SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Januari 2009

SKIM CEPAT KAYA CEMARI IMEJ KAKITANGAN AWAM

Bernama
Oleh Sajad Hussein
30/1/2009



KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Skim "cepat kaya" mengakibatkan kesan negatif terhadap kakitangan awam memandangkan lebih 50,000 kakitangan kerajaan dipercayai terbabit dalam menganjurkan kegiatan yang mencurigakan itu.Apa yang lebih membimbangkan ialah ramai pegawai kanan dan ketua jabatan yang menggalakkan kakitangan bawahan mereka untuk menyertai skim seperti itu yang menjanjikan pulangan segera dan berganda bagi sejumlah pelaburan yang kecil.Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu Bernama hari ini kongres itu amat prihatin dengan perkembangan itu kerana ia menghakiskan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.Beliau berkata masalah itu begitu serius hinggakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling khas yang melarang kakitangan awam daripada menyertai skim sedemikian.Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009, yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam, dan berkuat kuasa pada 13 Jan, melarang kakitangan awam semua peringkat daripada membabitkan diri dalam skim itu sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur.

Tiada ulasan: