SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

05 Ogos 2010

BOMBA MOHON KERAJAAN PERTIMBANG ELAUN RISIKO

Bernama
5/8/2010



LANGKAWI, 5 Ogos (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia akan memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian elaun risiko kepada anggota pasukan itu yang menyertai tugas-tugas operasi.

Presidennya Salimin Ayed berkata jika diluluskan, kira-kira 8,000 anggot
a bomba seluruh negara layak menerima elaun itu.

"Pihak kesatuan memikirkan elaun itu perlu diberi pertimbangan kerana anggota bomba menjalankan tugas operasi dalam keadaan risko berbahaya," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat perwakilan kesatuan itu di sini.

Katanya skim gaji anggota bomba sama seperti penjawat awam yang lain walaupun mereka terdedah dengan risiko berbahaya.

"Sebagai contoh anggota bomba terbabit dalam operasi di Marang, Terengganu baru-baru ini yang menyebabkan seorang meninggal dunia dan seorang cedera yang masih dirawat di hospital, katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang menyediakan butiran permohonan itu untuk diserahkan kepada pengurusan jabatan secepat mungkin untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya kesatuan akan meminta sokongan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Salimin berkata pihaknya juga menyokong permintaan Cuepacs agar JPA mempercepatkan pembayaran insentif khas kepada anggota bomba yang memandu jentera bomba kerana jentera itu tidak sama seperti kenderaan awam lain dan memerlukan kemahiran pengendalian.

Cadangan insentif itu adalah sebanyak RM250 kepada lebih 1,000 anggota yang akan ditentukan oleh jabatan terbabit.

-- BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua penjawat awam berisiko sebenarnya, untuk anggota bomba ni saya cadangkan k'jaan adakan insuran khas percuma untuk kemalangan semasa bertugas selain insuran yang tersedia sebagai nilai tambah, dengan cara itu matlamat akan menepati sasaran maksudnya orang yang kemalangan saja akan dapat imbuhan atau pampasan dari insuran berbanding dengan pemberian elaun RM250 - RM300 setiap bulan kepada semua anggota bomba,dalam keadaan sekarang semua persatuan dalam perkhidmatan awam menuntut itu dan ini cukuplah dengan ketidak seimbangan pemberian keistimewaan kepada jabatan atau perkhidmatan tertentu oleh kerajaan menyebabkan rasa ketidakpuasan hati oleh penjawat awam lainnya.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong sangat cadangan tuan di atas...cukup-cukup lah...sudah-sudah lah meminta imbuhan dengan berselindung di sebalik elaun yang bukan-bukan.Semua PA ada risiko masing-masing.Kita nampak trend sekarang,semua PA beruniform memainkan isu ini untuk menuntut elaun..kerajaan dibodohkan dengan cara yang sopan...

Kata Saya berkata...

semua pekerja PA penting dan berisiko,ttpi kena tengok kerja PA yg mana paling berisiko,sy tengok Bdn Beruniform,kalau mereka x da,mcm mana nak menjalankan tugasan harian.sy tengok,PA bruniform boleh buat kira semua kerja,baik dalam pejabat atau luar pejabat(Multi Skill),Kalau kerani,mana mahu terjun sungai,tangkap penjenayah,padam api,saman org,PA Uniform tu juga yang pergi.PA Uiform jga blh jd kerani.ini yg saya perhatikan.

Tanpa Nama berkata...

Apalah bodohnya si mamat di atas nie..confirm la ko nie salah sorang PA beruniform yang nak sangat2 makankedarah elaun tu...semua PA ada bidang masing2..kerani dengan bidang kerja kerani memang lah kalau di suruh terjun sungai dia tak boleh buat sebab dia bukan dilatih buat kerje tu...bengap la lu...semua PA ada risiko masing2...faham ka...?

Tanpa Nama berkata...

kalau nak bagi elaun tu..bagi semua le..tak yah le pilih2..bukan apa..nanti pilih2 sangat..pengundi pun akan pilih2 juga..

fikir2 dan renung2kan...

samad ex-N11 berkata...

kami PT N17 lebih berisiko dari segala PA, sakit badan akibat duduk terlalu lama, terdedah pada radiasi mata dan juga risiko dimarahi boss bila tersilap taip atau fotostet. kami juga berhak menuntut elaun kritikal RM500 sebulan. Pak Omar sila perjuangkan hal ini untuk kesenangan bersama

Tanpa Nama berkata...

aku pon sokong cakap hang samad ex-N11...silap sikit kena marah, kdg2 yg bukan salah kita pon kena jgk,kdg 2 bukan tugas N17 pon kena buat jgk...dahla gaji x seberapa,kalau cerita bab pakaian pon dahla,elaun pakaian pon x dpt siap kena beli sendiri beb dari hujung kepala sampaila hujung kaki,kalau dibandingkan dengan PA gred lain cthnya Pemandu,PAP,Juruteknik ada jugak elaun pakaian tiap2 tahun yang belum tentu "Digunakan", blm lagi dibandingkan dengan PA Beruniform siap ada elaun dobi lagi beb,....Tuan Presiden Cuepacs pikir2la k...Macam mana plak dengan PA Kontrak,boleh ka depa hidup dengan gaji x seberapa 2,status depa nie macam mana,isu PA Kontrak nie nampak macam x ada apa2 kemajuan pon, kecian dkt PA Kontrak nie...ambik kisah cikit Tuan Presiden...

Tanpa Nama berkata...

ANDA DINASIHATAKAN SUPAYA MEMILIH KERJAYA YANG TIADA BERISKO TINGGI.
HAHAHAHAHA..

Tanpa Nama berkata...

elaun nak diberi ke nak ditarik...

Tanpa Nama berkata...

semua penjawat awam ada resiko..
tolong listkan resiko PA mana lebih risk tentera risk ape.. polis risk apa..
bomba risk ape..
hospt risk ape..
bagi saya high risk pada bomba...
bukan nak demand tapi klu korang pergi tgk kerje mesti takut mane ade ade PA Uniform yg buat kerja berkenaan dgn hazard meterial.. tumpahan bahan kimia cthnya.. klu nak dibandingkan dengan anggota Beruniform yg lain.. polis risk degn penyamun.. boleh jangka ape tindakan penyamun tembak atau parang.. tapi klu letupan boleh jangka klu dalam kebakaran besar.. org awam tau bising jer.. klu setakat nak bunyi tapi tak tau tugas bomba baik diam.. klu sape kate kerja bomba mudah soh dia try pergi operasi pemdaman kilang terbakar yang melibatkan bahan kimia.. orang ade ilmu tahu risk berbanding orang bayk bunyi guna lutut..
Pihak Atasan Tu bising Jer Pk lah..
orang wat atas bising pandai la orang bawah yang buat ade diorang pk.. macam

BERILAH PERHATIAN berkata...

AGAK MENGHAIRAN KAN SEJAK AKHIR AKHIR INI ASYIK BADAN BERUNIFORM SAJA YG DIUTAMAKAN SEOLAH OLAH KITA YANG LAIN NI MACAM KURANG BERKEPENTIGAN DENGAN KERAJAAN.PADAHAL KITA JUGA PENJAWAT AWAM KALAU NAK KAJI TENTANG ELAU TU BAUTLAH KAJIAN MENYELURUH BARULAH ADIL...SELEPAS POLIS..BOMBA..TENTERA...ASYIK ASYIK YG TU JE DAPAT PERHATIAN KITA YG LAIN NI LAGI ....

Tanpa Nama berkata...

semua kene kaji dan bg secara adil..bukan tak setuju nak bg..tp bg pd yg benar2 buat keje..sbb bukan semua bomba turun padang kan?bukan semua keje kat tempat risiko..sila jujur dlm buat tuntutan yer..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sangat cadangan pemberian elaun kritikal tu, memandangkan lain-lain jabatan pon ada yang dah dapat, lagi pun bomba bertugas tidak kira keadaan waktu. Berkenaan bertugas waktu pejabat tu adalah seperti tugas tambahan pada pegawai bomba. Tugas operasi perlu di laksanakan dan tugas pejabat jugak kena di buat. Itulah tugas seorang anggota bomba. Semua kerja dari yang ringan hingga kerja-kerja yang mengambil masa behari-hari, perlaksanaannya seperti menyelamat orang sesat, mangsa cedera seperti di highland tower.
Bayangkan tekanan yang terpaksa bomba hadapi,, nak gila agaknya!.
Oleh itu, sangat sesuai dah, kerajaan peruntukkan elaun kritikal untuk bomba, dan eloklah dipercepatkan.

Tanpa Nama berkata...

GAJI TENTERA MESTI LEBIH TINGGI LAA...RISIKO NYAWA BEB...

Tanpa Nama berkata...

salam, kalau xsilap saya la, dlm PKPA da bagitau, Tentera, Polis, Bomba Dan APMM ne xda elaun kerja lebih masa berbanding PA lain. unit2 ne plak keja 24hours, tp elaun lebih masa xde...so, bagus jugak lah mereka dapat imbuhan ne. ada kwn2 saya PA lain keja lebih masa smpai 800-900 mereka dpt elaun lebih masa dalam sebulan..jadi pikir2 la... pastu kaji la tahap pekerjaan unit2 ni...bukan mudah keja mereka. .. kajian da dibuat, statistik pun da ade kuar dalam paper..so pndai2 la nak blajo.

Tanpa Nama berkata...

Kami j17 kenapa tidak di berikan elaun kritikal,sedangkan tukang pun dapat elaun tersebut.kalau di bandingkan j17 dengan tukang adalah kami lebih banyak terdedah kepada risiko, salah satu risiko adalah kami selalu terdedah dengan bekalan kuasa 3phase.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua... setiap jabatan kan ada kesatuan masing-masing, tajuk kat atas tu "BOMBA MOHON KERAJAAN PERTIMBANG ELAUN RISIKO" maknanya kesatuan bomba memainkan peranan untuk memohon elaun risiko tersebut. kalau anda ahli kesatuan, sila usulkan cadangan kepada kesatuan pekerja masing-masing dengan alasan yang kukuh dan munasabah... cuepacs cuma mewakili suara kesatuan pekerja. jadi bertindaklah dengan bijak, jangan hanya bersuara dibelakang.