SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

25 Ogos 2010

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bernama
25/8/2010




KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan pada Rabu.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan."Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini pada Rabu.Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan."Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan..terima kasih juga pada cuepacs kerana membawa rintihan pekerja awam ke pihak atasan

Tanpa Nama berkata...

TERIMAH KASIH NANTI BUDGET 2011 HARAP
LAGI RM1000.OO

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Pak Najib...hahaha...macam tu la...bila PA minta bagi jer...tak de la nak keluarkan kata-kata yang tak manis didengar....hidup BN...hidup UMNO....

MULA 1 berkata...

mana yg agak x nak terima 500 tu, sebab dr kerajaan barisan, sedekah je ke rumah anak yatim atau tabung parti anda. kutuk2 juga, tapi x amlu ambil duit org yg dikutuk. aparah. T.kasih atas keprihatinan anda, harap isu bayaran tunai juga dpt diselesikan oleh PM, pengalaman lama PM terhadap PA moga membantu memahami nasib susah senang PA. xkan goyah dek janji yg berpaut didahan rapuh, terima kasih kesemua kepimpinan BN.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan negeri pulau pinang yang memulakan memberi wang bantuan kepada kakitangan kerajaan negeri RM 400...kalau kerajaan negeri pulau pinang tak mulaKan jgn harap PM nak bagi wang bantuan RM500

Tanpa Nama berkata...

Semoga PokJib terus memberi perhatin akan kebajikan PA .. dan jangan lupa yg balance tu.

smn berkata...

Kita percaya Dato Sri Najib prihatin kepada rakyat. Tidak timbul nak ikut kerjaan Pulau Pinang yang nak cari publisiti murah je dengan hanya 3000 kakitangan negeri Pulau Pinang. Tahniah kepada kepimpinan CUEPACS yang berwibawa dan tolerasi dalam perundingan dengan Kerajaan bersikap terbuka bukan emosi. Harap kakitangan awan tetap bersama CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bagi duit raya rm500.. tapi bonus ujung tahun ni jangan buat2 lupa... kami tuntut juga.. semakan gaji pun kami nak juga!!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih terima kasih juge...syukur, syukur juge..tapi kenape ye..hanya hari raye je yg diberi bantuan khas kewangan..kenape tak tahun baru cina ke, hari gawai ke, hari kristmas ke..hari deepavali ke? sama juga perlukan bajet untuk menyambutnya...kata 1 malaysia...itu la yang dihairankan 2...kalau bangsa lain diberi bantuan kewangan yang sama, apakah itu akan menjejaskan Hak Keistimewaan melayu? Maaf kalau kata-kata ini menyakitkan hati...