SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Ogos 2010

DUIT RAYA

Berita Harian
2010/08/26




PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 SyawalKUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Kontrak kerajaan pula macam mana?. Bonus tahun lepas pun tak dapat. Kali ni pun mesti di pinggirkan....

BERUK Kebangsaan berkata...

saba la ye, kerja swasta pun byk lagi bukan kerajaan je tempat bergantung. kenapa takut bekerja swasta? sebab di swasta nak malas2 x boleh... nak MC selalu dan keluar minum masa kerja x boleh nnt mempengaruhi gaji dan bonus. tapi keje kerajaan bila2 masa boleh mengular, curi tulang.. gaji tetap naik, bonus tetap dapat

Latip berkata...

cuepacs terlalu seronok dapat 500 sampai banner minta bonus 2 bulan hilang sekelip mata

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan barisan nasional.

tp pegawai kontrak yg dh berkhidmat lebih drpd tiga tahun belum mendapat pembelaan untuk diserap ke jawatan tetap.

kalau dilihat dari segi kerja mereka, tak kan habis sampai bila2malah makin bertambah.

serap kan sahaja mereka yg kontrak dan benar2 layak selepas ditapis.

yg peliknya pengambilan pegawai tetap baru dalam jawatan yg sama masih diteruskan oleh spa dan jpa.

cuepacs sila ambil perhatian dan tindakan lebih dalam perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

keje swasta? aku penah gak keje swasta..sama jek ngan keje gomen pun..malas bt keje ada di mana2...bonus tetap dapat...so tok sah dok perasan la keje swasta tu semua rajin blake....yg keje gomen pun tak semua malas..kalo ada pun maybe 2% jek....bg aku sama je swasta ke gomen ke.....

lagi satu kami yg kontrak nih dah makan tahun.....bila nak tetap???....kami pun ada ati perut dan otak gak mcm org lain...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam yg berstatus sambilan dikire dapat juga kew?

Tanpa Nama berkata...

Banyak sangat ke RM500 tu...sampaikan banner asal pun dah hilang...mudah dan senang je kan nak gula-gulakan PA...yang anak sikit ok la...yang dah cecah gred 41 ke atas lagi la syok..tumpang seronok...bagi yang bawah-bawah nie macamana ye...kesian kan...mudah sangat PA ditipu oleh kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

to beruk kebangsaan,
sapa kata keje dgn kerajaan bila2 masa je nak mengular, curi tulang dsb..,
u tau ka keje dgn kerajaan nie t'paksa korban harta benda sendirik,
contohnya..,
jabatan2 yg tidak mempunyai kenderaan, kami kena guna harta/duit sendiri.. ataupun ada jabatan2 yg ada kenderaan tapi selalu digunakan utk tugas2 rasmi (outstation penghantaran brg misalnya), so kete kami(peribadi-dibeli hasil duit gaji) juga digunakan bagi tugas2 rasmi, duit minyak & maintenance (sendiri tanggung), kami hanya boleh claim elaun BASIKAL ja..( mengikut arahan perkhid.) hahaha..zaman sekarang guna elaun BASIKAL..
fikir2 la wahai beruk swasta