SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Ogos 2010

PENJAWAT AWAM NEGERI SEMBILAN TURUT DAPAT BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Bernama
31/8/2010




SEREMBAN, 31 Ogos (Bernama) -- Lebih 6,000 penjawat awam kerajaan negeri Negeri
Sembilan juga akan menikmati bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang, kata
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata bantuan itu akan diberi untuk semua penjawat awam kerajaan negeri
dan agensinya termasuk mereka yang berkhidmat secara kontrak.

"Perkara ini akan kita bawa pada mesyuarat exco esok untuk diputuskan dan
diluluskan," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan kemerdekaan ke-53
peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada hari
Selasa.

Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu
kenyataan mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan itu untuk penjawat awam
Gred 1 hingga 54 dan pesara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

contrak for services dari selangor dan negeri lain tidak mendapat bantuan ke?? kami pun bekerja dengan kerajaan jugak..kesian kami..