SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Jun 2012

PETUGAS GRED DS41 MAHU LANJUT PENGAJIAN

Berita Harian
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/06/04

KPT wajar perkenal skim khas untuk kakitangan lulusan SPM di universiti

MUNGKIN mustahil bagi guru lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diploma mendidik pelajar yang mengikuti program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), namun tanpa disedari isu berkenaan wujud di negara ini.Ramai staf di bawah Gred DG41 di universiti menjadi tulang belakang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pembantu makmal atau penolong pegawai untuk membantu pensyarah dan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) hanya berkelulusan SPM dan diploma.Seorang kakitangan KPT yang enggan namanya disiarkan berkata, biarpun ia isu terpencil namun keadaan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mendiskriminasi golongan berjawatan rendah sekali gus menjejaskan sektor pengajian tinggi negara.

Sehubungan itu katanya, penjawat jawatan terbabit diberi peluang menyambung pengajian untuk meningkatkan akademik, jawatan dan kerjaya mereka sama seperti program pensiswazahan guru diamalkan Kementerian Pelajaran sebagai justifikasi melahirkan guru siswazah. Beliau berkata, mereka bukan mempersoalkan guru sekolah yang berjasa mendidik murid asas membaca, menulis dan mengira, namun ramai yang terlupa kakitangan rendah di IPTA ialah tulang belakang melahirkan insan berpendidikan tinggi bergelar doktor, prof dan jurutera.

Katanya, untuk membela penjawat awam terbabit, kerajaan menerusi KPT hendaklah memperkenalkan satu skim untuk staf bawahan universiti menyambung pengajian yang bersesuaian dengan jawatan mereka untuk memajukan kerjaya sejajar wawasan kerajaan melahirkan lebih ramai warga pendidik berkelayakan. "Kementerian perlu melihat perkara ini sebagai satu keperluan segera memerlukan satu dasar baru bagi menjaga kebajikan kakitangannya terutama membabitkan golongan yang menjadi tonggak kepada kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya, dgn kelayakan SPM yg sedia ada mereka telah pun berperanan membantu Pensyarah dan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.
Tidak perlu satu skim utk mereka ini menyambung pengajian di Universiti kerana mereka sebenarnya berada di UNIVERSITI & sedang melaksanakan P&P kpd pelajar undergrad & postgrad.

Pengiktirafan perlu diberi kpd mereka dlm bentuk ELAUN !

Bila dah berijazah mereka tak akan buat kerja sptmana yg mereka buat kerja itu skrg. Skim jawatan merubah Senarai Tugas ..

bagi saya, elemen-elemen berikut perlu diberi perhatian :
1).Jumlah pelajar yg terlibat. 2).jumlah Pensyarah yg berkaitan dgn pelajar berkenaan
3).jumlah masa P&P kpd Pensyarah
4).jumlah masa P&P kpd pelajar
Semua elemen diatas PERLU diambilkira sebagai MERIT utk kenaikan pangkat dan ELAUN.

Tanpa Nama berkata...

Berilah peluang Kpd Kakitangan Awam Yg mempunyai Kelayakan yg diiktiraf untuk naik skim peringkat tinggi / laluan Kenaikan pangkat dgn mudah / KPSL .
Perjuangan untuk menyeluruh & bukannya hanya sekadar Sekumpulan jawatan untuk menarik perhatian sokongan.
Keadilan utk Semua Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

SEBELUM NI BELAJAR TERPAKSA BERHENTI SEBAB DAPAT PELUANG KERJA..DAN DAH EMPAT TAHUN AKU KERJA..AKU MOHON BELAJAR..DAN TELAH MENDAPAT TAWARAN BELAJAR KPT POLITEKNIK KEMASUKAN 2012/2013 MELALUI UPU...COURSE DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)SEPENUH MASA...TETAPI SYARAT AKU NAK BELAJAR TIDAK MELEPASI UNTUK CUTI BELAJAR..AKU MOHON BELAJAR PUN SEBAB AKU NAK TINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN...AKU RASA HAMPA SANGAT GPUN BUKAN SENANG NAK MOHON..NANTI MAKIN LAMA MAKIN TUA..KALAU AKU AMIK PJJ LAMER GILER NAK ABIS...ADOI YAI..

Tanpa Nama berkata...

Sy berpendapat, berilah peluang kpd kakitgn bwhan smbung belajar. di tmpt keje sy hanya cikgu2 berpeluang sambung belajar sedangkan AKS juga SPM lebih hebat dr cikgu. cuma tak dapat peluang je sambung belajar. sekarang juga dah ramai AKS yg ada degree. berilah peluang utk kami AKS sambung belajar ke peringkat sarjana dengan tajaan seperti guru.

Jebat berkata...

NGENGADALAH KORANG NI. MACAM LAH DENGAN MASTER TU MENTALITI KORANG BERUBAH.DAH ADA MASTER NANTI PAKSA KERAJAAN NAIKKAN GAJI DAN GRED PULAK. ITU JER LA KEJE KORANG SAMPAI MAMPUS!

Tanpa Nama berkata...

kakitangan bukan skim "D" ramai yang sambung belajar ketika dalam perkhidmatan, guna duit sendiri lagi. bila dah grad, ada kelulusan lagi tinggi, jaminan kerjaya langsung tak ada. panggilan temuduga pun banyak memihak kepada fresh grad.

yang skim "D" pulak seperti anak emas, sambung belajar guna duit KPM, lepas grad ada jaminan naik ke gred lagi tinggi.

pigidah!

Tanpa Nama berkata...

Diharap pihak yang berkenaan
Dapat memberi Khusus Khas dua kali setahun untuk para AKS berhasrat menlanjukan pelajaran agar semua Aks dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada Rakyar dan Memberi imej yang baik kepada Kerajaan.Di harap Pihak berwajib boleh mengadakan kerjasama dengan Pihak Kolej-kolej & IPTA & IPTS seperti program (PJJ)kepada Guru-Guru,dan menawarkan Pinjaman bagi yang layak.
Dari warga Perihatin