nanti sijil yang dapat setaraf SPM je...

Tanpa Nama berkata...

Kami dari Jabatan ukur dan pemetaan cukup tersinggung dengan keputusan yang dibuat oleh JPA dimana memberikan skim gaji S.O gred NT27 kepada yang mempunyai kelayakan sijil ukur tanah politeknik sedangkan kami jurukur juga mempunyai kelayakan sijil ukur tanah politeknik hanya gred J17 setaraf SPM. Kalau S.O gaji naik kerana terpaksa meeting dengan exco dan MB dan disediakan jamuan selepas meeting, kami jurukur terpaksa pula masuk hutan banat, jamuan lagi la takdak. Balik pun tak tentu lagi, silap-silap tak balik langsung.

Tanpa Nama berkata...

kepada saudara Shuhaimi Dato' Othman dan Saudara Razak Darus tolong perjuangkan pekeja-pekerja gred J dan Gred FT. kalau gred S.O dinaikkan kepada gred N27, Bila lagi nak perjuangkan Gred J17 dan FT17 kepada gred J27 dan FT27, kelayakan ksmi pun sama macam S.O. tolong tegakkan keadilan... jangan juruteknik rendah macam kami dianak tirikan. kalau ikut risiko kerja J17 dan FT17 lagi banyak risiko dari NT27.

Tanpa Nama berkata...

klu bangunan runtuh bknnye cari gred J je,tapi sume yg terlibat,kena paham gak tu sedara..tapi slalunya dia x cari J17..ape2 pun bersyukur la dgn ape yg kite ade,kat lua sana berlambak lagi org sush mencari keje x dapat..klu nak naik gred berusaha la kearah memperbaiki diri,jgn keje nak melenting je tgk org lain dpt rezki lebih..syukur la k

Tanpa Nama berkata...

skim gaji J17 da sama ngan NT27 S.O...korg baca ke x pekeliling baru kua tu...gaji sama je beb

Tanpa Nama berkata...

salam,
alhamdulillah kami s.o telah pon dinaikkan gred....bersyukur saya kepada ilahi kerana dengan berkat limpah kurnianya kami berjaya menikmatinya..dan terima kasih saya secara peribadi kepada pimpinan Dato najib serta pimpinan paklah dan yang trdaulu sepeti tun mahathir dan lain2.
hanya kepada kerajaan yang telah meluluskan usul berkenaan dan telah berjaya mentadbir malaysia dari dulu hingga sekarang.
Sesengguhnya saya menyeru kepada semua kakinag awam agar bersyukur apa yang ada jika hendak dibandingkan dengan pekeja swasta.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat......dan marilah kita kakitanagn awam bersama2 pimpinan sekarang melangkah kehadapan dengan sau matlamat satu impian dan satu malaysia... w;salam - Joy MLK-

Tanpa Nama berkata...

kepada juruteknik komputer...
Anda jangan mengamuk....
kerja anda cuma baiki n jaga komputer rosak n masalah komputer n notworking jer...
Saya rasa sume staf boleh baiki komputer....
Tapi sume staf boleh
"Menyukat Tanah Ke?"
"Boleh buat Pelan?"
"Boleh buat report?"
"Boleh buat penguatkuasaan sampai nak kena langgar dengan lori?"
"Boleh selesaikan masalah pergaduhan yang melibatkan pencerobohan tanah individu sampai nak berparang?"
Keje S.O ni sampai nyawa nak kena pertaruhkan!!!!!!!
Dah la keje x da insurans...
Tapi JURUTEKNIK x SEDAR?
Asyik duk KUTUK S.O jer....

Tanpa Nama berkata...

PTR kat pejabat aku dah 5 bulan hadir bertugas takde kena apa-apa tindakan pun gaji dia on jer

Tanpa Nama berkata...

betul tu pap kebanyakan bkn pmr dgn spm je ada yg ada stpm siap wat krj kerani lagi bila pula pap nak naik taraf kami di pelajaran lagi di anak tirikan oleh gred DG asyik guru je naik gaji dgn elaun semakin berlagak guru tapi kerajaan sedar tak paling byk menipu klim gred guru la kami tau sebab kami yg hantar klim ke AG setiap bulan gaji dan elaun semakin tinggi beli brg hrg rm 2 pn klim berkira lantak depa naikkn kami juga mana kami nak pi

Tanpa Nama berkata...

betul sahabat aku kt pelajaran wt tugas luar guna kenderaan sendiri minyak sendiri klim berapa je pun diorng potong alasan duit tak cukup tapi da tugas terpaksa gak kalau cikgu pi mana-mana naik kenderaan jbtn klim lepas sebab sama diorng cikgu kerajaan tlng naikkan gred pap sepatutnya kami ke kumpulan c mcm merin pertimbangkan

Tanpa Nama berkata...

merin da tak de gred 1 lg jaga da pi kp 11 ptr da pi n17 tukang masak yg sama gred dgn kami da pi n17 pap mcm mana kami pn mcm mereka juga adakah kami tidak wujud adil la pada semua

Tanpa Nama berkata...

saya bukan pap saya ppt n27 pada saya jumudkan je jawatan pap n1 dan n4 wujudkan satu jawatan baru utk pap ke n17 mcm merin sebab saya lihat kebanyakan pap semuanya mempunyai kelulusan dan beri tambahan tugas utk mereka saya berdepan dgn mereka setiap hari saya kesihan dkt mereka teruk krj tapi tiada pembelaan mereka jwtn rendah mereka jarang meminta apa2 sebab mereka tahu suara mereka tak kan didengar tapi kali ini dengar la rintihan mereka naikkn taraf mereka baru adil apda semua saya bela kamu pap kerana kamu la yg byk membantu saya dipejabat

Tanpa Nama berkata...

dulu saya jaga tapi nak menigkatkan diri minta pap dpt tapi skrng jaga da pi kp11 atas dari pap tapi pap tak naik2 kalu la saya tau baik tak payah minta pap baik kekal jaga da naik da atas dari pap prestasi krj pun da makin menurun naikkn pap ke kumpulan c baru betul mcm merin

Tanpa Nama berkata...

naikkn je semua ke kumpulan c da abad ke 21 sepatutnya da tiada kumpulan d lagi utk kakitangan kerajaan pap in'allah ada rezeki kamu juga akan naik kerajaan perihatin

Tanpa Nama berkata...

pap tak terlibat ke naik taraf cuepacs tlng perjuangkn utk pap pulak dan semua kakitangan sokongan nk wat sesuatu kena adil baru org tak tak pertikaikan

Tanpa Nama berkata...

pap pun penjawat awam pap pun berbakti juga masa ekonomi gawat dulu pap pun menyumbang juga tapi bila naik taraf tak kan pap terkeluar dari senarai tak kena la

Tanpa Nama berkata...

betul pap aku attandn kesihatan nampaknya nasib kita sama tiada pembelaan kerajaan pandang la sumbangan kami juga jgn la wat kami mcm tak wujud

Tanpa Nama berkata...

suruh je doktor tolak troli suruh je bos kt ofis start motor hantar surat berhujan berpanas pap dgn attndntkan ramai boikot je baru mereka tau

Tanpa Nama berkata...

halo kwn jgn lupa aku pelayan mes pegawai kt kem tentera n1 gak sedara kita tkng masak da naik kita bila la lama da menanti

Tanpa Nama berkata...

aku tak lupa hag le semua gred 1 dan 4 jumudkan je pi n17

Tanpa Nama berkata...

pap tak boleh pi apmm ke sebab aku ada tiket merin mklum le dulu pernah krj laut sebelum masuk jadi pap aku rasa anggota apmm sendiri pun boleh dikira berapa kerat yang ada tiket kalau kt jln tak de lasen boleh bwk kenderaan ke sama kt laut tak de tiket mana boleh wat bot walaupun pandai bwk mcm ne nak wat kes sendiri tak de lasen offer le kt kktgn awam yg bkn merin tp ada tiket aku nk join aku ambk tiket pun ribu duit abis bkn free belajar pun teruk cm spm aku dpy 4 le tp bm 2 boleh le

Tanpa Nama berkata...

Kajian skim juruteknik (J) bilalah nak selesai nie... macam tunggu buah tak gugur....

Tanpa Nama berkata...

skim n11 dah ke n17 bila pula skim kp11 ke kp17

Tanpa Nama berkata...

aku pelik kenapa gaji n1 dn n4 tk de beza contoh kwn aku dlu n1 gji dia p3 skrng n4 balik ke p1 tapi gaji mati dia yg n1 lebih besar dari gaji p1 n4 kta naik pgkt knp gji mati lbih rendah tgk le gaji pap tapi gred lain tak pulak bila naik pgkt gaji mati p1 pn lbih tiggi dri jwtn lama knp wat apa mcm tk wujud pap bkn stkt hntr dn ambil surat je siapa yg cetak beribu kertas soalan utk ujian siapa yg menjalankn tugas2 fail bi pjbt da la kdng2 mnjlnkn tugs keluar sendiri byk pengorbanan pap dlm tugs seharian tpi tk pernh org nmpk pas tu siap suruh sprm siasat bdk2 pap sptutnya membela kami lu fikir la sendiri

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya dulu lagi selaraskn pap sprti penghantr notis n3 dn n12 bru betul apa budk2 pap ni bodoh sngt ke turun la tgk tugas seharian kami di pentadbirn aku pernah wt pertukaran ank yg wt prtukaran dikaunter dpn komputer adalah pap trfikir gk aku pandai gk pap komputer ingt pap hntr dn ambil surat je sepatutnya jwtn pap ni da lama dikaji semula yg setaraf dgn kelebihan dan kebolehan mereka

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Slogan perdana menteri yang sukar difahami. Siapakah rakyat yang dimaksudkan. Pencapaian apa yang diutamakan. Seorang rakan kakitangan kerajaan telah pencen setelah berkhidmat lebih tiga puluh tahun dengan penuh kecewa. Dia pencen dengan jawatan yang berasaskan gred 17 yang disandangnya dulu dengan kelulusan SPM. Grednya berubah sedikit saja setelah berkhidmat hampir tiga puluh tahun bersama kakitangan baru yang dinaikkan kegred atau jawatan yang lebih tinggi seawal 4 atau 5 tahun perkhidmatan.
Walaupun dia mempunyai ijazah master tetapi pencen dengan jawatan yang sama sejak dia mula berkhidmat iaitu jawatan sokongan 2. Dia berusaha memperbaiki tahap pendidikan dari diploma,ijazah sarjana muda kemudian ijazah sarjana(master). Segala-gala ditanggung sendiri tanpa mendapat apa-apa kemudahan seperti cuti belajar atau sebagainya dari awal sehingga akhirnya. Dengan segala tekanan dan kesusahan ditempuhinya dengan amat payah. Dia pencen dengan jawatan asal disandang tanpa dinaikkan kejawatan yang sepatutnya. Hatinya remuk. Pulanglah dia kekampungnya dengan tidak ada apa yang dibawanya melainkan kekecewaan yang tiada siapa yang tahu. Pingat cemerlang dan dinaikkan kejawatan yang lebih tinggi jauh sekali. Hanya satu yang ada iaitu kekuatan semangat ingin meneruskan mencari ilmu dengan becadang meneruskan keperingkat Phd.
Dia rakyat kecil siapa yang mempedulikan nasibnya. Akhirnya pencenlah dia dengan jawatan yang disandangnya sejak mula dilantik lebih tiga puluh tahun yang lalu. Baginya slogan PM Najib itu tidak difahaminya. Rakyat yang bagaimana didahulukan sedangkan dia sendiri kakitangan kerajaan tidak dipedulikan. Kecewa dengan kerajaan sekarang dia bertekad akan bersama-sama menjatuhkan BN yang memerintah sekarang. Walaupun dia rakyat kecil tetapi ada peranannya. Disamping berdoa dia juga seorang pengundi. Dia boleh bersama-sama dengan orang yang sedia untuk berubah. Dia boleh mempengaruhi saudara mara dan rakan-rakan yang masih belum berpendirian. Dia bukan lagi kakitangan kerajaan yang dibelenggu ketakutan dengan perintah am dan sebagainya. Dia sudah pencen. Semoga dia salah seorang rakyat Malaysia yang akan menukar kerajaan yang ada.

kelisa berkata...

Mohon cuepacs semak permohonan kumpulan G17 dibawah kementerian pertanian melalui MTUC untuk kenaikan gred dan gaji sama dengan Juruteknik J27.Untuk maklumkan skim ini dahulu dikenali sebagai juruteknik Pertanian tetapi telah diubah kepada Pembantu Pertanian/perikanan/Ehwal Ekonomi.Oleh itu permohonana semakan gred dan gaji tidak diluluskan oleh JPA kerana Skim Pembantu.Kelulusan SPM.Sehubungan itu,Gred G adalah sama dengan N17,NT17 mungkin dah ke NT 27(diluluskan).Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

CUEPAS tolongla perjuangkan nasib kami J17 agar sama taraf dgn S.O..
Btolla macam anak tiri.. :(

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kami (J17) di anak tirikan kerajaan.. :(

Tanpa Nama berkata...

MANA BONUS KAMI?!

Tanpa Nama berkata...

bkn tak nak masuk kesatuan pap masaalahnya kurng maklumat nak ambik borong kt mana pn tak tau nak cntct sape pn tak tau enck ramachandran cuba hebahkan kt semua jabatan supaya semua kami dpt bersama2 kesatuan pap berjuang utk golongan kami sape yg nak perjuangkn utk kalau tak kita sendiri selama ni pn ingtkn pap tak de kesatuan rupanya ada krngnya maklumat yg kami terima

Tanpa Nama berkata...

beri lah keadilan bagi kami pekerja pap..kami pun ingin merasai kesenangan dan dengarlah luahan hati kami disini...bela la nasib kami..jangan anak tirikan kami warga pap...naikkan kami ke pangkat yang lebih tinggi

Tanpa Nama berkata...

masing2 ada tugas masing2. jd tkyah nk marah jwtn lain..smua jwtn ada kekurangan n kelebihan n kesusahannya..

Tanpa Nama berkata...

bila skim juruteknik j17 nak naik j27???
knp senyap jer....??? haritu cerita beria2!!!!! pa dah naik n27! pejabat tanah dah naik nt27! juruteknik bila???? kerja 18 tahun dah santak dinding tolongla perjuangkan nasib kami.........

Pembantu Am Pejabat berkata...

harap bukan PTR sahaja yang dikaji semula kami Pembantu Am Pejabat (PAP) semua ada SPM juga.. Harap kerajaan Selaraskan GRed Kami Jugak terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Bekerja kerana Allah... :) bukan kerana gaji