Sinar Harian
- Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang membentuk dasar baharu bagi
mengenakan "tempoh bertenang" kepada pesara penjawat awam sebelum
memegang jawatan di sektor korporat atau profesional.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini kerajaan hanya mempunyai peraturan menyekat pembabitan golongan itu dalam aktiviti yang mempunyai kaitan dengan bekas jawatan yang disandangnya.
"Buat masa ini kerajaan hanya mengenakan tempoh bertenang atau 'cooling period' terhadap bekas penjawat awam yang baru bersara daripada terbabit dalam aktiviti perniagaan atau berkhidmat dengan mana-mana agensi atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas jawatannya semasa berkhidmat.
"Ia bertujuan menyekat sebarang urusan berperolehan kerajaan sejurus selepas bersara termasuk tidak dibenar melobi kontrak-kontrak kerajaan," katanya menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah di Dewan Negara di sini hari ini.
Rohani ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan satu dasar baharu untuk pesara penjawat awam sebelum memasuki sektor lain.
Shahidan berkata berdasarkan kajian, hanya enam peratus pesara penjawat awam terbabit dalam perniagaan yang mempunyai perolehan.
Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan pesara penjawat awam di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak menimbulkan sebarang kerisauan keranatindakan tetap boleh diambil terhadap individu berkenaan sekiranya pelantikan itu tidak memberi sebarang kebaikan.
Shahidan berkata setakat ini pesara penjawat awam yang dilantik dalam GLC berjaya membuktikan kemampuan mereka dan memajukan syarikat selaras dengan tujuan asal pelantikan mereka ke jawatan itu. - Bernama