Berita Harian
30/6/2011
IPOH: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju menunaikan lima tuntutan baru CUEPACS berhubung penilaian baru perkhidmatan awam dan pekeliling mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau juga berkata, kesatuan itu tidak akan membela mana-mana kakitangan awam yang ditangkap menyertai perhimpunan haram BERSIH kerana ia melanggar etika perkhidmatan awam.
30/6/2011
IPOH: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju menunaikan lima tuntutan baru CUEPACS berhubung penilaian baru perkhidmatan awam dan pekeliling mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau juga berkata, kesatuan itu tidak akan membela mana-mana kakitangan awam yang ditangkap menyertai perhimpunan haram BERSIH kerana ia melanggar etika perkhidmatan awam.
52 ulasan:
Aaa alehhh. habaq la apa yg setuju tuu. takat gaji minimum pooorahhh
LINGKUP TAALA BERKATA..
AI DULU CAKAP CUEPAC NAK AJAK PA MOGOK...LATOK OSMAN CAKAP MAAA...PA JGN LUPA...DAPAT DATUK HILANG MOGOK...DULU ADA PRESIDEN CUEPAC MOGOK PEKERJA DILANCARKAN....U ORANG TEKA SENDIRILA....DULU ORANG PRESIDEN MANYAK BERANI...BERBISA BONAR..SEKARANG PRESIDEN TAK MAU JAGA PA KENA TANGKAP HIMPUNAN AWAM...BERSIHMA...PAMBADI,PAMBU GUDUMBU,UNGE YO SENNEI LATOK?HAILAT JALAT NGETEREE,CUA LANG C,BI CIK HOLINGCAI,KING BOSAI,KING OI,LATOK?PLEASE GIVEN THE REASON,Y DATO?....
PENIPU TOL!!!! cuba koranag baca berita harian hari ini...JPA BELUM BERSETUJU % TUNTUTAN CUEPACS...mana satu yn cube memperbodohkan penjawat awam CUEPACS atau JPA???sampai bila kita diperlakukan sebegini fikir2 kan lah...
Perkara perolok2 ini hanya kan menyebabkan penjawat awam bertambah marah sedangankan mereka kini terteakan disebabkan kos sara hidup semakin meningkat, biar betul2 Datok ! jgn nak buat lok lak pula
PA,sokongjelah Pemnbangkang.....
PA dipermainkan.....kesian,,,
JPA belum setuju lima tuntutan
Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my
2011/07/01
Isu PROSPEK perlu dirunding
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum membuat sebarang keputusan berhubung lima tuntutan baru dikemukakan CUEPACS sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang bermula hari ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata JPA perlu mengadakan perbincangan dengan CUEPACS terlebih dulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
“Sebarang keputusan perlu dirunding dulu. Saya memang sudah terima tuntutan berkenaan, tetapi belum menyatakan persetujuan kerana saya perlu mengadakan rundingan dengan CUEPACS terlebih dulu untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai tuntutan yang dibuat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Katanya, JPA juga dalam proses memberikan taklimat dan penerangan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan berhubung PROSPEK sebelum surat pekeliling berhubung pelaksanaannya dikeluarkan.
Bagaimanapun, hingga tamat waktu pejabat petang semalam, laman web JPA masih belum menyiarkan surat pekeliling berhubung tarikh penguatkuasaan PROSPEK.
Beliau mengulas dakwaan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman di Ipoh, semalam bahawa JPA bersetuju untuk memenuhi lima tuntutan baru yang dikemukakan persatuan itu sebagai prasyarat sebelum mempersetujui pelaksanaan PROSPEK bagi menggantikan PTK yang bermula hari ini.
Tuntutan utama kata beliau pastinya menggembirakan kira-kira 1.2 juta penjawat awam apabila JPA bersetuju mana-mana kakitangan yang mengikuti kursus kompetensi.
cerita pasal pelarasan gaji dan bonus pun belum selesai..sekarang nak kecoh pasal prospek..melengah2kan masa betul arr..
kalau takat prospek tu tak yah la sibuk2...tu semua isi tembolok kroni....lepas ni lantik "kontraktor bertauliah" pasang sistem permarkahan PROSPEK lah...kroni di Ministry Human Resource punya kontrak......apa yang lina tu...tunjuk lah...jangan buat ku kata kau nak tunjuk batang zakar kau sudah...bahalaul
kakitangan kontrak tak seronok lah semua tahun ni.....semua kan ditamatkan oleh Mongolia....jom kita lawan Genghis Khan Malaysia dengan menghadiri BERSIH....hampessssss kerajaaaaaaan..........
Tuan, apa lima tuntutan baru diluluskan itu Tuan . bagus lah
itulah jangan kamu tunjuk perasaan
lagi. daripada kamu tunjuk perasan
lebih baik kamu duduk dirumah minum
kopi O panas dengan kueh pisang
dari pada berpanas-panas berhujan
perut kosong.
mana satu btul jpa kata blum setuju baru nak bincang tp cuepacs plak kt dah stuju!! biar btul cuepacs ni....
angan-angan mat jenin la semua penjawat awam...
Tolong naikkan gaji untuk sokongan I dan II .
Kami nak kenaikan gaji, semua barang sekarang dah naik, gaji pun kami nak naik lah.
PENIPU BESAR!!! Semalam baca paper dah syok dah tapi paper ari ni lain pulak.
KENAPA KAU TIPU KITA ORANG DATO HAJI OMAR???
KORANG PERCAYA KE DGN JPA TU????JPA= JABATAN PEMBOHONG AWAM
MAKIN HARI AKU BACE BLOGS NI MAKIN MENYAKITKAN HATI... APE YG DEPERJUANGKAN SBNRNYA?? HASIL NYE TETAP HABUK JER... KEJAP CERITA GAJI.. KEJAP CERITA PROSPEK...CERITA 1 BLM HABIS DIJUANGKAN, DAH MASUK CERITA 2??? SAJA JE NK PUTAR BELITKAN CERITA.. SAMPAI KETUA LAR KITA NIE PA MENUNGGU.. DAH MACAM DRAMA INDON PULAK PUTAR BELITKAN CERITA ...
Antara JPA dan CEUPACS ni aku lagi percaya JPA sekarang. KPPA kalau salah cakap boleh kena dakwa. Tapi orang CUEPACS cakap bohong kat paper pun takde hal.
Kanapa la aku sokong ngko dulu Omar ooiii...
Pak Aji macam ngko pun menipu jugak ye HAJI OMAR? Owh.. aku terlupa.. ngko DATO sekarang, nak jadi ahli politik pulak lepas ni.. Patut la dah belajar MENIPU!!!!
MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA
kalo iye pun citerla pekebenda isi perut prospek neh...biar semua PA tahu...baru PA semua boleh buat penilaian sama ada ok ke tak...jgn keluar pekeliling sampah sudahhh...
Mohon Cuepacs Bantu berkata...
Jumaat, Julai 01, 2011 9:56:00 AM
OOOIIII!!! orang cerita pasal semua penjawat awam. Jangan pikir ngko je. Buang je la sijil tu. Semua tajuk ngko nak paste. Kat poli tu ngko blajo cut n paste je ke? Tengin beno dia ni.
setuju..xsetuju..setuju..xsetuju.. umpama sembelit.. nak keluar..xkeluar..keluar..xkeluar..
Apakah lima jenis tuntutan tersebut adakah ianya untuk memberikan faedah kepada sebelah pihak sahaja (gred - gred tertentu) atau dapt dimanafaatkan oleh semua gred kump kakitangan awam. Dalam kesempatan ini saya merayu agar JPA mengkaji semula gred gaji dan elaun kump sokongan I&II memandangkan harga barangan dengan gaji yang tidak setimpal sekarang ini, menyebabkan ramai yang dari kump ini berhutang untuk menampung perbelanjaan dan membuat kerja sampingan untuk kelangsungan hidup. nak harap gaji hmmmmmm. jgan kata minyak harga nescafe pun dengar - dengar bakal naik gula tepung semuanya tambang bas dan semuanya lah..tak kesiani nyerr ke aduiiii..ini balik -balik agenda politik juga diutamakan untuk pancing undi jgn lupa kakitangan awam ada lebi sejuta orang yang layak untuk mengundi.. jadi fikir - fikir kan lah jika tidak dari kump sokongan I&II siapa lg yang mau potocopy, hantar surat, susun barang stor, orang yang paling hadapan dan bakal di maki hamun oleh org pelanggan kerajaan (org awam) siapa lagi. sekian terima kasih untuk renungan kita bersama.
5 TUNTUTAN CUEPACS
Berita Harian
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/06/20
Prasyarat persetujui pelaksanaan PROSPEK
ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.
“Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.
“CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
“Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.
Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.
Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.
Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.
INI JE YANG DIMINTA????
Kepada golongan PA bersama-samalah kita mendoakan agar permintaan kita dimakbulkan.. hanya kepada ALLAH kita meminta. mudah-mudahan terbuka pintu hati pihak-pihak pembuat dasar memakbulkan permintaan golongan PA.. Yang Baik Datangnya Dari ALLAH SWT dan yang buruk datangnya dari MANUSIA YANG TIDAK PERIHATIN NASIB MANUSIA LAIN..
ALHAMDULILLAH SYUKUR.... JPA BERSETUJU LIMA TUNTUTAN BARU CUEPACS
Pengumuman.. transformasi skim gaji serta sistem saraan malaysia berkuatkuasa 1/1/2012. Buat masa ini, JPA sedang giat menjalankan audit perjawatan & semakan gaji bagi merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service).
Harap maklum.
selamat pagi dato', saya dgn ini menyokong penuh kepimpinan dato'.
walaupun dato' tipu kami seribu kali lagi. Saya tetap akan sokong dato' seribu kali lagi.....
hidup penjawat awam!! hidup dato' Omar!!
harap2 gaji minimum penjawat awam start tahun depan...
kalu dalam 1.2k sebulan xtermasok elaun ok ar..plz..plz
Pengumuman.. transformasi skim gaji serta sistem saraan malaysia berkuatkuasa 1/1/2012. Buat masa ini, JPA sedang giat menjalankan audit perjawatan & semakan gaji bagi merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service).
aku dengar dari sumber yang tak berapa boleh di percayai, gaji akan naik bermula jan tahun depan
tak kira gred akan dapat kenaikan 20% dan bonus 2 bulan, sebab tahun depan akan diadakan P.R umum 13.
sembang lebih depa ni...
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Perbuat baik tidak ditegah,
Gaji PA akan naik juga.
Dalam ramalan saya sebelum PR13 dan diumumkan pada Bajet 2012 (isu kenaikan gaji PA kalau dibentangkan dalam parlimen pun tak akan dibangkang, kalau ada bangkangan pun, parti yang membangkang akan tumbang kat PR13 ) - mengikut rekod perbentangan isu di parlimen, isu kenaikan gaji PA tak pernah dibangkang oleh mana-mana parti politik kerana melibatkan gaji ahli parlimen sendiri.... tak akan tak nak naik gaji sendiri kot.
BOSAN BERKATA:
BARU JA ARTIKEL NI KELUAR, DAH KELUAR DI BERITA HARIAN YANG PIHAK JPA BELUM MEMBERI PERSETUJUAN TERHADAP SEMUA TUNTUTAN CUEPACS...MALANG BETUL CUEPACS NI...DAHLAH KERAJAAN KITA NI ASYIK DEFISIT JEEE....TAK TAULAH KALAU BAYAR GAJI KAKITANGAN AWAM PUN HUTANG ALONG...
Lama pulak pilihanraya ni. tangan aku dah gatal ni.
BOSAN BERKATA:
BARU JA ARTIKEL NI KELUAR, DAH KELUAR DI BERITA HARIAN YANG PIHAK JPA BELUM MEMBERI PERSETUJUAN TERHADAP SEMUA TUNTUTAN CUEPACS...MALANG BETUL CUEPACS NI...DAHLAH KERAJAAN KITA NI ASYIK DEFISIT JEEE....TAK TAULAH KALAU BAYAR GAJI KAKITANGAN AWAM PUN HUTANG ALONG...
mcm manala kerajaan tak defisit klu elaun pm ngan tpm besar kalah gajah. drg dah balun habis tu lum masuk lagi elaun khas rosmah
Lama pulak pilihanraya ni. tangan aku dah gatal
jangan garu sangat tangan ko..naik naik kurap..susah lak nak pangkah...lagi satu kalau gatal tangan kanan nak naik gaji tuh..kalau gatal tangan kiri nak naik elaun..he..he..kalau gatal dua2..ko basuh ngan sabun..x bersih masa basuh berak...
KUALA LUMPUR 30 JUN : Majlis Perundangan dan Gaji Negara yang disarankan oleh kerajaan Umno-BN adalah satu lagi bentuk penindasan warga kerja, kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdullah Sani mendakwa, pembentangan rang undang-undang berkenaan di Parlimen jelas menunjukkan kuasa sebenar ada pada Menteri dan bukan kepada Majlis tersebut.
"Rang-undang-undang ini sebenarnya tiada batas dan matlamat serta tak tentu arah. Peranannya hanya sebagai satu kajian. Kajian ini bersifat Ia tak boleh menjurus kepada keputusan
Sekurang-kurangnya bagilah.... kenaikan ke Jawatan Gred N17 kepada penjawat Pembantu Am Pejabat N1/N4 yang berkelayakan dan berkelulusan SPM.
pasal prospek mengantikan ptk nie... org yang dilantik biarlah telus kalau x same aje macam yg sudah2,x ada beza pun.biasanye org yg kaki mengampu aje yg biasa dapat...
walau ape pun yg bnyk diperkatakan sekarang...aku harap gaji naik, kalau tak !!!!!!sendiri mau ingatlah.
Alhamdulilah.. harap semua yg dirancang oleh Cuepacs akan di terima oleh JPA, kita sebagai PA harus akur kpd apa pun keputusannya, kpd yg marah2 tu byk2lah mengucap dan beristirafar byk2, bersyukurlh dgn apa yg ada..kalau x nk kerja ramai lg org diluar sana yg memerlukan..SENDIRI MAU INGATLAH BEB, jgn jd kacang lupakan kulit..!
Ye ke JPA terima tuntutan kita? Tahniah Dato Omar..kpd yg x puas hati kpd kerajaan tu ...draf2lah surat letak jawatan kerja ngan pembangkang plak...he he bangsa tak mengenang budi...
kecoh la lu bro..!!!
betul kea..? di maklumkan bahawa tiada kenaikan pangkat, gred, gaji dan bonus.. hanya mereka yang memangku jawatan tertentu sahaja di naikkan pangkat dan gred bagi semua gred jawatan bagi mereka yang memangku.. bagaimana pula bagi mereka kumpulan sokongan yang memiliki ijazah dan master.. tiada kenaikan pangkat dan gred, walaupun mereka dah mendaftar dengan spa bagi jawatan baru, tiada panggilan temuduga kea..? begitu juga dengan mereka yang dah lama berkhidmat melebihi 10 tahun ke atas..ape cite.. ape-ape hal kami tunggu bajet 2012 nie.. kemudian kami tunggu PRU-13 pulak..!!
korang beruntung dapat keja aku nie ada PHD masih menganggur lagi....apeelaah......korang bersyukurlah....
sama la mcm aku, aku ada diploma pom xdapat kerja, member aku ada digre pom xdapat kerja jugak..kalu korang xnak bagi jer gred 2 kt aku snang citer..orang kt luar nie rmai lagi xkerja...
cuepacs jom buat buat piket ramai2 klu depa xbg kita naek gaji..!!!!
kalau nak bagi kenaikkan ada syarat, lebih baik tak bagi. syarat tersembunyi dimana lepas tandatangan akan keluar macam2 arahan. JPA naikkan gred 17 ke gred 27 ikut suka hati, NT17 ke NT27, NT32, penghulu 17 ke 27 dll. sokongan 1 gaji mereka dah nak sama sokongan 2. apa dah jadi, jPA tak releven.kaitangan beku maka 1 orang buat kerja 5 orang. nilain akan lebih micro. transfomasi bagus tapi hendaklah telus.
saya dapati rata2 kaitangan kerajaan generasi baru tak minat nak jadi ahli kesatuan. maka lama-lama kesatuan cuepacs pun dah tak ada. kakitangan akan dengar dua lidah yang bercakap. satu lidah ekonomi tak bagus akan didengar oleh kakitangan. lagi satu lidah pada mulut yg sama ekonomi bagus didengar oleh yg lain. tak telus lah tu.
bukan tak bersyukur dengan ape yang dapat.....tapi kos sekarang ni....rm 100 kalau beli barang pun tak manpak bende....rumah lagi.... kereta lagi.....bayar umah ngan kereta pun dah hampir separuh gaji....belum lagi kos sekolah anak2......tak di beli karang..keperluan......entahlaaaaa.....haraf dapat pertimbangkan elaun umah dan kola......aminnnnnn.......
Catat Ulasan