SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

18 Ogos 2010

RUMAH PRESIDEN KESATUAN PEGAWAI KASTAM DILONTAR CAT

Bernama
18/8/2010




JOHOR BAHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Belum selesai kes keretanya dibakar dipercayai perbuatan khianat pada 1 Jun lepas, Sabtu lalu rumahnya pula dilontar cat merah.Kesal dengan perbuatan tersebut, Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata kejadian terbaru itu berlaku kira-kira pukul 2 petang."Saya tidak berada di rumah ketika kejadian. Saya dimaklumkan oleh anak perempuan saya ada sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang berhenti di hadapan rumah lalu melontar dua bungkus cat merah sebelum beredar," katanya, di sini Rabu.Ibrahim yang juga Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia cawangan Johor berkata selang beberapa minit kemudian, kedua-dua lelaki itu datang semula dan melontar sebungkus lagi cat.Kesemua cat itu mengenai tingkap, pintu masuk hadapan serta jeriji, kata beliau sambil menambah laporan polis dibuat pada hari yang sama."Saya percaya perbuatan khianat ini dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap saya. Mungkin tugas saya sebagai pegawai dan Presiden Kesatuan Kastam mengundang kemarahan pihak tertentu," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.--BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah sebab Jawatan ndak tapi keje tak buat ..hanginlah orang

Tanpa Nama berkata...

dah lama sangat jadi presiden orang pun dah sangat muak, turunlah sendiri, elaun nak, jngan jadi kaki ampu dan union pun tak begitu berfungsi. Pemilihan tarikh tak sesuai, sebab itu menang. Syok sendiri dan kaki bodek presiden pun ramai.

Tanpa Nama berkata...

presiden pun tak tahu malu, kena kes khalwat lepas isteri meninggal, dia sendiri tak terurus diri nak urus satu malaysia,sudahlah...... cerminlah diri sendiri, orang pun dah menyampah. Orng yng naikkn dia, sekrang dia tikam orang dari belakang.

Tanpa Nama berkata...

presiden tak tahu malu kes dia khalwat selepas isteri meninggal. Seluruh orang tau, sebab akhbar laporkan. Cakap berdegar dan biadab bangun keluar dgn konconya dari msyuarat jabatan.