SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Januari 2009

15,000 TAK PERNAH DINAIK PANGKAT

Berita Harian
Oleh Azman Mahmood
bhnews@bharian.com.my
19/1/2009


KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 10,000 hingga 15,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua yang bekerja 20 hingga 30 tahun dan hampir mencapai umur bersara wajib tidak pernah dinaikkan pangkat. Mereka bekerja di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan seluruh negara tidak mendapat perhatian majikan, sekali gus tidak menikmati kenaikan gaji yang banyak. Presidennya, Omar Osman, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana dianggap penganiayaan kepada kakitangan terbabit.
Katanya, walaupun mereka kakitangan bawahan seperti pekerja rendah awam, pemandu, operator mesin dan pembantu am pejabat, majikan perlu memberi perhatian mengenai peluang kenaikan pangkat. “Kita minta JPA melihat semula perkara ini dan memberi kenaikan pangkat kepada mereka terbabit yang disifatkan tercicir daripada perhatian majikan,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dikatakan belum selesai, Omar berkata, Cuepacs sudah menerima Surat Pekeliling Bilangan 19 Tahun 2008 Pengubahsuaian PTK yang memuatkan Panduan Pelaksanaan PTK Yang Diubah Suai oleh JPA dan sepatutnya dikuatkuasakan 1 Januari lalu.

Tiada ulasan: