SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Jun 2012

MOHON KESATUAN GABUNGAN CUEPACS HADIR KEMPEN SKUAD PENGGUNA PADA 3 JUN 2012 DI TESCO SEMENYIH SELANGOR

Media Cuepacs
1/6/2012



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Datuk/Y. Bhg.
Dato'/Datin/Tuan/Puan,  
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  
   
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan akan menganjurkan Majlis Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2012 (BPK2012) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:    
 


Tarikh      : 1 - 3 Jun 2012 (Jumaat - Ahad)   
Masa       : 10 pagi - 10 malam    
Tempat   : Perkarangan Tesco Semenyih, Selangor.   




3. BPK2012 adalah acara tahunan KPDNKK yang disambut bagi menghargai
pengguna, meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kesedaran pengguna melalui pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Antaranya:

* Pameran Kepenggunaan  
* Pertandingan Dekorasi Buah-buahan Segar  
* Pertandingan Bercerita Kepenggunaan Kanak-kanak (Cerita Pengguna Cilik)    * Kuiz Pengguna  
* Pertandingan Consumer Hunt  
* Taklimat Keselamatan Topi Keledar dan Tali Keledar  
* Pertandingan Masakan Menu Sihat Peringkat Kebangsaan  
* Sketsa Kepenggunaan  
* Taklimat Keselamatan Tayar  
* Bengkel Keselamatan Jalan Raya bersama Wazi Abdul Hamid  
* Forum Perdana Kepenggunaan Islam (Tajuk: Berkat atau Berkarat) ahli panel
  terdiri dari Dr. Rubiah, Ustaz Amri, Ustaz Fauzi (RTM), Moderator Saudara
  Amin TV Al-Hijrah  
* Jelajah Berbasikal Kepenggunaan  
* Pertandingan Bola Sepak (5 sebelah)  
* Interaktif Pelajar bersama Angakasawan Negara (Pertandingan GeoCaching,
  Pencerapan matahari dan bulan)  
* Aktiviti Go Green, Demo membina helikopter daripada bahan-bahan terbuang  
* Pertandingan Mewarna Kanak-kanak  
* Taklimat Keselamatan Mainan Kanak-kanak  
* Malam Simfoni Pengguna (konsert bersama artis-artis terkenal antaranya
   Ramli Sarip, Nassier Wahab, Farhan, Bob, Erol (AF9), Lina (AF9) dan ramai  
   lagi  
* Motorshow  
* Pertandingan Paintball  
* Magika Pengguna  
* Cabutan hadiah untuk pengunjung bertuah
 
4.    
Bersama-sama ini dilampirkan poster BPK2012 untuk rujukan. Sehubungan
itu mohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk menwar-warkan perkara ini kepada semua warga di kementerian, jabatan dan agensi YBhg.
Datuk/Dato'/Tuan/Puan.  

5. Kerjasama dan perhatian dari YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan didahului dengan
ucapan terima kasih.   
   

Sekian.  

"KUASA PENGGUNA: 1 PENGGUNA 1 SUARA"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

ZALINAH MOHD YUSOF
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Seksyen Pembangunan Gerakan Kepenggunaan (G)
Bahagian Gerakan Kepenggunaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Tel: 03-8882 5975
Faks: 03-8882 5983
Email: zalinah@kpdnkk.gov.my
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
FORUM KEPENGGUNAAN ISLAM SEMPENA BULAN PENGGUNA KEBANGSAAN 2012

TAJUK FORUM: BERKAT ATAU BERKARAT

TARIKH: 1 JUN 2012

MASA: 9.00 MALAM

TEMPAT: PERKARANGAN TESCO SEMENYIH


Y.BHG. USTAZ FAUZI BIN MUSTAFA

Y.BHG. DR RUBIAH K. HAMZAH
Y.BHG. USTAZ MOHD AMRI BIN ABDULLAH

SAUDARA AMIN BIN IDRIS

_________________________________________________________________________________





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh dapat cuti ganti ko?
penat nak datang kalau tak dapat cuti ganti,

sabtu dan ahad tu je lah nak rehat,kalau ada program mcm ni....tak boleh la rehat,

isnin kena ambil cuti lagi....

Tanpa Nama berkata...

Ini strategi cuepacs, di mana pengguna boleh membandingkan harga barangan di antara TESCO dan KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA, jawapannye semua barangan di TESCO lebih berkali ganda murah berbanding dengan KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA, di TESCO terlalu banyak pilihan berbanding kedai rakyat 1 malaysia..sebabya kami pernah membeli-belah di kedua-dua tempat tersebut, hasilnye TESCO mendapat sambutan ramai pengguna.. mcmana di katakan "rakyat didahulukan".. PRU-13 nie penentunya..

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs nak bagi elaun kehadiran kpd semua ahli kesatuan yg hadir?

Cuepacs dapat Grant Kerajaan RM4 juta setahun, boleh ler kongsi sikit-sikit untuk ahli.

Jangan lupa kami menyumbang 35% dpd bayaran ahli Kesatuan kepada Cuepacs Pusat sebagai YURAN gabongan !