Bernama
1/11/2011
PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan disaran membudayakan kreativiti dan inovasi untuk membangunkan kemudahan dan teknologi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin Selasa.
Beliau berkata beberapa inovasi telah dilaksanakan di kementerian termasuk Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang menyediakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan secara atas talian kepada semua penjawat awam.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut melaksanakan inovasi lain seperti Sistem e-penempatan JKDM, Sistem e-Kereta, Sistem e-Penyata dan e-Laporan, Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC).
"Antara sistem ini, terdapat juga sistem yang dibangunkan secara in-house iaitu oleh kakitangan dalam kementerian yang inovatif.
"Sehubungan itu, kementerian akan terus memberi penekanan agar lebih ramai terus mencari idea bagi melaksanakan inovasi dalam bekerja dan inovasi dalam sistem yang digunakan untuk meningatkan mutu perkhidmatan dan memanfaatkan pelanggan dan pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Untuk memupuk budaya inovasi di kalangan kakitangan kementerian, Awang Adek berkata sistem ganjaran diperkenalkan dengan memberi bonus dan ganjaran kepada kakitangan yang berjaya menghasilkan inovasi perkhidmatan.
Terdahulu dalam ucapannya, Awang Adek menyeru semua kakitangan kementerian agar menjadikan tahun Gerakan Inovasi Nasional sebagai landasan untuk mengamal dan membudayakan kreativiti dan inovasi.
-- BERNAMA
8 ulasan:
Inovasi.....
kalau nak kakitangan awam inovasi...saya sarankan perjelaskan secara kritikal apa yang dimaksudkan INOVASI:-
apa ciri2 perlaksanaan inovasi
cara2 perlaksanaan inovasi
elemen2 menwujudkan inovasi
dan sebagainya
sebab perkataan inovasi ni terlalu umum..kadangkala golongan bawahan tidak berapa faham dan bagaimana melaksanakan dengan lebih berkesan.
kalau nak kakitangan awam inovasi...saya sarankan perjelaskan secara kritikal apa yang dimaksudkan INOVASI:-
apa ciri2 perlaksanaan inovasi
apa bentuk2 inovasi yang boleh dikaitkan dalam PA
cara2 perlaksanaan inovasi
elemen2 menwujudkan inovasi
dan sebagainya.
sebab inovasi ini luas..betulah inovasi..tapi inovasi dari segi apa?
sebab perkataan inovasi ni terlalu umum..kadangkala golongan bawahan tidak berapa faham dan bagaimana melaksanakan dengan lebih berkesan.
nie seorang lagi.. nak cari publisiti murahan.. ari tu TPM.. nie kau pulak.. semua sistem E. ape jenis E yg kau nak perkenalkan tue.. harta kau berapa banyak.. juta ringgit kea.. dari mana kau dpt dan ke mana kau belanjakan.. isytiharkan..!! barulah he..!!he..!!
kami bermula dari bawah gred N17, sambung berlajar atas saranan kerajaan dari ijazah hingga ke master, pakai duit sendiri, berkorban masa diri sendiri dan keluarga, makan bercatu sebab bayar yuran pengajian, kadang-kala tu tido di masjid atau surau di universiti, berjalan kaki berbatu-batu ke tempat kuliah, ada di antara kami terkorban di jalanraya semasa seisi pembelajaran, tak sempat terima ijazah dah jadi jenazah, tapi sayangnya pengorbanan kami kepada kerajaan tak diindahkan malah disisihkan, cuepacs pun tak ambil peduli, dah graduate 7-8 tahun, dah mendaftar dispa sekian lamanya tapi masih staf sokongan..bajet 2012 kami masih ditakuk lama lagi.. adakah kami mesti bersama kerajaan skg atau kami menggunakan kepakaran kami untuk kerajaan baru di mana kami memimpin pada PRU-13 nie..?spa,jpa,cuepacs, lu fikirlah sendiri..!!
Terkini: SPA membekukan semua perjawatan bermula jan tahun depan selama 3 tahun.. kami PA ada master, ijazah dan diploma berakar la menunggu jawabnye.. BE END dan konco-konconya mencabar 1.2 juta PA.. sape nak inovatif, kreatif la.. keje bagai nak mampus, ape cite.. kau org tunggulah nasib kau org nanti PRU-13 nie..!!
awang adek .. bila ngko nak bagi duit ehsan utk pelajar yg dpt masuk ipta 2011.
aku dah hantar borang utk anak aku di pej umno bachok.
bila nak bagi ????
itu wang ehsan .. bukan ngko punya !!!!
cehhh...awang adek, pilihanraya pun kalah...harap jadi senator jee. Mana kau punye inovasi tu.??
Catat Ulasan