SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Julai 2009

HARI TIDAK BERBELANJA

Utusan Malaysia
13/7/2009




ISMAIL Sabri menunjukkan isyarat bagus kepada media sempena pelancaran telefon bimbit termurah keluaran CSL di Tesco Ampang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Julai - Kepada kaki membeli-belah yang boros, anda mungkin berpeluang mempelajari sesuatu daripada 'Hari Tidak Berbelanja' anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) pada 16 Julai ini.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna agar memikirkan semula tabiat berbelanja masing-masing, pengguna dinasihat tidak membuat sebarang pembelian yang tidak perlu pada hari itu.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, program itu juga merupakan sebahagian usaha FOMCA mendidik masyarakat agar tidak berlebih-lebihan ketika berbelanja.
''Ini bukan bertujuan memboikot atau berkonfrontasi terhadap mana-mana pihak tetapi lebih menjurus kepada usaha mendidik pengguna agar bijak berbelanja.
''Mereka digalakkan untuk meminimumkan perbelanjaan agar lebih menghargai nilai wang yang dibelanjakan setiap hari,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hari Tidak Berbelanja disambut setiap 29 November di peringkat antarabangsa. FOMCA bagaimanapun memilih 16 Julai sebagai tarikh program itu dijalankan di Malaysia.
Ia sebahagian Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) yang dijalankan FOMCA dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Mengenai langkah yang boleh diambil pengguna untuk tidak berbelanja, Mohd. Yusof menjelaskan, banyak perbelanjaan kecil harian yang tanpa disedari mampu diketepikan demi berjimat.
''Antaranya membawa bekal makanan dari rumah ke mana-mana destinasi," katanya.

12 Julai 2009

NAJIB LIKE HIS FATHER: A LABOUR PERSPECTIVE

Bernama
12/7/2009




KUALA LUMPUR, July 11 (Bernama) -- To the labour movement in the country, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is just like his late father who was "very close and considerate to workers."Former Cuepacs president A. Ragunathan said the late Tun Razak Hussein, the nation's second prime minister, "always had the interest of the workers at heart and was ever willing to listen and solve their problems.""Tun used to invite us to his official residence for dinner where union leaders could discuss important issues with him in an informal and relaxed atmosphere," he said."The rapport and personal relationship he had built over the years greatly helped to improve the industrial relations situation in the country," he added.Similarly, Najib, as the sixth prime minister, had "inherited his traits" and in his first 100 days in office, had brought much cheer and hope to the workers, especially the support group in the civil service.The government's decision under Najib, to implement a time-based promotion for the 300,000 support group in the civil service was a major move to shore up the morale and confidence of the workers."The promotion for this category of employees was a "crucial" issue which Cuepacs and all the unions affiliated to it were seeking to solve for years without much success.""Yet, just within a month of becoming premier, Najib managed to solve this problem, which now allows those in the group to be promoted based on the number of years they have served," Cuepacs secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin, told Bernama.He said those with 15 years or more of service and were stuck on the maximum salary scale for years were eligible to be promoted beginning this month."This will immediately benefit some 105,000 civil servants," he added.Ahmad Shah said the prime minister had also indicated that he would meet Cuepacs to listen to their members' grouses."In the next 100 days, Cuepacs hopes that Najib will be able to solve much more issues, thus motivating civil servants to work harder and provide the kind of service that the government wants for the people," he added.Malaysian Technical Services Union (MTSU) secretary-general Samuel Davadason said Najib's decision to extend the contract of Chief Secretary of the Government Tan Sri Mohamad Sidek Hassan was an "excellent decision which will further improve the delivery system within the civil service."As for the private sector workers, the Najib administration had ensured that job losss was kept to the minimum and those retrenched were provided with opportunities to find alternative jobs.The Najib administration had proposed increased income for the workers through better and more innovative work culture."The PM's proposal is very interesting and deserves to be given priority and should be studied in greater detail," Malaysian Employers Federation executive director Shamsuddin Bardan said.He added that increased disposable income was certainly welcomed by the business community as it would boost their enterprises and the nation's economy.MTUC secretary-general G. Rajasegaran said that in line with the proposal, the congress had suggested a minimum wage of RM900 for the 10 million private-secttor workers."We hope to discuss this with the prime minister soon," he added.-- BERNAMA

KADAR BARU LESEN PENJAJA KECIL BERKUAT KUASA SERTA MERTA

Bernama
12/7/2009



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengurangkan kadar lesen perniagaan sebanyak 50 peratus bagi penjaja kecil baru atau lesen yang diperbaharui berkuat kuasa serta merta, kata Menterinya Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.Beliau berkata berikutan pengurangan kadar itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, seramai 69,331 penjaja di seluruh Wilayah Persekutuan bakal menikmati habuan itu."Daripada jumlah ini, seramai 67,049 penjaja adalah di Kuala Lumpur, 1,180 di Labuan dan 1,102 di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.Sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri, Najib telah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" yang antara lain termasuk pengurangan 50 peratus kadar lesen penjaja kecil di Wilayah Persekutuan.Namun Raja Nong Chik berkata pengurangan 50 peratus itu hanya melibatkan lesen penjaja yang tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Gerai dan Penjaja (WPKL) 1989, Undang-Undang Kecil Pasar (WPKL) 1984 dan Undang-Undang Kecil Pasar Borong (WPKL) 2002 bagi kawasan Kuala Lumpur.Di Putrajaya pula, katanya pengurangan hanya melibatkan lesen penjaja yang tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (Perbadanan Putrajaya) 1999 manakala di Labuan melibatkan lesen di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja 1968 pindaan 1992.Beliau berkata kementeriannya tidak akan membayar sebarang rebat kepada pemegang lesen berkenaan kerana kadar penurunan itu hanya berkuat kuasa hari ini.Menurutnya, lesen sedia ada yang telah dibayar masih kekal dengan kadar lama sehinggalah ia tamat tempoh."Penurunan kadar ini hanya berkuat kuasa hari ini dan oleh itu ia hanya berkuat kuasa kepada pemohon lesen baru dan penjaja yang ingin memperbaharui lesen mereka sahaja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana prihatin beliau terhadap perkara itu.Raja Nong Chik berkata bagi memastikan rakyat turut merasai manfaat daripada pengumuman tersebut dan atas dasar tanggung jawab sosial, beliau berharap peniaga kecil dapat mengurangkan harga jualan masing-masing kepada kadar yang amat munasabah.Hadiah Najib kepada rakyat turut melibatkan tawaran sebanyak kira-kira 44,000 unit projek perumahan rakyat (PPR) untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.Untuk itu, Raja Nong Chik berkata sebanyak 44,905 unit rumah PPR sedia untuk dijual kepada penghuni yang selama ini menyewa rumah terbabit, sekaligus membuka peluang kepada penyewa rumah PPR untuk memiliki kediaman sendiri."Sesungguhnya pengurangan kadar lesen peniaga kecil dan pemilikan rumah PPR ini juga adalah selaras dengan visi saya yang antaranya merangkumi isu penjaja kecil dan perumahan rakyat."Ia sekaligus menjadi pemangkin atau titik permulaan dalam usaha kementerian memerangi kemiskinan bandar serta membantu mengatasi masalah perumahan untuk warga kota," katanya.Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata penurunan harga lesen peniaga kecil jelas menunjukkan kerajaan memberi semangat dan memahami kehidupan peniaga kecil di ibu kota yang perlu melangsaikan pelbagai jenis bayaran."Dengan itu, lesen perniagaan bagi peniaga kecil bukan lagi mahal. Penurunan ini memberi semangat untuk peniaga kecil terus berniaga," katanya.Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras turut berharap pihak penguat kuasa lebih prihatin kepada peniaga kecil untuk berniaga.Mengenai tawaran kerajaan untuk menjual 44,000 rumah PPR, Syed Ali berharap keutamaan dapat diberikan kepada warga kota yang sudah menetap lebih daripada 15 tahun tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut menyambut baik ganjaran tersebut berkata potongan 50 peratus bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil akan membuka peluang lebih besar dalam mereka mengukuhkan perniagaan di ibu kota ketika ekonomi semakin mencabar sekarang."Tindakan kerajaan ini adalah satu langkah yang baik dan peniaga kecil dan penjaja perlu menggunakan peluang ini untuk mengukuhkan posisi jualan mereka yang sedia ada," kata Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'amor Osman.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman mahu penjaja dan peniaga kecil tidak menyalahgunakan kemudahan yang kerajaan berikan tersebut."Kerajaan diharap dapat memastikan mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja memperolehi lesen, agar tiada pihak dapat menyalahgunakan lesen niaga yang dikeluarkan," katanya.-- BERNAMA

11 Julai 2009

GAMBAR KESELURUHAN 100 HARI NAJIB SEBAGAI PM DARI PERSPEKTIF PEKERJA

Bernama
11/7/2009

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bagi pergerakan pekerja di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sama seperti Allahyarham bapanya yang "sangat rapat dan bertimbang rasa dengan golongan pekerja."Bekas Presiden Cuepacs A. Ragunathan berkata Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, "sentiasa meletakkan kepentingan para pekerja dekat di hatinya dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.""Tun sering mempelawa kami ke kediaman rasminya untuk makan malam di mana para pemimpin kesatuan boleh berbincang isu penting dengan beliau secara tidak rasmi dan dalam suasana yang santai," katanya."Hubungan baik dan peribadi yang dijalin beliau sejak beberapa tahun telah banyak membantu memperbaiki keadaan hubungan industri di negara ini," katanya.Begitu juga, hari ini Najib sebagai Perdana Menteri Keenam telah "mewarisi sifat-sifat keperibadian itu" dan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan, telah membawa banyak kegembiraan dan harapan kepada para pekerja terutama dalam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam.Keputusan kerajaan di bawah pentadbiran Najib, bagi melaksanakan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan kepada 300,000 pekerja kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam merupakan keputusan besar bagi meningkatkan moral dan keyakinan mereka."Kenaikan pangkat bagi pekerja dalam kategori ini adalah isu "penting" yang diperjuangkan oleh Cuepacs dan kesatuan di bawah gabungannya sejak beberapa tahun tanpa banyak kejayaan."Walaupun begitu, hanya dalam tempoh sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib mampu menyelesaikan masalah ini, yang kini membenarkan mereka yang berada di dalam kumpulan itu dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh tahun perkhidmatan mereka," kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd. Zin kepada Bernama.Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun dan masih berada pada tangga gaji maksimum selama beberapa tahun layak dinaikkan pangkat bermula bulan ini."Langkah ini akan memberi faedah kepada kepada kira-kira 105,000 petugas perkhidmatan awam," katanya.Ahmad Shah berkata Perdana Menteri juga telah membayangkan bahawa beliau akan bertemu Cuepacs bagi mendengar rungutan daripada anggota kongres."Bagi 100 hari yang akan datang, Cuepacs berharap bahawa Najib akan dapat menyelesaikan lebih banyak isu bagi mendorong petugas awam bekerja kuat dan memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh kerajaan untuk orang ramai," katanya.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Malaysia (MTSU), Samuel Davadason, berkata keputusan Najib untuk melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, merupakan "keputusan yang amat baik bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam."Bagi para pekerja sektor swasta, pentadbiran Najib telah memberi jaminan bahawa kehilangan kerja berada pada tahap minimum dan bagi mereka yang diberhentikan disediakan peluang untuk mendapat pekerjaan alternatif.Pentadbiran Najib telah mencadangkan kenaikan gaji bagi para pekerja melalui budaya kerja yang lebih baik dan berinovatif."Cadangan Perdana Menteri adalah amat menarik dan sepatutnya diberi keutamaan dan perlu dikaji dengan mendalam," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.Beliau berkata kenaikan pendapatan boleh dibelanjakan memang dialu-alukan oleh masyarakat peniaga kerana ia boleh memacu perniagaan mereka dan ekonomi negara.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata selaras dengan cadangan itu, kongres itu telah mencadangkan gaji minimum RM900 bagi 10 juta pekerja sektor swasta."Kami berharap untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.-- BERNAMA

TERLALU LAMBAT NAIK PANGKAT

Berita Harian
11/7/2009



GURU siswazah yang dilantik antara 1989 hingga 1995 yang memiliki selain ijazah perakaunan berasa kerugian kerana terpaksa menunggu lama untuk dinaikkan pangkat ke DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) Timed-Based. Rata-rata mereka perlu berkhidmat untuk tempoh 21 hingga 24 tahun sebelum layak memohon DG48 KUP. Keadaan itu agak berlainan jika berbanding rakan sejawat yang dilantik pada 1996 dan selepas itu. Mereka hanya perlu berkhidmat sekitar tempoh 20 tahun untuk layak ke DG48 KUP Timed-Based.
Justeru, saya ingin memberi komen surat daripada Cawangan Dasar dan Pembangunan Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia Bil: JPA(s) NP 134/8/3 Klt 17/s k5(3) bertarikh 9 Oktober 2008 yang bertajuk ‘Perbezaan Tempoh Ke DG48 KUP Timed-Based’ yang dialamatkan kepada Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP). Surat itu turut menyarankan supaya guru memohon peluang kenaikan pangkat ke DG48 dengan memohon jawatan sebagai guru cemerlang, guru Tingkatan Enam, pensyarah di Institut Perguruan Malaysia (IPG), pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) dan pensyarah di Kolej Matrikulasi. Soalnya, berapa orang guru ditawar dan berpeluang memohon jawatan itu berbanding nisbah guru yang layak memohon.
Contohnya, paling mudah ialah ada kalangan guru yang pernah mengajar di Tingkatan 6 lebih 10 tahun tidak ditawarkan DG48. Apa lagi untuk memohon sebagai pensyarah di mana-mana institusi di bawah Kementerian Pelajaran, sudah tentu proses pemilihan lebih ketat sewaktu menjalani proses temu duga. Oleh itu melalui ruangan ini, kami memohon jasa baik JPA, Kementerian Pelajaran dan Cuepacs supaya memberi peluang kepada guru yang dilantik mulai 1989 hingga 1995 menikmati tempoh perkhidmatan 20 tahun seperti rakan yang lain. Jasa baik ini dipohon memandangkan ramai guru terbabit berada pada umur sekitar 50-an. Oleh itu berilah peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat di sekolah kawasan luar bandar sebagai guru DG 48 KUP Timed-Based tanpa perlu berhijrah ke mana-mana institusi di bawah kementerian demi menikmati pangkat sebelum bersara.
GURU 1MALAYSIA,
Baling, Kedah.

09 Julai 2009

40,000 KUARTERS KERAJAAN MASIH KURANG KEMUDAHAN

Berita Harian
Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my



Premis wajar dibaik pulih, disewa kepada kakitangan awam KUALA LUMPUR: Kira-kira 40,000 unit kuarters kerajaan di seluruh negara berada dalam serba kekurangan, termasuk hanya mempunyai dua bilik, selain ada bangunan milik agensi kerajaan yang terbiar sehingga usang tanpa usaha untuk memulihkannya. Sehubungan itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan mengambil langkah segera dengan menaik taraf kemudahan kuarters sedia ada atau menyediakan perumahan lebih selesa bagi kakitangan sektor awam. "Cuepacs kecewa kerana masih ramai lagi kakitangan awam yang tinggal dalam rumah yang hanya mempunyai dua bilik. Walaupun ada kuarters yang sudah dinaik taraf, i bilangannya masih sedikit.
"Selain itu, kegagalan sesetengah kementerian, agensi kerajaan atau badan berkanun menguruskan kemudahan kuarters disediakan menyebabkan berlakunya kes di mana kuarters terbiar tanpa penghuni," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Omar menggesa kerajaan segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kuarters yang masih dibiarkan kosong dengan menawarkan kemudahan itu kepada kakitangan awam yang layak, tetapi tinggal atau menyewa di luar. "Cuepacs banyak menerima aduan daripada kakitangan awam yang enggan tinggal di kuarters kerajaan dengan alasan keadaan tidak selesa selain merendahkan imej kakitangan awam apabila mereka tinggal di rumah yang serba kekurangan.
"Kerajaan juga perlu memastikan agensi yang perlu berada dalam keadaan bersiap sedia 24 jam seperti tentera, polis, kastam, doktor dan jururawat diberi kemudahan kuarters yang berdekatan dengan pejabat mereka," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, kerajaan perlu mengkaji masalah kakitangan awam yang tinggal di kuarters kerajaan tetapi tiada kemudahan penyelenggaraan disediakan. "Kerajaan tidak harus membezakan pangkat atau tangga gaji dalam menempatkan kakitangannya di kuarters. Kalau pegawai kerajaan boleh tinggal di rumah selesa, kakitangan bawahan juga harus menikmati kemudahan sama. "Jangan mengambil mudah aspek penyediaan tempat kediaman kakitangan sektor awam kerana kehidupan yang berkualiti akan turut mempengaruhi prestasi kerja," katanya.
Omar juga berkata, Cuepacs sedang berunding dengan kerajaan untuk membolehkan kakitangan awam yang menetap di kuarters memperoleh

SENTRAL: LARANGAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM TAK DIPATUHI

Berita Harian
9/7/2009


PUTRAJAYA: Larangan merokok di segenap premis dan kawasan kompleks jabatan kerajaan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 menjadi tanda tanya apabila ia tidak dipatuhi, sama ada oleh kakitangan awam atau orang ramai. Selain tidak ada notis yang tegas di pintu masuk utama kompleks bagi mengingatkan orang ramai atau kakitangan mengenai larangan itu, tinjauan Berita Harian di sini, mendapati masih ada yang merokok di pintu masuk, bangku di kawasan jabatan, tempat letak kereta dan motosikal serta berdekatan kafeteria. Pada ketika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertegas menguatkuasakan larangan itu sepenuhnya, Cuepacs pula memberi alasan ia berlaku kerana tabiat merokok sukar dihentikan serta-merta dan mencadangkan ruang khas untuk merokok di sediakan di premis kerajaan.
Jurucakap JPA ketika diminta mengulas perkara itu berkata, kakitangan dan orang awam tidak ada kesedaran mengenai larangan itu serta tindakan yang boleh dikenakan jika enggan mematuhinya. "Bagaimanapun, meletakkan notis yang lebih tegas mengenai larangan itu adalah sesuatu yang wajar bagi mengingatkan kakitangan dan orang awam yang berurusan di jabatan kerajaan," katanya. Mengenai cadangan Cuepacs itu, beliau berkata, ia sukar dilaksanakan kerana kebanyakan bangunan kerajaan menggunakan sistem pendingin hawa berpusat dan asap rokok akan kekal di dalam udara menyebabkan gangguan kepada orang lain.
Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam sebelum ini berkata, tidak ada bukti menunjukkan rokok berupaya meningkatkan produktiviti kerja. Berita Harian pada 26 Jun lalu melaporkan mengenai larangan merokok di segenap kawasan jabatan kerajaan mengikut peraturan itu dan mereka yang tidak mematuhinya boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau didenda di mahkamah sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun. Kakitangan awam pula boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kakitangan awam perlu berusaha mengurangkan tabiat merokok pada waktu pejabat sebagai tanda disiplin dan berhenti secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, beliau mendakwa sukar untuk mereka yang bergantung kepada nikotin rokok untuk berhenti serta-merta kerana pergantungan sistem badan terhadap bahan kimia itu.
Beliau berkata Cuepacs sedang mencari penyelesaian terhadap perkara itu dengan JPA sebagai tanda prihatin terhadap kira-kira 35 peratus atau 420,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam yang merokok.

08 Julai 2009

KAJI SEBELUM LAKSANA SKIM PEMBANTU RUMAH TEMPATAN - PAPA

Bernama
8/7/2009



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pelbagai faktor perlu dikaji sebelum dilaksanakan skim pembantu rumah tempatan dengan mengandungi tawaran gaji yang menarik serta faedah istimewa lain, kata Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Datuk Raja Zulkepley Dahalan.Beliau berkata antaranya faktor kesediaan rakyat tempatan untuk menjadi pembantu rumah perlu juga diambil kira."Cadangan perlaksanaan ini boleh dikatakan lebih berupa pelan jangka panjang. Akan tetapi buat ketika ini, perlu ada perubahan perspektif dan tanggapan masyarakat bahawa pekerjaan pembantu rumah di kalngan rakyat tempatan boleh diterima masyarakat."Masalahnya kita belum lagi sampai ke tahap itu dan kita tiada pilihan selain menggunakan warga asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan pembantu rumah, katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang meminta kerajaan mengkaji perlaksanaan skim pembantu rumah tempatan, yang disarankan supaya turut memuatkan tawaran gaji menarik serta faedah seperti antaranya caruman Kumpulan Simpanan Pekerja, Pertubuhan Kesihatan Sosial dan Elaun Sara Hidup.Menurut Zulkepley, perlaksanaan menjadi pembantu di kalangan rakyat tempatan sukar dilakukan kerana rakyat tempatan lebih gemar mengisi jawatan kosong di kilang-kilang daripada menjadi pembantu rumah.Katanya selain itu, masalah budaya, sensitiviti kaum dan agama perlu diambil kira memandangkan permintaan tinggi untuk pembantu rumah datangnya dari masyarakat bukan Islam."Berdasarkan respons yang diterima, tiada orang nak jadi pembantu rumah melainkan gaji yang diberi tinggi, ada kebebasan, maruah dipelihara dan perlindungan diperolehi mereka."Ada juga yang membangkitkan masalah perbezaan agama yang mungkin berlaku jika skim ini diadakan. Kita tidak menghalang skim ini diadakan tapi perlu dikaji dahulu faktor-faktor yang dinyatakan tadi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata PAPA menyambut baik langkah kerajaan Indonesia untuk kemungkinan membatalkan pembekuan tenaga kerjanya dihantar ke Malaysia seawal-awalnya 1 Ogos depan, sekiranya rundingan kedua-dua negara pada pertengahan bulan ini mencapai kata putus yang positif.Katanya keputusan ini akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara termasuk kepada majikan, ejen dan pembantu rumah sendiri.Semalam Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Erman Suparno berkata kerajaan Indonesia optimistik untuk meneruskan penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia namun semuanya bergantung kepada keputusan perbincangan akan datang.-- BERNAMA

CUEPACS CADANG K'JAAN WUJUD SKIM PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

Bernama
7/7/2009



KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan dicadang supaya mengadakan skim pembantu rumah tempatan yang mengandungi tawaran gaji menarik serta faedah istimewa seperti yang dinikmati golongan pekerja lain selain menukar nama pekerjaan itu kepada Pembantu Pengurusan Rumah.Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mewujudkan satu jabatan khas atau agensi untuk menjaga kebajikan golongan itu."Skim pembantu rumah tempatan perlu diliputi dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola)," kata Presiden Cuepacs, Omar Osman kepada Bernama.Beliau berkata cadangan tersebut timbul semasa perbincangan dalaman sesama kesatuan gabungan Cuepacs."Seingat saya, pada sekitar tahun 70-an, ramai pembantu rumah adalah rakyat tempatan kerana pada ketika itu belum lagi wujud kilang-kilang yang besar."Tetapi apabila kilang-kilang besar ditubuhkan, maka ramai yang tidak mahu lagi bekerja sebagai pembantu rumah kerana tiada jaminan yang diperolehi daripada sektor ini, berbanding kilang-kilang yang memberikan potongan KWSP, pampasan dan pelbagai elaun lain," kata Omar.Cuepacs juga berpendapat gaji pembantu rumah tempatan tidak boleh diseragam kerana ia perlu mengambil kira beban tugas yang berbeza yang ditanggung oleh seseorang pembantu rumah."Contohnya, sekiranya diberikan gaji yang sama, bagi mereka yang bekerja di rumah yang kurang penghuni, mungkin kurang bebanan kerja tetapi bagi mereka yang kerja di rumah yang ramai penghuni, mesti akan rasa tidak berbaloi dengan gaji yang mereka terima. Maka oleh itu gaji tidak boleh disamakan," katanya.Beliau bagaimanapun menganggarkan gaji minimum bagi pembantu rumah tempatan yang patut diberi ialah sekitar RM650.Omar berkata penukaran nama profesion tersebut juga perlu bagi mengelakkan mereka yang mencebur dalam pekerjaan itu berasa seperti berstatus rendah."Kalau tidak tukar nama, nanti mereka akan rasa berkelas kedua, tidak sama seperti mereka yang bekerja di hotel misalnya. Sebaliknya mereka yang bekerja mengemas bilik di hotel dipanggil sebagai house-keeping yang didengar lebih mempunyai kelas dan bukan dipanggil sebagai sekadar pengemas bilik," katanya.Menerusi cadangan Cuepacs itu, Omar berkata kerajaan juga perlu melonggarkan syarat permohonan bagi mereka yang menawarkan diri untuk menjadi pembantu rumah tempatan."Tidak perlulah sampai ada PMR (Penilaian Menengah Rendah) atau SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk minta kerja ini. Yang penting mereka boleh membaca dan mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan rumah."Yang lebih penting ialah keupayaan berkomunikasi antara mereka dengan majikan mereka," katanya.-- BERNAMA

07 Julai 2009

CUEPACS CALLS FOR SPECIAL SCHEME FOR LOCAL MAIDS

Bernama
7/7/2009




KUALA LUMPUR, July 6 (Bernama) -- Cuepacs on Monday urged the government to change the designation of maids to domestic management assistants and create a special scheme for local maids which offered attractive salary structure and other benefits.Cuepacs president Omar Osman said the move was to attract the locals to join the sector.He said the scheme must include contributions to the Employees Provident Fund (EPF), Social Security Organisation and the provision of the Cost of Living Allowance (Cola).Cuepacs also called on the Human Resources Ministry to set up a special agency to take care of the welfare of this group."I remember in the 70s where most of the maids were locals because at the time there were no big factories."Once these factories existed many did not want to work as maids anymore because the job did not offer security compared to working in factories where they were offered EPF contributions, compensation and other allowances," he told Bernama Monday.He said that although it would be difficult to standardise the salary of maids, as those working in a small household might have less tasks to complete compared to those in a larger household, Cuepacs estimated that the minimum salary for local maids would be about RM650.Omar said the designation should also be changed to overcome the perception that the sector was a second class profession.He said the government should also ease up requirements for those who want to apply for the job."There is no need for them to have a PMR (Penilaian Menengah Rendah) or SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) qualification. It is enough if they can read and know about housekeeping."-- BERNAMA

MAJLIS MAKAN MALAM 'JASAMU DIABADIKAN' Y.A.B TUN ABDULLAH BADAWI

Media Cuepacs
7/7/2009


Putrajaya - Majlis Makan Malam Jasamu Diabadikan' Y.A.B Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah diuruskan oleh Pengerusi-Pengerusi NGO Malaysia. Majlis ini di persembahkan dengan Nasyid Selawat dan Gambus oleh EL-MADINAH. Y.A.B Tun Abdullah Hj. ahmad Badawi hadir bersama Isteri. Turut hadir sama di majlisitu Ketua Setiausaha Negara, Presiden Cuepacs dan Pengerusi NGO. Lebih kurang 500 orang berbagai NGO yang hadir dimajlis tersebut.

500,000 KAKITANGAN AWAM BERISIKO GUNA KERETA LAMA

Berita Harian
7/7/2009


KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan sebahagian besar daripada kira-kira 500,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua yang menggunakan kenderaan berharga kurang RM10,000 menghadapi risiko tanggungan jika terbabit kemalangan kerana tidak dilindungi insurans. Presidennya, Omar Osman, berkata tindakan beberapa syarikat menolak permohonan memperbaharui perlindungan insurans kenderaan lama dianggap penganiayaan kepada kakitangan awam, terutama jika mereka terbabit dalam kemalangan ketika menggunakan kenderaan itu untuk berulang-alik ke tempat kerja. “Kakitangan bawahan seperti pekerja rendah awam, pemandu, operator mesin dan pembantu am pejabat hanya mampu membeli kereta terpakai yang murah kerana tidak mampu membeli kereta baru.
“Kalau syarikat insurans pun tidak mahu lagi melindungi kenderaan mereka, apa lagi kemudahan yang mereka dapat nikmati kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini ketika di jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau diminta mengulas tindakan beberapa syarikat menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga kurang RM10,000 kerana dianggap merugikan. Syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans. Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas bernilai kurang RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara didaftar antara 1994 hingga 1999.
Omar berkata, jika syarikat insurans terus berdegil, Cuepacs akan meminta kerajaan campur tangan dalam isu berkenaan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Sementara itu, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata perlindungan insurans kenderaan baru lebih berisiko tinggi kerana terdedah kepada risiko kecurian dan kemalangan berbanding kenderaan lama. Katanya, perlindungan insurans kenderaan baru juga lebih mahal kerana nilai pasarannya yang lebih tinggi, berbanding kenderaan lama yang lebih rendah harga pasarannya. “Berbeza kenderaan baru, kadar tanggungan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans terhadap kenderaan lama lebih rendah jika berlaku tuntutan.
“Tiada statistik yang menunjukkan pemilik kenderaan lama sering menuntut pembayaran insurans. Malah, terdapat ramai pemilik kenderaan yang melebihi 10 tahun tidak pernah membuat sebarang tuntutan,” katanya. Mohd Yusof berkata, Fomca memandang serius perkara itu dan mahu kerajaan mewujudkan satu garis panduan dan mekanisma mengenainya, termasuk menarik balik lesen syarikat insurans yang enggan memperbaharui insurans kenderaan lama.

03 Julai 2009

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11/2009

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pembantu Teknik dan Pembantu Teknik Landskap


Untuk maklumat lanjut (sila klik disini)

PERKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8/2009

Pengubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Penyediaan Makanan dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tukang Masak


Untuk maklumat lanjut (sila klik disini)

PERKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7/2009

Penjumudan Skim Perkhidmatan Jaga


Untuk maklumat lanjut (sila klik disini)

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6/2009

Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah dan Operator Mesin Prosesan Data Serta Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Untuk maklumat lanjut (
sila klik disini)

02 Julai 2009

CUEPACS TAK SETUJU 2 PILIHAN PEKERJA PBT

Berita Harian
2/7/2009



MUAR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan dua pilihan yang diberikan kepada kira-kira 25,000 pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit berikutan pelaksanaan penswastaan pengurusan sisa pepejal tidak lama lagi, iaitu sama ada menyertai penswastaan itu atau berhenti kerja. Sebaliknya Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya melalui Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) meminta supaya satu lagi pilihan diberikan kepada pekerja iaitu untuk terus kekal dalam PBT. Katanya, pihaknya sebulat suara menolak langkah penswastaan itu jika hanya dua pilihan diberikan kerana ia merugikan pekerja terutama bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun.
"Kesatuan sebulat suara tidak mahu pelaksanaan penswastaan itu jika satu lagi pilihan kepada pekerja untuk kekal dengan PBT tidak diberikan kerana dua pilihan pertama tidak menguntungkan pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-24 Anulae Cawangan Johor Utara yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ab Wahab Ridwan, di sini, semalam.

01 Julai 2009

PEKERJA SOKONGAN PBT TIDAK DIABAI

Sinar Harian
1/7/2009




ALOR SETAR - Lebih 500 pekerja sokongan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, diberi jaminan tidak akan diberhentikan kerja mahupun dianiaya sejurus proses pengambil alihan pengendalian sisa pepejal di negeri ini oleh syarikat E-Idaman dilaksanakan bermula Ogos depan. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Khazali Din berkata, semua pekerja sokongan akan diambil alih oleh syarikat konsesi E-Idaman dan mereka memberi jaminan akan menjaga kebajikan pekerja sedia ada. “Saya harap pekerja terbabit tidak perlu bimbang dengan pengambil alihan ini, sebab tidak seorang pun akan diberhentikan kerja. Yang bertukar tangan hanya majikan, malah sebagai pekerja swasta, mereka akan menerima manfaat lain yang tidak ada di bawah skim penggajian kerajaan,” katanya. Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula penswastaan pengurusan sisa pepejal di negara ini, selain mendesak pekerja sokongan PBT tidak diserapkan di bawah skim penswastaan. Mengulas mengenai tindakan Cuepacs, Khazali berkata, mungkin timbul salah faham kerana masih ada yang tidak faham bahawa kebajikan pekerja tetap diberi keutamaan meskipun bertukar majikan. “Pekerja tetap mendapat manfaat dan insentif tertentu. Mereka masih tertakluk kepada caruman skim pencen, malah sekiranya berhasrat pencen awal, mereka boleh mohon untuk sambung bekerja di syarikat itu,” katanya. Sebelum ini, katanya, pekerja diberi dua pilihan sama ada memilih Skim Penggajian Kerajaan mahupun Skim Penggajian Syarikat, dan tidak berlaku paksaan berhubung pemilihan itu. Dalam pada itu, Khazali berkata, syarikat E-Idaman akan memulakan operasinya di bandar raya ini pada 1 Ogos ini, termasuk di semua PBT daerah. “Kelak kerja-kerja pungutan sampah dan kebersihan parit serta longkang adalah di bawah bidang kuasa E-Idaman,” katanya. Bagaimanapun pelupusan sisa pepejal masih di bawah kendalian kerajaan negeri dan sebanyak empat syarikat telah disenarai pendek bagi tujuan itu. “Sehingga kini belum diputuskan syarikat mana yang akan menguruskan tapak pelupusan sampah, untuk memproses sampah itu sama ada dijadikan bahan kitar semula atau tidak,” katanya. Keperluan untuk menambah tapak pelupusan sampah juga belum diputuskan memandangkan sistem yang akan digunakan kelak berbeza dengan sistem sedia ada. Khazali berkata, sistem pelupusan sampah yang akan diguna pakai kelak lebih efisien, sistematik dan mampu mencapai sasaran bandar raya bersih.

AKTA PEKERJAAAN LINDUNGI PEKERJA SWASTA DARI HUTANG MEMBEBANKAN

Bernama
1/7/2009




KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Akta Pekerjaan merupakan "perlindungan yang terbaik" buat 10 juta petugas sektor swasta daripada terjebak dalam masalah hutang yang membebankan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.Beliau berkata ini kerana pekerja itu terpaksa mendapatkan kebenaran Jabatan Tenaga Kerja dan pihak pengurusan syarikat sebelum mereka boleh memilih untuk membuat potongan gaji semasa mendapatkan pinjaman dari bank atau lain-lain sumber.Menurutnya akta itu mewajibkan setiap pekerja memastikan bahawa mereka tidak memilih untuk memotong sehingga 50 peratus daripada gaji bulanannya semata-mata untuk membayar balik pinjaman."Bagaimanapun bagi tujuan pinjaman perumahan, tambahan 25 peratus dari kadar itu dibenarkan," katanya di sini hari ini.Shamsuddin berkata disebabkan peraturan ini, amat sukar bagi para pekerja mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi pinjaman yang mahukan supaya pembayaran balik pinjaman dibuat menerusi potongan gaji.Beliau berkata demikian semasa mengulas satu laporan bahawa 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang, dan rata-rata kalangan mereka membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.Shamsuddin berkata bagi petugas sektor swasta kebanyakan mereka mengambil pinjaman bagi tujuan yang lebih produktif, seperti pelaburan, pendidikan dan perumahan."Berhutang tidak semestinya buruk, sekiranya ia bagi tujuan pelaburan atau pendidikan," tambahnya.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin semasa merujuk kepada isu hutang petugas awam berkata keadaan hutang membebankan itu boleh berlaku kerana petugas awam tidak mempunyai peraturan yang benar-benar tegas berhubung potongan gaji untuk membayar hutang.Menurutnya walau ada sekalipun peraturan itu, ia tidak dikuatkuasakan dengan tegas.--BERNAMA

BANK DISARAN KAJI SEMULA PINJAMAN KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
1/7/2009




KUANTAN 30 Jun - Institusi kewangan disaran mengkaji semula kelulusan pemberian pinjaman ke atas kakitangan awam bagi mengelak mereka dibebani lambakan hutang.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, terdapat kakitangan awam khususnya kumpulan sokongan yang berdepan masalah kewangan selepas membuat potongan bagi membayar balik pinjaman daripada beberapa institusi kewangan.
Beliau berkata, apa yang membimbangkan ialah apabila jumlah hutang tersebut melebihi gaji bersih yang mereka bawa pulang.
Katanya, masalah kewangan dan bebanan hutang itu dikhuatiri akan mendorong mereka terlibat dalam perbuatan salah laku termasuk rasuah.
"Ada kakitangan awam yang telah membuat potongan bagi membayar balik pelbagai pinjaman tetapi masih hendak berhutang dengan bank sedangkan baki gaji tidak mencukupi.
"Dan institusi kewangan pula, tengok (pemohon) kakitangan awam sahaja, bagi pinjaman. Jangan terlalu mudah bagi pinjaman kerana nak pinjam mudah tapi nak bayar balik payah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 di Wisma Belia, Indera Mahkota di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung CUEPACS, Ahah Shah Mohd. Zin kelmarin bahawa 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang.
Ahmad Shah berkata, golongan ini yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka, perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.
Dalam hal ini, Muhammad Safian meminta ketua-ketua jabatan menasihatkan kakitangan mereka yang telah membuat potongan gaji dan mempunyai baki gaji hanya satu pertiga.
"Saya minta ketua jabatan memanggil kakitangan ini dan memberi nasihat," katanya.
Jelasnya, terdapat 13,000 kakitangan awam di negeri ini dengan 60 hingga 70 peratus merupakan kumpulan sokongan.
Katanya, tahun lalu, pihaknya telah memberhentikan 14 kakitangan awam yang dikenakan tindakan tatatertib, tiga kes daripadanya melibatkan rasuah.