SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Jun 2012

DR ALI SEDIA DENGAR KELUHAN PENJAWAT AWAM

Bernama
21/6/2012


KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata beliau bersedia mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh penjawat awam serta akan cuba membantu menyelesaikannya. Beliau berkata langkah itu merupakan antara inisiatif yang akan diambil ketika turun padang dan pertemuan yang diadakan dengan pelbagai pihak daripada semua peringkat kelak.

"Saya akan berhubung dengan semua peringkat, daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi dan ia akan menjadi proses berterusan selain berhubung dengan Cuepacs, wakil pekerja dan lain-lain."Objektif kita ialah bagi meningkatkan mekanisme penyampaian dari semasa ke semasa dan memastikan rakyat mendapat manfaat daripada program dan dasar kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan surat cara pelantikan dan nota serah tugas Ketua Setiausaha Negara yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen.Selasa lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Dr Ali yang merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa, Ahad ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada Sabtu.Dr Ali berkata pertemuan dengan pihak media, industri dan badan bukan kerajaan akan turut diadakan bagi memastikan pandangan daripada pihak yang berkepentingan diperoleh bagi membantu pihaknya merancang dan melaksanakan usaha-usaha awal ke arah transformasi perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berharap sangat jawatan kontrak akan diserap tetap

sengsara cuti berkata...

kembalikan semula jumlah cuti seperti sebelum 2009.cuti 20 hari tak cukup....susah oooo

Tanpa Nama berkata...

Selamat bertugas Dr. Ali.

saya PA, thn depan 2013, cukup 30 thn services.

Memoir hampir 30 thn perkhidmatan :
1. tak pernah merasai gaji menegak/melintang (SSB).
2. tak pernah merasai Anjakan gaji (SSM).
3. tak pernah merasai APC.
4. Markah LPPT mulai tahun 2005 - 2012 (92.7 - 98.0)
5. Bos/Ketua jbtn tempat saya kerja dulu/kini- spesis suka di ampu dan lemah dgn pujuk rayu wanita !
6. tak pernah di naik pangkat (kumpulan sokongan).
7. Berijazah semasa berkhidmat.
8. Sarjana.
9. masih di kumpulan sokongan.
10. cadang pencen option tahun dpn.
11. KSN, inilah suara rakyat marhaen PA.

Tanpa Nama berkata...

kami 1.4 juta PA menyokong penuh kenyataan di atas, kami tak heran semua tue, tunggu PRU-13, taulah nasib kau orang nanti, dengan Dr ali sekali hanyut ke parit..ha..!!ha..!!PR ke putrajaya.. ooii..cepatlah PRU-13 nie, tak sabar beb..!!

Tanpa Nama berkata...

dr ali dengar saja tapi tak bertindak dan kajikajikajikaji.....

Tanpa Nama berkata...

Dr Ali..kaji semula Gred Juruteknik J17 untuk di naikkan ke Gred J27-J36 sepertimana dalan SBPA yang di mansuhkan.Semak semula Pekeliling Bil 4 tahun 2002 untuk kenaikan Gred berdasarkan kepada kelulusan Sijil Politeknik setaraf STPM.

kakitangan sokongan BERIJAZAH berkata...

saya PA, thn depan 2013, cukup 30 thn services.

Memoir hampir 30 thn perkhidmatan :
.....
6. tak pernah di naik pangkat (kumpulan sokongan).
7. Berijazah semasa berkhidmat.
8. Sarjana.
9. masih di kumpulan sokongan.
.....


inilah masalahnya SPA/JPA berfikiran 20-30 tahun terkebelakang. masih lagi menggunakan sistem pelantikan/penjawatan yang lapuk & ortodoks. diharap dengan wujudnya SKMTPA, transformasi dapat dilakukan supaya kakitangan sokongan yang mempunyai kelulusan sarjana muda/sarjana(master) dapat diserap terus tanpa perlu melalui liku-liku yang hanya layak dilalui oleh fresh graduate yang tiada pengalaman dalam perkhidmatan sahaja. tengok secara rambang memang ramai kakitangan sokongan berijazah/master ni. cuma tak pernah dipandang oleh pihak berkuasa melantik. sayang sungguh.

Tanpa Nama berkata...

minta RM/km - tuntutan perbatuan dikaji..sy claim RM0.45/km...mn cukup untuk tmpung kos...dh la dlm bandar asyik jammed je...Km xjln2...tp minyk berjln...tlg semak ye..

Tanpa Nama berkata...

semua yang belum atau baru nak jadi boss, cara cakap lebih kurang serupa

bila dah jadi boss...
habuk tarakkkkkkkk!!!!

Tanpa Nama berkata...

Jom pakat ramai-ramai tukar kerajaan..!! habis cite.. buka buku baru.. bye..bye BE END..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Jom pakat ramai-ramai tukar kerajaan..!! habis cite.. buka buku baru.. bye..bye BE END..!!

Isnin, Jun 25, 2012 5:42:00 Pm
************************************
bagus.saya sokong

Tanpa Nama berkata...

Dr ali ,harapan kami penjawat awam yang paling bawah r1 mendapat gaji seperti yang terdapat dalam spba dahulu dimana gaji akhir kami rm2390. Berbanding gaji ssm yang terkini rm1557.terlalu jauh perbezaan

Tanpa Nama berkata...

woi mamak ali..kalau hang nak cakap pasai politik..letak jawatan sebagai KSN..masuk bertanding PRU 13..

BEN10 berkata...

Ini lah kenyataan retorik dari bakal KSN....semua yg baru nak naik akan ckp mcm tu..KSN Sidek Hasan dulu pun mcm tu juga....last-last nak jumpe PM pun segan pulak dah....

Tanpa Nama berkata...

1.cola diselaraskan
2.elaun rumah di naikkan mana ada
sewa rumah RM 180. koman sungguh
3.elaun khidmat awam tolong lah upkan
takan khidmat awam macam upah toreh
getah.
4.kenapalah penjawat awam lepas bersara diketegorikan sebagai orang miskin.tak pernah terfikir ke?
5. keuntungan petronas RM 80 bilion susah sangat ke nak bagi gaji penjawat awam tinggi. ini asyik pinjam bank rakyat aje

Tanpa Nama berkata...

Salam....kpd menteri yg btggjwb. Kos hidup di Sabah & Sarawak....dpt ke menampung hidup dgn elaun IPT : 180.00 dan ITKA: 115.00. Cuba bygkan sewa bilik pun dah mencecah 300.00 di Miri, Sarawak....sy nk makan ape ye br keje dipindahkan luar dr tmpt asal sy....kuarters k'jaan pulak terhad. terpaksa sewa bilik dgn harga 300.00. Cuba renungkan ye.....terima kasih.

Pemuda UMNO berkata...

Dr Ali..kaji semula Gred Juruteknik J17 untuk di naikkan ke Gred J27-J36 sepertimana dalan SBPA yang di mansuhkan.Semak semula Pekeliling Bil 4 tahun 2002 untuk kenaikan Gred berdasarkan kepada kelulusan Sijil Politeknik setaraf STPM.
SOKONG KENYATAAN INI.....

Tanpa Nama berkata...

salam,
minta supaya jawatan PEMBANTU PENERBITAN di luar jabatan penerangan dikaji semula.

Tanpa Nama berkata...

mana ada duit lg PA ooiii! dah bagi kr drebar teksi,bg kt org kg, tok imam, polis dan askar pencen dlll

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia
Minta pihak berwajib kaji kenaikan pangkat AKS ,Wujudkan saluran yang boleh rujuki..seperti (Unit Naik Pangkat)yang khas bagi AKS shj

Dr warga perihatin

Tanpa Nama berkata...

Tolong kaji jawatan kami pembantu pembedahan pergigian..kami minta di naikkan ke gred U19,smpai skrg x ada jawapan..kerja dah mcm lembu cucuk hidung.

Tanpa Nama berkata...

BGSLAH NK DGR TEGURAN...
SELESAIKAN LA ISU JURUTEKNIK DLU KUPEK..JGN LA NK SLESAI ISU LAIN...DH LAMA KAMI TGU NI KUPEK...

Tanpa Nama berkata...

JGN JDI BANGSAT LA....

Tanpa Nama berkata...

KAJI LA JGK NAIK PGKAT AKS...XKAN LA 15THN..GURU2 8THN DA NAIK...KAMI PT KAT SEK NK MCM HARAM KERJA...15THN BRU NK NAIK...

Tanpa Nama berkata...

Dr Ali..kaji semula Gred Juruteknik J17 untuk di naikkan ke Gred J27-J36 sepertimana dalan SBPA yang di mansuhkan.Semak semula Pekeliling Bil 4 tahun 2002 untuk kenaikan Gred berdasarkan kepada kelulusan Sijil Politeknik setaraf STPM.
SOKONG KENYATAAN INI.....

Tanpa Nama berkata...

Salam....kpd menteri yg btggjwb. Kos hidup di Sabah & Sarawak....dpt ke menampung hidup dgn elaun IPT : 180.00 dan ITKA: 115.00. Cuba bygkan sewa bilik pun dah mencecah 300.00 di Miri, Sarawak....sy nk makan ape ye br keje dipindahkan luar dr tmpt asal sy....kuarters k'jaan pulak terhad. terpaksa sewa bilik dgn harga 300.00. Cuba renungkan ye.....terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd KSN baru dan terima kasih kpd TSSH.Tidak salah kenyataan KSN 'obedience to the government of the day' tapi PA perlu tetap 'apolitical dan fair treat the public'.KSN mana2 negara maju semuanya dtg dari 'administrative service'.Pegawai dlm 'administrative service' perlu mempunyai 'excellent achievement' dan membuktikan dlm setiap perkhidmatan yg diberi bahawa sistem penyampaian bertambah baik.Rata2 pegawai kerajaan skrg 'seat warmers' shj dan tolak kerja.KSN baru tolong lihat perkara ini dan pastikan dalam tempoh 1 tahun dari sekarang semua pejabat kerajaan ada penambahbaikan dlm bentuk cara memberi perkhidmatan kepada rakyat,i.e lebih cepat dan memudahkan.Majulah Negaraku.TK......Orang Sudah Pencen menunggu ajal.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong kenyataan di atas berdasarkan pekeliling..datuk dr. Ali..glgn j17 atau G17 yg syarat utama kelayakan sijil poli setaraf stpm patut dinaiktaraf j /g 27...ini barulah adil...glgn ni ramai....bole jejaskn sokongan jika mereka bersatu...biarpun mereka berada di merata tempat yg berbeza tetapi jika hak mereka tidak dilayan..maka mereka bersatuuuuuuu paduuuuuu....mampat dan berfikiran lain dari yg lain dan bertanya mengapa kerajaan tidak menyokong mereka ni.....

Tanpa Nama berkata...

saya harap pihak cuepac dapat meminda elauh tetap khidmat awam yang diterima oleh penjawat awam yang hanya rm 115 sahaja..cuba tuan bayangkan bagi penjawat awam yang bergaji kasar Rm 1700 sebulan ,persoalannya adakah beliau mampu menampung perbelanjaan dengan kenaikan harga barang yang melambung tinggi?saya percaya seandainya gaji penjawat awam tinggi secara tidak lansung masalah rasuah di kalangan rakyatdapat diturunkan..saya percaya kalau semua aduan tidak di ambil tindakan pun tidak ada guna umpama menyimbah air ke daun keladi..sekian terima kasih..

sokong ALI HAMSA berkata...

Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350 dan screwdriver kecil RM2.50 pada harga RM500 sebiji.

Sial ni, lantak la kami PA nak beli barang mahal2 pon, kau sibuk apa? yang untung melayu juga. Kami sokong BN, seperti saranan Dr Ali Hamsa

sokong ALI HAMSA berkata...

bagus, sokonglah Dr Ali Hamsa, Umno dan BN. siapa x sokong, nanti saya akan transferkan jauh2 dalam hutan.

KPPA pun dah kena pecat, bimbang juga jika dia melawan, sebab saya lompat dia jadi KSN. takat PAP, PT tu ptuii...hinaa...
ingat, PTD IS CREAM OF THE CREAMS

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Datuk Seri Dr. Ali...

Sebagai penjawat awam, sudah tentu kita akan menyokong apa sahaja tindakan yang pihak kerajaan fikirkan terbaik utk kakitangan awam, tetapi sebagai penjawat awam dalam kumpulan sokongan ni, saya nak jugak suarakan pendapat...dan mohon diambil perhatian ye...
1. Kenaikan Pangkat Kakitangan sokongan, tak bolehkah tempoh 15 thn tu dikurangkan ke 10 thn ke..
2. Utk kakitangan yang telah menyahut seruan kerajaan utk up-grade diri sendiri dgn melanjutkan pelajaran mereka, yg skrang dah mendapat ijazah melalui PJJ, tak bolehkah mereka dinaikkan ke gred yg lebih tinggi mengikut kelayakan mereka? Sebab sekarang nampaknya usaha mereka utk memajukan diri seolah-olah tidak dihargai dan dipandang ringan shj..
Saya percaya ramai kakitangan sokongan yg menggunakan kelayakan SPM pada mulanya telahpun mendapat ijazah sekarang..tetapi apa gunanya kalau ijazah itu hanya utk simpanan shj...SPA macam tak pandang benda tu, kenapa kemudahan /keistimewaan yg diberikan kpd para guru tidak boleh digunapakai oleh kakitangan awam yang lain... Datuk Seri tolonglah...fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Selamat bertugas Datuk Seri Dr. Ali,

Saya amat setuju dgn suara kawan tu, kakitangan sokongan Kumpulan N seperti dianak tirikan di dlm perkhidmatan awam, lebih-lebih lagi gred N1-N27. Nak naik pangkat, tunggu tempoh 15 thn, ijazah dah dpt melalui PJJ (menyahut seruan kerajaan)4 thn lepas...mohon jawatan lain melalui portal SPA..sampai sekarang pun tak dpt2...
Datuk Seri, tolonglah nasib kakitangan sokongan spt kami ni.. kalau dah dapat ijazah, tak bolehkah terus dinaikkan pangkat/ditukar gred spt para guru juga, tlglah fikir2kan....

Tanpa Nama berkata...

Kita asyik meminta minta pada manusia... tapi pernahkah dalam Doa kita sepanjang hari...selitkan doa agar diberikan pemimpin yang baik, yang boleh memimpin sama ada penjawat awam sendiri dan negara agar aman.... Pernahkah??? Bayangkan jika doa kita penjawat awam sebanyak berjuta juta...sudah pasti Allah akan mendengar... kerana melalui pemimpin yang baik kita mendapat manfaat yang seimbang dengan keperluan... bukannya mengikut kepentingan duniawi kita... Alangkah bagusnya andai keamanan yang kita minta dari Allah......

Tanpa Nama berkata...

assalaammualaikum... sya ingin meluahkan,pandangan dan cadangan pada cuepacs.apa yang sya alami dalam masa 3 tahun dalam penugasan sukarelawan polis diraja (s.s.p) rela/jpam... dalam perkdidmatan sya sya dibayar elaun rm4 1jam dan sya bertugas 8-14 jam dalam 1 hari dan berugas 30 hari penuh sekiranya ia masih lagi kerja dengan ulasan ADA KERJA ADA GAJI.andaian elaun sya rm1200 sebulan tetapi sya tiada imbuhan,insentif,e.p.f, dan segala urusan pmjaman bank tidak akan meluluskan,,masih ramai kawan2 sya tdak berjaya dan berubah hidup sebagaimana yang diperolehi smua pjawat awam.tetapi sya harap pihak cuepacs dapat mengambil sdikit ruang untuk mengatahui lebih lanjut dan teliti apekah keistemewaan kami sungguhpun pejawatan kami ini di awang-awang pejawat awam atau skadar sandaran sahaja..tugas kami amat berisiko tinggi tetapi adakah pihak rela,jpam, 100% bertanggung jawap skiranya kami ditimpa apa-apa kemalangan tidak diingini,,jadi 3tahun sya berkdidmat sudah memadai pihak kerajaan pecayai kesetiaan kami untuk berkhidmat dalam kerajaan dgan memerlukan kelulusan rendah p.m.r ini daripada tercicir berjasa untuk negara.kami cadangkan s.s.p ini dinaik taraf melalui paksi utama pemulaan kami daripada kebijaksanaan dan kuasa cuepacs untuk dibawa ke pihak atasan untuk kami diserap dalam jabatan masing2 wlaupun diberi gred gaji sama landasan gred r3,r1 atau n1.jika lebih tepat ianya diserap kepada p.d.r.m sudah memadai konstebel/sokongan kerana kami dah cukup pengalaman dalam penusan BIT/PERTOL dibawah naungan N.K.R.A.yang sudah berkhidmat pejawat awam pun ada-ada saja tidak puas hati tentang keistimewaanya tetapi di pihak kami lebih tetekan hadapi kemana arah tuju kami untuk hidup lbih sempurna dan terjamin...ok maaf sekiranya ulasan cadangan ini ada menyentuh pihak2 lain,segala keperihatinan kepada pihak yang berusa untuk kami amat dihargai untuk membantu masyarakat yang mencintai kedamaian dan keselamatan rakyat malaysia tercinta ini.. ok assalammuaikum

usri berkata...

Kami seramai 400 orang Jurutera "Contract For Service" JKR berharap agar pihak CUEPACS mengetengahkan kpd KSN supaya dpt menyerap kami menjadi permanent staff dlm kerajaan.

Dein berkata...

Assalamualaikum...

Saya sudah bertugas di jawatan kontrak sejak 2004 sehinggalah sekarang dan dijangka tamat dis 2012.
maknanya sudah hampir 9 tahun saya berkhidmat dengan kerajaan.

Dimaklumkan juga saya merupakan staff kontrak dibawah agensi kerajaan dan bukannya yang dilantik oleh JPA.

Sepanjang perkhidmatan saya, hanya 2 kali panggilan temuduga oleh agensi kerajaan dan sekali panggilan menduduki peperiksaan yang dibuat oleh SPA.

maknanya saya hanya diberi 3 peluang sahaja. sehingga kini tiada panggilan dibuat walaupun sudah berpuluh kali borang dikemukakan.

apapabila ditanya kepada SPA. Mereka hanya memberi fokus kepada mereka yang mempunyai gred 3.5 ke atas sahaja. jadi bagaiamana dengan kami yang berada digred bawah sedangkan kami sudah berkhidmat lebih dari 5 tahun.

saya mencadangkan agar kakitangan kontrak ini dipermudahkan cara untuk dilantik jawatan tetap dengan mewujudkan satu skim Pengesahan Jawatan Secara Lantikan (PJSL)..buatlah sepertimana KPSL.

Untuk kami bersaing dengan student masa kini agak mustahil sebab generasi baru dilahirkan dengan sistem pendidikan dan permarkahan baru.

sudah pasti mereka berpeluang untuk menduduki exam dan temuduga yang dibuat oleh SPA.

Mohon pihak tuan dapat mengkaji kaedah baru perlantikan kakitangan kontrak.

Tanpa Nama berkata...

"Ahad, Julai 01, 2012 11:46:00 AM
Tanpa Nama sokong ALI HAMSA berkata...
------------------------------------
---- peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350 dan screwdriver kecil RM2.50 pada harga RM500 sebiji.

Sial ni, lantak la kami PA nak beli barang mahal2 pon, kau sibuk apa? yang untung melayu juga. Kami sokong BN, seperti saranan Dr Ali Hamsa

Ahad, Julai 01, 2012 12:49:00 PM"
---------------------------------
Maaf menyampuk,

Sebagai kakitangan awam kita kena amanah.... sebab kita bekerja untuk kerajaan dan rakyat..berdosa menyalahgunakanya....cara pemikiran begini yang banyak merosakkan imej pekerja kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

harap datuk seri dr ali dpt mansuhkan saman speed trap kenderaan rasmi jabatan/kementerian sebab kami menjalankan tugas rasmi dan menurut arahan para peg.atasan kami,disamping menyahut seruan pm,CEPAT DAN TEPAT.

Tanpa Nama berkata...

KSN Datuk Seri Dr ali jangan memansuh saman speed trap kenderaan rasmi jabatan kerana pemandu kereta terutama Driver VVIP terlalu berlagak kalau boleh lebihkan saman dari orang biasa kerana mereka membawa pemimpin tertinggi dan mereka patut amalkan Kepimpinan Melalui Teladan bukan sebaliknya,KSN baru lihat dijalanan mereka bawa macam ribut.

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..

Tanpa Nama berkata...

Apa jadi dengan janji TAN SRi Muhyiddin yassin semasa HAri Guru 2009 pada gred DG yang mempunyai ijazah lanjutan? Sampai sekarang, ijazah lanjutan yang dimiliki gred DG (guru/pensyarah IPG dan seumpamanya)tidak dimartabatkan seolah pengorbanan mereka menimba ilmu tidak dihargai. Amat berbeza dengan Kementerian Pengajian Tinggi/IPTA yang mengiktiraf kelayakan akademik tertinggi pensyarah mereka dalam segala urusan kenaikan pangkat dan profesionalisme. MOhon tolong disemak senario ini sebelum lebih ramai DG berijazah lanjutan luntur kepercayaan mereka. Terma kasih.

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah kaji gred pembantu pembedahan pergigian..keje macam nak mati wooo..reten+aset+assist pegawai+oncall+xray tapi jwtan kami u all buat tak nampak.. elaun standby tade..elaun oncall tade..elaun kecemasan tade..pe la..tolong lah tengok gred PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Tanpa Nama berkata...

Beban kerja x stimpal dgn gaji..tlooong la naek kn gred kami!!!!

Aku DSA berkata...

Pd ssiapa yg br nk mohon kija sbg pmbntu pmbdahan prgigian ni tlg la batal kn prmhonan anda...kelak t mnyesal x sudah..mhon la dlm bidang prubatan..jgn join dental...bidang dental ni tpnggir dr pndgan org2 atasan PA..

Unknown berkata...

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN. Nama yg mudah tapi byk cabaran...kita lah daftar,kita juga lah assting dokter,ambil xray,cuci xray,kena on call jugak...masuk dewan bedah lagi,kena pergi sekolah2 bagi pwnetangan mengenai kesihatan gigi. Kami ni ada sijil sama taraf juga dgn Stpm.belajar Anotomi dan fisologi,famaKologi,Maikrobiologi, xray.komunikasi...semua sekali 12 modul masa belajar....minta kementerian perjuangkan juga hak kami orang dental ni.pihak buka kan lah mata utk kami...dental selalu terpinggir.

Tanpa Nama berkata...

minta kaji balik gred pembantu pembedahan pergigian. skop tugas tidak setimpal dengan gaji.