SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Julai 2009

CUEPACS TAK SETUJU 2 PILIHAN PEKERJA PBT

Berita Harian
2/7/2009



MUAR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan dua pilihan yang diberikan kepada kira-kira 25,000 pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terbabit berikutan pelaksanaan penswastaan pengurusan sisa pepejal tidak lama lagi, iaitu sama ada menyertai penswastaan itu atau berhenti kerja. Sebaliknya Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya melalui Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) meminta supaya satu lagi pilihan diberikan kepada pekerja iaitu untuk terus kekal dalam PBT. Katanya, pihaknya sebulat suara menolak langkah penswastaan itu jika hanya dua pilihan diberikan kerana ia merugikan pekerja terutama bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun.
"Kesatuan sebulat suara tidak mahu pelaksanaan penswastaan itu jika satu lagi pilihan kepada pekerja untuk kekal dengan PBT tidak diberikan kerana dua pilihan pertama tidak menguntungkan pekerja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-24 Anulae Cawangan Johor Utara yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ab Wahab Ridwan, di sini, semalam.

Tiada ulasan: