SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Ogos 2010

KOPERASI KREDIT GULUNG TIKAR JIKA BANK TAWAR POTONGAN GAJI

Bernama
2010/08/19



KUALA LUMPUR: Sebanyak 552 koperasi kredit yang mempunyai 2.7 juta anggota akan gulung tikar jika cadangan perkhidmatan potongan gaji penjawat awam kepada bank dan syarikat kewangan tempatan dilaksana. Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Mohd Ali Baharum, berkata ini kerana langkah itu akan menyebabkan koperasi kredit terpaksa bersaing dengan sektor perbankan yang mampu memberi pinjaman lebih besar berbanding koperasi.

"Pelaksanaan sistem pemotongan gaji oleh bank akan menggugat fungsi koperasi kredit yang telah berjasa kepada anggotanya yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang sebelum itu menyampaikan peralatan persekolahan dan bantuan berbuka puasa kepada Rumah Titian Kasih, berkata ANGKASA akan memastikan cadangan pejabat Akauntan Negara itu tidak akan dilaksanakan. Tahun lalu, Akauntan Negara membuka tawaran perkhidmatan potongan gaji kepada bank dan syarikat kewangan tempatan yang memberi pinjaman kepada penjawat awam sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang sehingga kini dipelopori koperasi kredit, termasuk Bank Rakyat. - BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dikenakan interest kerana lambat membuat bayaran....kepada peminjam Bank Rakyat cuba semak penyata tahunan anda....pasti anda akan dikenakan elok la akauntan negara malaysia buat mcm 2....ANGKASA simpan duit potongan dulu sebelum bayar ke bank....kita kakitangan awam teriniayainterest late payment....kebanyak memang ANGKASA lambat bayar ke bank2......meminjam dengan bank..mengapa perlu ANGKASA terlibat....sekarang ANM cuba membenarkan potongan terus kepada bank...mendapat tentangan daripada ANGKASA....usaha anm ni dah lama...sudah 5-6 tahun tetapi belum terlaksana...kita kena menyokong anm untuk kebaikan kita bersama....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong cadangan ANM tu, ada org sampai 5-6 bulan ANGKASA tak buat potongan dari gaji dan terpaksa peminnjam bayar tunai kat bank rakyat lepas tu baru potongan dibuat, lagipun angkasa dapat komisen atas setiap potongan yg dibuatnya,dan potongan saham ASB- potongan untuk bulan ini akan masuk pada bulan depan dan ada sampai 2 bulan baru masuk ke akaun.

Tanpa Nama berkata...

ANGKASA untung atas angin je.. bahagian kewangan jabatan masing2 pun boleh handle potongan gaji ni..

Tanpa Nama berkata...

Saya memang sangat setuju.Tak payahlah membuat potongan melalui ANGKASA. Mana-man agensi pun boleh makan untung camtu...patut ANM boleh kenakan individu buat potongan melalui gaji..At least kerajaan dapat hasil....betul tak?

2bz4money berkata...

Kita di era globalisasi. Dunia persaingan tanpa sempadan. Yang menawarkan produk pinjaman yang lebih baik kepada peminjam semestinya menjadi pilihan. Peranan yang dimainkan oleh agen orang tengah (kebanyakkan koop) sekadar meraih komisen mudah yang langsung tidak meningkatkan dayasaing mereka tetapi hanya menambahkan beban kewangan kepada pemohon pinjaman (kos komisen tersebut diserap/ditanggung oleh peminjam). Justeru itu, amat wajar ANM membuka potongan terus kepada semua bank dan koop. Pihak Koop harus membuka mata mereka meneroka pelbagai bidang perniagaan yang memberi manafaat kepada ahli.

Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru dapat dari kawan2 insallah bonus sebelum raya RM 1,000

Tanpa Nama berkata...

semua bank sama jer penipu, ckp pinjaman secara islamic tapi bila naj buat full settlement kiraan da macam kiraan bank kafir...haramjadah punya bank kat malaysia nih...pinjam kat kuwait finance houyse gak betul kiraannya

Tanpa Nama berkata...

Patutnya dah lama angkasa tak terlibat dalam hal ni..angkasa tak buat apa pun..cuma jadi orang tengah saja,tolong pegang sekejap duit PA..untung atas angin je..macam berada di angkasa lepas je...terawang-awang...punya la lama depa dok buat kerja tak senonoh ni..daripada rambut dan janggut yang di pertua warna hitam sampai putih la...kekekekekekeee

Tanpa Nama berkata...

mcm tu lah bank bro...mcm2 cara nak buat untung..kita rakyat malaysia lah yg kena tanggung...

kuwait finance oklah...

Tanpa Nama berkata...

bior le...angkasa pun nak memboncitkan perut jugak...

kehkehkehkeh....

Tanpa Nama berkata...

selagi kerajaan kita tak peka bab2 menyusahkan rakyat ni..selagi itulah kita tanggung...

kerajaan kalau isu yg remeh2 dia 'pulun' la..yg menyakitkan rakyat..dia buat2 slow je...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

saya staff kerajaan yang telah berkhidmat 8thn sokong dengan cadangan ANM. Mengapa kita dalam sektor awam bnyk sgt birokrasi. perkara yang mudah jadi susah. Mmg bnyk kebaikannya apbila ptongan pinjaman terus kepd pihak bank. sbg cth apbila telah habis pinjaman dengan pihak bank kita still kena ptg untuk 3 bulan sebelum refund semula. ini kerana ptgan melalui ANGKASA. dan pinjaman dengan pihak bank. ttpi jika terus drpd pihak bank semua proses akan menjadi lebih cepat. ANGKASA kena fikirkan hak staff kerajaan bukan FIKIRKAN KEPENTINGAN SENDIRI!!

Tanpa Nama berkata...

Bilakah agaknya wang pendahuluan hari raya rm1000 nak diumumkan oleh pm,rasa hambar hariraya tahun ni!

Tanpa Nama berkata...

setuju...!!! keluarkan ANGKASA dari mencari keuntungan melalui penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

DAPAT RM1000 SEBELUM RAYA MUNGKIN 25/8/2010 ATAU.......................

Tanpa Nama berkata...

entah2 dlm angkasa ada sape sape orang atas yg ada kepentingan nak kaut untung juga ke...sebab tak pasal2 je kakitangan awam kena potong gaji ikut angkasa...

lama dah wei..angkasa buat kerja ni...untung atas angin...

bayarlah kau orang kakitangan awam untuk 'kesenangan' angkasa...

kehkehkehkeh...