SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

05 Ogos 2010

CUEPACS MINTA JPA SEMAK GRED ANGGOTA BERPAKAIAN SERAGAM

Bernama
5/8/2010





LANGKAWI, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar menyemak semula gred anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen.

Presidennya Omar Osman berkata ini kerana anggota jabatan terbabit tidak boleh disamakan dengan anggota perkhidmatan awam yang lain kerana mereka terdedah dengan keadaan tidak menentu.

"Cuepacs juga meminta JPA mempercepatkan insentif khas kepada anggota bomba yang memandu jentera bomba kerana jentera itu tidak sama seperti kenderaan awam lain dan memerlukan kemahiran pengendalian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Kesatuan Pekerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia di sini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan JPA dan Cuepacs berharap
pembayaran dapat dilakukan segera.

"Kita mencadangkan insentif itu dipertimbangkan sebanyak RM250 kepada lebih 1,000 anggota yang akan ditentukan oleh jabatan terbabit," katanya.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan memberi galakan kepada mereka agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga jentera dan penyelenggaraannya.

Mengulas perkara lain, Omar berkata Cuepacs berharap kerajaan dapat menimbang permintaan agar penjawat awam diberi bonus dua bulan gaji.

Cuepacs juga berharap kerajaan dapat menimbang semula dalam pembentangan bajet tidak lama lagi mengenai beberapa permintaan mereka seperti elaun perumahan, elaun sara hidup dan umur persaraan wajib.

Selain itu Omar berkata pihaknya juga menerima maklumat daripada penjawat awam yang bertugas di negeri-negeri di bawah kerajaan pakatan pembangkang tidak dapat bekerja dengan baik.

Perkara itu katanya, tidak patut berlaku kerana penjawat awam melaksanakan tugas mereka tanpa mengira parti yang mentadbir kerajaan.

-- BERNAMA

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan org politik tp sebagai penjawat awam, sekiranya kali ini tidak dpt bonus 2 bulan atau kenaikan gaji insallah saya dan keluarga pasti akan menukar pilihan kali ini kpd pakatan rakyat

Mudah2an akan ada perubahan suasana ekonomi serta gaji yg lebih baik kpd kakitangan awam yg berada diparas kemiskinan ini,insallah

Saya perhatikan di TV menteri2dan org2 besar berada ditahap mewah disaji majlis2 makan yg terhidang mewah sebaliknya kami penjawat awam terpaksa mengikat perut dgn berhadapan kos sara hidup yg tinggi.

Cadanganbukan hanya kpd pakaian seragam sahaja, tetapi semua kakitangan awam unutk disemak semula gred gaji mereka harap ada penambahbaikan

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan penulis di atas bahawa bukan hanya kepada pakaian seragam sahaja tapi semua pekerja awam..semua orang gaji rendah beb...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun setuju...semua PA ada risiko...pak presiden jangan jadi bodoh dan pendek akal...kami juga PA...berapa banyak lagi elaun nak diberikan kepada PA beruniform..apakah PA lain tak buat kerja..?..Lu pikiaq la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Jgn ingat semua PA beruniform pangkah BN dalam pilihan raya...sebenarnya depa lah yang paling banyak membangkang...

Tanpa Nama berkata...

Betui...betui..betui...jangan lah nak membodek dengan cara menyogok elaun yang bukan2...sikit hari nanti elaun nak "terberak" pun akan diwujudkan...ya la..sedang buat kerja tiba2 nak terberak...emergency tu bro...

Tanpa Nama berkata...

pada akulah..semua PA patut di semak gajinya...tapi upgredkan dulu kelulusan...tapi aku kesian tengok technician yang berkelulusan sijil kejuruteraan setaraf STPM tapi di letak dalam gred 17...padahal gaji diorang lagi tinggi dari pemegang STPM pada mula2 msk keja...sekarang dah hampir 80% tech dah ada diploma..mana keadilan JPA..kelulusan mesti setaraf kelayakan..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Ulasan Khamis, Ogos 05, 2010 9:30:00 PM

Sokong 100%.Nama ja pegawai gred 17 tapi kehidupan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Kitorang keja kuat,pegawai atasan senang2 dapat nama.Nak top up hp RM3 pun berfikir 100x.Gaji pokok paras kemiskinan.Keluar ke pasar 3 4 kali beli barang dapur,dah habis RM800.Apa cite?Baik undi pembangkang.Semak semula gaji sama rata lo oi..

Tanpa Nama berkata...

technician ad diploma saje ke patut naik?

kerani yg ada diploma atau ijazah pulak macam mana? jangan buat lupa..

bagi je elaun khas pada para PA yg tak naik pangkat tapi ada kelulusan..

yg tak naik pangkat ni bukan bodoh sangat dlm temuduga..tapi yg sebenarnya tak ada kabel...itu je..

heeeeeeeeeeeeeeeee...

Tanpa Nama berkata...

CUEPAC,

saya mahu cuepac semak gaji dan pangkat PA yg ada kelulusan akademik Diploma/STPM/Ijazah dah berpuluh tahun berkhidmat dgn kerajaan masih juga tidak dinaikkan pangkat dan gaji masih di Gred 17/22. sekurang-kurangnya PA ini diberi salah satu dpdnya naik gaji ikut gred 27 DIP./STPM dan Ijzah Gred 41 atau d naikn pangkat ikut kelulusan mereka bagi mengingati sumbangan mereka kpd kerajaan dan rakyat khasnya.

jangan mengutamakn sebilangan jabatan saja

sambutlah slogn saya rakyat di dahulukan kebajikan kakitangan PA pun diutamakan barulah pecapaian menjadi kenyataan kearah kerja yg berkualiti terlaksanalah impian negara berstatus berpendapatan tinggi

1 malaysia rakyat berpendapatan tinggi gaji dan pangkat PA dinaikan

Tanpa Nama berkata...

Hai tak kan badan uniform aja beri sumbangan kepada kemajuan negara apahal dgn pegawai teknikal lain, mereka yg merancang mereka infratruktur negara hingga negara maju dan dapat menarik pelaburan, sepatutnya pegwai2 teknikal ni perlu diupgradekan keparas palig rendah taraf diploma, begitu jugalah kepada pegawai kerajaan lain yg berada disemua skim pentadbiran agar ada pertimbangan yg baik kearah ekonomi baru ini supaya peningkatan ini akan meningkatkan lagi komitment pegawai awam

Tanpa Nama berkata...

Yang Juruteknik tu pun dah ambik masa bertahun-tahun semak tak berubah-ubah juga jadi tunggu ajaelah time dah dekat pencen nanti ......

Tanpa Nama berkata...

komen dah banyak dah tak leh pakai langsung