SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Januari 2009

CUEPACS KEMUKA LAPORAN KES PENJAWAT AWAM KONTRAK DIHENTI

Berita Harian
29/1/2009



KUALA LUMPUR: Cuepacs akan mengemukakan laporan penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan yang menamatkan khidmat kakitangan awam yang bekerja secara kontrak. Sehubungan itu, Cuepacs menyifatkan pendekatan menamatkan khidmat kakitangan awam terbabit seperti tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan masalah terpaksa ditempuh pekerja terbabit apabila tidak mempunyai kerja ketika krisis ekonomi sekarang. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sedang mengumpul maklumat terperinci jumlah kakitangan awam kontrak yang ditamatkan perkhidmatan sehingga 31 Disember lalu.
Beliau juga mendakwa, 15 orang kurang upaya (OKU) juga dilaporkan terbabit dengan penamatan perkhidmatan mereka termasuk yang dilakukan pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. “Cuepacs kecewa apabila ada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri tidak memberi peluang menyambung perkhidmatan kakitangan awam kontrak. Kita tak harap mereka diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tertentu, tetapi dalam keadaan sekarang perlu ada pertimbangan sewajarnya oleh majikan,” katanya.

Tiada ulasan: