SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Jun 2012

TUN ZAKI AZMI DILANTIK PENGERUSI SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
2/6/2012

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata suruhanjaya itu mempunyai enam anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

"Suruhanjaya diberi mandat untuk mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan," kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata perakuan-perakuan Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Mohd Sidek berkata Sekretariat Suruhanjaya Khas adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan awam.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

Najib turut mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

-- BERNAMA

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga2 Tun dapt memberikan keutamaan kepada PEKERJA BIDANG PERHUTANAN, PERTANIAN DAN TEKNIKAL yang telah ditarik balik oleh kerajaan mengenai kenaikan gred semasa SBPA yang lalu. Sejarah telah tercipta..kerajaan malay..sia

Tanpa Nama berkata...

diharapkan glgn bidang pertanian, perhutanan, teknikal diupgrade memandangkan glgn ni berkelayakan

Tanpa Nama berkata...

Sa cadang suruhanjaya khad kaji perkhidmatan awam syorkan kpd KERAJAAN agar tidak mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam secara umum sbb SETIAP KALI DIUMUMKAN KENAIKAN GAJI PENJAEAT AWAM dan sejak pengumuman tu semua harga barang barang mula naik...ini yang menyusahkan rakyat ni..GAJI NAIK TAPI HARGA KEPERLUAN HARIAN TURUT NAIK JUGA...membebankan...elok lagi kerajaan naik kan gaji PA tanpa diumumkan dan hanya diberitahu secara rasmi kpd srmua kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan yg terlibat...adakah patut setiap kali kerajaan umumkan kenaikan gaji lantas 1 atau 2 bulan kemudian tiba tiba harga naik dari 1.50 kpd 1.65...ini yg buat orang tertanya tanya..BARANG DA NAIK...bbrp peniaga da ambil kesempatan naikkan harga barang barang kegunaan hariannn...yg gaji kecik dalah terasa macam aku....ini sekadar pendapat sahaja dan renungan bersama

Tanpa Nama berkata...

Sila umumkan hasilnya sebelum PRU 13. Klu baik, kami akan sokong. Klu buruk..., buruklah padahnya! Ingat tau...

GM berkata...

to me, sorry to say it out, at times these faces been mentioned there is such feeling as...r they really to go for something sincere?

its obvious things r not running smoothly from d beginning. d numeration
scheme r all opiates invented by the politicians to tranquillize people so that they can just move on with their agendas without been spotted (or so they think!). but i hope things do go correctly.

d current govt has to accepting fair play, natural justice n d general principles of people now, of face d same adamant from d on d next GE!

Tanpa Nama berkata...

walaupun sbpa dibatalkan,perkara positifdalam sbpa spt penambahan tangga gaji harap dapat dilaksanakan dalam SSM sekarang.

pasal naikkan gred perhutanan,dan pertanian dan teknikal tu,apa pula kata kumpulan perjawatan lain bila gred G,J saja yang dapat.macam mana dengan gred u 19,yang juga ada sijil......atau gred N dan W?

Kalau nak bagi,semua mesti dapat,jgn gred tertentu saja,melainkan mereka punya justifikasi yang solid ...

derita tak cukup cuti... berkata...

Selain fokus kepada soal gaji dan elaun,mohon selaraskan cuti PA kepada 30 hari....lantikan baru terutama kumpulan sokongan hanya dapat 20 hari cuti tahunan...sebenarnya jumlah tu tak cukup...tolonglah pertimbangkan.

minta selaras cuti tahunan sepertimana sebelum 2009.

Tanpa Nama berkata...

Tuan-tuan Kehormat Suruhanjaya Khas Kaji Transformasi Perkhidmatan Awam,

Dengan segala hormatnya, saya mencadangkan bahawa formula kiraan pencen perlu diselaraskan mengikut jumlah bulan yang sebenarnya dikhidmatkan oleh kakitangan kerajaan daripada hanya mengambil kira 60% gaji terakhir.

Contohnya, saya akan berkhidmat sebanyak 465 bulan (Januari 1978 hingga Oktober 2016). Dengan menggunakan formula kiraan pencen yang sedia ada, iaitu 1/600 X 465 bulan X RM6800 (contohnya Gaji terakhir), saya sepatutnya mendapat RM5269 pencen sebulan. Sebaliknya, jikalau berdasarkan 60% gaji terakhir, saya hanya memperoleh RM4080 pencen sebulan.

Rumusan : Kakitangan kerajaan haruslah dibayar pencen berdasarkan jumlah bulan perkhidmatan yang disumbangkan. Kakitangan kerajaan yang bertungkus lumus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada kerajaan begitu lama dan melebihi 30 tahun patutlah diberi ganjaran yang sepatutnya pada akhir perkhidmatan mereka. Pada hakikatnya, hal ini telah banyak kali dituntut oleh kakitangan kerajaan tetapi malangnya tidak berjaya. Moga-moga, tuan-tuan kehormat akan menghalusi hal ini memandangkan banyak kakitangan kerajaan yang memilih usia saraan 60 tahun dan seterusnya memberi perhatian yang sewajarnya dan meluluskan permintaan kami yang agak sensible / rasional.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas pertimbangan daripada tuan-tuan kehormat kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sepenuh kejujuran dan dedikasi kepada kerajaan dan orang awam.

Tanpa Nama berkata...

POORRAAHH..!! tak habis-habis dengan suruhanjaya khas, semua tue menghabiskan duit rakyat, yang untung org-org atasan, org bawahan mcm tue juga, gred pegawai atasan ikut timebased, 6-7 tahun, dah naik gred, org bawahan 15 tahun baru naik gred, pencen dulu jawabnye, ginilah kami bagi kau org 5-6 bulan jea, lepas tue kau org bye,byelah.. kami nak bagi peluang kat org lain pulak, asyik muka kau org jea..bossaann..!! blaahh lue beb..!!

Tanpa Nama berkata...

APABILA WUJUD SURUHANJAYA KHAS AKAN BERLAKU KEADILAN KEPADA PENJAWAT PENJAWAT AWAM YANG LAIN BUKAN GURU-GURU SAJA DAPAT KEISTIMEWAAN NAIK PANGKAT CEPAT,PENJAWAT AWAM LAIN IKUT KEKOSONGAN,GURU GURU BERBEZA,GRED GRED LAIN TERTINGGAL,SOALAN KAMI APA BEZA PENJAWAT AWAM DENGAN GURU GURU.
APABILA JATUH HARI GURU,TPM/MENTERI AKAN UMUM BERITA BAIK BAGI GURU GURU,JPA TAK UMUM BERITA BAIK UNTUK GRED GRED JAWATAN YANG LAIN APABILA BUDGET MAUPUN HARI PEKERJA.
LIHAT LHDN SENTIASA DAPAT BERITA BAIK,JABATAN LAIN BANTU LHDN DIA DAPAT NAMA,TEMPIAS UNTUK JABATAN TERSEBUT TIDAT DIPEROLEHI SEPERTI JPPH MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

JPA,SPA,PTD,PTN,KSN,KSU, ALLAH S.W.T MELAKNAT ORG-ORG YANG ZALIM..!!

Tanpa Nama berkata...

pencen mungkin dah sesuai 60% tapi bayaran saguhati tidak sesuai lagi guna formula 7.5% mungkin boleh dibayar 10% ke atas daripada jumlah tahun bekerja. Mohon dipertimbangankan oleh panel-panel suruhanjaya yang dilantik terutama Presiden Cuepac.

Mohd. Maulana berkata...

Tahniah kerana dah dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya. Cuba lihat juga kepada mereka yang berkelayakan. Kumpulan kakitangan yang memiliki Sarjana dan Ph.D seringkali tiada mendapat apa-apa yang istemewa. Untuk melahirkan generasi dan negara maju perlu ada mereka yang memiliki Sarjana dan Ph.D kerana mereka ini yang akan membuat kajian dan sebagainya. Tapi usaha yang kerajaan war-warkan seperti tidak sama apa yang dikata. Bayangkan TPM sendiri telah membuat dan mengesyorkan supaya diteliti pada mereka yang memiliki Ph.D tapi sampai sekarang ini mereka tidak diiktiraf sedangkan perbelanjaan untuk menaikkan taraf mereka ini dengan wang saku sendiri... Harap Pihak Suruhanjaya melihat dan mengambil perhatian pada mereka ini sebelum mereka lari kepada pihak lain

Tanpa Nama berkata...

Tuan Pengerusi dan panel-panel Suruhanjaya Khas Transformasi Perkhidmatan Awam,

Saya mendapati cadangan menyelaraskan bayaran pencen mengikut jumlah bulan yang disumbangkan oleh kakitangan kerajaan adalah adil. Adalah tidak munasabah kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 39 tahun dibayar kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang berkhidmat hanya 30 tahun. Ada kemungkinan besar, kakitangan kerajaan tersebut menyumbangkan masa, tenaga dan perkhidmatan mereka dalam menjalankan perniagaan sendiri ataupun dengan pihak swasta selepas berkhidmat selama 30 tahun. Mereka mungkin mendapat ganjaran yang lebih lumayan daripada kerja-kerja tersebut dan pada masa yang sama memperoleh kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang masih rela mengorbankan masa, tenaga dan juga kesihatan/nyawa untuk berkhidmat kepada kerajaan dan orang awam.

Di samping itu, peningkatan kadar pembayaran gratuiti untuk kakitangan kerajaan yang dicadangkan perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya memandangkan kos hidup semakin menjulang sangat tinggi dan juga kos menanggung pelajaran anak-anak di institusi tinggi yang amat tinggi dan menelan hampir kesemua gratuiti yang diterima oleh kakitangan kerajaan. Saya mendapati sesetengah kakitangan kerajaan yang sudah bersara masih bekerja semata-mata untuk membantu menjelaskan hutang bank yang dipinjamkan untuk menanggung perbelanjaan pelajaran anak-anak di universiti.

Moga-moga, kedua-dua hal iaitu kadar bayaran pencen dan kadar bayaran gratuiti kakitangan kerajaan diberi perhatian khas dan juga prioriti memandangkan kos hidup yang sangat tinggi pada masa sekarang dan masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wbt.
Tuan Pengerusi dan panel-panel Suruhanjaya Khas Transformasi Perkhidmatan Awam,

Saya mohon mencadang supaya diujudkan saluran khas bagi semua PA menyalurkan saranan/cadangan/ pebambahbaikan kpd Suruhanjaya ini.

Mohon diadakan sidang pertemuan bersemuka antara PA dgn Panel Suruhanjaya ini dlm waktu terdekat bagi tujuan ini.

Tanpa Nama berkata...

Pohon suruhanjaya kaji semula bayaran ganjaran pencen berdasar kepada jumlah bulan perkhidmatan dan bayaran pencen mengikut jumlah tahun perkhidmatan,bukan maksimun 30 tahun perkhidmatan seperti yang diamalkan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya PA lain melihat guru-guru mempunyai gaji dan peluang kenaikan pangkat yang amat baik. Inilah PA awam yang kurang pengetahuan tentang perkhidmatan Awam di Malaysia. Sebenarnya, dalam perkhidmatan Guru, hampir-hampir tiada kenaikan pangkat. Bila "Time base" diumumkan baru ada kenaikan sedikit, itupun tidak dilaksanaan sepenuhnya oleh kerajaan. DGA29 ke DGA32 dan DGA41 ke DGA44 sahaja yang agak rancak dilaksanakan, yang lain hampir2 auta...! Gaji guru juga bergantung kepada kululusan akademik. Sekarang hampir 75% guru2 memiliki Ijazah. PA lain harap jangan cemburu dengan guru2 kerana Jawatan GURU bukanlah semudah yang PA lain sangkakan.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan WAJIB segerakan "Pelaksanaan Tranformasi Perkhidmatan Awam" selewat-lewatnya sebelum PRU ke-13. PA Awam tidak mahu dipermainkan oleh Kerajaan omno. Janji omno, selagi belum dilaksanakan, % autanya 99.99%. Kalau kerajaan kata akan dilaksanakan selepas PRU ke-13, jangan mimpilah dapat UNDI PA. Kalau mahu UNDI PA DAN MAHU MENANG PRU KE-13, SILA LAKSANAKAN DENGAN SEGERA.

Tanpa Nama berkata...

Sila kaji semula skim gaji, gaji maksimum ikut SBPA, jangan ikut SSM

Tanpa Nama berkata...

ssm sekarang ni hanya sekadar interim je. elaun perumahan dan lain lain termasuk gaji mengikut gred seharus dikaji dan di tambah semula.

Tanpa Nama berkata...

Panel-panel Suruhanjaya Khas Kaji Transformasi Perkhidmatan Awam,

Saya mohon gaji maksimum perlu ditingkatkan ataupun diteruskan beberapa tangga lagi. Misalnya, saya dapati gaji saya berada di tangga maksimum statik selama 4 hingga 5 tahun sebelum berpeluang melonjak ke DG yang lebih tinggi. Saya mencadangkan gaji maksimum perlu diubahsuaikan sekurang-kurangnya dengan pemberian separuh daripada kenaikan tahunan biasa apabila gaji maksimum sampai ke sesuatu tangga daripada tiada kenaikan langsung. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kakitangan kerajaan yang menempuhi gaji maksimum statik untuk beberapa tahun sebelum naik ke DG yang lebih tinggi.

Saya juga cadangkan kakitangan kerajaan yang menempuhi gaji maksimum statik selama dua tahun diberi satu kenaikan, 4 tahun gaji maksimum statik diberi dua kenaikan dan seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Mohon diberi kadar gratuiti berlainan mengikut jumlah tahun yang dikhidmat oleh kakitangan kerajaan. Contohnya:

kurang 25 tahun - 8 %
25-30 tahun - 9 %
31-35 tahun - 10 %
melebihi 35 tahun - 11 %

Tanpa Nama berkata...

Gaji P&P,Guru,Polis sudah ok.Gaji mati pun dah tinggi.Senang naik pangkat bermakna macam naik gred juga.Jumlah gaji dan elaun naiknya banyak bukan sedikit.4 atau 5 tahun kerja ,JPA sudah kasi naik pangkat..naik gaji. Tapi bagi kumpulan sokongan rendah mcm aku ni byk tidak adilnnyer.Dulu aku kerja 20 tahun baru dapat naik pangkat kononnya kanan.Gaji naiknyer RM 60.00 saja.Haha nasib ler.Sekarang ni yg jawatan aku yg dikatakan kanan sudah 10 tahun..alahai.Kerja pun dah 30 tahun.Banyak kangkangannya JPA ni untuk naik pangkat setakuk lagi.Macam2 alasan yang jabatan kasi.Tak termasuk kes pilih kasih untuk naik pangkat.Tapi bukannya aku nak sangat pangkat ciput ni.Haha sial siot JPA & Jabatan aku.Aku percaya ramai lagi PA senier gred rendah mcm aku dari pelbagai jabatan atau agensi yang turut mengalaminya.Sebab kami bukan P&P,Cikgu,Askar dan Polis.PM Najib tolong pandang ler kami.Kerja 30 tahun,prestasi kerja cemerlang sudah statik mcm ni.Aku yakin sgt ramai PA mcm aku ini akan pangkah pembangkang PRU 13...

Tanpa Nama berkata...

saya pilih bersara pada umur 60 tahun kerana gaji maksimumnya tinggi semasa SBPA diperkenalkan hari itu. Apabila diumum SBPA batal, tiada peluang untuk p;lih semula umur persaraan. Maka adalah wajar gaji maksimum yang akan diumumkan nanti tidak boleh rendah daripada apa yang telah dijanjikan dalam SBPA. Kalau tidak, saya rasa macam ditipu

Tanpa Nama berkata...

haiiiiiiii....berapa lak lah gaji dan elaun kepada pegawai khas yg dilantik ni....jgn indah kabar dari rupa dahhhh leeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

aku keja di badan berkanun.
banyak perkara tak betul terjadi khususnya perkara kenaikan pangkat, temuduga, APC, etc.
Banyak pilih kasih./ kroni / proxy.

Cadang Suruhanjaya kaji URUSAN kenaikan pangkat/TEMUDUGA diurus oleh JPA !

badan berkanun cuma urus PA yg dilantik oleh JPA !

(Bhgn Sumber Manusia di Badan Berkanun - - Ramai yg bagi anak bini mereka MAKAN dgn SUMBER HARAM !)

Tanpa Nama berkata...

hapuskan nusi

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan WAJIB segerakan "Pelaksanaan Tranformasi Perkhidmatan Awam" selewat-lewatnya sebelum PRU ke-13. PA Awam tidak mahu dipermainkan oleh Kerajaan omno. Janji omno, selagi belum dilaksanakan, % autanya 99.99%. Kalau kerajaan kata akan dilaksanakan selepas PRU ke-13, jangan mimpilah dapat UNDI PA. Kalau mahu UNDI PA DAN MAHU MENANG PRU KE-13, SILA LAKSANAKAN DENGAN SEGERA.

Tanpa Nama berkata...

buatlah kajian secara strategik bukannya melihat kpd sokongan Politik , kajilah secara mendalam kenaikan pangkat , elaun2 yg sudah lama tidak disemak , dipermudahkan kenaikan Time Base , kakitgn sokongan yg ada kelayakan dipermudahkan KPSL serta penambahbaikan kenaikan pangkat ditempatkan didalam daerah yg sama.

Tanpa Nama berkata...

KGT kami kumpulan N17 wajib dinaikan kepada RM 115 setahun. KGT N22 wajib dinaikan kepada RM 150 setahun.

Tanpa Nama berkata...

KGT kami kumpulan N17 wajib dinaikan kepada RM 115 setahun. KGT N22 wajib dinaikan kepada RM 150 setahun.


ATAU


KGT kami kumpulan N17 wajib dinaikan kepada RM 130 setahun. KGT N22 wajib dinaikan kepada RM 150 setahun.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah semua PA merasa kenaikan pangkat secara Time Based, jangan dihadkan untuk guru je.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tunggu 6 bulan baru umum hasil cadangan....

Tanpa Nama berkata...

Guru dah dpt apa yg mereka pinta , dulu masa belum dpt melalak - lalak jaja hantar memo pada TPM . skrg masa dah dpt berilah peluang pada yg belum dpt sekurang2nya sokongan moral bukan membuta tuli kondem jawatan org lain , be profesional bro .

Tanpa Nama berkata...

Betul tu... Biar semua dpt merasa rezeki dimuka bumi ini , Rezeki dtg dari Allah bukan dari manusia yg hanya merencana . Jgn ada prinsip PA tercicir dari Keistimewaan dunia yg sepatutnya diterima.
Kesaksamaan & Keadilan itulan Krjaan yg diterima .

j27 cemerlang berkata...

sangat berharap j27 jadi kenyataan

Tanpa Nama berkata...

buatlah kajian secara strategik bukannya melihat kpd sokongan Politik , kajilah secara mendalam kenaikan pangkat , elaun2 yg sudah lama tidak disemak , dipermudahkan kenaikan Time Base , kakitgn sokongan yg ada kelayakan dipermudahkan KPSL serta penambahbaikan kenaikan pangkat ditempatkan didalam daerah yg sama.......buat secara menyuluruh,secara holostik....

padee berkata...

j27 semakin cerah mdpt hidayah

Tanpa Nama berkata...

Skim lain pun nak merasa jugak time based macam cikgu. Takkan cikgu jer ada time based

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa mereka2 yang berkelulusan SARJANA

Tanpa Nama berkata...

Tuan-tuan Kehormat Suruhanjaya Khas Kaji Transformasi Perkhidmatan Awam,

Dengan segala hormatnya, saya mencadangkan bahawa formula kiraan pencen perlu diselaraskan mengikut jumlah bulan yang sebenarnya dikhidmatkan oleh kakitangan kerajaan dan bukan 60% gaji terakhir.

Adalah tidak munasabah kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 39 tahun dibayar kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang berkhidmat hanya 30 tahun. Ada kemungkinan besar, kakitangan kerajaan tersebut menyumbangkan masa, tenaga dan perkhidmatan mereka dalam menjalankan perniagaan sendiri ataupun dengan pihak swasta selepas berkhidmat selama 30 tahun. Mereka mungkin mendapat ganjaran yang lebih lumayan daripada kerja-kerja tersebut dan pada masa yang sama memperoleh kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang masih rela mengorbankan masa, tenaga dan juga kesihatan/nyawa untuk berkhidmat kepada kerajaan dan orang awam.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Tuan-tuan Kehormat Suruhanjaya Khas Kaji Transformasi Perkhidmatan Awam,

Dengan segala hormatnya, saya mencadangkan bahawa formula kiraan pencen perlu diselaraskan mengikut jumlah bulan yang sebenarnya dikhidmatkan oleh kakitangan kerajaan dan bukan 60% gaji terakhir.

Adalah tidak munasabah kakitangan kerajaan yang berkhidmat selama 39 tahun dibayar kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang berkhidmat hanya 30 tahun. Ada kemungkinan besar, kakitangan kerajaan tersebut menyumbangkan masa, tenaga dan perkhidmatan mereka dalam menjalankan perniagaan sendiri ataupun dengan pihak swasta selepas berkhidmat selama 30 tahun. Mereka mungkin mendapat ganjaran yang lebih lumayan daripada kerja-kerja tersebut dan pada masa yang sama memperoleh kadar pencen yang sama dengan kakitangan kerajaan yang masih rela mengorbankan masa, tenaga dan juga kesihatan/nyawa untuk berkhidmat kepada kerajaan dan orang awam.

Rabu, Jun 06, 2012 2:04:00 PM

----------------------------------
Kalau jadi YB ke menteri ke PM ke atau pemimpin rakyat seumur hidup sekalipun. Pencen yg diterima hanyalah 50% dari gaji pokok. Penjawat awam sememangnya amat beruntung dapat 60%. Itupun masih mengeluh.

Gaji pokok ADUN misalnya bukanlah tinggi sgt pun. Cuma 3-4K je sebulan. Bermakna hanya 1.5K je sebulan walaupun tanggungjawab besar memimpin negara.
Gaji pegawai kerajaan sekarang tinggi2. Guru besar/pengetua misalnya mempunyai pencen xkrg 3-4K sebulan.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mane nak bagi...da nak pokai ni...tunggu le aku naik baru ku tunai berpringkat la....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...so kita tunggu PR13...ini la jawabnya kalo seringkali buat helahhhhh

Tanpa Nama berkata...

Skim lain pun nak merasa jugak time based macam cikgu. Takkan cikgu jer ada time based

=====================================
UNTUK MAKLUMAN TUAN,

SEBENARNYA TIME BASED TELAH DIPRAKTIKKAN KEPADA SEMUA JAWATAN,CUMA......UTK JAWATAN LAIN LAMBAT ATAU MUNGKIN TAK SEMPAT SEBAB PA BOLEH PENCEN DULU.LAGIPUN,JIKA ANDA TIDAK TERPILIH UTK KUP.ITU BERMAKNA PRESTASI ANDA TAK BAGUS....

SILA SALAHKAN DIRI SENDIRI,PELUANG TERBUKA LUAS KEPADA KAKITANGAN AWAM YANG CEKAP DAN BERSEMANGAT TINGGI.

Tanpa Nama berkata...

Tu lah Guru dah dpt kondem jawatan orang lain , dulu masa belum dpt melalak hantar memo kat TPM mintak keistimewaan pada golongan Cikgu .
Biarlah sama2 dpt merasai keistimewaan dunia yg hanya sementara ini . Jgn jadi 'Self Fish' .

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul nak transform, semak la mileage claim, elaun makan, elaun harian, lojing dan yang seangkatan dengannya... Ni RM100 untuk gred sokongan dan 160 untuk gred 41....hotel seri malaysia pun tak lepas bai, yang cukup tu rumah tumpangan putra kat sebelah the mall. Jom la la la la. Pastu check la skim skim yang terlepas pandang semasa penambahbaikan SSM. Kasihan depa.

Tanpa Nama berkata...

Hang pa sume2 ni tamak2 belake....si atan tumpang gembira...dlm kbr baru gabra...tungguuu jak..

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27
j17 ke j27

Tanpa Nama berkata...

Salam.... salam sejahtera.cadangan untuk menaikkan taraf penjawat awam sokongan yang terpinggir seperti PENGHANTAR NOTIS walaupun rata rata penjawat jawatan ini bukanlah berkelayakan tinggi tetapi kami juga perlu memohon atau mengambil peperiksaan dari jawatan PAR/PAP untuk dinaikkan ke jawatan ini dan lebih mengecewakan lagi apabila ada sesetengah pihak yang mengatakan jawatan ini telah JUMUD. Setelah melihat pekeliling jawatan sokongan dari 1 hingga 17 cuma jawatan PENGHANTAR NOTIS sahaja yang belum di naiktarafkan. Kami memohon agar pihak SURUHANJAYA KHAS TRANFOMASI PENJAWAT AWAM agar menaikkan taraf jawatan PENGHANTAR NOTIS ke PEMBANTU PENGUATKUASA (NOTIS)dan ditempatkan di UNIT TEKNIKAL, ini kerana jawatan tersebut sangat penting bagi melicinkan penghantaran notis/surat ke premis/kediaman /organisasi /orang awam dengan telus di samping dapat mempertingkatkan lagi hasil negara. di harap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini sedalam dalamnya demi memperbaiki prestasi penjawat awam rendah seperti kami... sekian diucapkan ribuan terima kasih ...

Tanpa Nama berkata...

mohon agar tun zaki dapat memberi ruang kepada kakitangan kontrak di Dewan bandaraya kuala lumpir dapat ditetapkan dan hapuskan segala kronismeyang ada. bantulah kebajukab kamu dab anak anak kami

Tanpa Nama berkata...

moga2 tun dapat mempertimbangkan kami odeli2 dinaikan ke gred lebih baik ....