SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Ogos 2010

GURU GESA BERI SEMULA ELAUN PINDAH

Berita Harian
2010/08/23



SAYA ada melayari portal sistem perpindahan guru secara online yang dinamakan eg-Tukar. Alangkah terkejut apabila terlihat di laman web itu maklumat yang menyatakan elaun perpindahan tidak dapat dituntut. Berita ini mendukacitakan warga pendidik terutama yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Mengapakah kemudahan yang sangat diperlukan ini ditarik ketika ekonomi negara berada di kedudukan yang baik?

Bayangkan guru yang sudah lama berkhidmat di Sabah dan Sarawak memerlukan kemudahan kargo untuk membawa pulang semua barang. Bukankah kosnya terlalu tinggi? Manalah kami Perkara ini sangat merisaukan kami sehinggakan takut untuk mohon berpindah ke Semenanjung. Adakah ini helah Kementerian Pelajaran untuk menghalang kami mohon berpindah? Harap kerajaan menimbangkan semula pemberian elaun perpindahan seperti dilaksanakan pada tahun sebelum ini sebagai membuktikan komitmen slogan 1Malaysia. Kami juga menunggu berita baik mengenai bonus yang dituntut oleh CUEPACS.

MUALIM,
Daro, Sarawak.

16 ulasan:

Penjawat Awam Veteran. berkata...

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepada semua Penjawat Awam di Malaysia ini. Di manakah keadilannya, tidak memberi Elaun Perpindahan kepada Penjawat Awam yang ingin berpindah.
Tak perihatin langsung Kerajaan ini.

Sudahlah Bonus dah 2 tahun tak bagi.

cikgu kinabatangan berkata...

antar kami pi sabah kami rela je, tapi bila nak balik kena tanggung sendiri, bila tanya, kita kena sound balik: siapa suruh pindah balik semenanjung???

soalannya, kenapa antar kami ke sini dgn pelbagai janji manis???? kerajaan penipu

cilired berkata...

sebenarnya mudah sahaja jawapannya, dapat kan nama mereka yang sound dan yang membuat dasar sesuka hati apa kata kita postingkan diorang pulak? baru tahu langit itu tinggi atau rendahkan?

kepada yang kuat dengki ni kebanyakkanya tak pernah ke negeri lain pun. tetapi cakap cukup pandai. Kena ingat kalau tak ada penjawat awam yang berbakti di kawasan luar dari negeri asalnya dapatkah kita maju menjadi sebuah negara satu Malaysia? Kerjasama dan kefahaman dari pihak yang membuat dasar dan rakan-rakan penjawat awam sepatutnya bersama dengan istilah, kalau kawan kita dapat kita tumpang gembira kerana kawan kita senang janganlah pulak iri hati sebab tak dapat.. jangan dengki mudah kata.

Tanpa Nama berkata...

GUru je ke x dapat elaun? PA lain dpt tak? Pelik2 kalau camni..tak adil la tu...

Tanpa Nama berkata...

gaji sudah besar serta dpt banyak menikmati elaun kalau pulang ke semenanjung sendiri tanggung tambanglah sapa suruh kamu kerja di sabah dan sarawak org sabah dan sarawak dah cukup

mustaffa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

untuk tanpa nama

kami pun sebenarnya tak hingin nak ke sabah sarawak...tapi dah nak kena berkhidmat so kena pergilah...guru sabah dan sarawak dah cukup...ok kalau dah cukup buat apa simpan guru J-QAF ramai2 lagi di sana...hantarlah diorang balik, kami pun dah muak duduk di sana.bila nak pohon balik macam2 alasan, x beri tulah maknanya guru agama tak cukup di sana.semua mengharap guru semenanjung.

tapa berkata...

untuk tanpa nama

kami pun sebenarnya tak hingin nak ke sabah sarawak...tapi dah nak kena berkhidmat so kena pergilah...guru sabah dan sarawak dah cukup...ok kalau dah cukup buat apa simpan guru J-QAF ramai2 lagi di sana...hantarlah diorang balik, kami pun dah muak duduk di sana.bila nak pohon balik macam2 alasan, x beri tulah maknanya guru agama tak cukup di sana.semua mengharap guru semenanjung.ycl

Cikgu B@drol berkata...

Saya pernah mengalami pengalaman dinafikan elaun pindah ketika bertukar dari Sabah pada tahun 1998. Ketika itu krisis ekonomi juga. Saya telah mengisi borang tuntutan tetapi tiada apa-apa yang diperoleh.Mungkin ramai yang dinafikan hak secara senyap seperti ini.

cikgu geram berkata...

Saya juga kecewa dengan keputusan bahagian kewangan KPM, cuba turun padang dan rasai sendiri nasib guru-guru. Bila ditanya kepada mereka jawapan diberi dengan nada sinis 'simpan duit banyak-banyak cikgu','apa boleh buat kementerian tiada duit'. Masalah KPM tiada duit guru-guru dipaksa ambil tahu tetapi masalah guru KPM buat tidak tahu. Sungguh memalukan apabila keluar sesuatu pekeliling, guru-guru diminta bertugas ikut pekeliling tetapi secara terang-terang KPM sendiri cabul pekeliling.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Pelajaran, turun padang lihat masalah guru, jgn hanya turun padang waktu pilihan raya. Jika kerajaan masih tetap tak bagi elaun pindah, aku pun tak ada hati lagi untuk pangkah kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Motivasi untuk bekerja juga sudah menurun.

cikgu z berkata...

Kenapa la peruntukan utk perpindahan ditarik??Kerajaan sppttnye lebih prihatin dengan masalah guru-guru dari semenanjung yg berkhidmat di sabah dan sarawak. Setelah puas merantau di tempat org, bagi la keistimewaan sikit..dah la dihantar mengajar jauh.Tolong la bagi kami kargo utk perpindahan januari 2011 ni...

TOLONGLAH PRESIDEN CEUPACS..SUARAKAN

Tanpa Nama berkata...

saya pun bersetuju supaya guru2 diberi semula elaun pindah dan perkhidmatan kargo..

Tanpa Nama berkata...

saya pun bersetuju supaya guru2 diberi semula elaun pindah dan perkhidmatan kargo..

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama cakap mcm orang xder otak

Tanpa Nama berkata...

untuk tanpa nama
jangan cakap je pandai, kalau guru dah cukup kat sana nape dibiarkan lagi guru jqaf tu duk lama2 kat sana. x reti nak pk ke diorang tu jugak ada perasaan nak duk bersama isteri/suami diorang. lagi 1 mane pegi warga belia sarawak yang menyerti jqaf?? x ramai kan?? nape x ramai?? nak tau jawapannyer?? sbb belia diorang sebok ngan perkara2 maksiat yang dilaknati allah...