SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Jun 2012

16,000 PETUGAS KEMAS BERUSIA 58 TAHUN DISAMBUNG KONTRAK


Berita Harian
1/6/2012

KUALA LIPIS: Seramai 16,000 pegawai dan petugas kontrak KEMAS berusia 58 tahun, disambung perkhidmatan mereka untuk dua tahun lagi, berkuatkuasa serta merta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan kontrak itu melalui surat yang dihantar kepada kementerian dua hari lalu. Katanya, KKLW membuat permohonan kepada JPA dua bulan lalu dan ia meluluskannya berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM).
"Mereka yang disambung perkhidmatannya adalah dalam kalangan yang lama berkhidmat dengan Kemas dan mempunyai pengalaman dalam memajukan anak bangsa, masyarakat dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

"Penyambungan kontrak kakitangan terbabit adalah wajar dan bukan dibuat kerana politik atau pilihan raya seperti dakwaan pembangkang," katannya kepada pemberita selepas majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Lipis di sini hari ini.

Shafie berkata, KEMAS memainkan peranan penting bukan sahaja mendidik anak-anak di bawah umur, malah ia secara tidak langsung membantu kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar guru dan petugas Kelas Taman Bimbingan Kanak Kanak (Tabika) Kemas berkelulusan tingkatan 5 dan 6, tetapi kerajaan berusaha meningkatkan tahap pendidikan.
Hingga kini, katanya, terdapat 3,000 petugas dan guru KEMAS berkelulusan Diploma dan mereka digalakkan meningkatkan kelulusan itu untuk jaminan masa depan apabila berhenti berkhidmat dengan Kemas.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa kerajaan memperuntuk RM18 juta bagi sumbangan dan mengenang jasa khidmat bakti kira-kira 6,000 bekas petugas Kemas di seluruh negara.

Pada majlis itu, Shafie turut meluluskan peruntukan hampir RM1 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Kampung Gahai, menaik taraf jalan luar bandar Kampung Rabak ke Kampung Bertang, dewan orang ramai Kampung Bukit Kota, 10 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin dan jambatan di Kampung Tengka Jeram ke Beletik. - BERNAMA

Tiada ulasan: