SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Ogos 2010

CUEPACS BIDAS TINDAKAN MURUGIAH MOHON MAAF

Oleh Anwar Hussin dan Ahmad Fayadh Abdul Manap
anwarhussin@bharian.com.my
2010/08/06

Kesatuan gesa Timbalan Menteri mohon maaf

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, memohon maaf kepada empat pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPK) atas tindakannya menghalau mereka keluar daripada bilik mesyuarat. “Ini bukan zaman kolonial untuk seseorang yang berpangkat tinggi bertindak sesuka hati dengan menghalau pegawai kerajaan daripada mesyuarat yang mereka hadiri. Kalau tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, jumpa pegawai berkenaan secara tertutup untuk menyelesaikan masalah itu dan bukan bertindak demikian,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas isu empat pegawai MPK yang diarah keluar dari bilik mesyuarat penyelesaian aduan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri kelmarin oleh Murugiah.

Murugiah bertindak demikian selepas berang apabila pegawai berkenaan tidak dapat memberikan penjelasan munasabah mengapa masalah yang dihadapi penduduk di lima taman perumahan masih tidak dapat diselesaikan, walaupun berlarutan sejak lebih lima tahun lalu.

Omar menggambarkan tindakan Murugiah itu seolah-olah pegawai kerajaan itu statusnya seperti hamba apabila mereka boleh diaibkan di hadapan orang lain serta meminta Timbalan Menteri itu menyelesaikan masalah melalui kebijaksanaan dan bukan bertindak bagi mencari populariti.
Di KANGAR, Yang Dipertua MPK, Rosley Mat menyifatkan tindakan Timbalan Menteri itu bukan saja menghina, malah menjatuhkan maruah serta melemahkan semangat pegawai terbabit.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni mungkin kes terlebih tengok cerita tamil sampai terbawa-bawa kat majlis rasmi

Tanpa Nama berkata...

teringat aku pegawai kerajaan di selangor yg menerima anugerah penyapu oleh khir toyo....., kita tunggu apa nasib murugiah selepas nie....

penjawat awam berkata...

betul2, kepimpinan melalui teladan. kalu dia ada wat salah or penah wat salah ke, agak2 PM ada tak halau dia dari JPM?

Rahman Nanyan berkata...

kalo saya jadi murugiah, saya terajang + C4 kat pegawai lembap tu. itulah masalahnya kalau ambil pegawai bukan ahli umno

Tanpa Nama berkata...

munasabah juga dia halau..5 tahun beb..masalah penduduk tak selesai..itulah kualiti pemimpin BN..dari atas sampai bawah begitulah..dekat2 pilihanraya esok..adalah sikit peningkatan kualiti itu sehinggalah tamat tempoh mengundi..

5 tahun...bukan 5 minggu beb.. atau 5 bulan..padanlah kena halau..

sepatutnya bukan setakat pegawai tu saja..malah MB perlis pun kena juga sebab gagal mengarahkan anak buah buat kerja..

betul tak..pandangan saya...

Tanpa Nama berkata...

kalau semua macam murugiah kan elok..ambil berat soal rakyat..

5 tahun beb...5 tahun...tak boleh selesai masalah...

diulangi..5 tahun beb...

yg gelinya...rakyat di kawasan tu tetap sokong BN..geli..geli...

Tanpa Nama berkata...

omar osman patut marah pada pegawai yg tak buat kerja tu...bukan marah pada menteri murugiah tu..

pemimpin macam murugiahlah yg kita nak..ambil berat soal rakyat..

murugiah bukan jenis makan ampu..bila ada menteri datang..mulalah sediakan makanan enak2..sembang lama2 dan bodek tak henti2..hinggakan menteri kurang masa nak buat spot check...

macam murugiah ni oklah...

omar kena bijak le..jgn bela pegawai lembab..5 tahun beb...2 kali pilihanraya beb...

Tanpa Nama berkata...

PADAN MUKA KAU. ASYEK NAK HULOQ JER.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa respon CUEPAC ni terlalu melulu+dgn menyiarkan perkara ini di blog saya rasa adalah kurang tepat kerana mensyuarat ini diadakan secara tertutup..seeloknya pada hemat saya pihak cuepac mesti juga menggunakan kaedah secara tertutup dlm menegur pihak JPM dlm hal ini..jika dilihat dari apa yg telah dibuat oleh pihak MPK sendiri, pada hemat saya adalah patut ke empat pegawai terbabit dikenakan tindakan sebegitu kerana prestasi kerja yang sangat teruk..dan jika alasan yg dipertua MPK diambil kira..saya lihat yg dipertua cuba bertindak back up kakitangannya saja, bukan mengambil tindakan yang sepatutnya keatas pegawai2 terbabit...

SHaiFuL berkata...

saya secara peribadi bersetuju dgn tindakan senator Murugiah kerana kes ini telah berlarutan selama 5 tahun, bukannya 5 hari.

Lagipun YDP MPK seolah-oleh langsung tidak menghormati kunjungan Menteri dengan menghantar Technical Asst (TA). Apa TA ni boleh jawab dgn menteri. Depa mana ada kuasa. Lain kali hantar la pegawai korporat atau wakilnya (taraf pegawai) yang menjawab atau mengubah dasar MPK itu sendiri.

Saya sebelum ini sudah 10 tahun di Selangor & 1 tahun di Nilai, N9, memang jarang nampak taman2 perumahan yang nampak tidak terurus macam taman2 perumahan di Perlis. Paling biasa adalah jalan masuk ke Taman Perumahan tidak ada & terpaksa lalu ditepi2 atau dibelakang rumah orang, ditambah pula dgn keadaan jalan yang tidak siap & berlubang-lubang.

Ditaman saya menyewa, jadual pungutan sampah tidak menentu. Kadang2 lori datang pungut sampah 2 kali seminggu, kadang sekali seminggu... akhir2 ini pulak, lori sampah tak datang langsung.
Pihak MPK perlu sedar bahawa penduduk di Perlis telah bertambah dgn ramai kalangan penduduknya terdiri daripada para2 inteleks kerana adanya Universiti di situ. Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab kepada pembayar cukai.

Ingat!!! cukai pintu tak pernah turun.. yang pasti ianya akan naik dan akan naik lagi.