SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Jun 2012

ORANG RAMAI DIMINTA KEMUKA TEGURAN DAN CADANGAN TAMBAHAN BAIK MUTU PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
Oleh Nurulhuda Che Das dan S Chandravathani
22/6/2012




KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam Jumaat meminta orang ramai mengemukakan teguran dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam.Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata cadangan atau teguran itu bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, selain memperkasa modal insan perkhidmatan awam yang responsif kepada kehendak pelanggan."Kalau orang awam tidak berpuas hati dengan cara perkhidmatan awam, jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian diuruskan dan dijalankan, mereka boleh membuat cadangan kepada suruhanjaya.

"Suruhanjaya sekarang memerlukan teguran daripada tiap-tiap individu untuk menambah baik perkhidmatan awam, contohnya daripada seseorang yang pergi hospital kerajaan kena tunggu tiga hingga empat jam untuk berjumpa doktor, lepas tu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk dapat ubat, seharian dia di hospital," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini JumaatTurut hadir Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam.Zaki berkata orang ramai boleh mengemukakan segala cadangan dan pandangan melalui e-mail sekretariat.skmtpa@jpa.gov.my, zaki.skmtpa@jpa.gov.my atau melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa.

Zaki, yang juga bekas Ketua Hakim Negara, berkata setiap aduan dan teguran yang diterima akan dimajukan kepadanya dan beliau sendiri akan meneliti dan menjawabnya.Beliau berpendapat masalah kelewatan dalam urusan perkhidmatan awam boleh diperbaiki atau dikurangkan sekiranya penyampaian perkhidmatan lebih efisien.Sehingga semalam, suruhanjaya berkenaan menerima sebanyak 751 aduan yang 99 peratus dibuat oleh penjawat awam mengenai isu gaji tidak mencukupi dan kenaikan pangkat, katanya.

"Masalah yang kita hadapi sekarang ialah banyak orang salah faham, mereka ini membuat aduan bahawa gaji tidak cukup, tak dapat naik pangkat. Gaji penting dalam perkhidmatan tetapi sasaran utama kita ialah menambah baik kualiti perkhidmatan awam."Kalau kita memperbaiki 'efficiency' kita mungkin boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mungkin (kerajaan) tidak perlu menambah kakitangan," katanya.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan membuat cadangan penambahbaikan berdasarkan segala pandangan dan teguran yang dikumpul dalam tempoh enam bulan dari Jun hingga Disember ini, yang akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya."Sama ada kerajaan mahu terima atau tidak (cadangan suruhanjaya), itu terpulang kepada kerajaan," katanya.

Suruhanjaya itu juga merancang untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara bagi memudahkan orang ramai mengemukakan cadangan mereka, katanya yang turut mencadangkan motto "Cepat dan Tepat" dalam urusan perkhidmatan awam."Dua perkataan itu seharusnya menggambarkan segala-galanya dalam perkhidmatan awam," katanya.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

Selain Zaki dan Ismail, suruhanjaya itu mempunyai lima anggota iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.



-- BERNAMA

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahit

Tanpa Nama berkata...

Saya Berharap ada kenaikan elaun ITKA dan Perumahan untuk kakitangan sokongan apabila naik gred atau pangkat seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam gred 41 yang akan mendapat faedah kenaikan elaun setiap kali mendapat kenaikan pangkat dan gred..

Tanpa Nama berkata...

Saya Berharap ada kenaikan elaun ITKA dan Perumahan untuk kakitangan sokongan apabila naik gred atau pangkat seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam gred 41 yang akan mendapat faedah kenaikan elaun setiap kali mendapat kenaikan pangkat dan gred..Semoga penantian ini akan berakhir

Tanpa Nama berkata...

jawatankuasa ini nak buat roadshow utk dengar cadangan/aduan dpd rakyat?
bila?
harap adapat disegerakan.

Tanpa Nama berkata...

Berapa ribuan duit rakyat dibayar utk penubuhan suruhanjaya tersebut dan pembayaran kepada ahli jawatankuasa itu.? PA 1.4 juta telah menjalankan tugas mereka dgn cermerlang sekali.. Ini satu pembaziran yg jelas, kami memprotes sekeras-kerasnya.. PRU-13akan terjawab nanti..

Tanpa Nama berkata...

apa yg suruhajaya khas dah buat

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju jika pihak hospital dapat tambah baik mutu perkhidmatan. Contohnya pada tahun 2009, saya telah dirujuk di hospital likas Sabah kerana ada sedikit komplikasi mengandung dan temujanji dengan doktor pula ialah jam 11am. Bayangkan saya terpaksa menunggu berjam2 dan sehingga jam 3 pun saya belum dipanggil. Saya juga bekerja sebagai penjawat awam dan sukar ambil cuti kerana memangku pada masa itu. Terus terang, saya terus jumpa dr dan batalkan temu janji pada masa tu kerana tidak tahan menunggu terlalu lama. Saya diberitahu pada masa itu hanya 1 dr bertugas masa itu kerana yg lain ada meeting dan telah dimarah oleh jururawat. Saya rasa amat tiada harga diri sebab saya seorang penjawat awam dan memegang jawatan tinggi telah ditegur pula oleh jururawat sedangkan saya pun kejar masa untuk tugas sendiri. Bukan nak memburuk2kan pihak hospital likas atau mana2 hospital tetapi mutu perkhidmatan mereka ni adalah 'low class' dan perlu diperbaiki. Mungkin perkara ni dah lama tetapi saya ada bukti pernah terima rawatan di sana dan ada rekod perubatan di sana. Dari dulu sehingga sekarang menurut rakan2 yg telah dirujuk di sana, mutu perkhidmatan masih low class!

Tanpa Nama berkata...

kalau kau pegawai tinggi kerajaan pergi pakarlah, kejadahnya kau pergi hospital tue, hospital tue utk org papa-kedana jea, taik hidung masinlah kau nie..berlagak lebih.. kau tau tak doktor kerajaan sekarang semakin berkurangan dlm negara nie, ramai cabut pergi pakar swasta luar dan dalam negara, gaji bulanan puluhan ribu, kat kerajaan gaji ciput, kerenah banyak pulak tue, betul-betul mangkuk-hayun kau nie, ada faham.. kecoh betul mamat kerajaan.. org kampung tak kecoh mcm kau nie..

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2012 naik gaji dan cola, diharapkan tahun 2013 ditambah elaun tetap ITKA Dan ITP

Tanpa Nama berkata...

kembalikan jumlah cuti tahunan seperti sebelum 2009.Untuk dapat cuti sabtu ahad kami tambah masa kerja.kalau dulu balik kerja pukul
4 30 ptg,sekarang 5 ptg.

Kembalikan jumlah cuti tahunan 30 hari.

tolonglah.....

Tanpa Nama berkata...

Saya Berharap ada kenaikan elaun ITKA dan Perumahan untuk kakitangan sokongan apabila naik gred atau pangkat seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam gred 41 yang akan mendapat faedah kenaikan elaun setiap kali mendapat kenaikan pangkat dan gred..Semoga penantian ini akan berakhir

Tanpa Nama berkata...

kembalikan jumlah cuti tahunan seperti sebelum 2009.Untuk dapat cuti sabtu ahad kami tambah masa kerja.kalau dulu balik kerja pukul
4 30 ptg,sekarang 5 ptg.

Kembalikan jumlah cuti tahunan 30 hari.

===================================setuju!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, Jun 25, 2012 12:17:00 P

Tanpa Nama berkata...

minta RM/km - tuntutan perbatuan dikaji..sy claim RM0.45/km...mn cukup untuk tmpung kos...dh la dlm bandar asyik jammed je...Km xjln2...tp minyk berjln...tlg semak ye..

J17 berkata...

Dekat2 pilihanraya ni, macam2 janji depa tabur
Lepas pilihan raya, habuk pun tarak

daripada beli tayar teksi, kan ke baik naikkan elaun KA

j17 berkata...

isu juruteknik yg dinaikn gred smasa SBPA blom selesai lagi..ape kes???aku da bosan dgn cuepacs ni...ombak hijau putrajaya...

Tanpa Nama berkata...

elaun rumah spptnya sma xkira gred...elaun lain xpela ikut gred...bodoh kerajaan..rumah yg nk disewa x ikut gred..

Tanpa Nama berkata...

Saya Berharap ada kenaikan elaun ITKA dan Perumahan untuk kakitangan sokongan apabila naik gred atau pangkat seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam gred 41 yang akan mendapat faedah kenaikan elaun setiap kali dapat kenaikan pangkat dan gred..Semoga penantian ini akan berakhir

Tanpa Nama berkata...

Tiada guna lulus Peperiksaan Khas Memasuki Skim Pegawai Tadbir Gred N41 bagi PPT N32 sedangkan JPA terus wujudkan peperiksaan tersebut sekali setahun. Takkanlah disebabkan PTD, tiada terus diwujudkan jawatan Pegawai Tadbir N41 Gunasama Persekutuan. Minta kaji betul-betul peluang utk PPT N32 yang layak menikmatinya.

Tanpa Nama berkata...

Minta suruhanjaya kaji semula Elaun Perumahan Wilayah di Sarawak kerana kadar sewa rumah tidak seperti tahun 90an lagi. Rumah tidak sebesar mana untuk keluarga yang besar tapi kadar sewa mencecah RM600 sebulan. Tolong lah...

Tanpa Nama berkata...

Minta JPA jangan melengah-lengahkan proses pertukaran pegawai yang telah mendapat lampu hijau dari Ketua Jabatan masing-masing dengan sokongan ' pengganti kemudian'dan tak perlu menunggu begitu lama untuk mengadakan mesyuarat pertukaran nanti akan menjejaskan prestasi pegawai berkenaan. Perbaiki Sistem Penyampaian Perkhidmatan.

Tanpa Nama berkata...

...yang dengan "pengganti serentak" pun patutnya jangan diambil serius oleh JPA. tukarkan saja. ada sebabnya kenapa pemohon memohon untuk bertukar, tak kira la samada ketua jabatan menyokong dengan "tanpa pengganti" atau "dengan pengganti". ini kerana pemohon ingin segera keluar dari jabatan tersebut disebabkan pelbagai faktor, samada positif atau negatif. sebarang kelewatan menukarkan kakitangan yang dengan secara sukarela memohon bertukar akan menyebabkan kakitangan tersebut bertukar menjadi JUMUD.

jangan asyik segerakan pertukaran mereka yang ditukarkan 24jam, tapi buat endah tak endah terhadap mereka yang secara sukarela memohon pertukaran

sila rujuk saranan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 3 tahun 2004.

Tanpa Nama berkata...

JAWATAN KOSONG KERAJAAN JOHOR
Rakyat Negeri Johor Darul Takzim dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut:
1.SKIM PERKHIDMATAN
:PEGAWAI TADBIR
KLASIFIKASI
:PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN
:PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN :KONTRAK
JADUAL GAJI/GRED :N41
CARA-CARA MEMOHON :
1.Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal SPAJ.01 yang boleh di isi dan cetak daripada portal rasmi SPAJ http://spaj.johordt.gov.my
2.Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN FOTOSTAT Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan profesional atau Kumpulan B – Kumpulan Pelaksana) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Permohonan yang tidak mematuhi syarat sepertimana yang di atas, tidak akan diterima dan ditolak).
3.Calon-calon dikehendaki melengkapkan Borang Status Kesihatan dan Persetujuan (Lampiran A) dan hendaklah dibawa bersama ketika menghadiri Ujian Kecergasan.
4.Ijazah yang digunakan dalam permohonan ini perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp dan melampirkannya bersama borang permohonan.
5.Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.
6.Hanya calon-calon yang melepasi Ujian Kecergasan sahaja akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki skim jawatan Pegawai Tadbir. PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor Darul Ta’zim. Sebelum atau pada 13 Julai 2012 QR CODE SPAJ

Tanpa Nama berkata...

Ketelusan, komposisi kaum yang seimbang pada semua jabatan harus dititikberatkan dalam PA. Contohnya: Di semenanjung, kaum melayu yang ramai maka ramailah mereka yang dilantik dan situasi ini harus berlaku di Sabah dan sarawak. Kalau isu ini tidak diendahkan maka konsep 1malaysia tidak membawa erti yg banyak. Kita tidak mahu mendengar alasan yang sama diulang setiap kali isu kekurangan kaum bukan melayu dalam PA. Jawapan sebenarnya yang menjadi punca kaum bukan melayu kurang menyertai PA adalah kerana peluang amat tipis untuk berjaya dilantik dan peluang naik pangkat sukar diperoleh kerana keutamaan diberi kepada kaum melayu. Saya rasa dengan komposisi kaum yang agak seimbang tentu dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih komited di samping mengeratkan lagi perpaduan kaum.

Saya mahu perubahan berkata...

Mohon kaji semula kenaikan gaji semua KA, terutama sekali yang tiada kemahiran langsung. Bayangkan seorang guru kanan sekolah tidak fasih bercakap bahasa Inggeris. Seorang pegawai tinggi JKR yang tidak tahu membuat kiraan asas konkrit. Seorang pegawai kanan ICT yang tidak mahir membuat network connection. Dan masih banyak lagi....
Cuba kalian renung seketika sekiranya mereka ini berkhidmat di swasta seperti kami adakah mereka akan dinaikkan pangkat? Tidak...
Habis dengan cara apa KA dapat kenaikan pangkat walaupun tiada kemahiran basic pun...
Kemana halatuju negara jika KA yang merupakan tulang belakang pentadbiran negara terdiri dari orang yang kurang kemahiran..
Saya tak komen semua KA, saya pernah berjumpa dengan KA yang sangat rajin dan pandai dalam tugasan mereka tetapi mereka ini adalah KA yang berada di gred bawah atau permulaan. Ada yang diberikan kenaikan pangkat semasa menghampiri umur pencen. Mohon mengkaji semula kaedah kenaikan pangkat KA dan beri peluang kepada mereka yang mahir, rajin dan berkebolehan.
Sekian Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Jangan nak wat cerita lawak wahai saya mahu perubahan berkata....bro memang ada guru kanan kurang fasih bahasa inggeris kerana itu bukan opsyen dia.. Guru tu mungkin pakar dalam opsyen Matematik..mungkin bahasa malaysia..Atau apa apa opsyen dia..
Fasih bahasa inggeris bukan tiket untuk guru naik pangkat..Ini Negara MALAYSIA BRO Bukan England..
awak sendiri pun kalau naik pangkat bukan tahu keseluruhan dalam organisasi syarikat yg awak kerja..awak hanya tahu dalam lingkungan skop kerja awak sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Dr Ali..kaji semula Gred Juruteknik J17 untuk di naikkan ke Gred J27-J36 sepertimana dalan SBPA yang di mansuhkan.Semak semula Pekeliling Bil 4 tahun 2002 untuk kenaikan Gred berdasarkan kepada kelulusan Sijil Politeknik setaraf STPM.

Tanpa Nama berkata...

cikgu, kami sokong kau org 100%, bukan naik pangkat kerana bahasa inggeris, mangkuk-hayun beul bro tue, kami agak dia nie bekas org peninggalan penjajah british..

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa sebab utama kaum bukan Melayu kurang berminta untuk menyertai sektor perkhidmatan awam ialah gaji.

Memang tidak dinafikan gaji permulaan (sekitar RM3200) untuk pegawai baru adalah cukup tinggi dan setimpal dengan gaji sektor swasta.

Bagaimanapun, gaji maksimum apabila mencapai tahap tertinggi gred prinsipal 54 (sekitar RM 11000) adalah dianggap rendah kalau ditimbang dari segi pengalaman dan kepakaran. Para profesional di sektor swasta pada peringkat ini lazimnya boleh terima lebih daripada RM 15000.

Lagi pun, bukan semua pegawai boleh mencapai tahap JUSA.

Tanpa Nama berkata...

KSN harap siasat pegawai atasan yang merosakan nama kerajaan BN yang menyokong pembangkan dan rasuah di mana ada yang melaporkan rasuah di tukarkan dengan kuasa perasuah di lindungi oleh parti politik yang menjejaskan transformasi penjawat awam cek KSU2 kementerian terutama kementerian Pengajian Tinggi di mana perasuah pula di naikan pangkat.. siasat KSN pekara ini..

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat.....jangan cakap banyak...tindakan yang penting, perlaksanaan....mana yang lapok buang tukar baru yg lebih relevan....cadangan perlaksanaan satu dasar haruslah di buat dari bawa , mengambil pandangan semua yg terlibat agar semua yang berkepentingan mendapat manfaat....

1).terutama soal gred( kalau ada kakitangan mempunyai sijil atau izazah tapi berada dalam kedudukan tidak sesuai contoh dia N17 tapi ada izazah kerajaan harus ada satu skim yang memberi elaun kepada penjawat2 awam yang begini terutama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, beri mereka elaun khas pendidikan saya percaya semua kakitangan akan meneruskan pengajian mereka kerana ada sesuatu yang di kejar, keistimewaan(anak emas) dalam bahagian Pendidikan amat mejengkelkan dan menghampakan sektor Awam yang lain seolah olah mereka saja yang menyumbangkan pembangunan Negara sedangkan Banyak Sektor Awam yg sama pentingnya dalam pembangunan Negara di anak tirikan ),
2) kenaikan pangkat( Ini amat penting jgn pentingkan Guru, Polis Tentera yang amat di jaga kebajikan mereka... bagi cara kenaikan PANGKAT yang adil mengikut Pelajaran dan Pengalaman Kerja, dan memberi peluang kepada setiap kakitangan untuk maju kehadapan).Ubah KUP kenapa mesti sektor awam tunggu 15 tahun baru KUP sedang polis 5 tahun, Guru2 8 tahun ini menunjukkan ketidakadilan kalau boleh bagi sama rata atau buat mekanisma tidak naik pangkat tidak apa bagi anjakan GAJI saja ikut tahun pengalaman.

3)gaji hendak di beri seimbang bukan hanya Golongan atasan yang menikmati kemudahan & semua wang rakyat( sekira Pegawai Tinggi dapat reload tel RM200.00 gred R1 juga mesti mendapat kemudahan seperti itu hendaklah di beri RM10.00 ikut gred).

4) cuti, ika, cola( kenapa sabah & Serawak tiada elaun ini),

5) Elaun Perumahan yang tidak seimbang dengan peredaran masa(dmana harga barang makin naik semua perbelanjaan meningkat) saya rasa tiada rumah yang sewa RM180.00 di Sabah & Serawak.Harga rumah yang melambung tinggi, sedang 1.4 juta kakitangan awam hampir semua di gred rendah atau sederhana.

6)Umur persaraan...umur 60 tahun sangat mengecewakan di Malaysia kakitangan awam yang sudah berumur 50 tahun keatas kebanyakan tiada lagi semangat kerja banyak masalah dan banyak lagi, ini menidakkan peluang yang muda bagi mengantikan tempat.

7)Presiden Kopek , suara kopek amat kuat dan di dengar hingga k e PUtera Jaya teruskan usaha anda....tapi kalau dapat jangan pukul gendang, gong atau kompang terlebih2 tapi apa pun tiada.Jangan cakap banyak yang penting setiap perjuangan hendak lah di buat hingga selesai ini cakap mau buat itu, mau buat ini tahun depan lain, lepas itu cakap yang sama di cerita 3 tahun lalu di ulang2....bosan lah.

Saya mengharap sangat KSN baru ini dapat meberi anjakan pradigma membuat transfomasi baru sesuai dengan keadaan semasa.

Wsl.

Bukan Anak Emas

Tanpa Nama berkata...

GANTI KERAJAAN BN PRU13, BN PUN RASUAH BAGAIMANA PERKHIDMATAN AWAM NAK BETUL, BAPA BOREK ANAK RINTIK....

Tanpa Nama berkata...

singkirkan ismail adam dari ahli suruhanjaya. ini parasit yang bertanggungjawab membuat sbpa yang tunggang langgang. sudahnya blah macam tu saja.

abu bakar yang menjadi mangsa.

suruhanjaya takkan berjaya mentransformasikan perkhidmatan awam kalau didalamnya masih ada parasit dan virus.

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya ni patut semak semua skim jgn hanya tumpu ptd saja. Skim lain pun buat kerja juga. Aku ppt agak merasa hampa dgn jpa kerana beberapa kali kertas cadangan penambahbaikan diangkat kpd mereka...dibakulsampahkan saja kertas cadangan tersebut dgn berbagai-bagai alasan yg tak boleh diterima....sedangkan beberapa skim lain yg dulunya berada jauh di belakang skim ppt tp kini berada ditempat selesa dgn peluang kenaikan pangkat yg agak cerah. Aduhai jpa.....!

Tanpa Nama berkata...

assalaammualaikum... sya ingin meluahkan,pandangan dan cadangan pada cuepacs.apa yang sya alami dalam masa 3 tahun dalam penugasan sukarelawan polis diraja (s.s.p) rela/jpam... dalam perkdidmatan sya sya dibayar elaun rm4 1jam dan sya bertugas 8-14 jam dalam 1 hari dan berugas 30 hari penuh sekiranya ia masih lagi kerja dengan ulasan ADA KERJA ADA GAJI.andaian elaun sya rm1200 sebulan tetapi sya tiada imbuhan,insentif,e.p.f, dan segala urusan pmjaman bank tidak akan meluluskan,,masih ramai kawan2 sya tdak berjaya dan berubah hidup sebagaimana yang diperolehi smua pjawat awam.tetapi sya harap pihak cuepacs dapat mengambil sdikit ruang untuk mengatahui lebih lanjut dan teliti apekah keistemewaan kami sungguhpun pejawatan kami ini di awang-awang pejawat awam atau skadar sandaran sahaja..tugas kami amat berisiko tinggi tetapi adakah pihak rela,jpam, 100% bertanggung jawap skiranya kami ditimpa apa-apa kemalangan tidak diingini,,jadi 3tahun sya berkdidmat sudah memadai pihak kerajaan pecayai kesetiaan kami untuk berkhidmat dalam kerajaan dgan memerlukan kelulusan rendah p.m.r ini daripada tercicir berjasa untuk negara.kami cadangkan s.s.p ini dinaik taraf melalui paksi utama pemulaan kami daripada kebijaksanaan dan kuasa cuepacs untuk dibawa ke pihak atasan untuk kami diserap dalam jabatan masing2 wlaupun diberi gred gaji sama landasan gred r3,r1 atau n1.jika lebih tepat ianya diserap kepada p.d.r.m sudah memadai konstebel/sokongan kerana kami dah cukup pengalaman dalam penusan BIT/PERTOL dibawah naungan N.K.R.A.yang sudah berkhidmat pejawat awam pun ada-ada saja tidak puas hati tentang keistimewaanya tetapi di pihak kami lebih tetekan hadapi kemana arah tuju kami untuk hidup lbih sempurna dan terjamin...ok maaf sekiranya ulasan cadangan ini ada menyentuh pihak2 lain,segala keperihatinan kepada pihak yang berusa untuk kami amat dihargai untuk membantu masyarakat yang mencintai kedamaian dan keselamatan rakyat malaysia tercinta ini.. ok assalammuaikum

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan supaya kerajaan BN berundur untuk memberi peluang kepada kerajaan PR pula. Kita orang nak tengok pihak mana yang lebih baik melayani penjawat awam.

Mari kita cuba!!

Tanpa Nama berkata...

sapa suruh masuk sukarelawan polis/ rela??

cuba mohon kerja tetap jadi polis ke, jadi askar ke...

gaji polis hari ni tinggi wooooo!!
rugi korang masuk rela

Tanpa Nama berkata...

Kita sewajarnya perihatin dgn sahabat kita yg berkhidmat sbg sukarelawan polis dan bukan menghina mereka. Mereka jg ada tanggungjawab. Sebab itulah PA tidak sehebat mana hanya lebih mementingkan diri sendiri sehingga ada kelompok yg sanggup menuntut kenaikan gaji berganda-ganda. Seperti Pemantau Harga lepasan universiti dari KPDNKK yg sudah beberapa tahun berkhidmat CFS tiada siapa membela mereka. Adakah pihak kerajaan tidak sedar kewujudan mereka sehinggakan CEUPACS menggesa mereka menubuhkan persatuan untuk membela nasib diri. Inilah yg terjadi dlm PA yg kebanyakan kaum 'M'. Salahkah sama-sama membantu menyelesaikan masalah mereka yg kurang bernasib baik drp mengutuk?

Tanpa Nama berkata...

Menteri Pertanian dan industri makanan adalah menteri yang paling lembab dan tiada hala tuju memperkasa kan pertanian negara.Menteri pertanian juga tidak dapat membela kakitangan yang bertugas di jabatan jabatan di bawah naungan kementerian pertanian dan industeri makanan terutama kenaikan gred dan pangkat tidak seperti yang di lakukan oleh Rais Yatim yang sungguh perhatin dengan kebajikan kakitangan di bawah kementeriannya.Menteri pertanian dan Industri Makanan Sabah YB. Datuk Yayah Husin adalah antara menteri pertanian yang paling lembab di Malaysia.Beliau dan UMNO Sabah telah gagal menaik Taraf INSTITUT PERTANIAN SABAH, Timbang Menggaris daripada SIJIL ke DIPLOMA atau IJAJAH, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman juga gagal membawa perubahan pendidikan pertanian di Sabah ,sepatutnya beliau berjuang terhadap perkara ini kerana Sabah adalah Negeri yang kedua terbesar di Malaysia dan negeri yang paling luas ladang kelapa sawit dan getah.

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..

ririe luiz berkata...

Serap anggota spdrm ke jwtn kosntbl krna mrka sudah ada asas kepolisian DPD amik anggota baru yg msh fresh sbaiknya krjaan kaji smula pgmbilan polis di kalangan anggota spdrm..byk yg kayak n memenuhi syarat pa guna buang duit byr elaun lbh baik serap terus..smga tuan dpt pertimbangkn