SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Mei 2021

CUEPACS gesa PKP penuh 21 hari seluruh negara

  Berita Harian
  19 Mei 2021


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.

Presidennya, Adnan Mat, berkata gesaan itu perlu bagi mengatasi beban dialami perkhidmatan kesihatan negara yang berdepan cabaran dahsyat bagi merawat pesakit COVID-19 dan pesakit lain.

Berdasarkan situasi semasa, katanya, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara berisiko lumpuh, sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius sekiranya langkah drastik tidak dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak itu.

"Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang dilaksanakan dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini dilihat tidak berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19, bahkan ia dilihat semakin meningkat setiap hari.


"Trend peningkatan kes disebabkan terdapat banyak pergerakan orang ramai yang tidak dapat dikawal, berikutan kepentingan atau permasalahan ekonomi.

"Terdapat juga kelemahan masyarakat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam telah mengelirukan rakyat.

"Lebih mendukacitakan, pengumuman pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi diumum lebih awal hingga memberi kesempatan masyarakat keluar daripada kawasan itu, yang boleh menyebabkan penularan kes berlaku di kawasan luar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, gesaan pelaksanaan PKP penuh itu turut mengambil kira bebanan petugas barisan hadapan kesihatan yang terpaksa berkhidmat secara 'on-call' sejak lebih setahun lalu, sehingga hilang keseimbangan antara kehidupan dan waktu kerja.

Katanya, keadaan itu yang berterusan memberi kesan negatif pada fizikal dan mental mereka serta berisiko menjejaskan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 akibat kekurangan petugas dan kemudahan.

"Pelaksanaan PKP penuh seperti 18 Mac tahun lalu mungkin nampak terseksa kepada rakyat, tetapi lebih menyeksakan lagi adalah pelaksanaan PKP 'sekejap buka sekejap tutup' yang menyaksikan ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak terabai dan kadar pengangguran meningkat.

"Ditambah lagi penularan varian berbahaya daripada Afrika dan India di Malaysia ketika ini, PKP penuh diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Adnan menggesa kerajaan mengawal harga barangan keperluan harian supaya tiada pihak memanipulasinya jika PKP penuh dilaksanakan.

Katanya, CUEPACS juga mahu kerajaan memberi bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas susulan pelaksanaan PKP, khususnya melalui moratorium automatik.

"Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu mewajibkan bank melaksanakan semula moratorium penuh seperti tahun lalu kepada semua peminjam selama tiga bulan sebagai inisiatif mengurangkan kesan ekonomi kepada individu dan organisasi.

"Semua agensi kerajaan termasuk Baitulmal perlu turun padang a

Tiada ulasan: