SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Januari 2009

USAH BUANG, BERI PEKERJA LATIHAN SEREMBAN

Sinar
28/1/2009

Pihak pengu-rusan kilang di negara ini disa-rankan menjadikan program latihan sebagai alternatif ber-banding mengambil tindakan membuang pekerja untuk mengurangkan kos operasi. Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU), Datuk Md Yusop Harmain Shah berkata, langkah berkenaan mungkin dianggap tidak munasabah, tetapi boleh dilaksanakan menerusi bantuan kerajaan di bawah jabatan berkaitan. Menurutnya, zaman kemelesetan adalah masa paling sesuai untuk syarikat bermasalah menghantar pekerjanya mengikuti program latihan dan pada masa sama dapat mengurangkan kos operasi termasuk kerja lebih masa. “Ketika ini banyak jabatan di bawah kerajaan yang mempunyai peruntukan untuk melatih pekerja terbabit dalam bidang kemahiran atau keselamatan. Selain dapat mengatasi masalah pekerja dibuang, secara tidak langsung akan memberi kemahiran dalam bidang tertentu,” katanya. Beliau berkata, menerusi langkah itu, bilangan lebihan pekerja akan dapat dikurangkan kerana sebahagiannya telah dibawa mengikuti kursus dalam satu jangka masa tertentu yang turut diberi elaun, sebelum dipanggil semula bekerja selepas masalah kewangan syarikat terbabit dapat dipulihkan. “Saya mencadangkan mana-mana kilang yang mempunyai masalah menggaji pekerja agar bekerjasama dengan jabatan berkaitan seperti Jabatan Belia dan Sukan supaya cara ini boleh dilaksanakan,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, semalam. Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, semua pihak tidak boleh menuding jari kepada kerajaan berhubung masalah pemberhentian kerja memandangkan ia berkaitan isu ekonomi global. “Jangan pula kita salahkan kerajaan apabila mendengar ada kilang yang membuang pekerja. Ini masalah dunia dan kerajaan akan sedaya-upaya membantu sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini,” katanya. Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyeru kesatuan sekerja setiap kilang di negeri ini mengambil langkah proaktif mengadakan perbincangan dengan majikan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang melanda syarikat. “Sebaik-baiknya syarikat perlu memainkan peranan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kegawatan yang dihadapi termasuk memotong gaji berbanding memberhentikan terus pekerjanya,” katanya.

Tiada ulasan: