Berita harian
2012/02/02
KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan. Omar berkata, beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat pasukan petugas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang dijadualkan 8 Februari ini di Putrajaya. “Saya yakin jika pasukan itu dapat berjumpa dan bermesyuarat lebih kerap, kebuntuan berhubung isu SBPA yang membabitkan lebih 1.2 juta kakitangan awam dapat diselesaikan segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penubuhan pasukan khas semakan semula SBPA turut menetapkan tempoh tiga bulan sehingga 16 April depan untuk menyiapkan semakan mereka.
Dalam pada itu, Omar mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kerana menerima tiga lagi pemimpin kanan kesatuan berkenaan bagi menganggotai pasukan petugas khas SBPA.
Kelmarin, Mohd Sidek berkata, pertambahan pemimpin kanan CUEPACS dalam pasukan petugas khas itu adalah lebih bagus kerana membolehkan kerajaan mendapat lebih maklum balas dan pandangan untuk penambahbaikan SBPA.
Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dimaksudkan Omar ialah, Timbalan Presiden I, Aziz Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangannya, Jaafar Mansor.
Sementara itu, Omar berkata, Jawatankuasa Bertindak SBPA yang ditubuhkan CUEPACS, termasuk untuk menerima maklum balas daripada kakitangan awam mengenai skim itu akan tetap meneruskan tugasnya sebelum menyediakan kertas kerja komprehensif untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

9 ulasan:
Pindah gaji tu biarlah , tiada yang terasa dianiaya dan biarlah adil untuk yang baru kerja dan yang telah lama kerja...asasnya T1 SSM KE T1 SBPA, T25 SSM KE T25 SBPA ... HABIS CERITA...
3 kali mesyuarat mana cukup untuk selesaikan penambahbaikan
Lebih kerap biar cepat dilaksanakan dan biar cepat dapat gaji baru sbpa.
golongan gred 17 yg paling tersepit...setelah penjumudan gred2 jwtn yg bwh tp disamatarafkan dgn gred 17...tetapi gred 17 asal tetap macam tu jgk....org selalu membezakan antara diploma/degree dgn sijil spm..tapi tak siapa peduli yg sijil spm skrg dah disamatarafkan dengan upsr/pmr/srp....
saya nak CUEPACS kaji blk isu pertukaran..da tiga tahun mohon tukar tapi tiada apa-apa berita dan khabar dari pihak JPA.....duit hbs kt jalan raya jer...kos idup da la tinggi...gaji ciput...umah da la kena sewa 2 bijik...
DALAM JPPH kerja separuh mati bagi Penolong Pegawai Penilaian tempoh masa siap kes disingkat dari 10 hari ke 8 hari kemudian 5 hari,tidak kira mudah,sederhana dan rumit janji matlamat KPP,TKPP dan Pengarah capai sasaran,kalau kumpulan Penolong Pegawai capai sasaran Pengarah dapat nama dan cepat naik pangkat jusa atau jadi TKPP gred jusa B atau jusa C ,kumpulan penolong pegawai penilaian, TKPP dan KPP nak bagi naik pangkat penolong pegawai penilaian macam-macam alasan tak masuk akal,gred jusa terus naik
DALAM JPPH kerja separuh mati bagi Penolong Pegawai Penilaian tempoh masa siap kes disingkat dari 10 hari ke 8 hari kemudian 5 hari,tidak kira mudah,sederhana dan rumit janji matlamat KPP,TKPP dan Pengarah capai sasaran,kalau kumpulan Penolong Pegawai capai sasaran Pengarah dapat nama dan cepat naik pangkat jusa atau jadi TKPP gred jusa B atau jusa C ,kumpulan penolong pegawai penilaian, TKPP dan KPP nak bagi naik pangkat kpd penolong pegawai penilaian macam-macam alasan tak masuk akal,gred jusa terus naik,pengurusan tertinggi jpph jaga orang atas saja,puak gred 36 kebawah terabai
20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.
MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.
Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."
Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.
Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.
Catat Ulasan