SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Februari 2012

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Bernama
23/2/2012



PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.



-- BERNAMA

57 ulasan:

East berkata...

Aku sokong..........

Unknown berkata...

kan bagus kalau mcm nih (kalaulah kerajaan setuju) Baru la nampak kurang sikit jurang gaji...

Tanpa Nama berkata...

pakat2 la berdoa kpd Allah agar dipermudahkan....amin. br la padan dgn kos rumah,kenaikan minyak...

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat dengan cadangan tu..kalau cam ni, barulah nak ngundi kerajaan balik..hidup cuepacs..

ASHAMSURI berkata...

inilah yang dikatakan bijaksana..Najib boleh tido lena lau saranan ini diguna pakai..kompom undi aku utk BN..org lain aku tak tau..

x swasta berkata...

marilah kita ramai2 berdoa kepada tuhan..kalau 1.3 juta PA aminkan pasti makbul..

Tanpa Nama berkata...

kalo je cadangan nie dilaksanakan, jangan risau... satu undi utk PRU 13 dah confirm milik kerajaan sekarang.. tp bayaran tunggakan jangan dilupakan gak..

Tanpa Nama berkata...

bagus memang bagus, dapat ke tak? kot kot dikurangkan lagi, ni hanya suggestion saje..

Eyna berkata...

Kalau betul,memang aku sokong 101% lah..Mudah-mudahan diperkenankan..Cayalah sama Pak Omar...Hidup Pak Omar!

Tanpa Nama berkata...

aku xmau syok lebih2 lagi.selagi x boleh makan gaji yang dicadangkan ni selgi tu aku tidak percaya..

aku bosan...bosan dengan sikapmu..
aku sudah tidak percaya padamu lagi..
lebih baik aku segera angkat kaki...
aku bosan...bosan pada dirimu...

Tanpa Nama berkata...

jangan bagi harapan pada kami setinggi gunung, takut2 1.3 juta PA patah hati kalau cadangan tak jadi..nnt betul2 jd Mr. Blue & Mr. Green...camner? apa2 pun doakanlah rezeki anak2 sapa tahu...

Tanpa Nama berkata...

minta tahun ini jadi nya mungkin 10 tahun akan adang pun belum tentu....klu naik pin 10% je setahun hampeh semua tu semuanya lakonan belaka maklumlah orang kan nak pilihan raya.... cerita lapok semua tuch tak de yang betul nya... ape beda naik tak naik harga barang sapa naik turun kan .....usah cakap ye tak de guna nya klu tak terbukti....klu sistem sering bertukar ganti dan tetap ade kelemah nya

Tanpa Nama berkata...

Cadangan cuepacs terlalu baik dan memang realitinya dan amat bersetuju.

Apa salahnya pihak atasan JUSA dan Turus beralah sedikit dan jangan terlalu tamak dan biarkan kenaikan mereka dikurangkan kerana bawahan juga mahukan kehidupan kesederhanaan dan bukannya kaya-raya seperti pihak atasan. Barulah selamat dunia akhirat. Ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Ini ibarat pihak bawahan seperti sampah terbuang dan pihak JUSA dan Turus seperti Burung Rajawali. Ingatlah bukan sahaja Intan itu sahaja berguna dan malah kaca juga amat berguna untuk melihat kehebatan dan kecantitkan diri sendiri.

Baharulah jurang dan perasaan iri hati dapat dihindarkan dan suasana dan keseronokan kerja akan bertambah ceria.

Ini berpaksikan kepada faktor ekonomi, sosio, pendidikan, perubatan serta budaya kini.

Tanpa Nama berkata...

kalau kerajaan setuju pun saya rasa dia akan tarik semua elaun kita so by that time tinggal gaji pokok la..ok jugaklah sbb gaji pokok kita dah tinggi

Kakitangan Kontrak berkata...

Kakitangan kontrak pun nak merasa jugak....

sofia berkata...

TUNTUTAN CEUPACS TIDAK MELAMPAU , AMAT BERPATUTAN DENGAN KEADAAN EKONOMI MASA KINI. YANG MELAMPAU ADALAH KENAIKAN MELEBIH-LEBIH KUMPULAN PREMIER DAN JUSA HINGGA DIKATAKAN TIDAK WAJAR. PA DARI GRED 17 KE BAWAH SUDAH LAMA HIDUP DIKELILINGI BEBAN HUTANG BERIKUTAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN MENINGKAT. PM, TOLONG PERTIMBANGKAN TUNTUTAN CEUPACS JIKA BENAR IKHLAS MAHU WUJUDKAN SATU NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI. HARTA KEKAYAAN NEGARA TIDAK SEMESTINYA BERLEGAR DI KALANGAN ORANG TERTENTU SAHAJA. KERAJAAN JANGAN KATAKAN TIDAK MAMPU UNTUK TUNAIKAN TUNTUTAN CEUPACS KERANA KENAIKAN GAJI BAGI 4,OOO KUMPULAN PREMIER DAN JUSA SAHAJA SUDAH MENCECAH 2/3 DARI JUMLAH PERUNTUKAN YANG DICADANGKAN. SEDANGKAN 1.3 JUTA PA MASIH BERADA DI DALAM KESEMPITAN HIDUP. KEADILAN HARUS DITITIK BERATKAN. DI MANA SLOGAN YANG SELALU KITA DENGARKAN DARI PM , RAKYAT SELALU DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN WAJAR DARI PM ADALAH PENENTU DALAM PRU 13 INI. JIKA DIAMBIL KIRA TUNTUTAN KENAIKAN GAJI OLEH CEUPACS ANTARA RM700- RM2,500 APALAH SANGAT SEKELUMIT SAHAJA, JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN KENAIKAN GAJI KUMPULAN PREMIER DAN JUSA. SESUNGGUHNYA PEMIMPIN YANG PALING BAHAGIA IALAH YANG MENYEBABKAN RAKYATNYA BAHAGIA DAN PEMIMPIN YANG PALING CELAKA IALAH YANG MENYEBABKAN RAKYATNYA CELAKA. DATO' OMAR, TERIMA KASIH ATAS PERJUANGANMU, KAMI SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK , SEMOGA HASRAT KITA SEMUA DITUNAIKAN ALLAH DAN DI TERIMA BAIK OLEH PERDANA MENTERI KITA YANG BAKAL TERUS MEMERINTAH NEGARA KITA, MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Kepada jusa dan turus ....kongsi2lah dengan golongan 1-54,mengalahlah sama-sama manusia yang berdarah merah mati x bawak ke kubur yang senang org hidup.apa pun tengok apa yang terjadi.yang terbaik datang dr allah yang tamak datang dari nafsu kita.....

Tanpa Nama berkata...

Sokong,...memang sokong kalau inilah cadangan yg diterima. Saya JAMIN 500% BN akan memang dalam PRU 13 nanti...sebab k/tangan awam 1.3 juta ni kebanyakan family dan anak2 mereka adalah PENGUNDI...dan jika YAB PM bernai terima cadangan ini...sdah pasti PRU 13 BN melebihi 2/3 kemenangan...kerana k/tangan awam skrang hanya mahu kehidupan/pendapatan terjamin dlm menghadapi hidup yg mencabar ini....kepada YAB PM kita...inilah satu2nya cadangan yg akan memberi kekkuatan kpada BN utk menghadapi PRU 13....tapi jika kumpulan bawah ni tdk diberi perhatian....warna mereka cepat berubah kerana amarah yg maha dasyat....

Tanpa Nama berkata...

Ingat, duit boleh dicari/dibuat, tetapi kalau negara tergadai, punah, hancur tak akan dapat lagi. Saya harap cadangan Cuepac itu dapat diterima oleh kerajaan. Amin.........

Tanpa Nama berkata...

Cadangan Ceupacs memang baguih... YAB PM tengok, perhati betoi2 cadangan tu... buat keputusan pastu boleh tidur lena... tapi kalau kakitangan awan dok kerja tambah loan....memang tak cukup.. apapun bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

kalo je cadangan nie dilaksanakan, jangan risau... satu undi utk PRU 13 dah confirm milik kerajaan sekarang.. tp bayaran tunggakan jangan dilupakan gak..

Takkan satu undi saja, undi isteri-isteri, anak-anak pergi kemana, bahaya ni.Tak boleh percaya ni.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah kenaikan sebegini akan sangat merancakkan dan memajukan sektor perniagaan, industri, swasta dan sekaligus ekonomi negara...

Tanpa Nama berkata...

kalo cadangan ni d luluskan.. saya sanggup balik ke daerah tempat saya mengundi biar pun jauh untuk pangkah lambang dacing.. hehe.

Tanpa Nama berkata...

Syabas inilah dikatakatan perjuangan yang dilaungkan PM 1MALAYSIA. Rakyat didahalukan pencapaian diutamakan.

Banyak sudah angan2 yg dipasangkan oleh Pihak Atasan JUSA untuk melancong diluar negara, berjanji nak beli emas seberat 1kg untuk sang isteri dan bermacam lagi kini naknya cuaca kian mendung dan mentari amat terik.

Tembok pemisahan takungan harus dibuka supaya ianya tidak dimonopoli atau segelitir pihak. Kini bukannya zaman prasejarah dimana org kuat menjadikan kaum lemah sebagai mangsanya. Kekayaan negara harus dibahagi ikut suasana dan keadaan kehendak semasa.

Mengapa kerajaan akan terima akibat daripada permintaan cuepacs untuk kebajikan golongan pelaksana?. Apakah kekayaan yang cuba diboloti kaum monarki tiada menjadi kekangan kepada kerajaan. Apakah golongan ini sahaja yang membantu kerajaan selama ini?

Apakah selama ini pihak ini tiada menerima subsidi yang kerajaan berikan?????. Jika diperhati dengan teliti kumpulan atasan inilah sebenarnya yang menopoli subsidi kerajaan daripada kumpulan bawahan. Kereta Free, Minyak Free, Selenggara Free,Pemandu free, Duit makan minum free, Talipon Free, Bil Talipon Free, Tol Free, Pakaian Seragan Free, rumah free, pembantu rumah free, selenggara rumah free. Pendek kata semuanya free......

Apakah selama ini mereka ini kemewahan dan subsidi kerajaan jutaan ringgit berbanding rakyat bawahan. Dimana kesyukuran dan terima kasih pada Kerajaan dan rakyat bawahan.

Jelas merekalah master PHD yang tak sudah2 dan cuba memboloti harta kekayaan negara secara terancang. Tak salah kiranya kekayaan dibahagi sama rata. Biarlah atasan mendapat kenaikan 80% dan bawahan juga 80%.

Atasan kenaikan 80% menjangkau ribuan ringgit sedangkan bawahan ratusan ringgit sahaja. Itulah keadilan namanya. Kerajaan dan Pak Menteri selalu mengingatkan rakyat baca sejarah dan cuba amatinya mendalam.

Berbalik kepada faktor sejarah peristiwa PRU12 kerana kedegilan Pak Lah memberi bonus telah memberi kesan memdalam kepada negara. Akibatnya menghadiah 5 buah negeri kepada pembangkang. Jangan kerana terlalu sayangkan anak emas akibatnya negara hancur dan musnah.

Amat malanglah usaha dan berbagai program dan permasalahan PM lakukan akan jadi sia-sia kerana kumpulan tersebut.

Ingatlah kucing akan menganas kiranya kelaparan dan menjadi manja dan tidur kiranya kekenyangan dan dibelai dengan kasih sayang. TETAPI INGATLAH SANG SINGA JUGA HILANG TARING BILA SUDAH TUA DAN UZUR SERTA TAK GUNA LAGI.........

Tanpa Nama berkata...

TUNTUTAN melampau Penjawat Awam. Diluluskan 7-13 peratus dalam bajet, itu yang sah.
Jangan jadi PENJAWAT AWAM sbg. perompak wang rakyat. Betul kos hidup tinggi tapi kita tak boleh suka hati nak lulus dan laksana satu ROMPAKAN wang rakyat...mesti melalui bajet dan kelulusan parlimen.

PIGIRAH
PENJAWAT AWAM TAMAK
nak banyak join swasta la
atau GLC...ada berani.
Selalu2 tonton "bersamamu"

Tanpa Nama berkata...

Pada hemat saya permintaan CEUPACS ini terlalu keterlaluan, saya juga penjawat awam pangkat rendah, dan saya juga marah dengan SBPA sebelum ini, tetapi permintaan kenaikan gaji yang melampau itu sangat keterlaluan, memang perlu dinaikkan gaji penjawat awam, tapi kalau kenaikan gaji hingga RM 700 hingga RM 2500 adalah sangat tidak munasabah kerana ini melibatkan perbelanjaan kerajaan, ini boleh menjerumuskan negara ini ke kancah masalah ekonomi kerana kita pelu faham bahawa kemelut ekonomi dunia masih tidak menentu, perbelanjaan yang tidak berhemah hanya akan menyebabkan negara ini menjadi seperti Greece, Ireland, Portugal, Itali dan beberapa negara Eropah lain yang sedang berhadapan dengan ancaman muflis akibat perbelanjaan yang tidak berhemah.

Oleh yang demikian, dalam menuntut sesuatu hendaklah munasabah, jangan sampai menjahanamkan pula. Saya tahu bahawa saya akan dikecam oleh ramai pihak dengan kenyataan saya ini, tetapi ini adalah hakikat yang perlu kita sedari supaya tidak terjerumus ke lembah kebinasaan.

Pihak JPA sungguh melampau membuat SBPA yang menindas penjawat awam sebelum ini, semua masalah ini berpunca dari ketamakan pegawai atasan yang membuat SBPA ini. Saya berharap semua pihak rasional, jangan keterlaluan hingga mendapat manfaat yang besar dalam tempoh yang singkat sedangkan menerima bencana yang sangat sengsara dalam tempoh yang panjang hingga ke zaman anak cucu kita pada masa akan datang.

Gaji pegawai atasan yang naik melampau-lampau itu perlu dipotong kenaikannya ke paras yang munasabah agar tidak ada berlaku tuntutan yang sebegitu rupa oleh penjawat awam peringkat bawah. Jangan perjudikan keamanan, kesejahteraan, perpaduan, dan kemakmuran negara ini untuk kepuasan diri dalam masa yang singkat, kita perlu fikir generasi akan datang, takkanlah kita hendak wariskan kemusnahan kepada generasi akan datang kerana nak memuaskan kehendak diri tanpa berfikir secara rasional?

Pihak yang merangka SBPA sebelum ini juga perlu disiasat oleh pihak berkuasa dan kenakan tindakan keras atas tindakan mereka itu yang boleh disifatkan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mendapatkan manfaat secara salah bila mereka menggubal SBPA itu.

Tanpa Nama berkata...

Saya minta pihak CEUPACS dan juga penjawat awam rasional dalam tindak balas supaya tidak berlaku sebarang masalah yang boleh menjerumuskan negara ini dalam kancah kebinasaan akibat negara kita boleh jadi muflis dek kerana perbelanjaan yang melampau-lampau.

Kepada pihak pegawai atasan yang sesuka hati menggubal SBPA untuk kepentingan peribadi anda, sekarang puaslah hati anda semua selepas berjaya menjadikan isu SBPA ini isu yang paling panas di Malaysia hingga menjurumskan kerajaan dalam dilema yang amat rumit. Pihak kerajaan perlu adakan siasatan yang menyeluruh bukan setakat untuk perbaiki SBPA sedia ada, malahan untuk mencari punca kemelut ini dan hadapkan pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan untuk pengajaran kepada mereka.

Gaji pegawai atasan yang naik melampau-lampau perlu dipotong dengan mendadak supaya keadaan menjadi seperti mana yang mengikut kemampuan kerajaan. Tambahan gaji kepada penjawat awam pula lihatlah kepada peratusan yang munasabah, tampung kenaikan gaji penjawat awam pangkat rendah dengan potongan gaji para pegawai atasan yang naik melampau-lampau itu.

Sekali lagi saya menyeru kepada semua pihak supaya berfikir panjang dalam perkara ini supaya keadaan dapat diselesaikan secara baik dan berhemah, jangan keterlaluan dalam tindakan hingga menjurumuskan negara ke kancah muflis yang akan memberikan kesengsaraan bukan saja kepada diri kita, malahan kesan ini mungkin berpanjangan ke genarasi anak cucu kita yang akan datang, oleh itu sama-samalah kita berhemah dan jangan bersikap keterlaluan samada pegawai atasan atau penjawat awam pangkat rendah.

Saya setuju gaji penjawat awam dinaikkan, tapi jumlah yang dituntut oleh CEUPACS sangat melampau, dan apakah bezanya dengan pegawai atasan yang tamak sekiranya kita juga meminta kenaikan yang melampau itu? Kita perlu ingat yang menjadi mangsa dalam polemik ini adalah pihak kerajaan, dan pastinya apa yang menjadi punca adalah pegawai atasan yang tamak haloba membuat SBPA perosak inilah, hadapkan mereka ke muka pengadilan dan kenakan hukuman yang serius kerana isu ini adalah sangat sensitif dan sungguh merbahaya kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan berhemah. Tindakan segera perlu untuk mengatasi masalah ini, harap Perdana Menteri dapat memberikan respon berhubung perkara ini untuk mengelakkan polemik yang berlanjutan hingga keadaan menjadi makin tidak terurus dan penuh dengan masalah yang amat sukar diselesaikan kelak.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Melihatkan perkembangan terkini gelagat perbalahan kakitangan awam ada baiknya kita semua muhasabah diri dan merenung sejenak apakah kemelut ini harus dibiarkan meruncing dan sebagai satu tekanan kepada pihak pimpinan tertinggi iaitu PM.

Sebagai ketua negara ianya bukan hanya penumpuan pada satu pihak sahaja tetapi adalah menyeluruh. Alangkah baiknya jika sama-sama pihak berbalah antara semasa ahli keluarga ini beralah dan bagi pihak Premier dan JUSA mereka juga harus bertimbang rasa serta memikirkan keamanan dan keutuhan serta kepentingan negara. Begitu juga dengan PA pelaksana harus ada tolak ansur.

Alangkah baiknya jika kajian semula keatas kenaikan gaji kumpulan premier dan JUSA yang terlalu tinggi dan biarlah ianya berpatutan. Bagi pihak premier dan JUSA ini tidak akan rugi apa-apa kerana selama ini bermacam2 elaun dan insentif yang mereka perolehi.

Begitu juga dengan kumpulan pelaksana harus bertolak ansur dan dalam ertikata win-win. Janganlah kita terlalu mendesak dan terlalu ugutan kepada pihak pemerintah. Sebagai pihak pemerintah ianya sudah tentu mahukan yang terbaik untuk rakyatnya dan dijadikan bahan sejarah untuk jenerasi yang akan datang.

Ada baiknya pertimbangan rasional dan pendekatan berhemah antara sesama pihak kerana kekangan kegawatan ekonomi serta mengambil kira pengumuman bajet yang PM umumkan. Sebagai sebuah badan pembuat dasar mereka tidak seharusnya mengambil kesempatan diatas amanah yang PM berikan.

Tak nafikan kini terlalu banyak golongan pelaksana yang kini masih berada dalam kancah kumpulan kemiskinan dan bebanan diatas kenaikan harga barangan, pendidikan, perubatan, hiburan serta kemudahan lain seperti kediaman yang terlalu mendadak kenaikannya.

Secara tak langsung krisis ini akan terpalik kepada golongan seperti Petani, Penoreh, Pemandu Teksi dan lain2 lagi menerima tamparan kenaikan harga akibat perbalahan kakitangan awam yang sentiasa menwar-warkan keniakan gaji.

Renungkanlah dan fikirlah serta beralah dan bertimbanglah untuk semua pihak demi keharmonian dan kepentingan bersama serta demi kestabilan negara, agama dan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Saya faham betapa tertekan nya hidup kumpulan pelaksana ni. Tapi aku tengok ramai yang Gred 4-1 mampu beli kereta....tapi bergantung kepada OT. Memang mereka kerja kuat!

Jadi elok lah dihapuskan saja sistem OT semuaPA balik awal x perlu buat OT untuk dapat pendapat lebih maka keluarga bahagia .. boleh gi surau awal. Kalau buat OT x ada bayaran cuma ada cuti tanpa rekod/gantian... macam P&P.. ada ok ?

Jika naikkan terus gaji RM700 untuk Gred 5-1 seperti diminta oleh Pak OMAR .. aku ada buat sikit kira2 untuk T1 -T20 dengan KGT sedia ada




KGT
Gred 1-6 320
Gred 1-5 290
Gred 1-1 225
Gred2-1 145
Gred 3-1 145
Gred 4-1 95
Gred 5-1 80

Skel gaji baru lebih kurang gini T1- T20
Gred 5-1 T1 RM1500 - T20 RM3020
Gred 4-1 T1 RM2000 - T20 RM3805
Gred 3-1 T1 RM2500 - T20 RM5255
Gred 2-1 T1 RM3000 - T20 RM5755
Gred 1-1 T1 RM3800 - T20 RM8075
Gred 1-6 T1 RM8000 - T16 RM12800

* ini belum masuk elaun IKA , elaun sara hidup dll..

Adakah ini ok ?... nampak sikit PA ni smart... net pay Gred 5-1 T1 RM1500+ 400 = RM1900 . kalau T10 RM2,300 + elaun.. boleh balik awal boleh jual pasar malam lagi untung lor ...

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Tanpa nama Khamis, Februari 23, 2012 8:21:00 PM

Saya setuju dgn pendapat tuan. Sekurangnya dengan kenaikan ini memberi satu ruang keselesaan buat PA Pelaksana. Selamanya ini pun banyak kalangan kumpulan pelaksana telah memgambil kesempatan dan peluang untuk melakukan kerja2 tambahan seperti monereh getah, bersawah, berniaga di pasar malam seperti kata2 tuan.

Kan bagus sekiranya ada persafahaman dan tolak ansur dari dulu lagi agar ianya tiada menjadi satu titik panas dan menghangat keadaan dan suasana. Ketamakan antara pihak tidak akan mendatangkan keuntungan malahan ianya akan menuju kejalan kerugian dan menyusahkan semua pihak termasuk kepimpinan tertinggi dan golongan lain turut diheret merasai bahananya.

Perbalahan ini sevara tak langsung menunjukkan kesan negatif padangan pandangan negara luar. Diakui kakitangan awam malaysia masih lagi mempunyai norma2 nilai ketimuran kerana masih boleh berunding dan duduk semeja bermesyuarah dalam menentukan kata sepakat.

Siapa tidak mahu keuntungan tetapi biarlah berhemah dan berharga diri dan jangan gadai maruah diri. Apapun semoga ianya jadi kenyataan dan SBPA mendapat titik noktahnya dan satu kepastian.

Tanpa Nama berkata...

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/426797_179783742131631_100003000184199_278230_1759425878_n.jpg

yer lahhh

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ...biar lah Sistem Over Time ini kita tukar kepada Sistem Elaun kerja ... kalau nanti SBPA di laksana ... sorang Pembantu Operasi 5-1 di beri gaji RM1500 sebulan T1 atau RM2,300 T10 dan RM2,700 pada T15... tak perlu ambil OT nak tambah pendapatan... kerana masa bersama keluarga lebih penting... pada masa itu buat kerja pantas dan cepat ..boleh habis jam 5.30 ptg atau 6.00 ptg ...x ada bayaran Overtime ...tapi di beri cuti gantian ...maka semakin bahagia keluarga!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Tanpa Nama Khamis, Februari 23, 2012 10:12:00 PM

Satu pandangan yang menarik daripada tuan dan ianya harus diberi satu pertimbangan oleh pihak berwajib. Secara tak langsung ianya akan memberi satu suntikan motivasi, semangat bekerja serta keceriaan serta mendapat nikmat bekerja.

malah ianya satu penghormatan kepa PA pelaksana.

Tanpa Nama berkata...

BUKAN KAKITANGAN AWAM JER JADI GITU.. TENTERA PUN SAMA. ADA PERINGKAT BAWAH DAPAT KENAIKAN HANYA RM5 JE.. LEBIH BAIK TAK PAYAH NAIK KALAU MCM TU, CANANG DAN HEBOH SATU DUNIA SAMPAI KE PLANET PASAL SBPA, TAPI HAKIKATNYA LAIN.. KAMI JUGA AKAN MENGUNDI PILIHAN RAYA AKAN DATANG.. KEPADA YANG BERKENAAN KAT ATAS TU, KAMI TIDAK AKAN IKUT TELUNJUK JER MCM KERBAU KENA CUCUK HIDUNG.. UNDI TETAP UNDI.TAPI SENDIRI MAHU INGAT, BUKAN MENGUGUT TAPI KAMI MAHUKAN KEADILAN..KESAMARATAAN...KERANA KITA SEMUA SAMA IAITU KAKITANGAN KERAJAAN, TULANG BELAKANG KERAJAAN, BADAN KERAJAAN.. TQ CUEPACS...

Tanpa Nama berkata...

aku hairan laa.. di bagi naik gaji salah.. tak di bagi naik gaji lg la salah.. apa org bagi ambil je la.. korg tak tau ke.. kalo nak banding gaji PA dengan Anggota Polis kelulusan PMR gaji dorg 4000 keatas, yg PA ni banyak yg educated gaji takat 2000 ke bawah je.. biar la cuepac berjuang.. dapat tak dapat belakang ceta. tak dapat 700. 200 pun jd ler...

Tanpa Nama berkata...

bagi saya, permintaan kenaikan gaji yang dikemukakan ini adalah tidak munasabah...harus diingat adakah negara mampu menanggung kos ini untuk jangkamasa yang lama...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Sahabat Tanpa Nama Khamis, Februari 23, 2012 10:37:00 PM

Berpandukan kepada kebocoran rahsia saudara amat mudah musuh negara nak tawan. Jika semuanya berfikiran seperti saudara maka peristisiwa Kejatuhan Kerajaan Melaka 1511 harus dijadikan iktibar.

Jika semuanya tentera bersikap seperti tuan bertugas disempadan nescaya berlakunya penyelupan dengan mudah asalkan duit jadi taruhan. Malangnya kerajaan Malaysia mengambil tuan sebagai benteng pertahanan negara kerana tuan lebih pentingkan ketamakan kekayaan daripada agama, bangsa dan negara.

Bagi Tanpa Nama Jumaat, Februari 24, 2012 8:28:00 AM

Mungkin tuan selesa kerana dalam kalangan atasan tetapi terus terang bagi golongan pelaksana hakikatnya masih dalam kumpulan kemiskinan. Jika dilihat faktor kenaikan harga barangan yang mendadak, kos perubatan, pendidikan, hiburan dan sosio semasa amatlah kewajaran supaya kimpulan pelaksana tidak menjadi mangsa kekejaman keadaan semasa kini.

Jika kerajaan tidak mampu untuk memberi kenaikan gaji PA nescaya PM sebagai Menteri Kewangan serta penasihat2 kewangan yang lebih arif sudah tentu tidak berani memberi lampu hijaunya, Begitu juga jika sudah tahu kerajaan mengelami kegawatan kewangan masakan golongan JUSA dan Primier merangka kenaikan gaji mereka berlipat ganda.

Tanpa Nama berkata...

Saya dengar PM hanya mampu bayar kenaikan gaji RM 300-RM 1000 utk Gred 17 hingga Gred 54

Duit dah habis pakai bayar BRIM

Tanpa Nama berkata...

Ada cadangan balas ke dari PR ??? Si Anwar suka buat counter propose... dulu Bajet 2012 dia ada bentangkan alternatif Bajet 2012 PR ...

Dato OMAR kena jumpa si Anwar juga cuba tanya dia berapa dia boleh kasi naik gaji PA ,..heheheh... kot kota dapat sekali ganda ...haha

Gred 5-1 T1 2000
Gred 4-1 T1 2250
Gred 3-1 T1 2500
Gred 2-1 T1 2750
Gred 1-1 T1 3500
Gred 1-6 T1 9500.... PR ini biasa janji kaw2 punya pasai nak lawan BN...

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya, permintaan yang keterlaluan, saya bukan gaji besar...tapi...Rm 400 hingga RM700 ada logiknya....KEMAMPUAN KERAJAAN SENDIRI PUN TAK MAMPU NAK BAYAR MACAM TU...........

Tanpa Nama berkata...

mampukah kerajaan bn nak tunaikan permintaan cuepacs. terlalu banyak kenaikan gaji.nak belanja untuk beli macam2.lainla kalau pakatan rakyat.
cuba tengok rumah tok guru nik aziz banding dgn pemimpin umno bn

Tanpa Nama berkata...

Gua Amat Setuju Sama Luu Jumaat, Februari 24, 2012 9:21:00 PM

Caya saya luu apabisa Nik Aziz itu tipulah dan buktinya:

http://revolusiorangmuda.blogspot.com/2009/07/nik-aziz-yang-sederhana-miliki-kekayaan.html

Tanpa Nama berkata...

wayang tamat. sad ending.
semua bungkus.
PA bungkus.
PRU bungkus.

Tanpa Nama berkata...

Salam Kepada Tanpa nama Jumaat, Februari 24, 2012 11:25:00 AM
Ko ckp pandai sgt, ko x paham ke apa maksud mesej tu. Dia kata gaji dia naik cket...apa kene mengena ngan RAHSIA NEGARA. Rahsia-rahsia la, aper ko ngat dgn sbb rahsia x der hak nak minta keadilan...ko ni mmg bodo "membodokan diri sendiri" Setiap amalan untuk mendapatkn redha Allah bkan untuk redha Manusia la. Ko mana tau...lebih baik diam dari berkata2 ssuatu yg kita x tahu.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah penyelesaian terbaik pd pendapat saya, tapi jgn pula indah kabar dari rupa, pengumuman nanti lain pula. ni balik2 "BERITA GEMBIRA KEPADA PENJAWAT AWAM" tapi bila diumumkan bukan menggembirakan tapi menghampakan. akhirnya kerajaan dihampakan pula melalui PRU13.

Tanpa Nama berkata...

pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cuepacs.especially,datuk osman..awak pejuang untuk kemerdekaan PA..PM tolonglah penjawat awam,dah lama kami menunggu berita baik daripada kerajaan,usaha dan tungkus lumus kami selama ini.patut dihargai..

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah kalau dapat tapi ikut pengalaman dulu tuntut rm1500 yang dapat rm250 jerr...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
mampukah kerajaan bn nak tunaikan permintaan cuepacs. terlalu banyak kenaikan gaji.nak belanja untuk beli macam2.lainla kalau pakatan rakyat.
cuba tengok rumah tok guru nik aziz banding dgn pemimpin umno bn

Jumaat, Februari 24, 2012 9:21:00 PM

..................

kau ni sorang lagi bangang kau tau tak n.ajis tu punya harta jutaan ringgit...stesyen petronas depan rumahnya tu kepunyaan anaknya...dua pintu rumah kedai di tanjung chat k.bharu bernilai jutaan ringgit kepunyaan isterinya...kau tu je bangang...tak tau apa2

Tanpa Nama berkata...

SPM
POLIS MINIMA RM1005 - MAKSIMA 3410
PENJARA MINIMA RM 955 - MAKSIMA 4040
BOMBA MINIMA RM 955 - MAKSIMA 4040
APMM MINIMA RM 1005- MAKSIMA 4225
IMIGRESEN MINIMA RM 955 - MAKSIMA 4015
PENTADBIRAN MINIMA RM 955 - MAKSIMA 4015
PENDIDIKAN MINIMA RM 980 - MAKSIMA 3545

DIPLOMA
POLIS MINIMA RM 1635 - MAKSIMA 5235
SPRM MINIMA RM 1635- MAKSIMA 5800
PENJARA MINIMA RM 1415- MAKSIMA 5580
BOMBA MINIMA RM 1565- MAKSIMA 5955
APMM MINIMA RM 1635- MAKSIMA 5235
IMIGRESEN MINIMA RM 1410- MAKSIMA 5580
PENTADBIRAN MINIMA RM 1410- MAKSIMA 5555
KESIHATAN MINIMA RM 1570- MAKSIMA 7145
PENDIDIKAN (DL) MINIMA RM 1565- MAKSIMA 6140
mana ada gaji polis tinggi .......

Tanpa Nama berkata...

Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Tanpa Nama berkata...

Eh,blum habis-habia lagi berebut gaji?

Tanpa Nama berkata...

kami tinggal di kampung bagan serai,Seberang jaya,ADUN Seberang jaya tak tolong kami bagi pampasan rumah kami kena projek awam perda,dah lama dah,tak dibayar pampasan,silap kami pangkah BN,janji bertahun-tahun entah belum dibayar.sekali ni kami nak pangkah PR pula.JKKP pun tak tolong.siapa nak bantu kami dapat duit pampasan rumah.

Tanpa Nama berkata...

Munasaah je permintaan ni. jgn kata nnt negara xda duit kalo naikkan gaji penjawat awam. sbb duit ni akan berpusing smula. kerajaan byr gaji penjawat awam,penjawat awam akan belanjakan semula utk kestabilan ekonomi negara. u give i take. i take i give it back to u. so p mai p mai tang tu..

Tanpa Nama berkata...

Khas untuk ko yang bela nasib kastam..aku sokong ko sebab tolong fikirkan nasib kawan ko...tapi aku tak sokong ko bezakan gaji di jabatan uniform lain... nak lagi gaji ATM dan polis...ko cakap kastam terbabit dalam rasuah sebab gaji kecil..ko ingat gaji ATM besar sangat.contoh pasukan khas ATM. (Ggk.rgk...dia orang pasukan khas negara..kewujudan diaorang hanya segelintir saja yang tahu...itu pun gaji dia orang tak besar mana.. ko cakap kastam selalu terbabit rasuah...tapi ko tahu tak ATM terbabit along gaji tak cukup,contoh pasukan khas yang aku cakap tadi...dalam sebulan sampai 3 4kali keluar berminggu.habis latihan masuk operasi bebulan2.tapi tak ada claim....Sabtu ahad duty guard 24jam..ada orang tahu.. kerja awam dia orang buat..ketenteraan dia orang buat...claim kerja lebih masa tak ada.harap elaun yang tak seberapa...keluar latihan masuk operasi guna duit sendiri..korang ingat peperangan tak ada dia orang duduk je ke...ada yang amik tahu berapa ramai mati masa mejalankan latihan..(pasukan khas komando).yang korang tahu beza gaji..ini aku sebagai Pa guru..dan buat semua pa..kalau kita tak tahu tugas jabatan2 lain.. kita jangan main serkap jarang.aku kata hang..hang kata aku.aku rasa hang dapat lebih.aku dapat kurang..kita dalam jpa yang sama cuba berjuang untuk semua pa 1.4juta yang dok ada..jangan dok berjuang untuk jabatan masing2..sebab kita tak nampak dan tak tahu tugas2 di jabatan lain..nak2 lagi ketenteran dan polis..semua sulit untuk orang awam.andai kata betul2 nk bejuang minta kenaikkan gaji..kita minta dan bejuang lah untuk semua jabatan dan untuk semua 1.4juta pa yang ada..smua penat bekerja gak..bejuang dgn ikhlas bukan untuk diri sendiri semata2.pk2 kan la..

Tanpa Nama berkata...

Khas untuk ko yang bela nasib kastam..aku sokong ko sebab tolong fikirkan nasib kawan ko...tapi aku tak sokong ko bezakan gaji di jabatan uniform lain... nak lagi gaji ATM dan polis...ko cakap kastam terbabit dalam rasuah sebab gaji kecil..ko ingat gaji ATM besar sangat.contoh pasukan khas ATM. (Ggk.rgk...dia orang pasukan khas negara..kewujudan diaorang hanya segelintir saja yang tahu...itu pun gaji dia orang tak besar mana.. ko cakap kastam selalu terbabit rasuah...tapi ko tahu tak ATM terbabit along gaji tak cukup,contoh pasukan khas yang aku cakap tadi...dalam sebulan sampai 3 4kali keluar berminggu.habis latihan masuk operasi bebulan2.tapi tak ada claim....Sabtu ahad duty guard 24jam..ada orang tahu.. kerja awam dia orang buat..ketenteraan dia orang buat...claim kerja lebih masa tak ada.harap elaun yang tak seberapa...keluar latihan masuk operasi guna duit sendiri..korang ingat peperangan tak ada dia orang duduk je ke...ada yang amik tahu berapa ramai mati masa mejalankan latihan..(pasukan khas komando).yang korang tahu beza gaji..ini aku sebagai Pa guru..dan buat semua pa..kalau kita tak tahu tugas jabatan2 lain.. kita jangan main serkap jarang.aku kata hang..hang kata aku.aku rasa hang dapat lebih.aku dapat kurang..kita dalam jpa yang sama cuba berjuang untuk semua pa 1.4juta yang dok ada..jangan dok berjuang untuk jabatan masing2..sebab kita tak nampak dan tak tahu tugas2 di jabatan lain..nak2 lagi ketenteran dan polis..semua sulit untuk orang awam.andai kata betul2 nk bejuang minta kenaikkan gaji..kita minta dan bejuang lah untuk semua jabatan dan untuk semua 1.4juta pa yang ada..smua penat bekerja gak..bejuang dgn ikhlas bukan untuk diri sendiri semata2.pk2 kan la..

Tanpa Nama berkata...

Btul....saya setuju dengan pendapat guru kita ni..bejuang lah untuk semua pa..bukan untuk kepentingan jabatan sendiri syabas cikgu..perihatin untuk semua..