SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Ogos 2010

KSM MENGIKUT ARUS PERDANA

Utusan Malaysia
Oleh AZMI ABDUL MALEK
8/8/2010



Salah seorang kakitangan KSM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (tengah) di Putrajaya, baru-baru ini.
PEGAWAI dan kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh menjadi contoh kepada tenaga kerja sektor awam dan swasta yang lain di negara ini. Ini kerana para pegawai dan kakitangan kementerian itu menunjukkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan iaitu sebanyak 7,173 atau 98.4 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 7,291 mencatatkan prestasi cemerlang dengan memperoleh markah 85 peratus ke atas. Daripada jumlah itu, lapan peratus atau 575 daripada mereka layak diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam, berkata, hasil usaha gigih dan ikhlas kakitangan KSM, pada tahun lalu kementerian berkenaan berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan cemerlang. Menurutnya, KSM juga berjaya melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) I dan II untuk mengurangkan kesan krisis kewangan yang dialami negara.
Menurutnya, KSM menerima peruntukan sebanyak RM650 juta bagi melaksanakan pelbagai program di bawah PRE. Antaranya ialah pelaksanaan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place) yang melibatkan seramai 39,035 peserta diberi latihan kemahiran dalam 17 bidang dan sehingga kini seramai 22,714 peserta iaitu 58.2 peratus mendapat pekerjaan baru.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) pula memberikan pinjaman kepada seramai 7,743 peserta yang mengikuti 93 jenis kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di pusat-pusat latihan kemahiran awam dan swasta. Melalui Sistem Latihan Dual Nasional Khas, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) turut berjaya melatih sebanyak 20,687 peserta dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Selain itu, KSM juga melatih 383 peserta dalam pelbagai bidang keusahawanan selain daripada 2,370 ibu tunggal menyertai 99 kursus kemahiran di seluruh negara, manakala 1,039 Orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak menjalani 42 jenis kursus kemahiran asas yang disediakan.
Bagi mengatasi masalah pemberhentian pekerja ekoran kemelesetan ekonomi pula, pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di bawah program Community Employment Support Service (CESS) telah membuka 11 buah pusat JobsMalaysia termasuk menambah baik 99 JobsMalaysia Point.
Dr. Subramaniam berkata, KSM berjaya mengatasi masalah pemberhentian pekerjaan akibat kegawatan ekonomi. Melalui Bilik Gerakan Pemantauan Pemberhentian Pekerjaan yang ditubuhkan, seramai 46,860 pekerja yang diberhentikan telah direkodkan dan daripada jumlah itu, seramai 37,781 adalah pekerja tempatan.
"Usaha gigih pegawai dan kakitangan KSM berjaya menempatkan seramai 22,443 atau 59.4 peratus pekerja melalui program Train and Place dan Penempatan Pusat JobsMalaysia," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sijil APC kakitangan KSM di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha KSM, Datuk R. Segarajah dan beberapa pegawai kanan kakitangan kementerian berkenaan. Kejayaan terbesar KSM dalam bidang kemahiran jelas kelihatan apabila kerajaan bersetuju menggerakkan latihan kemahiran dan vokasional mengikut arus perdana.
Menurutnya, kerajaan mengiktiraf SKM 4 dan 5 setaraf dengan Diploma dan Diploma Lanjutan. KSM kini mengemukakan pula cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya 57 skim perkhidmatan memasukkan syarat kelulusan SKM sebagai kelayakan masuk.
Katanya, kerajaan bersetuju KSM mengambil alihnya daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memikul tanggungjawab mengendalikan Pertandingan Kemahiran Malaysia termasuk menyediakan persiapan negara dalam pertandingan antarabangsa seperti ASEAN Skill Competition dan World Skill Competition.
Manakala Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berjaya mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja sebanyak enam peratus iaitu daripada 5.95 kes per 1,000 pekerja pada 2008 kepada 5.59 kes per 1,000 pekerja pada 2009. Beliau berkata, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) juga mencapai kejayaan pada tahun lalu apabila sejumlah 71 peratus kes Pemulihan Kerja dapat diselesaikan melalui Rundingan Damai.
Jumlah penyelesaian kes pemulihan kerja melalui Rundingan Damai meningkat sebanyak 882 kes iaitu daripada 2,772 kes pada 2008 kepada 3,654 kes pada tahun lalu. Selain itu, bilangan majikan yang mengamalkan Productivity Linked Wages System (PLWS) bertambah sebanyak 1.5 peratus iaitu daripada 71,547 majikan pada 2008 kepada 72,602 pada tahun lalu. Daripada jumlah bilangan pekerja pula, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus iaitu daripada 2.62 juta pekerja pada 2008 kepada 2.78 juta pekerja pada tahun lalu.
Sementara itu, Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) berjaya melatih seramai 19,874 pelatih iaitu melepasi sasaran 18,000 pengambilan pelajar iaitu melebihi 10.4 peratus daripada sasaran asal. Prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari menyaksikan sebanyak 75,855 bil diproses dan sejumlah 68,617 bil atau 90.46 peratus berjaya diproses dalam tempoh tujuh hari; 6,937 bil atau 9.2 peratus diproses dalam tempoh 14 hari dan baki 301 bil bersamaan 0.34 peratus diproses lebih daripada 14 hari.
Dr. Subramaniam berkata, KSM turut mendapat penarafan empat bintang dan berada dalam kelompok lima terbaik daripada 27 kementerian dalam penetapan Star Rating.
"Saya menyeru semua warga KSM melaksanakan projek RMK-9 agar ia dapat diselesaikan dalam tahun ini bagi dimanfaatkan kepada rakyat dan kita ada masa lebih kurang lima bulan lagi untuk menyelesaikannya," katanya.

Penulis ialah Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bercakap mengenai "ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG". Saya rasa ianya lebih baik ditukar nama kepada "ANUGERAH SIAPA YANG BELUM PERNAH DAPAT CEMERLANG". Yang memang menunjukkan prestasi cemerlang x dapat... "SIAPA YANG BELUM PERNAH DAPAT" yang diutamakan. Kalau begini memang x hairan jika kakitangan yang rajin akan menjadi 'demoralised'.

wiratua berkata...

setuju komen di atas

Tanpa Nama berkata...

@ tukar je kepada "Anugerah Kaki Ampu Ataupon Kaki Bodek"...

Tanpa Nama berkata...

satu sistem yg saya anggap gagal le...

yg pandai b...k bos akan cemerlang, yg pandai menari ikut tarian bos akan cemerlang..

yg memberi idea berlawanan dengan bos akan tidak cemerlang..

yg tak geng jugak tidak cemerlang..

yg kena dendam dengan bos juga tidak akan cemerlang..

inilah malaysia...

Tanpa Nama berkata...

APC ni ANGKAT PELIR CERIUT bukannya sistem yg benar2 boleh dipercayai kerana lain manusia yg merancangkan tapi lain manusia yg melaksanakannya yg melaksanakannya boss kebanyakannya tidak bertanggungjawab yg PA berpontesi atau baik buat kerja bagus @ pandai tidak dpt APC hanya yg pandai mengondek boss saja yg dpt APC yg pun dia malas, suka ponteng kerja @ tidak pandai kerja asalkan dpt angkat boss dpt cemerlang