SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Ogos 2010

TIDAK PERLU SKUAD PANTAU 'CURI TULANG' - KSN

Utusan Malaysia
3 Ogos 2010



KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Kerajaan tidak perlu menubuhkan skuad bagi mengawasi para penjawat awam yang 'curi tulang' ketika waktu bertugas, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, apa yang penting adalah sikap, kesedaran serta tanggungjawab penjawat awam itu sendiri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

"Sepatutnya kita tak perlu ada apa-apa skuad. Apa yang penting adalah (sikap) sumber tenaga manusia seperti saudara-saudari (wartawan) juga. Kalau (ditugaskan) datang ke sini tetapi 'curi tulang.'

"Tak datang atau pergi tempat lain, tak temu bual menteri. Itu bukan soal syarikat kena tubuh skuad (tetapi) ia atas diri sendiri untuk pastikan yang kita laksanakan apa yang patut atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ke tapak projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II di Bukit Payong, Marang hari ini.

Mohd. Sidek diminta mengulas laporan akhbar semalam bahawa penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat beli-belah pada waktu pejabat akan dipantau anggota skuad.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pegawai2 atasan diminta turun ke bawah. tengok2 jugak pegawai bawahan tuu. tp kalau nk datang jangan mintak sambutan protokol tinggi meriah mcm perdana menteri. datang cek secara on-spot, baru nampak kerja sebenar "mereka" yg suka curi tulang terutama GURU-GURU DI MALAYSIA...

Rakyat Biasa. berkata...

Tak payahlah sebuk hal tu, jagalah kebajikan kami Penjawat Awam yang bergaji rendah ni..........

Bagilah Bonus Raya sebelum Hari Raya yang akan mendatang ini.

Sudahlah tahun lepas habuk pun tak bagi.

Kepada Presiden Cuepacs : Mengadaplah lagi Pak Najib tu........lembutkan hatinya supaya kami Penjawat Awam dapat Bonus Raya Tahun ini.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama:
Bukan guru saja yg suka curi tulang, semua manusia sama. Kejaraan ke swata ke, ada je manusia yg tak b't/jawab...ia masalah individu bukan organisasi...ntah2 anda pun pernah curi tulang, cuma serius atau tidak??

Tanpa Nama berkata...

KITA MAHU BONUS TAHUN NI ..BUKAN SUROH TUBUHKAN SKUAD PANTAU CURI TULANG. CUBA JANGAN ALIHKAN PERHATIAN. ADA PAHAMKAH!!!

Tanpa Nama berkata...

ini semua keja gila dah tak de idea perancangan lain oleh peg atasan pasif ni, macam manelah nak maju negara ni kalaupeg. gred atasan ni mempunyai idea lapok carilah idea2 yg inovatif utk memajukan kerja atau jabatan dan negara, sekarang ni kan semua jabatan dah ada skt, piagam pelanggan dan sebagainya, sepatutnya berusaha minta JPA upgradekan tangga gaji atau elauan kerana kakitangan awam sekarang ni tertekan dgn tekanan hidup harga barangan perkhidmatan meningkat ditambah anak2 yg masih menuntut, pendek kata sara hidup sekarang dah meningkat.
Dgn kenaikan gaji atau elaun dpt membantu penjawat awam kos sara hidup serta dapat bekerja lebih produktif serta inovatif bagi mencapai sasaran misi dan visi jabatan dan negara

Tanpa Nama berkata...

lepas naik gaji dan imbuhan, guru2 diberi kebenaran untuk berpolitik. akyik2 guru, sikit2 guru.. penjawat awam lain takde ker?????? isu penjawat awam kontrak tak setel lg. alih2 guru pulak yg diberi pembelaan.. guru2 pulak jgn nk mengada2!

Tanpa Nama berkata...

makin besar jaw. makin besar lah juga tulang yg dicuri ha...... fikir dan faham lah sendiri he....... orang jaw. kecil takut dan tak mampu nak curi tulang besar...

Rahman Nanyan berkata...

baguslah atas tindaka mewajarkan guru bepolitik, pastinya ini amat baik untuk kemajuan dan memperkasakan umno nanti. harap lepas ni beri insentif khas pada bajet 2011 untuk guru supaya menyertai umno.

untuk skuad curi tulang pun kami sokong, kerana penyokong pembangkang memang suka menipu semasa bertugas, membazirkan wang yang umno peruntukan untk gaji mereka.

saya juga mnegambil kesempatan di tengah malam ini supaya ahli umno dari kakitangan sokongan disingkatkan time based n17 ke n22 hanya 6 tahun sahaja, sebagai penghargaan untuk ahli parti

Tanpa Nama berkata...

orang besar2 termasuk menteri2/jawatan atasan curi daging sedap2 apa salahnya PA sokongan curi tulang. Tulang tu bukanya berharga sangat berbanding dgn daging.

Kalau tidak mahu PA curi tulang suruhlah makan daging naikkan pangkat dan gaji, elaun baru dapat kerja baik serta dapat sokong BN, undi pun tidak lari kepada pembangkang hati sudah senang dapat beri anak bini makan.

Kalau selagi rasa tidak puas hati PA masih tidak diubat selagi itulah kami sokong PR

Kita ini semuanya digaji oleh rakyat tengoklah org. bawahan bantulahlah yg. perlukan bantuan jangan pandang org atas saja.

Tanpa Nama berkata...

Buat Rahman Nanyan kalau awak nak cam tu awak kena kerja dgn UMNO dan gunakan duit parti UMNO bukan kerja dgn kerajaan.

Awak mesti faham prosesional kerajaan lain parti tu lain ada kuasa eksutif YDPertuan Agung tungaknya Perlembagaan,Undang2 demokrasi berparlimen, jabatan2 k'jaan, rakyat warganegara, hasil negara yg dikutip tak kira dari syarikat mana2 atau individu2 pembayar cukai yg dibayar adalah hasil negara itulah untuk membayar gaji kepada kakitangan kerajaan,

parti boleh kita tukar2kan kalau tak cekap dan tidak berintegiriti dgn saluran demokrasi spt di Amerika parti demkrat dan republican
Kalau awak hendak faham lagi pergi kekursus BTN dan fahamkan betul2

Sebagai kakitangan kerajaan kita mesti patuh kepada dasar kerajaan kita perlu bersikap profesional dlm menjalankan tugas kepada pelanggan kita iaitu rakyat umum dalam sistem penyampaian yang berkualiti serta adil kepada semua rakyat tak kira apa pahaman politik mereka, kerana itu hak mereka sebagai warga negara spt termaktub dlm perlembagaan.

Begitu juga kita sebagai kakitangan kerajaan kita berhak untuk memberi sokongan atau menyertai mana2 organisasi yang sah atau kpd mana-mana parti politik yg sah didaftarkan dalam negara kita.

Untuk kenaikan gaji semua kakitangan kerajaan yg berkhidmat adalah berhak kerana mereka di iktiraf sebagai kakitangan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

benartu sebagai kakitangan kerajaan kita perlu bersikap profesional, dan diingatkan juga kepada ahli2 UMNO yg berkerja kerajaan jgn salah gunakan kuasa dalam menjalankan tugas khasnya suka curi masa apabila menjalankan kegiatan parti, begitu juga guru2 tu ambil kesempatan tak mengajar bila ada perhimpunan parti mohon cuti tanpa rekod tu salah, kerja kerajaan lain kerja parti lain yg bayar gaji kita kerajaan bukan parti UMNO ini semua kena paham

Tanpa Nama berkata...

SABAN HARI, SABAN TAHUN , PEMIMPIN BERTUKAR GANTI ,KENAPA RAKYAT YANG SUSAH DISUSAHKAN LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan kamu tahukah org UMNO yg bayar gaji PA bukan rakyat. Rakyat yg bayar cukai bukan UMNO saja jangan tindas rakyat lain yg bukan UMNO. kalau mahu berpolitik masuk saja dlm politik jangan kerja dgn kerajaan

PA tu rakyat juga mereka terdiri dpd pelbagai parti termasuk 1 malaysia ini bukan dari satu parti

Kalaulah PA ini di masukkan dalam politik macam ni hancurlah malaysia yg pelbagai kaum

Merdekalah sabah dan sarawak nanti dari malaysia sebab terdiri dpd pelbagai kaum dan parti membentuk satu pemerintahan masuk BN

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan org politik tp sebagai penjawat awam, sekiranya kali ini tidak dpt bonus 2 bulan atau kenaikan gaji insallah saya dan keluarga pasti akan menukar pilihan kali ini kpd pakatan rakyat

Mudah2an akan ada perubahan suasana ekonomi serta gaji yg lebih baik kpd kakitangan awam yg berada diparas kemiskinan ini,insallah

Saya perhatikan di TV menteri2dan org2 besar berada ditahap mewah disaji majlis2 makan yg terhidang mewah sebaliknya kami penjawat awam terpaksa mengikat perut dgn berhadapan kos sara hidup yg tinggi.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama jangan cakap pura2 saja mahu tukar kepada pakatan rakyat tapi masa P/Raya nanti kamu yg sokong BN

saya org k2 sokong kamu harap pakatan rakyat dapat ubah gaji, bonus dan elaun PA kalau dpt menang.

kalau kita tidak sokong pakatan rakyat mereka tidak sedar sebab mereka sentiasa duduk selesa

Tanpa Nama berkata...

buat skuad curi tulang bazir wang kerajaan utk bayar gaji mereka. PA tu ada ketua apa arahkan ketua pantau pegawai bwhnnya sudah cukup tu buat apa mahu buat kerja tak bfaedah ni.

PA curi tulang tu tak bazir wang kerajaan kalau sekali sekala mereka buat utk hilangkan stress dpd duduk kat pejabat bjam2 bagus lagi duduk di kedai kopikah, shoppingkan dsb..

Yg. kita titik beratkan pembaziran wang kerjaan dgn kerja yg tidak menguntungkan rakyat jelata seperti sambut ketua jabatan kalah mahu sambut menteri dgn berbagai acara, makan mesti semua wajib di restoran besar2 pula harga mahal macam mana mahu bayar kalau gaji kecil, persembahan mesti terbaik punya tambah lagi mesti ada bagi buah tangan yg bermutu, bawa shopping pula siapa mahu cakap ini macam. kerja org besar ni tidak ada siapa yg tahu

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs

cakaplah dgn PM bagi kami bonus dan naikkan gaji PA. Kalau PM tidak naikan gaji PA kamu cakap saya akan jual 1.2 juta PA ini kepada pihak pakatan rakyat nanti

kalau ada bonus dan naik gaji

Hidup rakyat 1 Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kalau tak perlu pantau... kiter hapus kan terus unit tatatertib.. amacam? setuju?

PA, sudah2 la naik gajinyer... kebanyakkan PA bukan bijak pun buat kerja... kadang2 PAR lagik bijak dari kebanyakkan PA...

Tanpa Nama berkata...

23hb september ada bonus RM250.00
NANTI AKHIR TAHUN PUN ADA RM200.00
CUKUPLAH.... sokong bn

Tanpa Nama berkata...

kita di malaysia ni cukup popular dengan perkataan 'pantau' sikit2 nak pantau..yg nak dipantau pula 'ikan bilis' je la selalunya...

yg buat hal dengan harta negara berbillon ringgt mcm PKFZ, Perwaja, dan ribuan lagi..buat2 senyap je...sesekali je 'kena usik'.

ikhlas saya cakap..payah negara kita nak maju kalau buat stail begini...carilah kaedah lain..

kalau tak ada idea sangat...tiru saja idea luar negara yg maju seperti switzerland, sweden, netherland, denmark, singapura, taiwan, hongkong, peranchis dan sebagainya bawa balik dan praktik kat negara kita...

baik segi ekonomi ke, politik ke, apa ke...selagi tak menyalahi agama islam...

bukan cipta ribuan slogan yg entah apa2 dan lagu patriotik yg bermusim itu..

kita kena ubah gaya dan stail..mesti jujur..amanah..dan paling penting..jangan hanya nak jaga kerusi 'kita' daripada kalah pada 'pembangkang' sahaja..

rakyat semakin cerdik..rakyat pun sudah terpelajar..kalau mak bapak tak sekolah..anak2 mereka 'tukang' bagi info dan penerangan pada mereka..

jadi jangan perleceh rakyat..

tindakan jangan menampakkkan seolah2 'kita' memperbodohkan rakyat..rakyat naik geli...sebab nak ketawa dah 'tak larat' nak ketawa dah..

'kita' bimbang dlm pilihanraya..mereka selamba saja tukar pada PR..(Pakatan rakyat).

jadi saya berpesan dan memberi nasihat agar paa pemimpin 'kita' kena benar2 tunjuk cerdik dan berkualiti...

terma kasih.

Tanpa Nama berkata...

Benar tu kalau kita lihat negara kita ni sampai nak bg kakitangan awam naik gaji tak dpt pasal banyak wang negara dan terseleweng dgn PKFZ,Perwaja, serta pembazira2an wang negara bg projek kat kroni2

Kita semua sekarang dah celik jgn ingat kita mudah diperbodohkan, slogan itu ini integeriti hanya kpd penjawat awam saja ke?, ini yg dikatakan harap pagar pagar makan padi, penjawat awam terhimpit dgn kesan ekonomi yg tak menentu ini, siapa yg nak bela

Tanpa Nama berkata...

Heheheh...aku rasa kerajaan BN dah hilang akal..apa dia ingat dengan benarkan guru berpolitik,semua guru akan sokong BN ka..?..pooorrraaahhhhh ccciiiitttt...!!!!..INGAT NIE....99.9999 peratus guru adalah penyokong kuat BA...comfirm 2012 BN tumbang...hahahahahahaaa

Rahman Nanyan berkata...

saya yakin guru akan kekal menyokong Umno untuk selamanya, maka kerajaan wajar sekali benarkan guru berpolitik. tetapi harus keluarkan juga pekeliling bahawa jika menyertai pembangkang, seseorang guru itu secara automatik menjadi pengkhianat bangsa, dn wajar meletakkan jawatannya untuk diisi oleh ramai lagi penyokong setia kerajaan BN yang masih menganggur

Tanpa Nama berkata...

Buat Rahman Nayan kerajaan Malaysia ni bukan hanya buat UMNO, UMNO ni sebuah parti konservatif mudah dpt sokongan orang2 yang tak celik politik terutama org2 kampung yang lemah pengatahuan serta terhalang dgn kebenaran yg teah diekploitasi oleh media2 utama kerajaan oleh kerana bersifat bersifat konservatif inilah menyebabkan negara kita kini jauh merosot FDInya berbanding negara asean yg lain

Sebenarnya negara kita kaya dgn hasil mashul negara dgn pentadbiran kakitangan awam yg cekap dan berinovatif tapi
disebabkan pentadbiran yang tak telus byk penyelewengan sana sini, salah guna kuasa, sistem kehakiman yang diragui,mementingkan kroni serta adik beradik, sebab tulah pelabur asing hilang kepercayaan utk melabur dlm negara kita ni,

sayugia dingatkan kezaliman2 yg telah dilakukan puak UMNO ini menyebabkan rakyat kini bertambah menjauhkan diri dari UMNO termasuk diri saya dahulu org kuat di peringkat cawanagan dan bahgian, rasa kinsafan ini krana didalam alquraan mengingatkan kita jgn condong kearah kezaliman nescaya kamu akan di sentuh oleh api neraka, waullah hu alam

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan sebenarnya tak sedar diri.... Kerajaan bukan parti politik.... Tak kira siapa memerintah, PA perlu laksanakan tugas... kalau nak berpolitik... berhenti aje keje... jgn menyusahkan orang... biarlah org politik dengan politiknya...

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK BAINDINGKAN DENGAN NEGARA JIRAN POLITIK MALAYSIA LAH YANG PALING BINGAI..

Tanpa Nama berkata...

SEBIJIK AYAT-AYAT OMAR OSMAN ...

Tanpa Nama berkata...
kita di malaysia ni cukup popular dengan perkataan 'pantau' sikit2 nak pantau..yg nak dipantau pula 'ikan bilis' je la selalunya...

yg buat hal dengan harta negara berbillon ringgt mcm PKFZ, Perwaja, dan ribuan lagi..buat2 senyap je...sesekali je 'kena usik'.

ikhlas saya cakap..payah negara kita nak maju kalau buat stail begini...carilah kaedah lain..

kalau tak ada idea sangat...tiru saja idea luar negara yg maju seperti switzerland, sweden, netherland, denmark, singapura, taiwan, hongkong, peranchis dan sebagainya bawa balik dan praktik kat negara kita...

baik segi ekonomi ke, politik ke, apa ke...selagi tak menyalahi agama islam...

bukan cipta ribuan slogan yg entah apa2 dan lagu patriotik yg bermusim itu..

kita kena ubah gaya dan stail..mesti jujur..amanah..dan paling penting..jangan hanya nak jaga kerusi 'kita' daripada kalah pada 'pembangkang' sahaja..

rakyat semakin cerdik..rakyat pun sudah terpelajar..kalau mak bapak tak sekolah..anak2 mereka 'tukang' bagi info dan penerangan pada mereka..

jadi jangan perleceh rakyat..

tindakan jangan menampakkkan seolah2 'kita' memperbodohkan rakyat..rakyat naik geli...sebab nak ketawa dah 'tak larat' nak ketawa dah..

'kita' bimbang dlm pilihanraya..mereka selamba saja tukar pada PR..(Pakatan rakyat).

jadi saya berpesan dan memberi nasihat agar paa pemimpin 'kita' kena benar2 tunjuk cerdik dan berkualiti...

terma kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua minda klas ke 33 macam manelah boleh jadi peg macam ni, tulah dasar pelajaran byk tertumpu cara menghafal sebab tu yang bejaya tu lahir kalangan pegawai minda klas 33 ni dapat elaun kraian tinggi duk seminar-seminar sana sini kat pusat-pusat perangin hotel mewah, lepas tu klim sana sini, bengkel2 lepas tu beri idea lapuk hu hu malulah jd pegawai cam ni, macam manelah negara nak maju ni dan bersaing dgn negara maju sebab tulah kakitangan kerajaan tak dpt naik gaji sebab tak berinovatif dalam kerjaya disebabkan lahir dari pegawai atasan yg pasif, nampak aja begaya poorah, sebabtulah pelabur tak yakin nak melabur dgn malaysia,tp minta maaf kalau ada peg2 yg benar2 berjaya dlm kerjaya yg benar2 beri sumbangan kepada negara.apa yg saya katakan ditujukan kpd siapa makan cili dia terasa pedasnya

Tanpa Nama berkata...

cuba bayangkan jika kerajaan bertukar tangan..adakah anda penjawat awam yg menyokong BN akan meletakkan jawatan kerana xsggupn mnyokong kerajaan baru? so, jgn nak ckp kalau guru myokong pembangkangdianggap pengkhianatdan wajar ditamatkan perkhidmatan.....penjawat awam bkerja tnpa mengira pihak kerajaan mana yang berkuasa.....

& lagi...kenapa perlu cemburu dengan guru yang dibenarkan berpolitik>? sbb sume ni mainan politik semata2 kerana guru merupakan agen yang dipercayai dan batu loncatan bg politik utk mendapatkanskongan awam.....