SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 Ogos 2010

PENJAWAT AWAM 'CURI TULANG' DIRAKAM

Utusan Malaysia
2/8/2010



PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya.

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini semua keja gila dah tak de idea lagi atau perancangan lain oleh peg atasan yg saya rasa cukop pasif ni, macam manelah nak maju negara ni kalau peg. gred atasan ni mempunyai idea lapok saya rasa munkin punyai pakelulusan dan pangkat aje tp mentaliti yg rendah dan pasif carilah idea2 yg membangun proaktive serta inovatif utk memajukan kerja atau jabatan dan negara, sekarang ni kan semua jabatan dah ada skt, piagam pelanggan dan sebagainya.

sepatutnya memikirkan antaranya berusaha minta JPA upgradekan tangga gaji atau elauan kerana kakitangan awam sekarang ni tertekan dgn tekanan hidup yg semuanya dah meningkat naik ditambah pula anak2 yg masih menuntut, pendek kata sara hidup sekarang semuanya dah meningkat.

Dgn kenaikan gaji atau elaun dpt sekurang2nya membantu penjawat awam berhadapan dgn kos sara hidup yg tinggi serta dapat bekerja lebih produktif serta inovatif bagi mencapai sasaran misi dan visi jabatan dan negara

PTD Cerdik berkata...

pelik. aku tak tertekan pun. ok apa cola mahal, dapat elaun mcm2 lg. org sokongan mmg x tahu bersyukur. dah x mampu naik la bas atau moto kapcai je ni ada hati nak beli kereta. susah lah semua sokongan ni suka takabbur

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik, elaun ko bape, elaun kakitgn sokongan bape.. xleh la ckp cm 2 bro..

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik
tolong buang nama cerdik 2... rasanya xlayak....lau kita tgk setiap jabatan kerajaan kumpulan sokongan yang penggerak...atasan mengarah tapi xturun padang dok atas kuresi malas..hjg bulan dapat gaji PTD bangang..

Anita charles berkata...

Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita

Sulis Susanti berkata...

Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

Davies Ruth berkata...

Adakah anda memerlukan pinjaman? telah bank menafikan anda pinjaman, kami berada di sini untuk membantu anda dari segi kewangan, untuk mendapatkan pinjaman segera anda apa-apa amaun di mana-mana destinasi. kebahagiaan anda adalah keutamaan kami. semua yang anda perlu lakukan sekarang adalah untuk e-mel kami melalui (daviesruthfirm@gmail.com)