SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2021 : PEKERJA TERAS, ,MENDEPANI CABARAN

17 Jun 2021

Cuepacs, FWD Takaful mansuh bayaran bersama 20 peratus

 Kosmo
15 Jun 2021


PETALING JAYA- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan FWD Takaful Berhad bersetuju memansuhkan bayaran bersama sebanyak 20 peratus kepada peserta Program Takaful CuepacsCare.

Adnan

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, pemansuhan bayaran itu diberikan kepada peserta yang menaik taraf kadar bilik dan penginapan ketika mendapatkan rawatan di panel hospital swasta berkuat kuasa 15 Jun 2021.

“Pemansuhan bayaran bersama itu membolehkan lebih 80,000 penjawat awam yang menyertai CuepacsCare menikmati manfaat perlindungan lebih komprehensif di hospital swasta tanpa dikenakan caj 20 peratus daripada jumlah bil yang dilindungi sekiranya menaik taraf kadar bilik dan penginapan.

“Mereka hanya perlu membayar lebihan caj daripada jumlah yang dikenakan oleh pihak hospital sahaja selepas pemansuhan berkuat kuasa sekiranya memilih untuk dimasukkan ke wad pada kadar bilik yang lebih tinggi daripada RM150 sehari seperti ditetapkan dalam sijil takaful,” katanya di sini tadi.

Katanya, persetujuan FWD Takaful untuk memansuhkan bayaran bersama ini memberi kemudahan kepada penjawat awam yang menyertai CuepacsCare mendapatkan rawatan di hospital swasta pada kadar bilik lebih tinggi dan selesa tanpa perlu membayar kos yang lebih banyak.

Dalam pada itu, Cuepacs menasihatkan penjawat awam untuk menyediakan perlindungan tambahan melalui penyertaan dalam program takaful sebagai persediaan menghadapi kemalangan yang tidak dijangka tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. -K! ONLINE

Tiada ulasan: