SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Ogos 2010

PERATURAN KERJA SEPARA MASA DIKUATKUASA

Malaysiakini
Ogos 16, 10 2:04pm



Kongsi 0Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh.


Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di Jasin hari ini.

Subramaniam berkata peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara separa masa.

Beliau berkata kerajaan meluluskan peraturan tersebut bagi memudahkan majikan mandapatkan tenaga kerja untuk kerja separa masa di samping menggalakkan majikan mengutamakan pekerja tempatan.

Subramaniam berkata peraturan itu juga bagi mengelak pertikaian antara majikan dan pekerja berhubung kerja separa masa.

Beliau berharap suri rumah terutama mereka yang berkelulusan tinggi akan memanfaatkan langkah itu.

Katanya penjawat awam juga akan mendapat faedah di bawah peraturan baru itu sekiranya mereka ingin melakukan kerja separa masa selepas waktu pejabat.

--Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pak omar.....agak2 boleh dpt ke....kalu dpt syukurrrrr....kalu xde jgn plak kuar isu xde moral plak...hahahahhahahah

Tanpa Nama berkata...

POOORAH !!! rakyat makin terseksa !! menteri beli baju raya luar negara...rakyat beli spender kat bundle !!!! adil ??? tup-tup..bunuh diri !!!masalah keluarga makin meruncing dek kerajaan tak dapat menjaga kebajikan rakyat.. PRU13 DON'T VOTE FOR BN !!!! 1 MILLION GOV LOOKs BN LIKE RUBBISH !!!.WORK LIKE CRAZY GET'S LIKE MONKEY..!!!

Tanpa Nama berkata...

kerajaan cakap macam ini bererti kerajaan tak ada duit betul ke nak naikkan gaji kakitangan awam...

bagi kebenaran buat 2 kerja pada kakitangan awam macam dah confirm pada kita yg kakitangan awam kena kerja kuat le kalau nak gaji taraf negara 'berpendapatan tinggi'.

RM1000 dlm sektor awam..dan RM500 dlm 'sektor separa kerja'.jumlah RM1500 sebulan...

masa bertugas..8.00 pg - 5.00 ptg di sektor awam...

5.00 ptg - 12.00 mlm di sektor 'separa kerja'. ATAU..

5.00 ptg - 3.00 pg di sektor separa kerja...

adoi..letih juga rasanye nak sahut cabaran ini...

anak bini terabaikah...heeee....

hai..macam drama pulak...