SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Jun 2012

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DIGESA JALAN HUBUNGAN SECARA LANGSUNG DENGAN CUEPACS

Bernama
22/6/2012




GEORGE TOWN, 22 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Jumaat meluahkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak membabitkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.

"Cuepacs negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri mereka, termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada kerajaan negeri itu yang memberi sumbangan kepada Cuepacs negeri mereka. "Kita tak pandang parti mana memerintah, kita pandang yang mana kerajaan memerintah kita hormat...kerana penjawat awam ini yang menjalankan dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media, di sini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) cawangan Pulau Pinang, berkata usaha Cuepacs Pulau Pinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sering terhalang.



-- BERNAMA

11 ulasan:

Latif Suratman berkata...

GEORGE TOWN: Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan beliau untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kakitangan awam.

Menurut Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Nor Diana Mohd Zabidi, pejabat rasmi Lim Guan Eng telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Omar tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah, katanya, tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Omar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.

“Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Eng adalah rakan seperjuangan kepada kesatuan sekerja dan telah pun berjumpa dengan persatuan-persatuan pekerja seperti MTUC dan NUBE.

Malah, tambah beliau, kerajaan negeri pimpinan Guan Eng telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud, sebagai Senator baru-baru ini.

“Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri. Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.

“Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut,” ujarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Pulau Pinang memang tak boleh dipercayai langsung

Tanpa Nama berkata...

encik omar...
lain kali sebelum cakap semak betol2
kan dah kantoi!!!

Rahman Nanyan berkata...

hidup pak omar

kami harap pak omar terus memburukkan kerajaan kedah, kelantan, pulau pinang dan selangor. kita sama2 berganding bahu menegakkan kembali parti pengamal dan penegak sunnah sebenar, iaitu BN

Tanpa Nama berkata...

Kami penjawat awam p.pinang sentiasa bersyukur.bonus selalu lebih & on time.gaji x pernah lewat.kami kerja dgn harmoni & efektif..ke arah negeri bertaraf antarabangsa

Tanpa Nama berkata...

harap cuepacs guna orang tengah nak jumpa CM P.P melalui Exco kanan P.P seperti Exco mesra rakyat Tuan Phee Boon Poh,Tuan Lim Hock Seng.

Tanpa Nama berkata...

Pelik sungguh!!
Ketua Menteri tak mahu jumpa dengan CUEPACS?

Rakyat Dah sedar berkata...

Itulah dia DAP, belum dapat kuasa mulut tersangatlah manis, bila dah dapat kuasa memerintah........pergi jahanamlah engkau, yang penting aku dah dapat kuasa.

Rakyat Dah sedar berkata...

Kepada yang telah dicucuk hidung mereka, insaflah, sebelum terlambat.

Mamu Penang berkata...

Tambahlah PAS Pulau Pinang. Jadi kuda tunggangan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Pemerintah sekarang lagi baik dari dulu dinegeri P.P? berikan contoh contoh yang baik diberikah oleh pemerintah dulu kepada rakyat negeri P.P?siapa kena cucuk hidung dulu atau sekarang?