SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Mei 2014

KERAJAAN TIDAK BERCADANG KURANGKAN BILANGAN PENJAWAT AWAM - NAJIB


Bernama
1/5/2014



JITRA, 1 Mei (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini yang kini berjumlah 1.5 juta orang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan bukanlah seperti pembangkang yang bercadang untuk membuang separuh penjawat awam atau menguncupkan saiz perkhidmatan awam jika mereka berkuasa.

" Kerajaan hari ini tak ada cadangan sedemikian. Kita mesti faham ini... memang bertimbang rasa," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini Khamis.

Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan memerlukan banyak pertimbangan dalam memenuhi permintaan penjawat awam berdasarkan kemampuan kerajaan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata penjawat awam harus menerima realiti bahawa hambatan masa dan kehendak zaman berubah dengan cepat.

Katanya lima prinsip/kriteria diperlukan pada penjawat awam bagi mendakap tranformasi dan bergerak ke hadapan bagi tempoh 50 tahun akan datang.

" Kriteria pertama: berilmu. Penjawat awam hendaklah memastikan mereka sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu menjadi figura contoh kepada masyarakat.

" Kriteria kedua, kebolehpercayaan. Ia meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat," katanya.

Najib berkata kriteria ketiga adalah Budaya Amalan Kerja Terbaik yang merupakan cerminan kewibawaan penjawat awam.

" Kriteria keempat: Semangat Patriotik. Kriteria kelima: Budaya Keberhasilan Yang Berteraskan Hasil. Ini penting bagi meningkat mutu dan kualiti kerja dengan bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI)," kata Najib.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sr Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan lima anugerah sempena sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014.

Bagi Anugerah Bahagian Cuepacs Contoh dimenangi Cuepacs Pahang yang diterima Pengerusinya Kamarulzaman Abdul Razak manakala bagi Anugerah Kesatuan Cemerlang dimenangi Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU).

Anugerah Majikan Prihatin, bagi Jabatan Persekutuan dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia yang diwakili Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar manakala bagi Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh Mara yang diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Ahmad. Ketua Setiausaha Negara pula terpilih bagi Anugerah Khas 2014.

Tema sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 adalah "Penjawat Awam Tiang Seri Negara" yang dilihat sesuai kerana penjawat awam adalah nadi dan inspirasi perkhidmatan awam negara serta merupakan penentu pelaksanaan dan kejayaan dasar kerajaan.

-- BERNAMA

21 ulasan:

Unknown berkata...

Sial la. Asyik kejururawatan je menang. Bukan ada org kata jururawat kerajaan mcm pelacur ke aritu. Macamana boleh menang?

Mahmood Adam berkata...

seharusnya cuepacs tuntut “laluan kerjaya peringkat dalaman” ataupun “internal intake” bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang memiliki kelulusan lebih tinggi samada dari gred lantikan SPM ke DIPLOMA, atau dari DIPLOMA ke SARJANA MUDA mahupun dari SPM ke diploma. dalam bahasa lain laluan khas penjawat awam gred 17 untuk ke 27/29 atau 17 ke 41 mahupun gred 27/29 ke 41. ini memandangkan memang ramai penjawat awam peringkat pelaksana yang memiliki kelulusan lebih tinggi hasil dari pengajian jarak jauh, separuh masa ataupun lulus peperiksaan KPSL.

tetapi apa yang dilihat pihak berkuasa melantik seperti SPA lebih gemar mengambil ‘daging muda’ iaitu fresh graduate bagi mengisi kekosongan peringkat ‘pengurusan dan profesional’ dengan alasan-alasan kurang profesional seperti ‘graduan baru itu masih belum ada kerja, jadi kita bagi dia kerja’ ataupun ‘graduan baru itu masih muda dan kita memerlukan mereka yang masih fresh dan muda untuk mengisi jawatan peringkat P&P. jadi apakah kumpulan pelaksana ini tidak layak? adakah mereka dianggap sebagai golongan yang ‘kekal menjadi kumpulan sokongan’ sampai bersara/meninggal dunia? sekiranya konsep ini yang digunapakai, kerajaan sudahpun menipu dan memberi harapan palsu kepada mereka apabila beberapa tahun sudah menggalakkan mereka ini ‘menyambung pengajian’ bagi menggalakkan mereka menuntut ilmu dan meningkatkan kerjaya namun akhirnya dianaktirikan dengan tidak memberi laluan khas kepada mereka untuk dinaikkan pangkat/jawatan lain.

ini yang sepatutnya diperjuangkan oleh cuepacs. minta naik gaji, naik elaun dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah kerana semua orang akan berfikir ‘tidak perlu berusaha dan sambung belajar kerana nanti kesatuan sekerja akan perjuangkan untuk naik gaji’. amat tidak adil bagi mereka yang mempunyai kelulusan tinggi sekiranya mereka masih kekal dengan gred yang sama kerana mereka sama seperti rakan sekerja mereka yang mempunyai kelulusan seperti lantikan asal dan apabila kesatuan sekerja berjaya menuntut sesuatu, kesemuanya dapat merasainya tanpa perlu berusaha seperti menyambung pengajian, mengambil kpsl dan sebagainya.

Unknown berkata...

ceupacs nie , sembang belakang ja berani . depan najet angkat muka pon tak berani ...

Mohamad Gamba berkata...

Sungguh mengecewakan bila pihak kerajaan tidak serius dengan perjawatan skim N dan W yang dianaktirikan oleh pihak kerajaan selama ini.

Bagi gred N / W 22, 26, 27, 32, dan 36, terutamanya Gred N 22, 26, 27, sudah jadi masalah di pejabat kerana gred ini di pejabat menjadi ketua unit, tetapi bila skim lain dah naik lebih tinggi dari ketua unit sendiri, apa jadi dengan rantaian arahan di jabatan? Gred N / W 22 hingga 27, nama saja ketua unit, tapi tak punya kuasa untuk membuat arahan itu dan ini kerana kakitangan yang sebelum ini di bawah mereka sudah jadi pangkat lebih tinggi dari ketua unit sendiri.

Saya tak tahulah apa dah jadi dengan JPA, buat kerja tak menilai hingga ke peringkat daerah, kerana di daerah, gred N / W 22 hingga 27 adalah ketua unit, bukannya macam di Kementerian, gred M41 pun buat kerja macam ofis boy saja, tanggungjawab kurang, tak seperti gred N / W 22 hingga 27 di daerah yang punya tanggungjawab yang berat selaku ketua unit, perlu buat kertas kerja, perlu hadiri mesyuarat dan menjawab dalam mesyuarat, perlu selia anak buah, perlu buat macam-macam kerja, bukannya macam M41,44, 48 di JPA, sekadar ofis boy saja.

Malahan gred M41 di daerah buat kerja jauh lebih berat dari M41 di JPA yang hanya buat kerja ofis boy itu. Patutnya di daerah gred M41 perlu diberikan kenaikan gred yang lebih tinggi dan elaun kesusahan seperti guru juga kerana beban kerja yang berat sebagai ketua bahagian. Pihak JPA perlu lihat beban di daerah, jangan hanya lihat di JPA dan buat struktur baru hingga menjejaskan rantaian arahan di daerah yang menjadi benteng hadapan kerajaan yang setiap hari berhadapan dengan masyarakat, bukannya macam pegawai di JPA, mana ada berhadapan dengan masyarakat, jadi janganlah syok sendiri bila buat keputusan itu dan ini.

Saya bukannya mengecam gred P&P, tapi golongan P&P di JPA yang buat kerja macam orang dungu, tak tau beban kerja di daerah, buat dasar itu dan ini hingga menyusahkan orang lain. Patutnya pihak kerajaan perlu amalkan dasar supaya pegawai-pegawai di Kementerian perlu berkhidmat di daerah sekurang-kurangnya 5 tahun, barulah dia tahu beban kerja di peringkat daerah macam mana, sangat berat bebanan yang dipikul oleh gred 22 hingga 48 di daerah, jadi ketua unit dan ketua bahagian, bukannya macam gred P&P di JPA, jadi tukang bancuh kopi, tukang fotostat, buat kerja ofis boy saja, tapi dapat gaji PTD, apa kejadahnya semua ini?

Pihak kerajaan kajilah semula apa yang berlaku sekarang ini, banyak jadi caca marba dalam perkhidmatan awam kerana kebodohan pegawai di JPA yang tak pernah buat kerja di daerah, tak pernah jadi barisan hadapan yang berhadapan dengan masyrakat di daerah, sekadar dalam pejabat dengan kerja sendiri yang tak seberapa, lepas tu buat dasar bodoh hingga menyusahkan orang lain.

Semoga KPPA sedar akan perkara ini, ataupun KPPA akan senasib dengan KPPA Abu Bakar yang dulunya akhirnya dihumban keluar kerana sikap zalimnya terhadap kakitangan bawahan terutama di daerah yang menjadi mangsa selama ini.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Gamba berkata...

Apa dah jadi dengan Skim N dan W? Kepada Presiden Ceupacs, moga diberikan penjelasan oleh tuan akan perkara ini.

Tuntutan Skim N dan W

1. Laluan kerjaya hingga ke peringkat Jusa bagi yang layak.

2. Kenaikan gred berdasarkan beban tugas.

Seperti Gred 17 boleh naik ke gred 22 dan 26 sebagai pembantu tadbir mengikut kesusahan bidang tugas.

Gred 22 hakiki hingga 26 hakiki sedia ada dinaikkan ke kumpulan sokongan 1 kerana skim lain dari 17 pun dah lebih tinggi pangkat dari gred 22 dan 26 sekarang ini. Gred 22 dicadangkan dinaikan ke gred 31 dan gred 26 menjadi gred 36.

Gred 27 hingga 36 menjadi kumpulan P&P iaitu 27 menjadi 41, 32 menjadi 44, dan 36 menjadi 48, wujudkan semula gred N 41 hingga 54.

Kelayakan kemasukan ke gred 17 adalah SPM.

Kelayakan masuk ke gred gred 31 sebagai Penolong Pegawai Tadbir dinaikkan kepada Diploma atau lulus KPSL dengan syarat pernah berkhidmat sebagai pembantu tadbir.

Kelayakan 41 dikekalkan kepada ijazah atau lulus KPSL, dengan syarat pernah menjadi Penolong Pegawai Tadbir.

Semoga Presiden Ceupacs yang juga dari skim N mendengar rintihan rakan satu skim yang dianaktirikan dan diperlakukan dengan begitu hina oleh JPA sekarang ini.

Kami di Skim N dan W bukannya tamak, tapi kedudukan kami tersepit, tanggjungjawab adalah berat, jadi ketua unit, tapi mempunyai pangkat lebih rendah dari kakitangan skim lain yang tak buat kerja ketua unit pun. Malahan anak buah kami dari skim N dan W berasa sangat terhina dengan peminggiran oleh JPA yang seolah-olah mahu menganaktirikan skim N dan W.

Tidak pernah jadi dalam sejarah perkhidmatan di negara ini sebelum ini seperti sekarang ini. Tidak pernah ada ada skim naik dan skim lain dibiarkan terkontang kanting seperti sampah, tapi sekarang ini sahaja jadi sedemikian. Apakah yang JPA mahu? Apakah JPA mahu kami bencikan kerajaan dan tukar kerajaan? Apakah kepimpinan di JPA adalah talibarut pembangkang yang nak menjatuhkan kerajaan sekarang ini dengan taktik menanamkan kebencian kepada skim yang ramai seperti N dan W ini terhadap kerajaan sedia ada?

Semoga Perdana Menteri boleh dapatkan data skim N dan W di negara ini yang jumlahnya beratus ribu orang daripada 1.5 juta penjawat awam di negara ini.

Malahan sedarlah bahawa ketua-ketua unit dari skim N dan W terutamanya skim N yang menjadi barisan hadapan kerajaan menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.

Dulu saya serius melalui facebook dan blog mempertahankan dasar kerajaan yang baiklah, macam GST, tapi sekarang, lantaklah, biar pegawai atasan di JPA yang buat penerangan kepada penduduk di kampung-kampung, nanti pilihanraya, mintalah pegawai atasan di JPA yang menjadi talibarut pembangkang itu yang menjadi pengundi kepada PM dan menteri-menteri sampai kerajaan sedia ada hari ini terbongkang dalam PRU 14 kelak.

Ataupun kerajaan mahu kami menjadi cybertrooper kepada pihak pembangkang pula. Selama ini tanpa bayaran, kami menerangkan dasar kerajaan kepada masyarakat, malahan di rumah, kami berfacebook dan menjawab tohmahan dalam blog terhadap kerajaan, tapi apa yang kami dapat, hanya dipinggirkan macam orang tak berguna sajalah.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Gamba berkata...

Saya juga mahukan penjelasan Presiden CEUPACS jika ada skim yang dipinggirkan lagi dalam penambahbaikan terbaru oleh JPA alat Pakatan Rakyat ini, apakah tindakan Presiden CEUPACS?

Kalau Presiden CEUPACS tak dapat pertahankan skim yang ditindas dan diainaya terutamanya skim yang sama macam Presiden CEUPACS sendiri, lebih baik letak jawatan sebagi Presiden CEUPACS sajalah, apa guna kalau skim sama, tapi tak mampu tolong skim sendiri.

Saya tau bahawa Presiden CEUPACS bukan jaga Skim N saja, tapi kalau skim lain dah naik taraf itu dan ini, tapi skim N dan W masih dibiarkan seperti golongan hina oleh pihak JPA talibarut Pakatan Rakyat itu, apa gunanya Presiden CEUPACS sekarang ini jadi Presiden CEUPACS?

Saya mencabar agar Presiden CEUPACS membuat tindakan drastik untuk pertahankan skim yang akan dipinggirkan oleh JPA talibarut Pakatan Rakyat nanti. Kalau tak mampu buat tindakan drastik, elok letak jawatan sahajalah, kami di skim N lebih rela dipimpin oleh pegawai atau kakitangan skim lain, paling kurang dia bukannya skim N yang tak mampu nak bantu skim N yang diainaya oleh JPA talibarut kerajaan itu.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Gamba berkata...

Presiden CEUPACS dan KPPA serta Perdana Menteri perlu beri penjelasan sekiranya masih ada skim yang dianaktirikan lagi dalam kajian penambahbaikan skim oleh JPA kali ini.

Kami nak tahu juga apakah justifikasinya skim yang dipinggirkan itu dianaktirikan? Apakah KPPA, Presiden CEUPACS serta Perdana Menteri hebat sangat boleh buat segala kerja kami ini?

Apakah ini satu taktik nak menyebabkan motivasi kami semua jatuh dan mudah untuk memberikan markah yang rendah dan seterusnya membuang kami dari perkhidmatan awam?

Sampai bila kerajaan nak main tarik tali dengan kakitangan yang dipinggirkan ini? Nak mempergunakan kami dengan retorik kosong yang basi dan busuk lagikah? Dalam ucapan Perdana Menteri, KPPA, dan Presiden CEUPACS kata nak bela penjawat awam, tapi hanya sebahagian yang dibela, tapi sebahagian lagi dipinggirkan macam golongan hina sahajalah.

Kerajaan perlu sedar bahawa kedudukan kerajaan sekarang bukanlah sekuat mana lagi, kalau masih nak berlagak dan mencari musuh dengan kakitangan awam yang selama ini banyak membantu kerajaan, maka faham-faham sendirilah dalam PRU 14 kelak.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Gamba berkata...

Kalau kerajaan nak bermusuh dengan penjawat awam dengan membiarkan JPA menindas skim-skim yang akan dianaktirikan kelak, kami penjawat awam yang diainaya oleh JPA akan mengurangkan kerusi parlimen dan DUN kerajaan hingga menjadi pembangkang di DUN dan Dewan Rakyat kelak. Semoga kerajaan puas hati dengan sikap sombong dan bongkak sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

firas berkata...

Saya berharap kerajaan tak payah tunaikan semua, sekarang pentingkan elaun perumahan,elaun khidmat awam dan cola dinaikan, segerakan yang nie dulu

Mohamad Gamba berkata...

Tak kisahlah kerajaan tak mau tunaikan semua pun tak apa, kami akan jalankan kerja seperti biasa, tapi faham-fahamlah dalam kedudukan politik kerajaan yang terumbang ambing sekarang ini.

Patutnya kerajaan bila nak buat sesuatu dasar, kena buat kajian yang menyeluruh, bukannya korek sini tampal sana, akhirnya berlubang di sana sini dasar kerajaan.

Sifirnya mudah sahaja, kerajaan patut buat kenaikan mengikut kadar yang munasabah, tapi bila kakitangan biasa sudah melebihi kedudukan ketua unit, macam mana nak buat kerja? Rantaian arahan dan tunggang langgang, macam mana nak jadikan perkhidmatan awam kelas pertama kalau struktur dan rantaian dalam perkhidmatan awam dah tunggang terbalik sana sini?

Kami tak kisah jika kerajaan sekarang ini tak melayani tuntutan skim yang dianaktirikan ini, tak apa, mungkin kerajaan baru nanti akan melayani tuntutan kami.

Kerajaan kena faham, jangan membekaskan kebencian dalam hati, kerana kebencian yang berbekas itu sukar untuk dihilangkan.

Sekarang, ikut suka hati kerajaan, kalau nak terbongkang dalam PRU 14 kelak, teruskan menyokong pegawai atasan di JPA yang selama ini merupakan talibarut Pakatan Rakyat itu.

Macam yang disebutkan sebelum ini, nak bermusuh dengan kami semua tak apalah, kami di tempat kerja akan buat kerja macam biasa, tak ada masalah, cuma dalam PRU 14 yang dalam 4 tahun yang datang ini, faham-faham sahajalah.

Masalah sekarang ini adalah struktur di organisasi dah tunggang langgang, perasaan kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah kerana dipinggirkan oleh JPA tapi kakitangan itu buat kerja yang berat, ada tanggungjawab yang berat, jadi ketua unit, sekarang dengan jawatan yang rendah, ketua unit apa lagi, rantaian arahan, struktur di organisasi dah tunggang langgang.

Sedarlah bahawa kakitangan kerajaan adalah manusia, ada hati dan perasaan, kalau diperlakukan dengan begitu hina sedemikian, apakah boleh bertahan? Macam Perdana Menteri sendirilah, jawatan Perdana Menteri, tapi gred kerani di Pejabat Perdana Menteri lebih tinggi dari gred Perdana Menteri sendiri, nak buat rantaian arahan macam mana?

Sedarlah dengan dasar bodoh yang diamalkan oleh JPA ini, hanya mencetuskan kebencian terhadap kerajaan oleh penjawat awam yang selama ini dipinggirkan.

Biarlah, kerajaan nak membela talibarut Pakatan Rakyat di kalangan pegawai atasan di JPA, itu teruskan, bila kalah PRU 14, hilang segalanya, padan muka Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri sekarang ini, kerana kedudukan kamu semua ditentukan oleh undi PRU, oleh itu sedarlah diri.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Gamba berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaki berkata...

RUMAH ADALAH AMAT MENDESAK KEPADA PENJAWAT AWAM, DAN HARGANYA PULA SEMAKIN MAHAL TERUTAMANYA DIKAWASAN BANDAR. PERSOALANNYA MAMPUKAH PENJAWAT AWAM MEMILIKI RUMAH SENDIRI. BAGI MERINGANKAN BEBAN UNTUK MEMILIKI RUMAH CEUPACS DIMINTA UNTUK MENDESAK KERAJAAN MENGURANGKAN KADAR FAEDAH PINJAMAN PERUMAHAN KEPADA SIFAR ATAU PADA KADAR MINIMA 1%. NAMPAK ADA ANTARA TUNTUTAN CEUPACS SANGAT REMEH SEBAGAIMANA SENARAI TUNTUTAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA KERAJAAN DAN SAYA SUKA MENCADANGKAN POTONG TUNTUTAN YANG TIDAK PENTING DALAM SENARAI TUNTUTAN TERKINI YANG AKAN DIKEMUKAKAN KEPADA PM PADA BULAN JUN NANTI NANTI.

Unknown berkata...

sudah sampai masanya kerajaan MENGURANGKAN PENGAMBILAN BARU sebaliknya mengisi kekosongan dengan membuat pengambilan dalaman, samada bertukar skim berlainan dengan gred yang sama (sekiranya mempunyai kelulusan berkaitan) mahupun lantikan ke skim lebih tinggi sekiranya seseorang pegawai mempunyai kelulusan lebih tinggi, sebagai contoh: lulusan SPM lantikan gred 17 yang memperolehi diploma boleh dilantik ke gred 29 mahupun ke gred 41 sekiranya mempunyai sarjana.

dari situ boleh mengurangkan bebanan belanja mengurus kerajaan. jawatan asal yang telah dikosongkan oleh mereka bolehlah dibuat pengambilan baru, sebagai contoh seorang S17 yang ingin ke N17, jawatan S17 tersebut pastinya kosong, barulah boleh dibuat pengambilan, begitu juga seorang N17 yang mendapat jawatan M41, bolehlah dibuat pengambilan mengisi jawatan N17 tersebut.

inilah baru namanya TRANSFORMASI!

Unknown berkata...

Kepada tanpa nama 0422 petang

1. Tak perlulah nak adakan transformasi dengan mengurangkan pengambilan baru.
2. Sistem yang ada sekarang dah cukup baik.
3. Kerana ia membenarkan mereka yang sedang dalam perkhidmatan dengan gred lebih rendah dan mempunyai ijazah memohon untuk jawatan gred yang lebih tinggi.
4. Bersainglah secara adil dengan graduan baru tanpa memperlekehkan kebolehan mereka.
5. Sekiranya bagus pasti akan dapat jawatan yang ditawarkan.
6. Janganlah terlalu merasa bagus dengan ijazah yang ada sehingga merendahkah graduan-graduan baru. Mereka juga memerlukan pekerjaan.
7.Transformasi yang diperlukan adalah menggunakan kebolehan dengab ilmu yang ada setaraf dengan ijazah yang diperolehi untuk memajukan sektor awam bukan tujuan untuk kenaikan pangkat.

Unknown berkata...

SEKIAN SAHAJA PERSEMBAHAN KAMI PADA HARI PEKERJA... AKHIRNYA TIADA APA-APA.. TIDAK ADA APA-APA.. SEMUA TIDAK DAPAT APA YANG DIDAMAN KAN.. KAH..KAH..
HIDUP PM NAJIP

jj berkata...

Haha..jwpan poyo standard SPA ni

Unknown berkata...

nak buat apa nak kurang kan pengambilan baru . yang dah lama tu tak kan nak kerja sampai tua kot . limitkan ja perkhidmatan sampai 25 tahun, lepas tu pilihan persaraan pilihan atau pon nak kerja sampai tua atau pon sampai nyayuk . bagi peluang kerja pada yang muda-2 . otak depa pon cerdas lagi .

ewanfall berkata...

Tak payah buang masa tulis komen kat sini..bukan Presiden Cuepacs & MT Cuepacs baca pun..Kalau mereka baca dah lama selesai perkara berbangkit..

Unknown berkata...

Mohon Bonus 2 bulan gaji nak bayar hutang Maybank.

Made in Pahang berkata...

sy nk elaun rmh + khidmat awam dinaikkan jer..sblm GST harap naik..

Unknown berkata...

betul tu "jj". makhluk bernama "adham hatta" di atas guna skrip yang sama seperti apa yang telah dihafal dan kerap diulang-ulang oleh "pakar-pakar" penemuduga di SPA.

sebagaimana graduan baru tamat belajar di luar sana yang inginkan jalan mudah dengan menyertai perkhidmatan awam, begitu juga penjawat awam sedang berkhidmat di dalam kumpulan sokongan yang inginkan JALAN MUDAH untuk ke peringkat P&P. salah ke?