SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Jun 2012

SPNB JAWAB DAKWAAN CUEPACS

Utusan Malaysia
1/6/2012
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 31 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sangsi terhadap kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa kira-kira 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, ini kerana SPNB selaku syarikat milik penuh kerajaan menyediakan banyak skim pemilikan rumah yang sesuai dengan kadar gaji penjawat awam tersebut.
''Kita ada banyak skim pemilikan rumah untuk pembeli yang bergaji di bawah RM3,000 sebulan di seluruh negara, termasuk di Lembah Klang.

''Malah, ada beberapa projek perumahan SPNB bagi golongan terbabit yang telah sudah siap untuk diduduki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada Ahad lalu, Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu menyarankan para penjawat awam terbabit menghubungi pihak SPNB jika berhasrat memiliki rumah sendiri. ''Skim Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) khusus untuk memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki," katanya. Menurut Idris, keadaan itu kemungkinan disebabkan langkah kerajaan menyediakan kuarters yang mempunyai kemudahan sempurna untuk kakitangan awam.
Malah, tambahnya, ia juga disebabkan perancangan para penjawat awam yang mahu membina rumah apabila berpeluang berkhidmat di kampung halaman sendiri. ''Saya rasa ia bukan soal gaji semata-mata tetapi banyak faktor lain yang menjadi penyumbang," katanya.

37 ulasan:

j27 realiti berkata...

yahoo aku 1st.. semoga gred j27 dpt drealitikan.. mari semua gred j kita semua doa ramai2 agar j27 mjadi kenyataan.. aminnnnnnnnnn

Tanpa Nama berkata...

Projek SPNB ni seperti kurang memberi keyakinan pada saya. contohnya macam byk projek yg tertangguh. Kalo sia tak silap pada thn 2006 projek d belakang perumahan sia telah mula dibangunkan dan perumahan tempat sia ni baru nampak tanah yg diratakan. pd thn 2009 perumahan sia ni dah siap dan kami sekeluarga telah tinggal d sini selama 3 thn lebih. tetapi apartment SPNB tu belum lagi siap2. Hairan !!!!

Tanpa Nama berkata...

pengerusi SPNB cakap tak serupa bikin..!!SILA LETAK JAWATAN..!! gaji perkerja rendah awam RM1300(gaji mati) + elaun 300= RM1600, harga rumah di KL RM170 ribu (paling rumah)hingga RM370 ribu.. bayaran ansuran rumah RM500-RM700 (bagi harga rumah RM170 ribu)sebulan selama 25 tahun. Tetapi setahu kami mana ada harga rumah teres, berbandung, double stories di KL yg berharga RM170 ribu.. BUKTIKAN..!! Setalah gaji RM1600-600= RM1000 bakinye, belum ditolak anak sekolah, barang dapur, tol, minyak motor, dan sebagainye, lainlah pengerusi SPNB RM10,000 betul tak..!! jadi kau pengerusi SPNB jgnlah cakap banyak, lagi banyak bercakap lagi menampakkan KEBODOHAN kau.. yang berkuasa perumahan negara bukannya pemaju.. jgn jadi lembu kena cucuk hidung..!!

Tanpa Nama berkata...

Orang politik jagi Pengerusi...he he

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi komen sa...di sabah...rumah yg SPNB bina memang byk tidak berkualiti...kerja cincai...tengok saja perumahan di TELIPOK K.K SABAH...byk cincai bikin...byk bocor...rumah sa sendiri pun lantai tandas dari tingkat atas boleh neresap ke ruang dapur saya...memang cincai...tiada kualiti mau...keluasan rumah sa suka tapi SPNB perlu pantau kerja bina secara kerap...hantar juruteknik atau penolong jurutera atau jurutera awam atau bangunan menyelia...jgn dyduk opis ja...kalo tak mampu hantar JKR atau konsalton full time jaga site...rakyat barpandapatan kisil mcm siurang memang tuada pilihan selain rumah mampu milik SPNB..

Tanpa Nama berkata...

pencaicai dan pencibai tue, PRU-13 nie, habislah kau org.. taulah nasib kau org..

Tanpa Nama berkata...

Saya pandang2 perumahan d sabah d minintod tu macam lama udah endah siap2. entahlah bila ia boleh d duduki oleh pembeli.

Tanpa Nama berkata...

semuanya kemudahan untuk orang kerja TETAP ajer...untuk kontrak nampaknya kena beralih menyokong dasar murni Pakatan Rakyat menjatuhkan BN

Tanpa Nama berkata...

NAK ULAS CADANGAN :
...dan juga cadangan seperti kenaikan G17 ke G27,G22 ke G32 dan G26 ke G36 untuk mengekalkan kekananan@senioriti dalam jawatan yang sedia ada.

---> ANDA MIMPI DISIANG HARI <------
..di pihak Kerajaan pula aku pikir tak de nye jadi macam tu. Awak pikirlah sendiri Gred lain mesti nak juga sebab mereka juga kerja dengan Kerajaan. Patutnya anda dapat mereka pun dapat. Patut anda harap skim lain lain pun terbela. Awak pikir skim awak je yang patut dapat pembelaan, habis skim lain biarkan jer la. Kalau macam tu skim Tani, Hutan dan Teknik je lah yang kerja rajin2 dan capai KPI. Kami yang tak di beri apa2 insentif ni kerja ala kadar je lah ye. Banyak cantik.

Tanpa Nama berkata...

NAK ULAS CADANGAN:
..dan juga cadangan seperti kenaikan G17 ke G27,G22 ke G32 dan G26 ke G36 untuk mengekalkankekananan@senioriti dalam jawatan yang sedia ada.

-->JANGAN HARAP BULAN JATUH KERIBA--<

CUEPACS hanya bertindak ikut BULU atau bila kena CUCUK atau bila kena ASAK. Tak nak pikir "kepentingan semua penjawat awam". Kalau sebelum ini CIKGU kena hentam sebab dapat INSENTIF kini TANI, HUTAN & TEKNIK pulak yang kene belasah. Cupepacs bertindak TIDAK bijak dan TIDAK Profesional.
Macam PAHAT dengan MARTOL. Kena KETUK baru nak BUAT..... yang patut semua yang ada dalam CUEPACS beri laluan kepada yang lain untuk mentadbirurus CUEPACS yang semakin lembik. Takut2 sebab CUEPACS lah ramai penjawat awam berpaling tadah kepada pihak lawan Kerajaan pada PRU13 nanti. Y.Bhg. Datuk Omar bin Osman dipertanggung jawabkan kerana kekalahan Kerajaan dalam PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

NAK ULAS CADANGAN :
...dan juga cadangan seperti kenaikan G17 ke G27,G22 ke G32 dan G26 ke G36 untuk mengekalkan kekananan@senioriti dalam jawatan yang sedia ada.

---> ANDA MIMPI DISIANG HARI <------
..di pihak Kerajaan pula aku pikir tak de nye jadi macam tu. Awak pikirlah sendiri Gred lain mesti nak juga sebab mereka juga kerja dengan Kerajaan. Patutnya anda dapat mereka pun dapat. Patut anda harap skim lain lain pun terbela. Awak pikir skim awak je yang patut dapat pembelaan, habis skim lain biarkan jer la. Kalau macam tu skim Tani, Hutan dan Teknik je lah yang kerja rajin2 dan capai KPI. Kami yang tak di beri apa2 insentif ni kerja ala kadar je lah ye. Banyak cantik.
=========================================================================================

APA SPISIS AGAKNYA DIA NIIIIII...DENGKI TAK HABIS2....KAN DIA ORG TU ADA SIJIL BELAJAR 2 THN DAN KERAJAAN DAH LULUSKAN SIJIL MEREKA SETARAF STPM DUDUK PD GRED 27...BUAT APA NAK DENGKI SANGAT....MENAMBAHKAN DOSA TAK PASAL2.

Tanpa Nama berkata...

kerja kat kl rumah flat je yg mampu, nak harap rumah spnb ceruk rantau sapa nak tinggal... hapala..

Tanpa Nama berkata...

SPNB ada juga buat rumah kat Sandakan,tapi mahal,yang beli tokeh-tokeh Cina sahaja.Melayu atau kakitangan awam melopong sahajalah.Bubarlah SPNB tu ,tak menolong langsung malah menyusahkan sahaja.Kroni duduk dalam SPNB semuanya tak pandai mengurus,sekadar menghabiskan duit sahaja,undi lah PAS,dan PKR nasib anda pasti terbela.UMNO dah tak relevan.Yang sokong UMNO tu hanya nak projek dan duit haram sahaja.
Ingatlah mati itu benar sekaqsaan itu benar jauhi rasuah dan perkara-perkara yang haram terutamanya orang-orang umno ,insaflah kawan.Duit ,pangkat tak bawa kemana.Mati nanti hanya amalan yang baik akan menolong kita.

Tanpa Nama berkata...

Kecelakaan Allah kepada penjawat awam yg menyeleweng di dalam urusan pemberian tanah2 kampung tersusun atau projek rumah rakyat di seluruh Malaysia. Jika si penerima hartanah adalah org yang tidak layak dari segi syarat2, maka dari ahli politik dan penjawat awam yang menguruskan, kamu telah menidakkan hak orang yg sepatutnya. kamu dan keturunan kamu akan menerima balasannya.

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat, beberapa syarat dalam pembelian rumah melalui SPNB dilonggarkan. Tak kira rumah pertama atau rumah kedua,tempoh pembayaran balik adalah sama. Interest 4%,adalah tinggi, dan sekiranya kerajaan memang betul mahu menolong rakyat, letakkan sahaja interest 1%,seperti yang dicadangkan oleh CUEPACS. Elaun rumah untuk kakitangan awam terlalu sedikit berbanding dengan sewa rumah pada masa kini. Hapuskan syarat syarat yang tidak masuk akal yang hanya menyusahkan pemohon.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gaji kami pegawai kastam sokongan atau gred biasa paling rendah jika dibandingkan dengan PA yang lain.Harap Menteri Kewangan tolong tengok sebab kami tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari ketua jabatan kami.Gaji kami jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Polis,Askar,JPJ dan lain-lain agensi.
Kami juga susah untuk naik pangkat.Sepatutnya kalau 8-10 tahun gred W22,boleh diberikan secara automatik untuk W26.Rata-rata daripada kami telah berkhidmat 30 tahun dan menghampiri usia persaraan.Kalau hendak dikira kenaikan gaji W22 ke W26 ,berapa sen sangat.JPA pun macam sial tak pandang golongan pegawai kiri macam kami.....Harap PM Najib tolong ambil perhatian yang sewajarnya.Bukannya kami minta naik gaji beribu ribu ringgit...Cuma kami lihat ada yang tidak adil.

Tanpa Nama berkata...

ULASAN DIPETIK:
Kenapa gaji kami pegawai kastam sokongan atau gred biasa paling rendah jika dibandingkan dengan PA yang lain seperti Polis,Askar,JPJ dan lain-lain agensi.

----->SAYA SOKONG ANDA<------------
Sewajarnya Skim Kastam diberi keutamaan sepertimana juga Skim Imigresen. Jabatan ini adalah diantara pengutip cukai negara yang paling tertinggi, selain JPJ,
LHDN dan beberapa agensi lain.
Sebagai satu entiti kerajaan yang paling tertinggi mengutip hasil negara tapi warganya ketinggalan dari keupayaan ekonominya.Sudahlah kerjanya berat dan selalu diekori oleh SPRM kononnya demi integriti.
CUEPACS dan KESATUAN KASTAM perlu berunding atas dasar kepentingan perkhidmatan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

ULASAN INI DIPETIK:

APA SPISIS AGAKNYA DIA NIIIIII...DENGKI TAK HABIS2....KAN DIA ORG TU ADA SIJIL BELAJAR 2 THN DAN KERAJAAN DAH LULUSKAN SIJIL MEREKA SETARAF STPM

----->INGATAN UNTUK ANDA<----------

Selepas ini pihak MAMPU dan SPRM akan teropong kerja awak yang kata
ter...ter...ter...kini.
Baru korang tau panas ke tidak bontot macam kami kat Kastam.
Buatlah macam2 alasan kata gitu dan gini....tunggulah korang ....!

Tanpa Nama berkata...

Tipu Cuba tgk rmh area miri sama mahal mcm kl,mahal nak mampos dah la Lantai semen biasa harga mahal dr semenanjung dan Sabah.kalo x caye Cuba tgk kat web spnb

Tanpa Nama berkata...

Buatlah kajian terperinci semakan semula elaun perumahan utk kumpulan sokongan kali terakhir tahun 2005 berbanding Gred 41-44 disemak tahun 2008.

oracle berkata...

selain gred teknik/hutan gred lain pun ada sijil mcm FT,C,Q,W..kalau adjust buat semua skim yang terbabit.

Tanpa Nama berkata...

Anda di CUEPACS baik hati2 sikit buat apa-apa keputusan. Aku harap SPRM dan MAMPU boleh mula teropong dari sekarang apa orang2 CUEPACS buat sekarang ini...

pdrm yg rasuah byk berkata...

nak tanya skit.. korang penah kena pau dgn polis x?? menyirap darah aku pg td kat simpang jln nak g keje pagi2 buta aku da kena pau 50 dgh pdrm yg dsanjung tinggi.. ada ke lesen aku baru mati minggu lps dia boleh cter byk.. nak saman2 jela.. ni siap bole cek mcm2 kt keta aku.. semata2 nak ancam aku.. no keje n nama aku nak letak kat sini ok x kwn2..

Tanpa Nama berkata...

wahhh nalang sunggoh nasip mu pagi da sangkot 50.. mu anggap je sdekah kat magkok trafik haram jadah 2.. ko letak je nama dia kat blog cuepacs ni.. bio dia rase

Tanpa Nama berkata...

aku berkata ....
Jika tiada yg memberi tiadalah yg menerima .
Kalao Polis tu yg mintak ambik no. Polis & lapor pada saluran yg betul .
Tak cukup2 ke duit depa ni , Menteri KDN dah bagi Time Base Polis pun tak cukup2 lagi . Nilah dia kalo kita tidak diberkati utk diberi anak bini mkn pulak tu .

Tanpa Nama berkata...

ko repot je pd sprm bia polis yg kena tu sangkot masok jel.. kat tmpat aku lagi sial.. polis mangkok d7 tujuan sbnar hapuskan maksiat pelacuran pjenayah tapi dorg sbnarnye jd informer pd mangkok2 along n tokey bapak ayam.. yela 1 kali bg info pasl bukit aman nak rushing dkat 50ribu dpt.. polis camni ko harapkan jg keamanan msia.. mcm sial

Tanpa Nama berkata...

Kembali kpd Sistem Al-quran & Sunnah . Selamat Dunia & Diakhirat

Tanpa Nama berkata...

SPNB penipu besar!!! bnyak projek SPNB bangang ni terbengkalai, lambat dan takde kualiti langsung!!! Minta Pengerusi dan CEO SPNB letak jawatan segera,!! Kenapalah SPNB Bodoh ni dilahirkan sebagai pemaju perumahan??!Bukankah lebih baik SPNB Bodoh ni dilahirkan sebagai BINATANG..!

Tanpa Nama berkata...

Peringkat awal bekerja, gaji masih kecil..tak mampu nak buat pinjaman perumahan lagi..bila dah lama kerja, banyak pulak potongan gaji..dah jadi tak layak buat penjamaan perumahan..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Peringkat awal bekerja, gaji masih kecil..tak mampu nak buat pinjaman perumahan lagi..bila dah lama kerja, banyak pulak potongan gaji..dah jadi tak layak buat penjamaan perumahan..

Rabu, Jun 06, 2012 12:14:00 PM

Yang pergi buat pinjaman potongan sehingga melebihi kemampuan tu siapa yg suruh. Potong sana, potong sini.

Tanpa Nama berkata...

Pelaksanaan projek perumahan spnb di sabah KURANG KUALITI ...minta SPRM pegawai teknikal masuk tapak buat pemeriksaan.....

Tanpa Nama berkata...

time baru kerja tanggungan tak banyak (tak ada lagi)..bila dah lama sikit, nak kahwin, nak beli kereta, nak sambung belajar...kena buat loan..gaji pulak masa tu kecik amat..bila dah lama..contoh dah lebih 15 tahun..potongan gaji dah banyak..dah susah nak buat loan rumah..

Tanpa Nama berkata...

4% interest untuk pinjam loan rumah dari Bahagian Pinjaman Perumahan dalam keadaan inflasi 5% sekarang ni, patut dikaji semula kerana ia membebankan kepada peminjam. Dulu dulu dalam tahun 70's, 80's dan 90's ok la sebab rumah tak semahal rumah - rumah yang dibina sekarang. Last last duduk quarters. Tu pun lucky dapat quarters.

Tanpa Nama berkata...

Setuju amat sangat. kalau dapat turunkan kadar pinjaman kakitanagn awam. Loan rumah, loan kenderaan. Mengapa bank boleh turunkan kadar faedah.... Sepatutnya hanya kadar servis sahaja yang dikirakan...bukan buat keuntungan dari penjawat awam.harap dibawakan oleh Cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

4 per cent interest tu patut review semula. jiran aku keja public bank, ambik loan rumah ngan public bank, public bank caj interest 1 per cent je. Ni staff government, ambik loan rumah government, kena 4 per cent. Tak betul ni....kena review...kena review...

Tanpa Nama berkata...

Bulan lepas sy pg SPNB cawangan Sabah di menara MAA. kira2 mau cuba nasib beli rumah di vista minintod lps tgk kwn sy 2 mggu kemudian dpt surat tawaran. lps 3 mggu sy call la, kunun kena hold pjualan sbb mau naik harga lg tu rumah. aduiiii apa ni?? klu ada unit yang belum jual tu kasi jual sjla ini mau naik harga lg kunun. kecewa nya cancel la mau pg mengundi ni. sdla naik harga barang skrg niii

Tanpa Nama berkata...

Betol x lps sign Surat tawaran sepatutnya lawyer akan call utk sign Surat perjanjian? Berdasarkan Surat tawaran tu 1 bulan Dari tarikh Surat perjanjian mst serah dokumen yg diperlukan n sebelum tu kene byr baki utk deposit..n kalau x dpt patuhi peraturan dlm Surat tawaran utk tempoh yg dittpkn, booking diaggap terbtl n duit booking dianggap fee..tp problemnye ska rang dah lebih sebulan, lawyer x call pon..msg agent pon x reply, tp bank plk yg sibuk offer loan.. nape x ikut prosedur yg diberitahu masa sign Surat tawaran..ape status nye skarang..pening2..anyone can explain?