SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Ogos 2010

MINDA PENGARANG: PENJAWAT AWAM KENA KERJA KUAT BALAS KEPRIHATIN KERAJAAN

Berita Harian
27/8/2010




KEPUTUSAN kerajaan membayar RM500 sebagai 'duit raya' kepada lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara sebelum 1 Syawal, membuktikan kepemimpinan negara sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat. Langkah itu juga menunjukkan kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Bantuan Khas Kewangan ini yang akan dinikmati pekerja kumpulan sokongan dan pengurusan/profesional pastinya mampu meringankan sedikit beban kewangan mereka berikutan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, gas memasak dan minyak kesan penyelarasan subsidi baru-baru ini. Pengumuman bantuan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, kelmarin membabitkan perbelanjaan berjumlah RM934.6 juta, iaitu masing-masing RM639.6 juta bagi kakitangan awam, manakala RM295 juta dibayar kepada pesara. Kita percaya, pengumuman ini tentunya disambut baik dan memberi sedikit kelegaan kepada kira-kira 1.83 juta penjawat awam dan pesara. Mereka boleh memanfaatkannya secara bijak dan berhemah untuk melengkapkan persiapan menyambut 1 Syawal, manakala kalangan peniaga turut dapat berkongsi nikmat secara tidak langsung apabila sebahagian daripada wang itu dibelanjakan untuk memenuhi keperluan masing-masing. Dalam apa juga keadaan, termasuk menceriakan suasana menjelang Aidilfitri, kerajaan sentiasa prihatin menjaga kebajikan kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan bergaji rendah yang perlu membuat persiapan tambahan, termasuk membeli pakaian anak dan keluarga, membuat kuih-muih serta menyediakan perbelanjaan tambahan lain untuk balik ke kampung. Memperuntukkan RM295 juta kepada pesara juga membuktikan kerajaan tidak pernah lupa kebajikan mereka yang tiada sumber pendapatan kecuali pencen, selain menghargai khidmat dan sumbangan mereka sebelum ini. Pada masa sama, wang itu perlu dibelanjakan secara berhemah dan tidak dibazirkan dengan membeli barang tidak perlu.

Kemampuan memberi bantuan khas ini turut membuktikan kerajaan mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana disokong perkembangan ekonomi negara sehingga 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti diumumkan Bank Negara Malaysia, Rabu lalu. Peningkatan nilai ringgit ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat minggu lalu juga satu manifestasi yang menyokong kekukuhan kewangan negara. Justeru, keputusan membayar Bantuan Khas Kewangan itu turut terselit mesej menangkis tohmahan pembangkang sebelum ini mengenai kedudukan ekonomi negara, sekali gus menunjukkan kewibawaan kepemimpinan negara menguruskan kewangan ketika ini.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
betul tu PA perlu bekerja kuat dan begitu juga Pok Jib perlu juga bekerja keras menjaga hati orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

buktikan lagi dgn bonus 2 bulan ujung tahun ni,,,,ada brani????

Tanpa Nama berkata...

Tk Pak Najib...apakah selama ini PA tak bekerja keras....?..Selama ini kerajaan beri atau tidak bonus...semua PA tetap bekerja keras...Rm500 tu tak banyak mana pun bro....cuba dibahagikan dengan 12 bulan...bahagikan dengan 365 hari...berapa sen je yang kita dapat,sedangkan harga barang naik melambung,kita kena beli dan guna barangan tersebut setiap masa..minyak kena isi setiap kali kereta bergerak...lu pikiaq la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

ingat RM 500 tu banyak sangat ker bro. cukup untuk isi minyak ngan bayar tol jer... jangan la demand banyak sangat. harga barang yang naik berkali2 ganda tu camner. kerajaan ni lemah sangat ker sampai kena tunduk pada peniaga jer

Tanpa Nama berkata...

"Kemampuan memberi bantuan khas ini turut membuktikan kerajaan mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana disokong perkembangan ekonomi negara sehingga 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti diumumkan Bank Negara Malaysia, Rabu lalu. Peningkatan nilai ringgit ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat minggu lalu juga satu manifestasi yang menyokong kekukuhan kewangan negara. Justeru, keputusan membayar Bantuan Khas Kewangan itu turut terselit mesej menangkis tohmahan pembangkang sebelum ini mengenai kedudukan ekonomi negara, sekali gus menunjukkan kewibawaan kepemimpinan negara menguruskan kewangan ketika ini."
-Ayat yg ni kna dibuktikan lagi dgn pemberian bonus 2bulan gaji.... ada brani???

Tanpa Nama berkata...

ha.....dah jangka dah...

Tanpa Nama berkata...

Tuan cuepacs betulkah kami kakitangan awam negeri sabah anak
pungut kerajaan persekutuan.kalau
betul dimana kami kena pungut di
tong sampahkan.

1Malaysia najik berkata...

rega popiah goreng kt bazar iftar pon dh tkbleh beli rm1, dulu sblm minyak asyik naik popiah dpt beli pd hrga rm1/4biji, loni rega popiah pon dh rm2/6biji..pak najib pikir la sndri! dia tkpe la tk mkn kuih2 mcm tuh, rkyat je yg mkn..apa barang pak najik mkn kuih mcm tuh, rkyt bawahan je yg mkn..pas tuh suruh rkyt berjimat ..apa kejadah bhai najik!!

taufu fa dlu satu bekas tu rm1 je, skrg satu bekas tuh rm1.20...apa barang bhai najik!!


sampul pos express dlu yg paling kecik bleh dpt rm2.50, sekarang semua sampul pos express tuh dah naik rm0.50 setiap sampul!! apa bhai najik thu , dia tk rasa sbb dia tk guna servis tuh!! rakyat juga yg merasa beban kenaikan tuh...patut la POS Malaysia kempen supaya hntr kad raya ..dah tuh rega setem bulak dh naik drp rm0.30 kpd rm0.50...apa barang bhai najik!! ??dengar2 citer POS Malaysia dh tkde duit, staff EL pon potong rm1. klu MC rm50 potong duit staff!?

inilah realiti pemerintahan kerajaan najik yg mengutamakan rakyat tuh? rakyat ditibai dulu .

tunggu la nt PRU13 gelombang tsunami + gempa bumi yg paling dahsyat dlm ssejarah malaysia akn belaku nt...tunggu lh wahai pemerintah zalim!

Putera Pilihan berkata...

kamu semua patut bersyukur kerana BN banyak mengeluarkan wang untuk membayar bantuan raya ni. kamu semua suka termakan hasutan pembangkang kononnya harga barang naik padahal menuerut Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal,itu semua fitnah dan mainan pembangkang. beliau turut kesalapabila segelintir kakitangan awam percaya kononnya ada harga barang yang naik.

Tanpa Nama berkata...

org 'BESAR-BESAR'....kita tak tahu brp naik itu ini....senang2 kita tibai PRU 13 ini,apa susah sangat. RM500 tu....kah..kah!!!buat org 'BESAR' RM0.50 je.

Tanpa Nama berkata...

pegawai kontrak dh betahun2 kerja kuat semata2 takut kontrak tak disambung! kerajaan tak perihatin dgn nasib pegawai2 kontrak. kerja mereka semakin bertambah. mereka kerap diugut tak disambung kontrak jika ingkar perintah bos2 yg malas!

Tanpa Nama berkata...

Salam,dulu masa barang murah,masa nak
raya dapat 1/2 bulan atau sebulan gaji,sekarang masa barang mahal dapat lagi sikit,bayangkanlah bagi kami yang bini x bekerja ni dah 3 tahun beraya ala kadar saja,masa pm dulu x cam ni.

Tanpa Nama berkata...

Bawak bersabar la kawan-kawan...kita kan penjawat awam...bersikap neutral la sket..skang ni kita kenala sokong kerajaan kita, sebab skang ni depa yg memerintah..kalo PR nanti,PR la kita sokong..kalo ada bonus kita nanti,insya Allah pas bajet 2011 nanti..xkan gomen nak bagi selambak pulak..nanti korang abes time raya..mintak lagi..ada rezki kita nanti pas bajet..insya Allah..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kalo kawan2 rasa tak cukup dengan bantuan kewangan rm 500 ni buatlah pinjaman dan pandai2lah jimat tak de masalah sebelum ini tahun2 saya buat pinjaman tuk menampung perbelanjaan semasa perayaan buatlah pinjaman ala kadar ke rm 2 ke 5k ok apa... bayaran pun x leh banyak sangat sama juga kalau x menabung he he..

Tanpa Nama berkata...

Hoi...PA semua..apalah kau orang nie...bodoh...bengap..tak tau bersyukur...RM500 tu dah kira ok lah..memang pun tak cukup..belajar lah menabung dan berjimat..beli apa yang patut..jgn guna highway..guna jalan persekutuan...rancang perjalanan...kalau dengan selera gila babi kau orang ni..bagi RM10000 pun tak cukup...

Tanpa Nama berkata...

askum semua..dah diberi 500 tue..belajar lah mengenal erti bersyukur..at least dapat juga beban diringankan..daripada langsung xda...

Rahman Nanyan berkata...

semua PA ni macam x bersyukur bahawa yang beri wang itu bukankah DS Najib dari UMNO-BN? kenapa enggan bersyukur pada beliau pula? sungguh biadap anak muda yang mestinya menyokong pembangkang laknatullah ini

Tanpa Nama berkata...

Saya bersyukor kepada tuhan (Allah yg bersifat pemurah) yg telah memberi rezki berupa bantuan kewangan hari raya sebanyak RM500.00 semuga dgn bantuan ini dpt meringankan sedikit beban tanggungan menjelang hari raya ini.
Saya berikrar tetap bersama Islam didunia dan akhirat " sSesungguhnya Allah lah maha mentadbir dan mengkehendakinya bagi seluruh Allam " takbir "Allahu akbar"

Tanpa Nama berkata...

Saya menyeru semua penjawat awam agar bersyukor hanya kepada Allah yg bersifat pemurah dan pemeberi rezki, "barang siapa bersyukor allah akan tambah nikmatnya, maka cara kita bersyukor kita perlulah patuh lagi dengan apa yg telah diperintah oleh al quraan dan sunnah dan jgn sesekali kita menyeleweng dari jalan yang benar itu, sekiranya kamu pilih jln yg lain yg mengikut hawa nafsu manusia kamu akan tersesat dan termasuk kedalam manusia yg rugi"

Tanpa Nama berkata...

Salam sume.....saye xbersetuju dengan pkataan 'laknatullah' yg saudara Rahman Nayan gunakan.....siapakah kite yang nak mengatakan pihak pembangkang sebegitu....org yg berakal tidak harus meluahkan pkataan spt itu....tentukah Allah melaknat mereka.....kita tidak harus membawa politik ke dalam tugas seharian kita, wasalam.....

Ali berkata...

Ada kata RM500 tu besar, ada kata kecil, ada orang dari kecil sampai sekarang tak pernah rasa susah...senang memanjang.

Tanpa Nama berkata...

kita tetap bersyukur mudah2an duit sebanyak RM500 itu dpt membantu kita dlm menyambut hari raya dan kita harap usaha kita halal dan pemberian itu juga halal, apalah gunanya kita dpt duit yg banyak tapi menipu spt yg berlaku bekas menteri BN itu yg telah dituduh menyeleweng wang berbilion ringgit projek PKFZ, sekiranya tidak mungkin agaknya kita dpt bonus lebih dari itu.

Tanpa Nama berkata...

zaman sekarang rm500 besar mana...kalo 10 thn lepas blh la..cuba pikir yang anak 5-6 0rg tu...lagi kesian...tapi pihak swasta, nah tgk bonus sampai ade yang setahun, bank dapat penyelerasan gaji minimum rm3 ribu leboh...PA????rm500...