SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

30 Jun 2012

KHIDMAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM TAMAT 1 JULAI

Bernama
30/6/2012

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam akan tamat pada 1 Julai ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan Jumaat berkata Abu Bakar telah menyumbang kepada perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Seterusnya, beliau berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri.

Abu Bakar merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebelum dilantik menyandang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010.



-- BERNAMA

92 ulasan:

Darus che pa berkata...

saya cadangkan dato Farida ganti tempat beliau.

Org Jpa berkata...

Bukan KPPA seorg yg salah dlm SBPA fiasco ni. Yg buat SBPA semua org Jpa. Kalau org Jpa jadi Kppa takkan ada perubahan lah dalam pengurusan perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

ALI KA SIDEK KA FARIDA KA BAKER KA, semuanya haprak.

Aku benci PTD dulu , kini , dan selamnya. Mereka bahagia di atas darah dan air mata orang lain.

Ahmad Sarji PTD yg paling banyak berdosa dgn PA seluruh negara dgn idea SSBnya.

Tanpa Nama berkata...

Muga apa yg berlaku ada hikmah kepada semua pihak.semua kerjaya di dunia ada kelebihan tersendiri.kita saling memerlukan.jgn hina punca rezeki org lain.1 jari menuding,4 jari kembali ke kita..

Tanpa Nama berkata...

Moga KPP baru yg ganti abu bakar mampu mengubah dan memperbaiki sistem petkhimatan awam malaysia samada negeri atau persekutuan....mohon ambil kira semua keluhan penjawat awam di pelbagai peringkat...jaga la PA semua supaya sokongan mereka tidak berbelah bagi terhadap ketua pentadbir atau pemerintah negara....

Mat Kelambu berkata...

Selamat Bersara kdp Tan Sri ! Walaupun SBPA dibatalkan, tak mengapa kerana amalan membakar kelambu sudah jadi kebiasaan kerana marahkan nyamuk. Kita kan orang kaya. Marahkan nyamuk, bakarlah kelambu ! Jangan spray nyamuk tu ! Nanti nyamuk tu mati. Susahlah tokey kilang kelambu cari makan.

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah hadir perjumpaan dialog dgn Tan Sri semasa beliau baru dilantik KPPA pada Julai 2010. Beliau boleh berdialog dgn kami hampir 3 jam tanpa duduk.
Saya juga hadir perjumpaan antara Cuepacs dgn JPA yang diketuai oleh Tan Sri pd akhir Disember 2011 di Oditorium JPA, Putrajaya berkenaan SBPA.
Saya yakin terdapat BANYAK HIKMAH di sebalik berakhirnya jawatan KPPA Tan Sri.
Saya yakin Tan Sri mempunyai kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada PA.
Tan Sri, semua PA tahu siapa disebalik SBPA. Ada tangan lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan Datuk Prof Ir Dr Zaini Ujang dilantik KPPA baru....

Askar Akayev berkata...

KPPA ni LA YG SENANG NAK BERBINCANG. HAIRAN pAK pMAR KATA SUSAH. atau Pak Omar x reti diplomasi dan hanya tahu membodek?

malang KPPA ni sebab boleh dikira dipecat tanpa pencen. apakah ada unsur2 politik memandangkan KSN baru Ali Hamsa tu terang2 mahukan PA undi BN? atau Najib mahukan KPPA yg sombong dan angkuh seperti Sidek Hasan?

Tanpa Nama berkata...

JPA memerlukan seorang KPPA yang tidak bias.. keadilan untuk semua skim perkhdmatan.. sudah berkurun lamanya JPA dilihat lebih kepada jabatan yg mendahulukan perkhidmatan tadbir dan diplomatik.. membuatkan penkhdmatan skim lain cukup meluat dan ilang kepercayaan terhadap JPA.
sudah sampai masanya rombakan besar besaran dibuat jika benar kerajaan pemerintah mahu melakukan transformasi dan mendapatkan kembali kepercayaan penjawat awam terhadap JPA dan perkara pertama yg perlu dibuat ialah jawatan KPPA tidak lagi secara "eksklusif" disandang oleh skim dinosour PTD.

Dr Ahmad Tajuddin Bin Hj Ilmi.(MBBS RCOS Ireland) berkata...

woi zaini ujang,kalau nak lobi jawatan pun jgn letak tanpa nama kat sana.dh byk kali aku tgk kau duk troll nama kau sendiri kat cuepecs ni

Tanpa Nama berkata...

ALI KA SIDEK KA FARIDA KA BAKER KA, semuanya haprak.

Aku benci PTD dulu , kini , dan selamnya. Mereka bahagia di atas darah dan air mata orang lain.

Ahmad Sarji PTD yg paling banyak berdosa dgn PA seluruh negara dgn idea SSBnya.

Sabtu, Jun 30, 2012 9:54:00 PM
...................................
Aku stuju.JPA PTD mcm sial.Hanya pandai mengujudkan gred baru sesama diaorang..P&P dan ke atas.Gaji tinggi melangit.kerja byk goyang kaki.Golongan sokongan gred rendah mcm aku ni tak ada pembelaan.Kalau Polis,Askar dan Cikgu lain pulak.JPA PTD ikut cakap menteri psl naik gaji,naik pangkat atau naik gred.Aku dah kerja 30 tahun woiii...kasi ler pertimbangan tuk naik pangkat sikit lagi.KUP ker...dah nak pencen ni...

Tanpa Nama berkata...

TSAB ditamatkan perkhidmatan tanpa diberi peluang untuk membela diri.. Apakah stand CUEPACS? Hopefully Kesatuan ini benar2 melindungi semua penjawat awam. Adakah PA di negara maju masih lagi asabiyyah mengikut skim perkhidmatan?

Tanpa Nama berkata...

saya cadang Dato Zainal KSU sumber manusia jadi Ketua Pengarah JPA kerana perihatin kepada masalah kakitangan awam semasa beliau menjadi SUK P.P,inilah perwatakan yang diperlukan oleh penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan Dato Zainal KSU Sumber manusia jadi Ketua Pengarah JPA beliau memiliki pengalaman yang banyak dalam perkhidmatan awam serta sentiasa perihatin masalah kakitangan awam dipejabat SUK P.P,serta seorang berpengalaman luas dalam pentadbiran awam.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah berenti, banyak dosa kepada PA terutamanya gred sokongan PT/PPT N & W gunasama. Teruk teruk kami menunggu 22/26/32/36, senang senang jawatan tertutup boleh jadi gunasama. Sepatutnya kekanan hendaklah mulai dari masuk gunasama, macam orang sebelumnya. Kita tak mahu KPPA yang tidak memikirkan masa depan PA yang lain. Orang yang dia tolong tu juga kesudahnya gigit dia balik pasal isu KGT gred 36. Macammana pula PA yg dekat nak pencen susahsusah ambil PTK kesudahnya tak boleh guna untuk naik pangkat. Kalau pengerusi tatatertib dah banyak PA yg lain disabitkan, eloklah awak pun sama- tak ade pencen.

Ridwan Dato Omar berkata...

saya cadangkan Dato Omar Osman dilantik menjadi KSN yang baru, atau sekurang2nya KPPA. Kegigihan beliau, daya intelektual, kepetahan, kemahiran beberapa bahasa merupakan sesuatu yang tiada dalam jati diri mana2 PTD di Malaysia ini.

Harap Dato Omar selepas naik KPPA akan menaikkan semua gred ke 41 tanpa mengira kelulusan lagi., kerana disisiNya kita semuanya sama.

Tanpa Nama berkata...

Bukan pak omar nk jadi senator ke.....

Tanpa Nama berkata...

Ex ksn juga untung.... telepas gitu ja... dpt jd pengerusi petronas plak tu..

Tanpa Nama berkata...

Simpati dgn penamatan servis kppa. Byk lagi PA yg bermasalah tp susah nk buang... ada yg cakap dia x kan peroleh faedah persaraan.. adakah PA patut rasa gembira.... mungkin perkara sama boleh berlaku pd kita....

Tanpa Nama berkata...

Aku pun dgr citer gitu... boleh ke

Tanpa Nama berkata...

Kesian kpd bekas Ketua Pengarah JPA dibuang begitu,lihat kebaikan beliau,jangan lihat keburukan orang lain atau mengaibkan keburukan,allah akan membalaskan anda atau sesiapa yang memalukan orang lain.sabar Tan Sri,sembahyang hajat/duha memohon kepada allah.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kpd bekas Ketua Pengarah JPA dibuang begitu,lihat kebaikan beliau,jangan lihat keburukan orang lain atau mengaibkan keburukan,allah akan membalaskan anda atau sesiapa yang memalukan orang lain.sabar Tan Sri,sembahyang hajat/duha memohon kepada allah.

Ahad, Julai 01, 2012 9:00:00 PM

&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Cupec perlu bela mantan KPPA jika berlaku demikian.
omar disambung kontrak kerja PA (umur dah 62 tahun) oleh mantan KPPA seemnjak Disember 2010?.
Takkan kacang lupa kulit ...

Tanpa Nama berkata...

sy rase mantan kppa kite telah dianiayai oleh JPA. ia mungkin kerana isu politik. tetapi pada mata sy, kppa adalah seorang yg dedikasi dan ramah mesra. sbpa telah mula digubal sebelum plantikan TSAB. nape nk blame kppa je? dan die jg telah "menolong" ptd kontrak spa. jgn la kerana isu sbpa je korg nk melupakan jasa TSAB. die telah bkhidmat lebih drp 35 tahun. inika cara melayan seorang KPPA?

ini bukan soal ptd atau tidak, tetapi seorg penjawat awam yg dilucutkan jawatan tanpa membela diri. bile kppa baru yg datang angkuh dan sombong, baru korng akan tau.

korg tgk presiden cuepac ni diam je. tp bile bab nk minta gaji bukan main politik lg. isu skim J dan G pun korg dah lupe ke? pape pun, it is wrong to treat a KPPA dis way when KSN who chairs all d SBPA meetings is offered a petronas position. pikirlah dgn sendiri rakan2 PA.

Tanpa Nama berkata...

Yang attheh nie tahu tak masa aku kerja KEMENTAH, boss aku yang paling dedikasi dan berintegriti kena tukar 24 jam gara2 TSAB nak kasi kontrek kat kak Ros, tahu tak. sekarang awak rasalah. Lagi pun semua orang tahu beliau yg gendang ke hulu hilir canag SBPPA. Contoh skim J yang menjadi kebencian pada PA yg lain. Engkau bolehlah JUSA JPA kerja bawah dia. KSN dulu sangat baik kalau tak dengan engkau sekali melayang.

kambeng puteh berkata...

Kesian dgan TS Abakar jadi kambing hitam.

Tanpa Nama berkata...

kesian tan sri abu bakar kerana dikambinghitamkan untuk kepentingan individu2 tertentu.. pada pendapat saya, beliau seorang yg peramah dan berdedikasi.. beliau sedia menjawab sebarang pertanyaan pa di fb dulu walaupun telah dihentam teruk..

Tanpa Nama berkata...

penamatan demi kepentingan awam akan dapat faedah persaraan dan barangkali pencen pun dapat jgk (kalu x silap la, kena rujuk peraturan pencen)
memang ada frasa dalam peraturan yang menetapkan bahawa seseorang yg ditamatkan macam ni boleh untuk TIDAK DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMBELA DIRI..
rujuk peraturan-peraturan pegawai awam dan peraturan tatatertib dan juga perlembagaan malaysia sekali.. tapi tak sangka la pulak peraturan tu terkena kat Tan Sri ni..
sangat sedir dan simpati pada Tan Sri..

Tanpa Nama berkata...

Orang yg naik berdesup turun pun berdesup jatuh macam buah papaya busuk. Orang yg kerje dengan dia dapat naik pangkat dan rezeki melimpah. bolehlah cium bontut dia.

Tanpa Nama berkata...

Ni bkn kuasa jpa dh tp mainan pucuk pimpinan..

Pelik Dengan PA berkata...

kes tan sri ni blh dijadikan benchmark.. kalo ketua perkhidmatan pun buleh ditamatkan perkhidmatan, apa lagi nak ditunggu dengan deadwood yang sekian banyak dalam perkhidmatan awam ni... x datang bertahun pun susah nak buang... tiap tahun cuma tau bising nak naik gaji/pangkat....prestasi takat tu jugak... ini stigma masyarakat terhadap PA... OO dan penjawat awam yang pemalas jangan nak nafikan fakta ni....(ditujukan khusus buat penjawat awam yang pemalas... bagi yang rajin, diucapkan tahniah dan berusaha untuk tingkatkan lagi prestasi anda..ehehe)

poyo dengan PA berkata...

ermmm.....takde papelah.

Tanpa Nama berkata...

J17 naik j29 ,

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera

Tan Sri Abu Bakar

Terimalah dugaan ini sebagai ketentuan illahi. Pangkat/Harta/ Kuasa bila2 masa akan ditarik walaupun sesaat. Justeru apa yang terjadi kepada Tan Sri, adalah hikmah kepada Penjawat Awam lain agar melihat kembli tugas masing2 agar sesuatu pelaksanaan dasar itu jika memberi kezaliman mestilah ditentang agar maruah diri kita terpelihara meskipun kita dibuang kerja kerana itu lebih baik dari kita dibuang tanpa meninggalkan apa2 usaha membantu menghentikan kezaliman.

Sekian dan salam hormat

Pernah bertemu Tan Sri

HantuKopek berkata...

Tengok dalam facebook beliau bercakap agak merendah diri tapi Skim yang beliau promosi serata media ini adalah satu bentuk kezaliman dan diskriminasi yang nyata.Kalau SBPA ini bukan salah beliau, beliau punya cukup masa untuk menuding kepada siapa yang berkenaan tapi dalam roadshow SBPA beliaulah kepalanya. beliaulah kambingnya. tanduk beliau lah yang kita patut pulas. orang putih kata 'speak now or forever hold your peace'. cuma satu yang kita kesal dalam tragedi Skim yang jahanam ini iaitu Sidek Hassan terlepas. Sudahlah terlepas, dijadikan pula pemegang kunci Petronas. Semoga tuhan menyelamatkan kita dari kecelakaan oleh mereka yang diberi tanggungjawab tapi khianat.

lok_lak84 berkata...

elok semua skim J yang dari poli dipecat sahaja, atau dijadikan kontrak. ambil gradian yang pintar dan berilmu tinggi dari KUSTEM, satu2nya IPT yang bertaraf dunia. Jurutera dan Juruteknik lepasan KUSTEM mampu membuat apa sahaja kerja, rajin, dedikasi dan menyokong penuh BN selaku pewaris para anbiya. Setakat lepasan UM, USM, UiTM, UTM dan UKM tu senang2 je kena tapau

graduan KUSTEM menyokong penuh Tan Sri Ali Hamsa dan menolak Abu Bakar yang yta derhaka bila enggan mewajibkan PA mengundi BN

KUSTEM BEST

Tanpa Nama berkata...

OMAR OSMAN SEDANG KETAWA BERDEKAH-DEKAH SEBAB KPPA BERJAYA DISINGKIRKAN.....

Poyo Tahap Dewa berkata...

jangan risau... pengganti KPPA tetap PTD. PTD dulu kini selamanya.

dengar cerita ketua pengarah kastam sekarang pun dah dibolot semula oleh PTD. dan PTD ini dengar ceritanya akan bawa masuk orang-orang dia untuk mengisi jawatan TKP kastam dan sewaktu dengannya.

syabas PTD! anda memang sejenis skim parasit tegar. berjaya meredah ke jabatan yang mempunyai skimnya yang tersendiri, termasuklah sekolah, imigresen, pendaftaran dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

masa dlm perkhidmatan sanggup jadik barua parti pemerintahan so kena sanggup terima la kalau dilayan spt barua pun...

Tanpa Nama berkata...

Calon Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda kini Dibenarkan Memohon dan Dilantik ke Jawatan Yang Berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia - Web SPA

Tanpa Nama berkata...

Bagus nie. Lepas ni lebih ramai kakitangan awam yg pandai terutama kumpulan sokongan dan tiada batasan utk kenaikan pangkat...

Tanpa Nama berkata...

jangan risau... pengganti KPPA tetap PTD. PTD dulu kini selamanya.

dengar cerita ketua pengarah kastam sekarang pun dah dibolot semula oleh PTD. dan PTD ini dengar ceritanya akan bawa masuk orang-orang dia untuk mengisi jawatan TKP kastam dan sewaktu dengannya.

syabas PTD! anda memang sejenis skim parasit tegar. berjaya meredah ke jabatan yang mempunyai skimnya yang tersendiri, termasuklah sekolah, imigresen, pendaftaran dan sebagainya.
...................................
Ketua Pengarah Kastam yang baru..PTD ler tu...tolong jadi pembela nasib kami golongan pegawai kastam sokongan.Gred kami atau gaji, paling rendah dalam perkhidmatan awam.Susah pulak untuk naik pangkat.Nasib baik juga skrg ada KUP W22 selepas 15 tahun servis.Tapi tak kan setakat W22 saja.Ramai W22 mcm aku ni sudah 8-10 tahun servis.Masa dapat W22 dulu..servis lebih 20 tahun.Ruginya kami orang lama.Harap dapat bantu kami untuk W26.Jangan jaga perut sendiri sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Kami menyokong omar jadi kppa agar PA terus jadi dimonopiloi oleh kelompok badut yang bengap bengap... Yeeaaa

Tanpa Nama berkata...

Apa la sibuk dgn PTD. Gaji kita diorg yg bayar ke? Keje kita diorg yg buat ke? Masa dpt keje kerajaan dulu melompat-lompat mcm beruk suka. Bile dh masuk byk plak cengkadaknya.

Keje je la Lillahita'ala... InsyaAllah cukup keperluan kita dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Bekerja lah kerana Allah S.W.T. kerana kerja itu Ibadah. Kalau pun kumpulan PTD itu jahat (ada kata Penjahat Tahap Dajjal), dunia mereka terlepas tetapi akhirat tanggunglah sendiri kerana tidak amanah dan khianat. Usah digusarkan hal ini malah menambah dosa, tetapi berdoalah supaya suatu hari nanti Allah akan makbulkan doa-doa seluruh PA supaya keadilan ditegakkan kerana tiada apa sangat yang boleh skim lain usahakan akibat pengurusan tertinggi kerajaan dipelopori oleh PTD dulu, kini dan selamanya. Banyak kes-kes kita telah dapat lihat betapa ramai PTD yang menyelewengkan amanah mereka, INGAT.... DUNIA BOLEH LEPAS, AKHIRAT, SUSAH MASUK SYURGA SEBAB BANYAK TANGAN YANG MEMAUT ANDA KERANA TIDAK AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

teori konspirasi:

abu bakar ditamatkan perkhidmatan kerana dijadikan kambing hitam dalam proses transformasi perkhidmatan awam.

sekian harap maklum.

Omar Osman berkata...

Tanpa Nama berkata...
OMAR OSMAN SEDANG KETAWA BERDEKAH-DEKAH SEBAB KPPA BERJAYA DISINGKIRKAN.....

Isnin, Julai 02, 2012 12:01:00 PM

kahkahkah
kahkahkahkahkahakahakahakakahja
kahakahakahakahakakajaajka

Tanpa Nama berkata...

Bukan KPPA saja salah. Semua pembodek JPA salah juga...

Tanpa Nama berkata...

kambing hitam mesti ada.
kambing hitam dimana mana

orang baik dan dedikasi selalu jadi mangsa...

Tanpa Nama berkata...

Banyak makan banyak berak, banyak cakap banyak bohongnya

Tanpa Nama berkata...

KSN dah jadi pengerusi petrolnas, manakala KPPA akan dijadikan pengerusi juga.itulah nasib baik kumpulan jusa.
yang bawah-bawah hanya makan pencen le.

Tanpa Nama berkata...

kerja sampai 60 tahun; kena sediakan syarikat khairat kematian di pejabat. kalau padam boleh ada kereta jenazah. maklumlah dah kerja sampai 60 th.
yg suka sangat kerja sampai 60 th sebab kerja dia releks; tiada tekanan.
yg tekanan ada op awal.

Without a Name berkata...

abu bakar jadi kambing hitam hasil dari sbpa tak jadi yang mendapat sentuhan sidek hasan dengan ismail adam.

sudahnya sidek hasan jadi pengerusi petronas, ismail adam jadi ahli jawatankuasa SKMTPA.

abu bakar jadi kambing.

oh yeah, i am proud to be malaysian.

Tanpa Nama berkata...

Abu Bakar tidak sepatut nya dipecat lahabau yg paling besar sepatutnya diludah dan yang patot ditendang bontotnya Tuan Sadik Sepakraga. Yang kini jd chairman Petro...Perlukah dimalukan KPPA yang baru tak sampai 1 tahun menjawat jawatan KPPA dipersalahkan 100 peratus. Tidak belajarkah parti memerintah kegagalan SBPA menimbulkan isu tsunami. Kenapa perlu lg isu sensasi dan bg bola tanggung kepada pembangkang. Buat keputusan biarlah ibarat menarik sadik sepakraga keluar dari menara klcc.

Tanpa Nama berkata...

KPPA sya simpati,KSN sya pelik lak jdi pengerusi petronas patuk sidek kalau ada maruah tolak jawatan itu sebagai simpatinya kpd TS abu bakar mantan KPPA.. KSN baru SD Dr ali Hamsa pas ni tujar pula KUS KSU kem yang ada unsur melindungai pegawai atasan yang rasuah terutama di Kem Pengajian Tinggi nii.. Pegawai atasan di kem tersebut lebih dari orang politik peranainya.. mmg bgetul ke pandai belajar pangai pula auta putar alamnya pegawai atasan bertaraf pendidik nii.. ingat kami orang bawah pun boleh mengegerkan orang atasan.. lihat KSN KPPA jgn ego ya allah maha kaya.. PM pun berubah tau.. jgn la menyokong pembangkang keja dgn kerajaan yg perintah meka lebih melakukan kerosakan dalam kerajaan.. KSN ds dr ali turun sendiri lihat kementerian pula ya wasalam..

Tanpa Nama berkata...

huhuhu.
kat perkhidmatan awam ni, yg kerja rajin hanya beberapa kerat je. yg curi tulang, lari dari tugas, yang tolak tugas ni yg banyak. sygnya yg curi tulang, lari dari tugas, tolak tugas ni yg banyak bunyik!!!
yelah. sembang je kerjanya. tp gaji nak lebat.

Tanpa Nama berkata...

bukan saja tan sri abu bakar malah tan sri sidek hasan pun patut diberhentikan secara sama dgn tan sri abu bakar...malah tan sri sidek juga tak patut dapat jawatan pengerusi petronas...2 X 5 saja...

Tanpa Nama berkata...

1.Kalau ada perasaan malu!harga diri!semua PTD yang terlibat dalam penggubalan SBPA patut letak jawatan!buat malu kaum jee!!
2.tapi puak PTD ni manalah ada harga diri!!puak low class jee!!

Tanpa Nama berkata...

beri cadangan kepada pengerusi skmtpa tun zaki supaya membuang ptd ptd dalam jpa, sebagainya dato abu bakar yang ditamatkan perkhidmatannya.

takkan dato abu bakar sorang je yang tanggung & jadi kambing hitam? boleh jadi dia tak bersalah, tapi telah disabotaj oleh orang bawahnya yang menjadi tangan ghaib?

SPA & JPA perlu dirombak. berpuluh tahun ianya dikuasai oleh PTD, hasil ntah apa apa. bagi profesional lain pula yang mengisi SPA & JPA tu. aku takda masalah kalau jeneral angkatan tentera yang jadi pengerusi spa, aku tak jadi masalah kalau guru besar menjadi KPPA, aku tak jadi masalah kalau doktor perubatan jadi setiausaha SPA.

mesti mau ada pembaharuan. buat benda yang sama berpuluh-puluh tahun, itu dinamakan JUMUD. tak berkembang. macam katak bawah tempurung.

tapi jangan pulak bagi PTD jadi jeneral angkatan tentera, jadi guru besar, atau jadi DOKTOR PERUBATAN. ramai yang mati sakit jantung nanti. hehehe.

berikan sesuatu jawatan itu kepada yang ahlinya. perdana menteri telahpun melantik tun zaki sebagai pengerusi skmtpa, beliau datang dari jurusan undang-undang. walaupun ada ptd sesat seorang jadi ahli jawatankuasa, sekurangnya dia bukan pengerusi. oleh itu senario yang sama perlu diterapkan kepada jabatan kerajaan yang lain, tukar ksu/kp setiap kementerian/jabatan dari ptd kepada skim lain.

Tanpa Nama berkata...

Buat ape kamu semua nak sokong TSAB, sedangkan puak JUSA yg tak perform pun kena turun pangkat...tanyalah orang2 kat KEMENTAH pasal dia. Banyak orang beritahu awal2 beliau bakal KSN. Apa dah jadi, PM dah lantik orang lain. Ini menunjukkan PM seorang yang Pragmatik. Sebab itulah TSAB kehulu hilir mendewadewakan SBPA. Beliau juga berkumunikasi di dalam facebook dengan memberitahu skil gaji SBPA yang semua orang tahu adalah RAHSIA. Bolehkah seorang kakitangan awam memberitahu dan membuat komen yang sepatutnya hanya menteri sahaja yang boleh komen. Jika tidak bolehkah kakitangan kerajaan biasa mengkritik kerajaan ikut suka dalam facebook dan akhirnya akan memalukan sendiri pihak kerajaan.

Bukan PTD berkata...

Kenapa le nak kena jaki sangat dengan PTD ni..semua skim masing² ada kelebihan. tak perlu nak caci maki orang lain kalau diri sendiri tak sesempurna mana..

Tanpa Nama berkata...

Eloklah pengganti kppa yg benar-benar memahami kehendak PA bukan sekadar yes saja. Yg layak aku rasa Datuk Zainal Rahim ksu kem sumber manusia sbb yg aku tahu dia betul2 buat kerja dan sentiasa mengambil berat kebajikan anggota bawahan serta senang untuk berbincang dan menerima pandangan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Bukan PTD berkata...

Kenapa le nak kena jaki sangat dengan PTD ni..semua skim masing² ada kelebihan. tak perlu nak caci maki orang lain kalau diri sendiri tak sesempurna mana..

Rabu, Julai 04, 2012 4:36:00 PM


bukan ptd konoooonnnn.. mnegaku jela kau tu ptd. ayat pun tipikal ptd.
kalau bukan ptd pun kau ni mesti:

1. sedara mara dengan ptd
2. ibu bapa seorang ptd
3. ptd pencen
4. staf biasa tapi perasan macam ptd
5. kaki ampu PTD.

btw, mana pegi nick PTD Muda yang sebelum ni heboh defend PTD? dah jadi tua ke? dah naik 44 pastu kenyang, pastu senyap terus? atau lebih malang, sekadar PTD kontrak, lepastu perkhidmatan ditamatkan? wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Kat tempat lain tu aku tak tahu la. Tp kat tempat kerja aku ptd ni asyik dok bincang pasal naik pangkat saja kerja tak sehebat manapun, pantang bos.....nak mengular. Naik pangkat macam naik lif..skim lain tunggu le sampai ke tua. Aku cadang kppa baru ni dari skim lain pula.

skim pemungut jentik-jentik berkata...

setuju! KPPA mesti dari skim PT/Po atau PAP atau mana kumpulan sokongan yang 30 tahun tak naik pangkat. ( kerajaan dah bagi KUP 15 tahun, yg tak dapat jugak tu sbb ketua jabatan tak penah tengok ada kat opis la tu..)

setiausaha berkata...

anon Rabu, Julai 04, 2012 9:58:00 AM : "sekurangnya dia bukan pengerusi. oleh itu senario yang sama perlu diterapkan kepada jabatan kerajaan yang lain, tukar ksu/kp setiap kementerian/jabatan dari ptd kepada skim lain."
------------------------------
setuju. ketua setiausaha mesti dari skim Kesetiausahaan macam kami sebab kami da buat kerja setiausaha 30 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Kat tempat lain tu aku tak tahu la. Tp kat tempat kerja aku ptd ni asyik dok bincang pasal naik pangkat saja kerja tak sehebat manapun, pantang bos.....nak mengular. Naik pangkat macam naik lif..skim lain tunggu le sampai ke tua. Aku cadang kppa baru ni dari skim lain pula.

Khamis, Julai 05, 2012 11:55:00 AM

----------------------

itu standard. bukan terhad kepada ptd je, majoriti p&p gred 41 dah mula kecoh2 sesama sendiri pasal naik 44,48,52,54 dan sewaktu dengannya.

yang 17 ni mengharapkan naik 22, kalau ada KEKOSONGAN. ataupun tunggu KUP 15 tahun. itupun kalau ada. ada yang pencen dengan gred 17 walhal dah 34 tahun servis. ada yang meninggal dalam perkhidmatan dengan gred 17.

inilah dia perkhidmatan awam malaysia. dibolot oleh yakjud & makjud yang rakus yang cuma pentingkan golongan mereka sahaja.

HIDDEN HAND berkata...

lately yg jd "tangan ghaib" nih mmg ramai. bayangkan ler KPPA, org no 2 dlm kerajaan lepas KSN, pun bleh terminated.. hahaha. hebat tak malaysia? kalah negara kapitalis yg lain.

sama cam kes jidin ex kp jkr dulu. dgr citer dia ader cuit KONTRAKTOR POLITIK yg wat keje xbetul utk istana negara. teruih kena sepak cam bola. plak tuh dari gred jusa A nak dicampak ke jusa B di CIDB. mana xbengang mamat tuh. teruih nk saman kerajaan. kerajaan cuak, teruih upgrade pos di CIDB tuh jd turus 2. jidin pun jinak semula. teruih terima & senyap sampai skang.

hebat tak malaysia?
jgn pikir u org no 1 dlm jabatan & top 10 dlm perkhidmatan awam, xleh kena buang. byk tangan ghaib nun di atas tuh. yg sekolah darjah 6 pun bleh jd tangan ghaib kalu ader kabel politik.

Tanpa Nama berkata...

http://cuepacs.blogspot.com/2011/08/judin-naik-turus-ii.html

hehehe tgk topik yg lepas tuh. dr judin & ts abu bakar nyer gambar. dua dua kena terminate. bezanya, sorang dapat jadi CE, sorang jadi orang awam.

malaysia boleh!

PTD Muda berkata...

bukan ptd konoooonnnn.. mnegaku jela kau tu ptd. ayat pun tipikal ptd.
kalau bukan ptd pun kau ni mesti:

1. sedara mara dengan ptd
2. ibu bapa seorang ptd
3. ptd pencen
4. staf biasa tapi perasan macam ptd
5. kaki ampu PTD.

btw, mana pegi nick PTD Muda yang sebelum ni heboh defend PTD? dah jadi tua ke? dah naik 44 pastu kenyang, pastu senyap terus? atau lebih malang, sekadar PTD kontrak, lepastu perkhidmatan ditamatkan? wakakakaka
-------------------------------
bukan hanya ptd, malah semua skim ingin naik pangkat. bila guru nak naik pangkat, semua diam. tp bila ptd naik pangkat selepas berpuluh2 xm/ujian/kursus/dpa, korang jeles plak. but still, kite telah dilatih untuk berdiam diri je dan tahan segala dugaan.

apa2pun, ptd ke, loyer ke, atau engineer ke, kite tetap PA. so jgn lar cube memisahkan ptd dari skim lain. cuba tgk la cara KPPA (PTD)kene terminate tanpa belas kasihan. so sape yg ckp ptd adalah anak emas, i tink ur statement is wrong :) cheers.

p/s jgn bimbang, sy bukan staf kontrak. so sy akan cube mengubah persepsi saudara terhadap ptd jika sy mampu. thx.

bukan PTD berkata...

at last, timbul balik nick "PTD Muda". ingatkan dah kena terminate. cheers...

"apa2pun, ptd ke, loyer ke, atau engineer ke, kite tetap PA. so jgn lar cube memisahkan ptd dari skim lain. cuba tgk la cara KPPA (PTD)kene terminate tanpa belas kasihan. so sape yg ckp ptd adalah anak emas, i tink ur statement is wrong :) cheers."

actually apa yang aku nampak, PTD yang mewujudkan jurang yang terlalu luas dengan skim lain. mereka diajar semasa modul PTD (T)unggul bahawa mereka adalah super duper power dan cream of the cream, best of the best bla bla bla. kena segregate dengan orang lain, walaupun sesama P&P yang berlainan skim.

soal tan sri abu bakar kena terminate, itu cerita politik. ir dr judin karim pun kena terminate. pegawai kanan polis pun kena terminate. tapi kena tengok siapa yang menyebabkan tan sri abu bakar terminated. PTD juga. dalam PTD tu ada banyak yakjud & makjud yang main tikam sesama sendiri. tan sri abu bakar dianiaya oleh PTD sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ptd mmg suka mengkucar kacirkan pa. thats why tsab need to pay the price!

Tanpa Nama berkata...

dalam skim ptd khususnya & pengurusan dan profesional umumnya memang ramai HOLIER THAN THOU.

suit yourself.

PTD Muda berkata...

actually apa yang aku nampak, PTD yang mewujudkan jurang yang terlalu luas dengan skim lain. mereka diajar semasa modul PTD (T)unggul bahawa mereka adalah super duper power dan cream of the cream, best of the best bla bla bla. kena segregate dengan orang lain, walaupun sesama P&P yang berlainan skim.
--------------------------------
ok. tapi dasar itu dibangunkan oleh ptd senior dan jusa. kenapa saudara mau salahkan ptd2 muda plak. mcm unfair je.. secara ikhlas, sy rasa ptd yg baru2 ini dah ubah cara pemikiran mereka untuk lebih frenly dan tidak expect ape2. coz mmg kita ditekan secara mental n fizikal oleh JPA dan kementerian sendiri melalui kursus dan tugas hakiki. xde lg isu "bossy" kat tempat keje sy. not too sure bout other ministry though. mungkin ade segelintir ptd yg poyo la, itu sy x nafikan.

harap tuan sedar bhw sume dasar yg gagal baru2 ini adalah dr senior, bukan juniors. kite juniors setakat SYMP je. JUSA ptd is totally different compared to P&P ptd. harap paham ye..

Tanpa Nama berkata...

...sy rasa ptd yg baru2 ini dah ubah cara pemikiran mereka untuk lebih frenly dan tidak expect ape2. coz mmg kita ditekan secara mental n fizikal oleh JPA dan kementerian sendiri melalui kursus dan tugas hakiki.

...harap tuan sedar bhw sume dasar yg gagal baru2 ini adalah dr senior, bukan juniors

baiklah. mari kita tunggu lagi 20 15-20 tahun (kalau umur panjang) apabila ptd ptd muda ni menjadi matang. adakah budaya yang sama akan dibawa yang diwarisi dari ptd generasi X atau sebaliknya. jangan lagi 20 tahun orang tetap akan kata "tipikal PTD" sudah la.

PTD Cerdik berkata...

hina la korang ni.. kahkah. lain kali masa sekolah jgn lari lompat pagar, tu dah nasib baik ko dapat kejer gomen walau grd 17 je.. kahkah .. ptuihh

PTD Muda berkata...

baiklah. mari kita tunggu lagi 20 15-20 tahun (kalau umur panjang) apabila ptd ptd muda ni menjadi matang. adakah budaya yang sama akan dibawa yang diwarisi dari ptd generasi X atau sebaliknya. jangan lagi 20 tahun orang tetap akan kata "tipikal PTD" sudah la
-----------------------------------
no problem. we will wait n see. im sure most of the new ptd's will be better due to stringent test and kursus plus new barriers + pressure from other skims. we realise being a ptd doesnt equal exclusivity or eliteness :) if in another 20yrs still d same problem, then ill have to agree that gomen wasted alot of resources trainin this ptd muda but failed in their objectives. (some of our decisions are due to political pressure..sometimes). anyway happy weekend guys. work hard.

salam 1 malaysia

Tanpa Nama berkata...

Apa la pny bengong berdebat dgn skim org. PTD ke cikgu ke bomba ke tukang cuci tandas ke, korg ada manual kerja masing masing kan? gaji dibayar:

setimpal ikut beban tugas (kalau keje setakat hantar surat lpas tu minitkan, ko nak kondem keje org atas mcm PTD memang peel beruk la).

setimpal dgn kelayakan akademik (kalau ada spm ko nak kondem keje org yg ada degree mcm cikgu memang peel orang utan la).

setimpal dgn pengalaman (kalau keje baru 2-3 tahun ko nak kondem keje technition yg dah berpuluh tahun kene renjatan elektrik memang peel baboon la).

Kesimpulannya jgn sibuk ckp skim itu anak emas, skim ini plak anak luar nikah. Buat je keje masing-masing sudah. Cukup bulan g bank amik gaji. Bg makan anak bini. Simpan sikit wt pegi haji. Kalau x puas dgn skim sendiri pegi bukak jabatan sendiri. Sekian terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa, omar lagi lupa-lupa .. dah umur 62 tahun !

kontrak sampai bile ! presden kontrak cupec sampai bila !
AGM Khas Cupec patut diadakan segera!!!!!!!

kita pilih presden cupec baru.

Tanpa Nama berkata...

PTD hari ini dipenuhi dengan manusia yang gila pangkat dan jawatan. Perebutan jawatan utama sektor awam begitu terserlah sehinggakan mereka saling tikam menikam antara satu sama lain. Tersungkurnya KPPA Tan Sri Abu Bakar disebabkan tangan-tangan PTD juga..

Tanpa Nama berkata...

JAWATAN KPPA HENDAKLAH DIBERIKAN KEPADA TIMB KPPA SEPERTI DATUK FARIDA,BELIAU FAHAM DIDALAM JPA BERLAINAN MENGAMBIL ORANG LUAR MENGETUAINYA,KSN BARU MENGAMBIL LANGKAH TEPAT MENGAMBIL TIMBALAN KSU KEMENTERIAN WILAYAH JADI KSU WILAYAH GANTI DATUK FAISAL,BEGITU JUGA TIMBALAN KETUA PENGARAH KEPADA DATO SRI ALI HAMSA SEBELUM INI JADI KETUA PENGARAH SWASTA.

bukan anti-PTD berkata...

Tanpa Nama berkata...

PTD hari ini dipenuhi dengan manusia yang gila pangkat dan jawatan. Perebutan jawatan utama sektor awam begitu terserlah sehinggakan mereka saling tikam menikam antara satu sama lain. Tersungkurnya KPPA Tan Sri Abu Bakar disebabkan tangan-tangan PTD juga..

Ahad, Julai 08, 2012 12:36:00 AM


ya tuan-tuan dan puan-puan. lihatlah bagaimana permainan kotor tangan-tangan ghaib dalam skim PTD ini. adakah anda sanggup memperjudikan nasib negara dan kemajuan jabatan-jabatan kerajaan dengan membiarkan PTD kekal mengepalai majoriti jabatan dan kementerian.

PM najib sila ambil maklum. zaman tun abdullah ahmad badawi dulu (beliau seorang bekas PTD) telah menyebabkan ramai PTD sekitar era 2003-2010 begitu bermaharajalela.

sudah sampai masanya setiap perkara dikembalikan kepada haknya. bukan kita nak menghapuskan PTD. PTD itu perlu, kalau tak ada PTD, negara ni takkan maju (ini PTD yang kata, bukan aku yang kata. kah kah)

PTD perlu dikekalkan, cuma sesuai dengan definisi nama pada jawatan mereka, iaitu MENTADBIR dan MENJALANKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK. ini sampai ada 8 bidang utama, buat apa? 2 ni pun masih tunggang langgang, ada hati nak uruskan teknologi maklumat & komunikasi, pertahanan negara, sumber kewangan, sumber ekonomi, pentadbiran tanah blablabla yang lain.

fokus kepada 2 perkara itu dahulu, PENTADBIRAN dan HUBUNGAN DIPLOMATIK.

CyberSans berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa, omar lagi lupa-lupa .. dah umur 62 tahun !

kontrak sampai bile ! presden kontrak cupec sampai bila !
AGM Khas Cupec patut diadakan segera!!!!!!!

kita pilih presden cupec baru.

Sabtu, Julai 07, 2012 6:13:00 PM


omar nak dapat title TAN SRI dulu baru dia nak resign. maklum la ex-kppa & ex-ksn pun ada title TAN SRI. omar pun nak jugak. baru ngam, mantan KPPA, KSN dan CUEPACS semuanya tan sri. nanti boleh buat kelab! kah kah akh

Tanpa Nama berkata...

TAN SRI omar osman.

gilerr ahhh! wakakakakaka
bkn sng gred pelaksana nk dpt title tan sri nih. yg ade dato pn dia sorang jer kut?

PTD Muda berkata...

PTD perlu dikekalkan, cuma sesuai dengan definisi nama pada jawatan mereka, iaitu MENTADBIR dan MENJALANKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK. ini sampai ada 8 bidang utama, buat apa? 2 ni pun masih tunggang langgang, ada hati nak uruskan teknologi maklumat & komunikasi, pertahanan negara, sumber kewangan, sumber ekonomi, pentadbiran tanah blablabla yang lain.

fokus kepada 2 perkara itu dahulu, PENTADBIRAN dan HUBUNGAN DIPLOMATIK.
---------------------------------
so rata2 ptd sedia ada yang bukan di KLN akan berkhidmat di mana? xmungkin gomen nk pecat atau dpencenkan ptd2 ini ala KPPA? sila bagi cadangan bernas.

Tanpa Nama berkata...

so rata2 ptd sedia ada yang bukan di KLN akan berkhidmat di mana? xmungkin gomen nk pecat atau dpencenkan ptd2 ini ala KPPA? sila bagi cadangan bernas.

Isnin, Julai 09, 2012 12:19:00 PM


mereka tetap boleh redah masuk pejabat orang lain, tapi bukan sebagai KSU/KPPA sebaliknya cukup sekadar SUB/pengarah khidmat pengurusan/pentadbiran (sesuai sebab ada perkataan pengurusan/pentadbiran). kalaupun mereka ketagih sangat nak jawatan yang paling tinggi, bagi dia jadi TKSU/TKP saja sudaaaa...

tapi apa yang berlaku sekarang ni, semua top level post dia nak sapu, pengarah JPJ pun dia sapu walhal JPJ tu badan beruniform yang ada skimnya sendiri. pengarah pendaftaran/imigresen tak usah cerita la. sekarang ni pun ketua pengarah kastam pun dia sapu balik.

memang dasar yakjud makjud!

Tanpa Nama berkata...

PTD perlu dikekalkan, cuma sesuai dengan definisi nama pada jawatan mereka, iaitu MENTADBIR dan MENJALANKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK. ini sampai ada 8 bidang utama, buat apa? 2 ni pun masih tunggang langgang, ada hati nak uruskan teknologi maklumat & komunikasi, pertahanan negara, sumber kewangan, sumber ekonomi, pentadbiran tanah blablabla yang lain.

fokus kepada 2 perkara itu dahulu, PENTADBIRAN dan HUBUNGAN DIPLOMATIK.
---------------------------------
so rata2 ptd sedia ada yang bukan di KLN akan berkhidmat di mana? xmungkin gomen nk pecat atau dpencenkan ptd2 ini ala KPPA? sila bagi cadangan bernas.

Isnin, Julai 09, 2012 12:19

?????????????//////////

ini jawaban!

Penuhkan PTD di KLN - jadik PAP, jadi Pekerja Awam, jadi driver,jadi Pembantu tadbir, jadik EO, jadik PTD yg original ! Semua PTD dibayar gaji PTD ! sehingga pencen.
Semua PTD ! - jangan ganggu tempat orang lain !

PTD Muda berkata...

kalo camtu, baik tukar M skim (management) kpd D skim (diplomatic) kerana saudara inginkan kesemua ptd ni kat KLN je. skang ade +/- 10k ptd. boleh ke semua ptd ini, terdiri dari m41 ke m54, muat dlm sistem hierarki KLN?

lg satu, sperti yg saudara bg cadangan iaitu ptd naik maximum tksu je. xlogik la bro. kalo boleh naik tksu, ape salah naik ksu skali? secara am, pentadbiran akan diuruskan oleh ptd, xkire la pentadbiran JPJ ke JKR ke atau mana2 kementerian. tugas beruniform akan dikendalikan oleh skim sendiri. senang cite kan? KSU adalah bos pentadbiran. kalo skim J atau mana2 skim nk buat pentadbiran, jom apply kat spa utk jawatan ptd :)

Tanpa Nama berkata...

right. pecahkan balik ptd ni cam dulu

pegawai tadbir awam
pegawai diplomatik

jadi takder le derang digabungkan jd poyo tahap dewa.

ptd skang nih dh xrelevan. kalu tak nape pm najib tubuhkan pemandu & skmtpa? citer kemain hebat, pointer tinggi ler, pac superb le, public speaking berhabuk. tapi suh wat keje senang pun leh bikin huru hara 1 malaysia.

pastu bangga sgt dgn ptd tuh yg conquer sumer top level post. mana xbangga yer, yg kontrol spa/jpa tuh pun parasit2 nih gak. derang la yg wat dasar utk sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

fb abu bakar pun dah xleh masuk. wakakakaka.

Tanpa Nama berkata...

JPA?..bosan...buat keje ntah hape2....usahkan skim gaji baru, tgk bonus tahunan pun dah ckp...kununya byrn setengah bulan gaji....kump sokongan dapat minimum rm500...yg PTD?? x berkepok2 ke?...udah2 le tu PTD oii...cuba sehari ko tukar jawatan dengan N17...kompem BODOH tatau buat keje!!

Tanpa Nama berkata...

yang merosakkan sistem dan perjalanan perkhidmatan awam adalah mereka mereka yang bermuka2.....kerja hanya semata2 kerana gaji,masuk lewat.....keluar awal,punchcad orang lain tolong........masa sepatut nya bekerja.....mereka diwarung,restoran dan sebagainya .....gaji nak lebih kerja kurang......kenapa.....?????mentaliti pembangkang ......tunggu.....ada habuan untuk anda yang sebegini perangai....gambar anda di warung dan sebagainya pada waktu kerja akan dihantar kepada ketua jabatan dan sebagainya....tertera masa serta tarikh......ok......sendiri ingat.....