SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Jun 2021

Beri pegawai perubatan kontrak lantikan tetap, gesa Cuepacs

 FMT
27/6/2021


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian lantikan tetap kepada pegawai perubatan berstatus kontrak.

Presidennya, Adnan Mat berkata lantikan tetap itu wajar diberikan kepada pegawai perubatan yang telah terbukti kompetensi dalam perkhidmatan semasa negara sedang mengalami darurat kesihatan.

“Cuepacs menggesa kerajaan menangani segera isu status kontrak pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan kebajikan dan pembangunan kerjaya doktok-doktor muda tersebut terjamin.

“Isu ini dilihat semakin panas apabila terdapat seruan hartal doktor kontrak untuk pegawai perubatan kontrak melakukan mogok pada Julai depan sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Adnan berkata Cuepacs sudah lama berpendirian lantikan kontrak tidak sepatutnya diamalkan untuk penjawat awam apatah lagi bagi perkhidmatan perlu seperti sektor kesihatan.

Katanya, Cuepacs berdiri teguh dan bersolidariti dengan doktor-doktor muda itu dan MMA dalam memperjuangkan hak pekerjaan mereka untuk mendapat status lantikan tetap.

“Bagaimanapun Cuepacs tidak menyarankan seruan hartal doktor kontrak diteruskan kerana dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam negara yang berada dalam situasi genting ketika ini.

“Cuepacs bersedia menjadi penghubung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pegawai perubatan muda ini,” katanya.

Semalam, MMA mengkritik cadangan Putrajaya untuk memastikan pegawai perubatan baharu, terutama dalam kalangan Bumiputera, akan ditempatkan ke jawatan tetap.

Presiden MMA, Dr Subramaniam Muniandy berkata, prasangka perkauman atau agama tidak boleh mempengaruhi pemilihan pegawai atau sama ada mereka harus berkhidmat dalam jawatan tetap.

Katanya, Malaysia memerlukan individu terbaik dan cemerlang untuk berkhidmat dan bakat tidak boleh membezakan etnik, agama, kepercayaan atau jantina.

Tiada ulasan: