SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mei 2010

PERJUANGAN CUEPACS PATUT SAMA RATA

Berita Harian
2010/05/29



SAYA tertarik dengan luahan Wong Khoo Lai dari Kulai, Johor terhadap perjuangan Cuepacs berkaitan penjawat awam dalam kategori pengurusan dan profesional dalam ruangan ini. Pada pendapat saya, dalam keghairahan Cuepacs memperjuangkan nasib kumpulan sokongan satu dan dua, jangan dilupakan nasib kakitangan pengurusan dan profesional terutama gred 41 kerana kumpulan ini berada di tengah-tengah.
Dalam kenaikan gaji sebelum ini, kumpulan sokongan mendapat kenaikan antara 25 hingga 35 peratus, tetapi bagi gred 41 cuma 10 peratus.
Cuba bayangkan di saat penjawat awam kumpulan sokongan bergembira dengan kenaikan, kumpulan ini cuma berpuas hati dengan kenaikan RM160, sedangkan gred 36 dan 38 dapat kenaikan lebih. Bagi kami yang baru berkhidmat atau dinaikkan pangkat hanya bersyukur dengan apa yang kami dapat saja. Untuk makluman Cuepacs, kami di gred 41 tidak layak menuntut elaun lebih masa walaupun kami terpaksa bekerja lewat malam atau kelepasan am, berbanding kumpulan sokongan satu dan dua yang layak tuntut elaun lebih masa. Ada antara kami yang menyambung pelajaran bagi menambah kemahiran dan pengetahuan pada peringkat sarjana, namun apabila kami sudah menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah sarjana, gaji kami masih pada takuk lama. Sepatutnya, ada sedikit anjakan gaji sebagai ganjaran terhadap pengorbanan dilakukan. Kami korbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menambah ilmu untuk meningkatkan lagi mutu kerja. Cuepacs juga harus memperjuangkan kenaikan pangkat kumpulan pengurusan dan profesional ini sama rata tidak kira apa skim seperti pegawai tadbir dan diplomatik, doktor, cikgu yang kenaikan pangkat mereka sudah ditetapkan.


AMIRUL,
Bangsar,
Kuala Lumpur

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudah-sudah lah dok merungut

Tanpa Nama berkata...

u tak kena bole le cakap ,
lepas ni kalau u yg kena baru tau
terus jadi bisu .

Wong Khoo Lai berkata...

Terima kasih kerana menyokong.

Aku pun P&P berkata...

Kumpuan P&P lupa....lihat sejarah lepas. Kenaikkan 10% sebanyak 2 kali (tahun lupa)semasa PM Tun Det sebenarnya menjarakkan jurang (terlalu jauh)antara sokongan dan P&P....langkah kerajaan bagi kenaikkan ikut peratus pada 2007 hanya untuk merapatkan jurang sahaja......bila korang dapat dulu (sebelum 2007, 2 kali 10 %) sekaligus menjarakkan jurang korang senyap je....sebenarnya langkah Pak Lah tu bijak...selepas kenaikkan 2007 barulah jurang sokongan dengan P&P dapat didekatkan. Mereka (sokongan) bukannya nak gaji melebihi kumpulam P&P, tapi hanya tidak mahu jurang gaji tu terlalu jauh....anyway isu ni dah lapuk. Kump. P&P tak payah la nak ungkit2 lagi....

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat kenaikan gaji ini hanya boleh selesai jika kerajaan bersikap profesional. itu saja. lain kaedah tak ada.

profesional macam mana?

kenaikan gaji biarlah berpandukan kepada tahap kelulusan yang diperolehi. dari sijil darjah 6, hinggalah ke phd. ini confirm profesional.

ok, jika ada mana2 staf awam yg hebat dan luar biasa kebolehannya, staf tersebut juga boleh dinilai 'tinggi' oleh kerajaan untuk kenaikan gaji secara istimewa.

tapi biarlah 'benar2 luar biasa', bukan luar biasa dalam membodek pulak.

kalau dulu hanya ada PMR..bila dah ada SPM..bagi gaji setaraf SPM..apa susah..jawatan serupa..gaji ikut gred..beres..

kalau dulu ada SPM..sekarang ada Diploma..bagi gaji ikut Diploma..

kalau dulu ada Diploma..sekarang ada Ijazah..bagi gaji ikut ijazah..

kalau dulu ada ijazah..kini ada master..bagi gaji ikut master...

kalau dulu ada master..kini ada phd..bagi gaji ikut phd...apa susah sangat..

kalau bidang perguruan dan IPTA boleh ada skim begitu, apalah rendah pulak tahap staf sokongan ini...mereka pun berkhidmat untuk bangsa dan negara juga.

jika ini boleh dipraktikkan...nescaya perasaan sedih dan kecewa staf semua boleh diatasi..

tapi keprofesionalisma kerajaan amt penting dalam hal ini.

staf sokongan yg tidak bersijil..perlu tampil untuk sambung belajar dan sebagainya. malah, mereka ada peluang untuk KPSL dan sebagainya.

bagaimanapun, staf yg bersijil perlu diutamakan demi memberi semangat pada staf2 yg masih bermalas-malas di kerusi malas...

kahkahah...

maaflah kalau termarah...

kahakahkah...

Pak Kadok berkata...

Kami mahukan keadilan, keadilan, keadilan.

Tanpa Nama berkata...

ya lah...nak bagi adil le tu...

yg peningnya di malaysia ni...tak ada sijil apa pun boleh minta gaji sama dengan pegawai..kahkahkah...

yang ada sijil pulak...tak disebut untuk dinaikkan gaji...pening dan pelik...

mahu tak orang gred 41 tak naik angin...kehkehkeh...

malaysia...malaysia...
eh...cuepacs...cuepacs...

apa nak jadi..

universiti punya banyak nak galakkkan orang belajar..bila dah 'terpelajar'...yg tak ada sijil pulak dapat keistimewaan...

kehkehkeh...

al-pelik bin al-pening...

Tanpa Nama berkata...

Kesianlah kat kumpulan PnP yg masih tak sedar lagi ni. Takkan tak tau mentaliti org bawahan korang camne. Usah lah berbahas secara logik dgn depa ni.depa mana tau permasalahan kenaikan pangkat dalam PnP. Gred tak selaras. Ada yang 7 tahun dah dapat DG48, ada yg 20 tahun baru dapat DG48.
Bab gaji pulak, apa peduli korang naik ciput je, Depa ni nak hidup cam pegawai. Keta depapun lebih besar dari pegawai.

Sama rata tu bermaksud depa dapat 25% daripada RM3000 dan PnP dapat 10% daripada RM3000...adilkan tu..

10% berdasarkan mata gaji akan menyebabkan yg gaji RM1000 dapat sikit berbanding gaji RM3000.
Tapi AJK Cuepac tu gaji RM3000 ke atas. Mereka nak naik lebih lagi, sebab tu mereka nak supaya mereka dapat 25%. Kump Pnp dpt 10% apa mereka peduli.

maaflah, rakan rakan yg gaji RM1500 ke bawah tu memang patut dapat lebih, yg dipertikaikan ialah kumpulan sokongan yg gaji RM3000 ke atas tu je...mencuri HAK kump PnP.

Anti Presiden Cuepacs berkata...

Aku rasa yang bodoh sangat ni Presiden Cuepacs. Tak boleh nak berfikir secara rasional. Kalau nanti anak dia ada ijazah tapi gaji gaji sama dengan yang setakat ada SPM baru terasa... nak marah. Benda simple macam ini pun tak boleh nak fikir. LETAK JAWATAN LA... INGAT BAGUS SANGAT LA TU... CAKAP PUN GELABAH JERR... TAK PROFESIONAL.

Tanpa Nama berkata...

Ramai pegawai pro. tidak berpuashati apabila membaca berita pasal "semakan gaji kumpulan pelaksana akan dilaksanakan".

Andaikan berita menjadi terbalik kot " semakan gaji kumpulan pro. shj tanpa melibatkan kum. plksana" maka kumpulan pelksana pula akan tidak brpuashati.

Justeru itu, semakan gaji perlu melibatkan semua pangkat supaya gap jauh antara pegawai dan kerani dapat dikekalkan.

Maka barulah para pegawai pro. akan berasa selesa dengan kedudukan mereka sebagai pegawai kerana gaji mereka lebih besar dan banyak berbeza dengan gaji kerani.;.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni kita berbicara ttg kumpulan sokongan. Sebab apa plak N41 sibuk nak naik gaji. Tak cukup ka selama ni? Cuba fikir sama kumpulan sokongan yg gaji rendah..jgn penting diri..Selesaikan gaji kumpulan sokongan dulu. Kumpulan pro tu kenala paham..

Tanpa Nama berkata...

kehkehkeh...bukan tak faham tapi menyampah..

kita orang ni punya la bayar cukai tiap2 bulan pasal 'gaji besar'..tup tup kenaikan gaji tak disebut langsung...yg disebut hanya nak naikkan kumpulan sokongan..itu yg rasa rugi bayar cukai tu...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Bayar cukai byk2 cikit. Gaji yg lebih2 tu tambah cukai lagi. Biar kerajaan kayo buat bangunan besor2 tinggi. Boleh kita gi melangut tengok ihh ihh ihh tingginyo bangunan tu. Sapo buat tuu. Kerajaang. Panndai sungguh kerajaang 1malaysia. Kita tak mengkedaqhah tak pe janji kerajaang puas syurga donio.

Tanpa Nama berkata...

salam smua...mmm,x kan pasal ni pom nak bergaduh???tolong la jangan ada sifat dengki pada yg bawah.....saya pom gred mcm anda gak tapi x pom rasa dengki...bersyukur la pe yg ada...masih ramai lg yg nak kan kerja perkhidmatan awam ni..lu bnyk sgt songeh..sila letak jawatan...alhmdullah gaji saya ckup..perbelanjaan kita kena rancang,jangan membazir je..kita semua belajar tinggi2 tp mentaliti pemikiran,budi bahasa sgt rndah

Tanpa Nama berkata...

Bila nak tubuh CUEPACS2 untuk berjuang kakitangan awam P & P. Sekarang CUEPACS hanya utk sokongan 1 & 2 je.

Ceupacs2 berkata...

Saya amat menyokong penubuhan Cuepacs2. Boleh blah dengan Omar Osman. Balik pejabat ajela taip surat/buat kew 8.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu jer bujet 2011...huhu

apa yg naik

apa yg turun

Tanpa Nama berkata...

tunggu belanjawan apa pulak...

kalau guru, polis, askar tak payah tunggu bajet...kita staf sokongan pun tak payah lah tunggu bajet..umum sajalah..

lagi pun guru, polis, askar pun nak dengar juga gaji mereka yg paling baru selepas kenaikan2 yg lepas..

biarlah dua tiga kali naik pun apa nak kira...bukankah cikgu, polis, askat tu tunjang kekuatan BN? eh..silap ke...

jadi, takpayah tunggu bajet..umum sajalah...lagi kuat semangat nak kerja...

kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan kepada Presiden Cuepack supaya naikan gaji pekerja sokongan, selaraskan COLA, naikan elaun perumahan dan naikkan gaji tahunan. Setakat naik RM50 nak buat apa. Bonus tak beri pun takpa tapi tiap bulan lg penting supaya takla sengsara sgt nak byr hutang tiap bulan tu. Klu dapat bonus pun alhamdulillah, terima sajala. Yg penting naikan untk tiap bulan tu.

Lagi satu, berikan elaun untuk staf sokongan yg ada diploma dan ijazah kerana kebanyakan staf sokongan terdiri drp lepasan diploma dan ijazah yg bergaji SPM.

Nak buat mcm mana, mintak jawatan yg setaraf tak dapat..

Tanpa Nama berkata...

pelik la semua yang komen kat sini, masing2 nak jatuhkan golongan yg lain. ape salahnya semua naik gaji. kan bagus kenaikan gaji dinikmati bersama. Kumpulan P&P kumpulan bijak pandai pun bagi komen mcm org x pandai. Kumpulan sokongan pulak cemburu dengan P&P. Bukaklah minda dan hati, kiter doakan yang terbaik untuk seluruh golongan khidmat awam. kalau askar, cikgu dan polis naik gaji pun bagus jugak. kiter tak duduk di situasi askar/cikgu/polis, kiter takkan paham tugas mereka. mereka banyak bekorban, kalau ada pun yang kiter nampak mcm tak buat keje tu, hanya sebilangan kecil je. padahal perjuangan mereka bersih dan murni. saya ni PT je tapi boleh pikir mcm ni, yang lain2 harap bolehlah bersihkan hati dan sama2 kiter berdoa agar semua golongan beroleh kenaikan gaji. Amin...

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa tercabar dengan kenyataan "Perjuangan Cuepacs Sama Rata" oleh saudara penulis yang tidak saya kenali. Anda faham ke apa yang anda tulis? Anda tahu Gred 32, Gred 34 dan ke atas tue apa? Itu gred kenaikan pangkat sama seperti gred Kenaikan 41 ke Gred 44 dan ke atas. Memang dah tentulah gaji mereka akan melebihi gaji Gred W41 yang masih di tahap permulaan KERJAYA!!!! Gred W32 dan ke atas tue bukan senang-senang nak dapat gred itu tanpa pengalaman kerja dan lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang mungkin di tempat anda sendiri tidak ketahui!! Pergilah buka Pekeliling dan Peraturan sebelum meluahkan sesuatu yang bodoh di sini! Anda itu pegawai, tunjukkan profesionalisme anda! Saya malu dengan sikap anda yang tidak faham apa itu gred Kenaikan Pangkat! Bukan hanya pandai berkata-kata tanpa belajar dan menyelidik setiap aspek-aspek penting yang anda terlepas pandang!

xzter berkata...

korang dari peringkat PROFESIONAL x paham2 kerrr!!! CUEPACS hanya memperjuangkan kakitangan sokongan SAHAJA!!! KORANG X DEERR KENE MENGENA DENGAN CUEPACS NIE.... SENGAL!!!!

Tanpa Nama berkata...

gaduh macam mana pun tak boleh selesai masalah.

upgrade gaji ikut kelulusan la mudah...dah tentu adil..

budak2 sokongan bagi naik sepuluh dua sudah la...bukan ada kelulusan pun..

ada srp dengan spm ja..relaks la..

nak gaji tinggi?? belajar la lagi..belajar la sampai phd..

malas..?? kalau malas..cukuplah naik RM10/RM20.00..dah la..itu pun kira naik juga..

marah??..tak adil??..tak sporting..??

pegi belajar...universiti, kolej, institusi, francais, macam2 bunyi tempat belajar..berselerak merata tempat seluruh negara..kerajaan sediakan..pegi belajar...sambung belajar..tengok susah ke senang...

haaa...kalau susah...padan le yg ada sijil lebih tinggi naik gaji pun lebih tinggi..ini sifir mudah je...

kalau setakat marah dan duduk senang lenang kat rumah..lepas tu minta naik gaji sama dengan pegawai..apa cerita..malu beb..

kehkehkeh...

hahaaaa..hahaaaa...

jangan mareeee...

common sense...

kahakahakahakah....

bulan syawal nanti saya mohon maaf...

heeee...

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat bersetuju dengan komen tanpa nama pada Rabu, Jun 02, 2010 8:42:00 AM

Saya tidak faham macam mana sesetengah golongan manusia ni berfikir.

ni ada teka-teki:

Rakan anda telah bekerja 25 tahun dan anda 1 tahun.

Rakan anda telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK.

Nak bandingkan gred 38 dengan gred 41 yg baru nak mula hidup?

Anda mahu gaji rakan anda yang dah berpuluh tahun kerja itu SAMA dengan gaji anda yang baru 2 / 3 tahun kerja?


...'Anda bagus'?(gred 41 yg cemburu dengan gred 38) .;.

reyust berkata...

itula PnP blejar tahap Ijazah. tp xreti -reti nk beza gred lantikan mula dgn gred kenaikan pangkat.Golongan PnP mcm nie ker yg dok wt keputusan.Klu golongan nie habisla Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Klu dh berpuluh tahun dok kt gred 41..then something must be wrong..samada pegawai ni xperform..

fyda berkata...

semak la gaji golongan kpsl lak..jgan la jauh ketingalaln kebelakang sedangkan kami ni berusaha amik exam nk naik pangkat.

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

sepatutnya golongan kerani N22 diberi hak sama seperti pegawai M44, kerana kamilah yang bakal menentukan kejayaan ekonomi negara

harap2 Pak Omar Misai dapat naikkan gaji kump. sokongan kami terutama gred N17 agar setanding dengan gred 41/44 yang tidak tahu apa2 itu

Tanpa Nama berkata...

Golongan PnP agak Riak... Belum jatuh ditimpa tangga...

Tanpa Nama berkata...

alahai PnP yang baru nak kerja... Jgn la mengada2, timba dulu pengalaman... Sijil takleh wat pe pun banding kemahiran sebenar keje... Sijil sekarang tak semestinya ori, kadang ader yg beli... tunjukkan kebolehan dan niat yg jujur bekerja, baru la puas hati dengan hasil.. yang dok merungut je takder makne nyer...

p&p baru berkata...

Bengapnya...banding la 17=29=41 (baru keje). bukan 41 (baru keje/masih hingusan) dgn 38(dah tua kerepot)...adoi...kalo nak buat perbandingan mcm ni baru betul; 26=34=48(dah lama service)....simple math je la...cakap pun tak guna...korg takkan/takmau faham.....

lantak korg la....

Tanpa Nama berkata...

adui..kenapa nak gaduh..kumpulan sokongn jgn salah faham dengan kumpulan P&P..apa yg P&P mahukan adalah jika sokongan naik..askar naik,polis naik,cikgu naik..maka semua gred dalam kakitangn awam perlu naik gaji...kite perlu lihat..
1. naik gaji ikut kelulusan akademik adalah perlu...
2. naik gaji atau pengkat ikut nilaian prestasi cemerlang bagi 3tahun berturut2 dan lulus PTK...baru lah kakitangan buka mata nak naikkan produktiviti dan membantu MB
3.perlarasan gaji perlu untuk semua peringkat bukan naik untuk sesetengah jawatan shj kerana ia akan memberi implikasi terhadap kualiti kerja bg jawatan yg seolah2 di anaktirikan.
4. bukan soal rapatkan jurang gaji atau jarakkan gaji..kernaa masing2 ada senarai tugas masing2..P&P merancang,membangunkan pelan strategik untuk meningkatkan produktiviti manakala sokongan pula melaksanakan tugas..masing2 ada kepentingan..tidak perlu iri hati..yg penting kerajaan perlu bijak dan profesional untuk menangani isu kenaikan gaji...kerana bila dah frust..dan tension sbb tak naik gaji..produktiviti akan menurun dan gejala rasuah akan berleluasa...sekadar pandangan..:)

Tanpa Nama berkata...

Pandangan di atas memang benar, cuma topik ini menjadi hangat sebab PERNYATAAN yang dikemukakan oleh Saudara Penulis "Perjuangan CUEPACS PATUT SAMA RATA" jelas salah dan tidak berdasarkan fakta yang betul.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

gebang punya gebang..gaji tak naik juga...itu yg boring...

tapi selepas pengumuman pembubaran parlimen...saya yakin akan ada pengumuman naik gaji...kehkehkeh..

tapi tahun 2013 la...

sabar la lagi 3 tahun je...

kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

sapa kata pap keje senang!!!

Tanpa Nama berkata...

mcm nilah.kalu golongan peg nih nk perjuangkan hak dia org maka tubuhlah persatuan korang sendiri kenapa nak harapkan persatuan utk kump sokongan ini perjuangkan hak korang.lagipun kami kn x memahami skim gaji korang.dh pengerusi cuepacs 2 dr kump sokongan maka dier lebih memahami masalah yg dialami oleh kump sokongan.satu lagi kami di kump sokongan ni bukanlah x tahu berfikir seperti yg korang katakan.kebanyakan daripada kami mempunyai ijazah tp rezeki kami dlm kump sokongan n rezeki korang dlm kum profesional.kami perjuangan hak kami n bukannya nk ambil hak kump profesional.jgn jadi takbur sgt.setakat ijazah suma dh ader skrg nih.