SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Ogos 2010

CUEPACS SYOR DUA KAEDAH BAYAR KERJA LEBIH MASA

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
2010/08/20




KUALA LUMPUR: CUEPACS mencadangkan kerajaan membayar 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian untuk kerja lebih masa kepada kira-kira 450,000 kakitangan kumpulan sokongan dua Gred 1 hingga 16 yang memperoleh gaji di bawah RM1,500 sebulan. Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu antara dua syor dikemukakan bagi membayar kerja lebih masa kepada kakitangan termasuk pemandu, pekerja rendah awam, pembantu am pejabat, pekerja bengkel, pekerja teknikal dan pembantu rawatan kesihatan.
Kaedah kedua ialah bayaran tunai diberi secara tertunggak apabila jabatan memperoleh peruntukan kewangan mencukupi. Antara agensi yang diketahui mengamalkan kaedah seperti ini ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi kaedah pertama katanya, pihaknya mencadangkan supaya hanya diberi jika kerja lebih masa dilakukan melebihi 100 jam sebulan. Contohnya jika seorang kakitangan kerja lebih masa 150 jam sebulan, 100 jam dibayar tunai dan bakinya diberi cuti ganti. Ada beberapa jabatan sudah memberi maklum balas dan perhatian kepada cadangan ini tetapi masih belum melaksanakannya. Oleh itu, amat penting ada perbincangan serta penggunaan budi bicara berhubung isu pembayaran kerja lebih masa ini antara kakitangan dan ketua jabatan, termasuk mengambil kira aspek kemampuan peruntukan kewangan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Omar berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati sesetengah kakitangan yang diarah bekerja lebih masa tidak dibayar tunai kerana kekangan peruntukan kewangan sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Perintah Am 11 Bab G, kakitangan boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa dan boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Beliau mengarahkan supaya ketua jabatan memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan kepada pegawainya hanya apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Surat edaran bertarikh 11 Ogos lalu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai keperluan bekerja lebih masa dikeluarkan ketua jabatan kerajaan, sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan terbabit. Selain kumpulan sokongan dua, Omar berkata, kakitangan kumpulan sokongan satu Gred 17 hingga 40 yang berkelulusan diploma, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan gaji bulanan antara RM2,500 hingga RM5,000, turut layak mendapat bayaran tunai untuk kerja lebih masa.

Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan jabatan kerajaan menghadapi kekangan peruntukan, kakitangan awam juga perlu bertolak-ansur jika kaedah pembayaran tunai tertunggak digunakan bagi kerja lebih masa yang mereka lakukan. Dalam soal ini, harus ada pertimbangan dua hala antara ketua jabatan dan kakitangan kerana yang penting ialah perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. Oleh itu, kakitangan awam juga perlu bertimbang rasa dan menunjukkan kematangan kerana ketika peruntukan kewangan bagus, kerajaan tidak ketinggalan memberi ganjaran kepada mereka sebagai galakan, katanya

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah cuepacs nak sibuk2 bagi syor kaedah bayar kerja lebih masa..tak ada juganya..kerja lebih masa sekarang ni pun diarah buat secara paksa rela..lepas itu tak di bayar kerja lebih masa..kerja secara percuma...macam jadi buruh paksa masa zaman jepun dulu. tak ikut kena surat tunjuk sebab kerana ingkar arahan..

Tanpa Nama berkata...

itulah yg sebenarnya berlaku kepada PA, x ikut dikatakan engkar arahan, buat kerja lak x leh nak claim. macamana 2, payah kalu arahannya ikut suka2 makcik dia je, dah duit x ada x payahlah buat ot pada PA, duduk je pejabat. jengok2lah isu bayaran tunai ni, selagi x ada arahan bayaran tunai mesti dilunaskan, selagi tulah PA kena ambil cuti ganti. patut dah x cukup mintlah tambahan......kat sapa?

Tanpa Nama berkata...

cuepacs...mcmana nasib PA yg masih dinafikan pembayaran tunai kerja lebih masa ni...selagi x ada kenyataan yg jelas selagi tulah masih dok kata terletak kepada ketua jabatan dan peruntukan x ada, abis yg labur dlm kempen tu ada lak...ketua jabatan x apalah gaji besar, x bising isu ot...tapi kami kumpulan sokongan? harap isu ni juga dpt kenyataan yg jelas oleh JPA dan kerajaan.