SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Mei 2010

KAKITANGAN SOKONGAN HARGAI PERJUANGAN CUEPACS

Berita Harian
2010/05/27




MERUJUK kepada surat pembaca oleh Wong Khoo Lai melahirkan ketidakpuasan hati beliau yang ketika ini Cuepacs sedang memperjuangkan kakitangan sokongan Satu dan Dua dalam kenaikan gaji. Buat pengetahuan pengadu, Cuepacs adalah kesatuan yang mewakili kakitangan sokongan saja. Cuepacs yang banyak memperjuangkan kebajikan kepada kakitangan seperti kami.
Tanpa Cuepacs apalah nasib kami. Untuk pengetahuan saudara, walaupun Cuepacs memperjuangkan kumpulan sokongan, kerajaan juga prihatin kumpulan profesional iaitu bonus, elaun dan sebagainya kerajaan beri juga seperti apa yang kumpulan sokongan dapat.
Walaupun Cuepacs mewakili kumpulan sokongan, yang mendapat faedahnya adalah semua kategori. Kerajaan kita amat prihatin kepada semua kakitangan. Saya mengharapkan pengadu dapat membaca atau membuka Laman Web Cuepacs berkaitan fungsi, peranan dan objektifnya.

AHLI CUEPACS,
Kuala Lumpur

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya begitulah. Semua kakitangan sokongan WAJIB menyokong perjuangan CUEPAC. Akan tetapi kumpulan profesional juga meminta supaya CUEPAC memperjuangkan kumpulan pengurusan yang dilayan seperti anak tiri ini.
Mengapa pertikaikan HAk kumpulan Pengurusan?
Anda mahu sumpulan sokongan naik gaji, tetapi tidak mahu kumpulan pengurusan naik gaji.

Kumpulan sokongan ada yang bergaji RM3000 sebulan. Jika dinaikan 30 peratus, jadi RM3900.
Mengapa pulak kumpulan pengurusan yang bergaji RM3000 sebulan hanya dapat kenaikan 20 persen dan mendapat RM3600 sebulan.
Inikah keadilan???
Perjuangkan hak anda, tapi jangan nafikan hak orang lain.

pendapat123 berkata...

Kum. pro. di atas mempertikaikan pengiraan kenaikan gaji.

Perbandingan perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek bukan hanya dengan melihat amaun gaji dalam slip gaji.

Minta nyatakan dengan jelas anda telah berada di gered berapa?
-PTK lulus atau tidak?
-Jika lulus, berapa kali telah lulus / mendapat kenaikan tahap ptk?
-Anda berada di tahap T berapa?
-Anda berada di tahap P berapa?
-Berapa tahun anda bekerja?

(Elaun-elaun tetap tidak dinyatakan kerana sudah tentu kum. pro. mengatasi)

Sepatutnya perbandingan gaji perlu dibuat berdasarkan perkara tersebut di atas.

Tanpa Nama berkata...

ada ke ahli cuepacs drp kumpulan P & P. Setahu saya P & P tidak boleh menyertai mana2 kesatuan. Jadi CUEPACS adalah gabungan kesatuan yg dianggotai oleh kumpulan sokongan saja. Sememangnya untuk menuntut hak kumpulan sokongan...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah kalo naik.....aku syukur dengan apa yg ada.....sikit ka banyak ka dah itu rezeki aku..asal kan tidak tertindas...cuma satu jek kami warga PLKN dah 4 tahun lebih sambilan dan kontrak...

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Lagi Lagi Pasal Perbandingan Gaji
Tak Terfikir ker Pasal Perkara Lain
a) Kemudahan sambung Belajar - gaji Penuh
b)Cuti Bersalin ke 90 Hari, Cuti Jaga ibu bapa sakit, anak sakit..yang x pernah jaga mak bapa sakit dia tak tahu...camana...
c)Lihat Skim yang mengalami permasalah anjakan kenaikan pangkat macam Pegawai Sains di IPT, Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan

d) Interest Pinjaman perumahan dan pemberlian kereta 4 percent tu jadik ke 1 atau yang sesuai...
e)Serapan Kakitangan Kontrak ke tetap ..
banyak lagi Tn, Hj Omar nak kena lihat..naikkan gaji bukan penyelesaian..naikkan banyak mana pun tetap takkan cukup melainkan orang yang bersyukur sahaja...

Tanpa Nama berkata...

serapkan semua pegawai kontrak gred 41 ke jawatan tetap.

naikkan juga gaji mereka. merela lebih terasa dalam mendalami dasar2 kerajaan.

Atas bukan bawah pun bukan berkata...

Berapa kali kita ulas kumpulan sokongan tak akn faham jugak. Yang mereka tahu simpati, rapatkan jurang gaji. Tak payahlah nak bertekak dengan kumpulan sokongan... dah memang mentaliti mereka begitu. Kalau kita bertekak dengan mereka level kita pun sama macam mereka...

Tanpa Nama berkata...

Soalan pendapat123
Minta nyatakan dengan jelas anda telah berada di gered berapa?
-PTK lulus atau tidak?
-Jika lulus, berapa kali telah lulus / mendapat kenaikan tahap ptk?
-Anda berada di tahap T berapa?
-Anda berada di tahap P berapa?
-Berapa tahun anda bekerja?

(Elaun-elaun tetap tidak dinyatakan kerana sudah tentu kum. pro. mengatasi)

Soalan diatas tidak berkaitan dengan pelarasan gaji...
Naiklah berapa ribu ringgit pun, tak apa..persoalannya,
Mengapa nak sekat HAK kump. PnP???
Ni analogi :
Nak gaji kump sokongan naik RM1000, tp tidak mahu kerajaan bagi RM1000 kepada kump PnP.
MENGAPA?..DENGKI, IRI HATI, BUSUK HATI.
KALAU KUMP PnP GAJI TINGGI..ANAK ANAK ANDA YANG BERJAYA JUGA AKAN MERASAINYA...

Cikgu Biasa berkata...

Saya walau pun bukan JUSA yang gaji mungkin labih 10k rasa kalau kerajaan nak naikkan 20%gaji, JUSA pun mesti 20% dan kump. P&P seperti saya pun 20%...dan kump sokongan dapat 20% jugak... so JUSA dapat tambahan 2k... kump P&P yang gajinya 4k dapat RM800.00 dan kump. sokongan yang mungkin 1k dapat tambahan RM200.00. Kan adil namany tuuuu.... saya tak jeles dengan kump JUSA yang dapat.
Kita jangan nak bezakan RM2000 dengan RM200.00. Kalau kita nak jadi macam JUSA tingkatkanlah kelayakkan untuk jadi JUSA dan bukan menagih simpati.

Tanpa Nama berkata...

awak 2 gaji dah besar leh la cakap macam 2.cuba awak duduk tempat kitaorang entah2 lagi teruk agaknya

Tanpa Nama berkata...

masalahnya kita sekarag ni.kalau ibu bapa gaji kecik macam mana diorang nak hantar anak diorang pergi pengajian tinggi....fikir2 la 2 ya...

Tanpa Nama berkata...

Dalam Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen, MP Tenggara pada 25 Mac 2010 menyentuh mengenai penjawat-penjawat awam berjawatan kontrak yang turut dibangkit oleh YB Kuala Krau dan YB Lipis. Beliau berpendapat bahawa nasib lebih 60,000 kakitangan awam ini perlu pembelaan lebih-lebih lagi 55% daripada mereka ini masih di bawah 40 tahun dan mereka memerlukan kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan lain-lain disamping memerlukan jaminan masa depan.

YB. menyokong saranan Ceupacs yang mahukan kerajaan mengkaji semula kedudukan pegawai-pegawai kontrak diserapkan ke dalam jawatan tetap walaupun ada jawatan dalam perkhidmatan awam yang memerlukan jawatan kontrak. Mereka ini juga wajar dipertimbangkan anjakan gaji setiap tahun sebagaimana pegawai-pegawai berjawatan tetap.

Pemerhati terharu dengan sikap prihatin YB Datuk Halimah (Tenggara) yang memperjuangkan tentang nasib masa depan pegawai-pegawai kontrak. Majoriti pegawai-pegawai yang terlibat berasa lega apabila kedudukan mereka ini dibincang dalam dewan mulia iaitu Parlimen. Sekurang-kurangnya pegawai-pegawai ini turut mendapat simpati dan perhatian yang semoganya dapat ditimbang dan direalisasikan dalam masa yang terdekat sejajar dengan semangat Model Ekonomi Baru atau New Economic Model yang dibentangkan oleh PM pada 30 Mac 2010.

P & P berkata...

Ada juga Mamat yg tak tau tapi nak cakap jugak. Mana ada larangan kump. P&P berpersatuan? Yang tak boleh berpolitik. Habis tu kalau masuk persatuan penduduk kat tama, tak boleh lah yer... fikir dulu sebelum tulis. CUEPACS ditubuhkan untuk kakitangan awam tanpa mengira gred tapi si Omar Osman nak cari populariti so bela kump. sokomgan ajela...

Tanpa Nama berkata...

Dapat statement ni dari web cuepacs:

KEANGGOTAAN

Keanggotaan CUEPACS terbuka kepada semua kesatuan sekerja dalam perkidmatan awam yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Setiap kesatuan sekerja yang berdaftar yang ingin menjadi anggota CUEPACS hendaklah memberi notis kepada ahli-ahli 14 hari sebelum Mesyuarat Agung dan meluluskan satu ketetapan dalam persidangan perwakilan atau mesyuarat agung iaitu bersetuju menganggotai CUEPACS. Selepas itu kesatuan sekerja berkenaan hendaklah menghantar permohonan kepada Setiausaha Agung CUEPACS untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kongres.

Tanpa Nama berkata...

bagi naik gaji ikut kelulusan calon lagi baik...semua beres...

Tanpa Nama berkata...

kalu dulu guru sekolah rendah dan tadika hanya mereka2 lepasan spm, stpm dan diploma sahaja...tapi sekarang...semuanya ada degree... mengajar dulu...sekarang serupa can tu juga ....apa salahnya golongan pembantu tadbir...penolong pegawai pun dinaik taraf....mengikut kelulusan yg ada pada pengawai tersebut... kalu guru ada diploma....sambung belajar dapat degree..terus dibayar degree...apa salahnya mereka2 ini beri ganjaran yang sama mengikut kelulusan yg diberi...atau paling tidak pun elaun khas...tq

Tanpa Nama berkata...

kalu dulu guru sekolah rendah dan tadika hanya mereka2 lepasan spm, stpm dan diploma sahaja...tapi sekarang...semuanya ada degree... mengajar dulu...sekarang serupa can tu juga ....apa salahnya golongan pembantu tadbir...penolong pegawai pun dinaik taraf....mengikut kelulusan yg ada pada pengawai tersebut... kalu guru ada diploma....sambung belajar dapat degree..terus dibayar degree...apa salahnya mereka2 ini beri ganjaran yang sama mengikut kelulusan yg diberi...atau paling tidak pun elaun khas...tq

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kena fikir macam tu la..kerajaan kita slow gamaknya..

ke..cuepacs yg slow ni...

Gigantos berkata...

wah...mcm ni kalu kena buat kesatuan PROPACS la pulak.
kump. sokongan menyatakan kump pro x faham mereka yang bergaji kecil tp adakah kump sokongan faham pengorbanan kami belajar sampai ke menara gading, dah tu mula berkerja pun lewat. rakan2 kump sokongan dah beranak pinak kami baru kumpul duit nak kawin.....dan mcm2 lagilah.

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN AHLI:

BAGI MEMUDAHKAN CARA DAN LEBIH ADIL..

1. NAIKKAN GAJI IKUT KELULUSAN CALON/STAF..BUKAN TUKAR JAWATAN..TUKAR GRED GAJI SAJA..KULI TETAP KULI..TAPI BAYARAN GAJI IKUT KELULUSAN DIA ADA.

2. BAGI STAF DAH BERKHIDMAT 20 TAHUN DAN KE ATAS PULAK..BAGI ANJAKAN GAJI ISTIMEWA PADA MEREKA..MAKLUMLAH NAK HARGAI JASA MEREKA YANG DAH LAMA BEKERJA TU..

ANJAKAN ISTIMEWA INI MACAM KUP DULULAH...

MALAH JIKA MEREKA DAH ADA KANAN..BAGI MEREKA JAWATAN TERTINGGI DALAM HIRARKI JAWATAN MEREKA...CONTOH TERTINGGI..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA...KAMU SEMUA BODOH..KERAJAAN TAK PERNAH KATA NAK NAIKKAN GAJI PA..YANG KATA HANYALAH PRESIDEN CUEPACS..TENGOK APA DAH JADI...SEMUA BERGADUH DAN BERTEKAK TENTANG KENAIKAN GAJI...NAMPAKNYA GIMIK MENJADI...HAHAHA ADA PIHAK YANG KETAWA MELIHAT PA BERGADUH DAN BERTEKAK PADA BENDA YANG TAK PASTI...ADA PIHAK YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN DALAM KEMULUT INI..TERUSKAN LAGI DAN TUNJUKKANLAH KEBODOHAN ANDA SEMUA PADA DUNIA......BIAR DUNIA TAHU..HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

laa.. yang kau ketawa berdekah dekah ni pasal plak...

kerajaan nak bagi naik ke tak ke..kau peduli apa..kau buat kerja kau kat kilang tu, jangan kacau kami kat sektor awam ni...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

PM macam dah bagi green light untuk naik gaji. Tak sampai hati tengok kakitangan awam termasuk dalam kategori miskin katanya. Cumanya tak pasti lagi berapa yang dia nak bagi untuk tahun ini.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya mereka yang mempunyai pengalaman kerja di swasta dan kamudian masuk ke pekhidmatan awam dgn beberapa tahun pengalaman perlu diberi tangga gaji yang lebih tinggi berbandingan dgn frash yg tak pernah kerja....Pengalaman seseorang amat penting dalam pekerjaan...dan perlu diberi keadilan yg sewajarnya...amat berbeza pekerja yang berpengalaman dgn yg tidak perlu bekerja...fikirkan dan renung2kan..

Tanpa Nama berkata...

salam semua warga kakitangan awam....kita tak perlu bergaduh pasal ini semua...nnt ada pihak yg mengatakan kakitangan awam x buat kerja...asyik bergaduh aje...yg penting jika kerajaan mahu buat semakan gaji...kita haruslah memastikan semua golongan dapat kenaikkan tersebut...kita haruslah meminta presiden kita utk perjuangkan kenaikkan ini utk semua golongan...itu barulah adil...jgn penting diri sendiri...jikalau cuepacs hanya sokong kumpulan sokongan kita buat satu persatuan yg menyokong kumpulan p&p..senang...x perlu nak sokong cuepacs lagi....apa2 pun bertengkar kat sini xkan selesai....sesesorang perlu bertemu presiden kita...minta dia lebih adil....tanpa kumpulan sokongan tiadalah kumpulan p&p.tanpa p&p tiadalah org nak bagi perintah kt kumpulan sokongan....

Tanpa Nama berkata...

P &amp.. faham ke ngan konsep Kesatuan dan Persatuan?

Tanpa Nama berkata...

tunggulah presiden cuepacs nak jumpa PM bulan jun nanti kalau tak salah...

ada rezeki naik...tak ada..tak adalah...

naik gaji adalah salah satu agenda dalam MEB ikut kata awang adek husin..tapi hari ni najib kata belum muktamad lagi MEB tu..baru cadangan..jadi apa yg kau orang bincang selama ini tu akan menuju kepada 'hampeh'.

keheekehkeh...

jangan mare...

cuba baca paper ari ni...aku tak faham sangat...kalau aku silap sori la...

Belalang berkata...

korang bisisng2 apasal ni. kerajaan ada ke duit nak naikkan gaji korang?

pendapat123 berkata...

Komen pada Khamis, Mei 27, 2010 1:55:00 PM

Tanpa Nama berkata... :

Naiklah berapa ribu ringgit pun, tak apa..persoalannya,
Mengapa nak sekat HAK kump. PnP???
Ni analogi :
Nak gaji kump sokongan naik RM1000, tp tidak mahu kerajaan bagi RM1000 kepada kump PnP.
MENGAPA?..DENGKI, IRI HATI, BUSUK HATI.
KALAU KUMP PnP GAJI TINGGI..ANAK ANAK ANDA YANG BERJAYA JUGA AKAN MERASAINYA...

Komen saya daripada kenyataan di atas:

Contoh situasi,

Rakan anda telah bekerja 25 tahun dan anda 1 tahun.

Rakan anda telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK.

Anda mahu gaji rakan anda itu SAMA dengan gaji anda.


...'Anda bagus'

Tanpa Nama berkata...

NAJIB nak bagi 10%, tp Omar tak nak gaji dia yg RM3000 lebih tu naik cuma RM300 lebih je cam kump PnP sebelum ni..Dia nak naik 25%(RM750 lebih laa) cam sebelum ni.
Yg gaji RM1500 tu sebenarnya hanya dapat tumpang semangkuk je.Kump sokongan cam Omarlah yg dapat sambut Deepavali, Krismas, Wesak , raya Posa dan Raya Haji. Raya sakan oooii.

ahkak berkata...

Ahkak harap2 la gaji ahkak sbg kerani ni naik. Tp ahkak baca dkt kupeks ni ada katanya nk naik gred 17 ke 41 jadi apa tu... pelaksana? penjawat laksana? apa tah?

ahkak pon x tau. apa2 pon elok je kalau naik gred ke 41. Merasa la ahkak jadi pegawai. tinggal 3 thn je nk pencen.

Tanpa Nama berkata...

ahkak ni jangan dok berangan lebih2 la...buat darah tinggi ahkak tu naik ja...

relaks la...

Tanpa Nama berkata...

untuk mudah.. kita kira kenaikan berdasarkan gaji P1T1..
saya bg contoh kenaikan pada 2007..

gred N1- dari RM480.85 kepada RM649.15..naik sebanyak RM168.30..

Gred N17- dari RM656.30 kepada RM820.38.. naik sebanyak 164.08..

Gred N41-dari RM1469.81 kepada RM 1690.20.. naik sebanyak RM220.39..

jadi ini masih dikatakan kerajaan tidak berlaku adil kepada kumpulan P&P?..