SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mei 2021

Arahan pusingan kerja penjawat awam bendung salah laku, tingkat kecekapan

 Bernama
29/5/2021


PETALING JAYA: Penjawat awam yang boleh dipindahkan kini tertakluk kepada pusingan kerja dalaman antara jabatan atau kementerian sebagai usaha mengelak berlakunya salah laku dan meningkatkan kecekapan, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menerusi pekeliling yang dilihat FMT, mengatakan pegawai di jawatan sensitif perlu ditukarkan setelah berkhidmat antara tiga hingga lima tahun, sementara mereka yang berada dalam jawatan bukan sensitif akan terlibat dalam perpindahan antara tiga hingga lapan tahun perkhidmatan.

Ketua Pengarah JPA, Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, langkah ini sebagai mengikuti arahan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali pada 6 April lalu berhubung keperluan pelaksanaan pusingan kerja dalaman bagi pegawai di jawatan sensitif yang cenderung kepada isu salah laku.

“Selaras dengan arahan tersebut, jabatan ini memohon agar pusingan kerja dalaman dilaksanakan sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan pegawai yang layak dibuat pusingan kerja bagi pegawai Gred 54 dan ke bawah di Kementerian dan Jabatan masing-masing mulai tarikh surat ini dikeluarkan,” katanya menerusi surat pekeliling.

Khairul Adib berkata, semua ketua setiausaha di peringkat kementerian diminta mengemukakan maklumat pelaksanaan psuingan kerja dalaman di kementerian dan jabatan masing-masing kepada JPA pada atau sebelum 30 April untuk tindakan lanjut

Bulan lalu, Zuki mengarahkan JPA untuk melaksanakan sistem penggiliran ini setelah laporan berita mengenai sindiket memonopoli tender kerajaan menjadi tajuk utama media.

Beliau menyuarakan kekecewaannya kerana sebilangan penjawat awam membiarkan diri mereka dipergunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan habuan besar.

“Saya memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana kakitangan kerajaan yang terbukti bersalah dalam isu ini atau kes salah laku lain yang merosakkan imej perkhidmatan awam,” katanya.

Zuki berkata, satu keadaan membimbangkan apabila sindiket berkenaan memperoleh tender kerajaan bernilai RM3.8 bilion sebelum ia dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, dalam pada bersetuju dengan tujuan arahan itu untuk membantu membendung gejala rasuah dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan awam, beliau berharap ia tidak akan menjejaskan kehidupan keluarga kakitangan yang terlibat.

“Kami menyarankan agar pemindahan tersebut dibuat dalam jarak sekitar 25km yang tidak akan melibatkan pemindahan rumah atau anak-anak ke sekolah lain. Ini akan menyebabkan masalah logistik dan meningkatkan kos sara hidup bagi sesetengah mereka yang terlibat,” katanya kepada FMT.

Kata beliau, ramai juga penjawat awam membeli rumah di daerah tempat mereka bekerja dan ini akan menimbulkan kesulitan jika mereka dipindahkan sejauh 50km atau 100km.

Tiada ulasan: