SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Januari 2009

PERKHIDMATAN AWAM SENTIASA KAJI BUDAYA BERMESYUARAT

Bernama
By: Ramjit
16/1/2009


KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan awam akan sentiasa mengkaji budaya mengadakan mesyuarat agar ia tidak kaunter-produktif, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam hari ini.Beliau memberitahu Bernama arahan tetap telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan dan kementerian supaya sentiasa memantau jumlah mesyuarat yang diadakan.Ismail berkata JPA memberikan ketua-ketua jabatan budibicara mutlak dalam menentukan jenis, tempoh dan kekerapan mesyuarat.Beliau mengulas gesaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah supaya mengurangkan masa untuk menghadiri mesyuarat.Menurut Mohamad Hasan purata seseorang pegawai daerah mempengerusikan kira-kira 78 jawatankuasa."Bila terlalu banyak mesyuarat, bila masanya pegawai itu dapat berkhidmat kepada orang ramai?," tanya beliau.Bagaimanapun, kata Ismail JPA menggalakkan mesyuarat yang bertujuan mencari cara dan jalan mempertingkat produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian.Sementara itu, Cuepacs, yang menaungi kesatuan-kesatuan sekerja perkhidmatan awam, bersependapat bahawa terlalu banyak mesyuarat diadakan oleh kakitangan awam terutama pembuat keputusan.Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd.Zin mencadangkan agar mesyuarat dihadkan kepada dua seminggu -- pada Isnin dan Jumaat -- bagi memberi lebih banyak masa kepada pegawai-pegawai melaksanakan tugas untuk pelanggan.Ahmad Shah juga mencadangkan pegawai-pegawai itu menggunakan sepenuhnya alat kemudahan Maklumat dan Teknologi bagi mempertingkat prestasi mereka dan mengelakkan keperluan bermesyuarat.Beliau berkata kakitangan dalam perkhidmatan sokongan seperti kerani dan penyelia selalu menjadi sasaran awam bila kelewatan berlaku, kerana pembuat keputusan sering sibuk menghadiri mesyuarat.Bagi mengatasi perkara ini, beliau mencadangkan jabatan melantik kakitangan tertentu untuk membantu menjalankan tugas bila pegawai berkenaan menghadiri mesyuarat agar sistem penyampaian tidak terjejas.-- BERNAMA

Tiada ulasan: