SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Jun 2021

CUEPACS gesa KPT segera lantik jawatan Naib Canselor di 5 universiti awam

 FMT
7/6/2021


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kementerian Pengajian Tinggi segera melantik kekosongan jawatan Naib Canselor di lima universiti awam negara.

Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin mendakwa kekosongan sejak awal tahun itu menjejaskan operasi pentadbiran dan hala tuju universiti tersebut bagi melaksanakan visi serta misi masing-masing.

“CUEPACS berpandangan kekosongan yang terlalu lama bagi jawatan nombor satu itu dengan hanya dipangku oleh Timbalan Naib Canselor boleh menjejaskan hala tuju dan pentadbiran universiti.

“Walaupun Timbalan Naib Canselor yang menjalankan tugas Naib Canselor itu individu yang berpengalaman, sudah tentu terdapat beberapa kekangan yang menghalang beliau menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

“Hal-hal kebajikan kakitangan terutama kumpulan sokongan juga tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya kerana ketiadaan Naib Canselor yang sentiasa menjadi rujukan permasalahan kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rahman berkata lima universiti awam itu adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata kuasa untuk melantik Naib Canselor adalah daripada menteri, dan menteri juga mempunyai kuasa untuk menamatkan pelantikan Naib Canselor pada bila-bila masa.

“Kebiasaannya apabila jawatan Naib Canselor itu dikosongkan, Timbalan Naib Canselor yang dinamakan oleh menteri akan menjalankan tugas sebagai Naib Canselor untuk tempoh tertentu.                                                                                                

“CUEPACS melihat keperluan untuk melantik segera Naib Canselor yang baharu bagi membolehkan penatdbiran universiti berjalan seperti biasa dan mampu melaksanakan visi dan misi masing-masing,” katanya  

Tiada ulasan: