SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Mei 2021

Kemudahan teknologi bantu penjawat awam tingkat produktiviti

  Berita Harian
 29 Mei 2021


KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menyediakan kemudahan teknologi terkini untuk penjawat awam sebagai usaha meningkatkan produktiviti pekerja dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat bersesuaian penerapan suasana bekerja norma baharu.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin, berkata dengan 80 peratus petugas mula bekerja dari rumah, kerajaan perlu mempertimbang pemberian elaun khas seperti data atau subsidi bagi memastikan kelancaran proses itu.


Beliau berkata, kerajaan perlu meningkatkan kemudahan teknologi untuk penjawat awam terutama ketika musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan produktiviti.

"Sekitar 20 peratus (pekerja) berada di pejabat, tetapi yang di rumah turut bekerja, malah mesyuarat pun secara maya.abat ada Wi-Fi, tetapi di rumah, kakitangan awam menggunakan internet dan data sendiri. Ada kakitangan bawahan tidak mampu melanggan data sendiri," katanya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman sebelum ini menegur penjawat awam yang disifatkan orang ramai masih bersikap sambil lewa dan tidak cekap dalam memberikan perkhidmatan.

Menerusi ucapan pada perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara maya itu, beliau berkata, penjawat awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan bagi mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap tahap kecekapan perkhidmatan awam dalam menguruskan setiap urusan.

Abdul Rahman berkata, apabila kemudahan teknologi seperti komputer riba dan data internet disediakan, ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, arahan 80 peratus kakitangan awam bekerja dari rumah bukan bermakna mereka diberi ruang untuk bekerja sambil lewa dan tidak cekap.

"Namun, ketua jabatan perlu memantau. Contohnya, terdapat jabatan dan agensi melaksanakan sistem log masuk di rumah untuk memastikan kehadiran pekerja," katanya.

– BERNAMA

Tiada ulasan: